Saturday, January 18, 2020

TIBA-TIBA...SAYA KENA OPERATE SEBAB SINUSITIS!

14 JAN 2020
Tiba giliran saya diperiksa oleh Dr. Awal. Beliau sudah agak berumur orangnya. Sangat lembut dan halus sekali budi bahasa dan tutur katanya. Ya Allah... Rasa lega sikit dapat doktor macam ni.

Selepas ceritakan kronologi kesakitan saya tu, doktor mula cek bahagian dalam telinga. Tapi kali ni beliau pakai otoskop yang lebih advance. Ada kamera video di dalamnya, Ada cahaya yg sangat terang juga.

So apa yang ditemui doktor ialah....

Ada fluid di belakang gegendang telinga saya! Ya ia di bahagian dalam telinga! Dan kedua-dua belah pun sama. Oh my ears.... 
(Image : Google sebab tak sempat snap yang doc tunjuk masa di klinik hari tu)


Selepas tu doktor cek juga bahagian dalam rongga hidung saya dengan memasukkan endoscope. Resultnya, ada terlalu banyak bendalir (kahak/hingus/excess mucus) dalam hidung dan bahagian belakang tekak saya.


Jadi, apa yang menyebabkan telinga saya pekak?


Haaa... gitu rupa bentuk silang salur Tiub Eustachian tu dari hidung kita ye...


Sebabnya, bila bendalir tu terlalu banyak, dan saya terus batuk tak berhenti, bendalir tu akan tertolak masuk tanpa sengaja ke dalam salur telinga (tiub eustachia). Bila bendalir tu terkumpul di tiub tu (which is sepatutnya ia ruang udara yang kosong), aliran udara jadi terganggu. Sebab tu pendengaran saya terjejas. It's all about fluids and pressure macam kita belajaq physics dulu-dulu tu hehehe.

So doc suggest saya buat CT scan. And maybe operation.

Gulppp! I was llike... "Operation? Is this too serioous??"

Ya, sebab fluid tu semua nampak macam terlalu degil nak keluaq kata doc. Hahahaha. Degil macam tuan badan dia ni kot na... 😜

But still, semuanya akan didecide lepas CT scan nanti. So doc mintak admin clerk di situ proseskan urusan insurans dan admissiom untuk saya dimasukkan ke wad.


PRU BSN TAKAFUL YANG @#%PFFTTT!!

Hahahhaha ni satu perkara yang paling saya nak cerita. Bukanlah nak salahkan sesiapa. Maybe silap saya jugak masa beli insurans tu bodo sikit taktau apa kan... Now dah jadik Life Planner barulah banyak belajar selok belok dia kahkahkah.

Saya pun isilah form insurans yg dihulurkan oleh kerani di klinik Dr. Awal tu. Saya nak pakai insurans personal dari PRU BSN sebab dah setahun lebih bayar tak pernah claim apa-apa pun. Pakej yang saya ambil ialah pakej Warisan. Dan saya memang tak pernah baca pun polisi insurans tu. 

Apa yang saya ingat, masa nak beli tu agen adalah terangkan bla bla bla tentang 39 critical illness, tentang hospitalization sikit-sikit. Takkanlah nak hafal semua dalam kepala kan. Tapi apa yang saya tau, ia adalah Medical Card/ Medical Takaful.

Lepas 1 jam submit application utk GL, masih belum ada apa-apa reply dari PRU BSN ni. Kerani klinik tu dah asyik call tanya sebab klinik akan tutup tak lama lagi. Tunggu punya tunggu, hampir pukul 5 petang macam tu barulah dapat result. Application GL saya NOT APPROVED!

Saya pun call lah agen saya dan tanya. Dia cakap sebab penyakit sinusitis ni mungkin disebabkan oleh history, maksudnya saya dah lama ada penyakt ni masa sebelum apply takaful tu lagi. So takleh claim.

Ohhhh terrrramatlah marahnya hati saya ni. Saya TAK PERNAH ada sakit macam ni. Even doktor pun baru sahaja tulis dalam report tu yg saya hanya jadi macam ni dalam 3 minggu yg lalu!

Then agen tu cakap pulak, utk kes macam ni kena tunggu takaful tu cukup maturity which is 2 tahun. Oh pulakkk.... Dan macam-macam 1001 alasan lagilah yg diberi. Disebabkan saya dalam keadaan tak sihat, saya pun malas nak layan.

Dan yang paling kelakarnya, agen tu cakap takpe kalau yakin takde history yue boleh pay & claim letter. Sure approve punya. Dia tanya berapa kos operation tu?

Saya cakap "About RM25K."

Dan dia terus diam sampailah ke hari ini. HAHAHAHAHAHA.

Ok bersambung satu part lagi lah ye...Panjang sangat pulak rasanya.