Wednesday, January 29, 2020

CUTI CNY 2020 DI TADOM HILL DENGAN FAMILY

Cuti Tahun Baru Cina hari tu uols pi mana? Balik kampung? Jalan-jalan? Atau lepak rumah saja?

Kami pun tak kemana sangat. Cuti sekolah kan Khamis - Isnin. Tapi Khamis & Jumaat tu Amet kerja. Even Sabtu & Ahad tu pun dia kena kerja, standby night shift. Tapi kami culik jugak dia untuk pi jalan-jalan hari Sabtu tu hehehe.

Destinasi kami kali ni taklah jauh sangat. Ke Tadom Hill yang terletak di Banting, Selangor ni ja. About 45 minutes dari rumah kami.

Jumaat malam tu Amet kerja sampailah pukul 7.00 pagi baru dia sampai balik rumah. Sempatlah tidoq sejam sementara saya masak dan siapkan bekal untuk bawak piknik kat sana.
Menu piknik kami hari tu pun sempoi ja :
👉Bihun goreng
👉Ayam Serai Bakaq
👉Pizza
👉Pisang
👉Jajan




Sebaik sampai sana, kami perlu register nama dan details untuk emergency contact.

Harga tiket untuk hari tu (Super Peak Hour) sebab cuti CNY kan. 
RM25 x 2 adults
RM23 x 4 children

Lain-lain info boleh jugak check dekat sini https://tadomhillresorts.com/experience/

Tapi hari tu orang tak ramai pun. Maybe ramai yang takut nak keluar rumah memandangkan wabak nCov dan Influenza yang sedang rancak sekarang ni.



Lepas dah bayar, kami dipakaikan dengan band ni untuk day-pass.



Okay, gambar ni saya ambik masa ke sana bulan December 2019 hari tu hehehe. Masa tu saya pi dengan BFF saya, Pah sebab anak-anak semua balik kampung sempena cuti sekolah. Kami pi awal gila, so memanglah nampak tasik tu kosong ja tak ada orang lagi.


Selit sikit gambar masa pi dengan Pah. Bila ank-anak tengok gambar ni dalam phone ibu, mula lah depa pun mengamuk nak naik rakit!!! Hahahaha

Feet splash on rakit.

Ayah pun nak feet splash 😎

 Ayah jadi penjaga rakit. Time makan pun kami gilir-gilir pi makan sebab takmau bagi rakit terlepas kat orang lain hahaha.

 OK, kat sini ada banyak jenis chalet jugak kalau nak bermalam. Gambar ni bukan nak tunjuk orang yg posing seksi kat situ hahaha. Tapi nak tunjuk salah satu chalet yang ada. Yang ni agak kecik, max for 2 pax boleh lah. Tapi toilet kena gi kat luar. Ada jugak yg saiz besar utk family. Boleh tengok kat website dia tu.

 Zuzu enjoying the most. Dia lah yg hari-hari dok kenen nak mai sini.


 Nana selfie.









Nana & Nini taktau berapa kali terjun tasik. Nini masa orang pi Redang apa semua dia penakut, langsung takmau turun ayaq. Kali ni dia pulak paling lama dok berendam. Boleh ja berenang sorang-sorang tak payah tunggu orang temankan pun takpa.



Kat sini ada tempat untuk terjun tiruk, untuk terjun tarzan, dan ada buaian dalam tasik tu. Saya teringin gila nak buat aktiviti ni, tapi malangnya saya kan ada grommet dalam telinga... So tak bolehlah nak terjun-terjun ni.


Tengok depa mandi dan berendam dalam ni pun rasa gerammmmm ja. Takleh nak join sekali huwaaaa. Rasa nyesal pulak buat operation awal-awal. Patutnya buat lepas dah mai sini hahaha.

Lepas penat mengayuh, makan lagi. Makanan banyak. Walaupun simple ja masak, tapi bila makan kat luar ni rasa sedap pulak hehehe.

Toilet & shower dia dont worry. Bersih dan kemas. Air pun laju. Puas nak mandi-manda. Sabun pun ada disediakan. Kalau nak shampu boleh bawak sendiri. But overall puas hati bahagian ni. 👍

Us @Tadom Hill, Banting, Selangor.


Ok rasanya itu saja review Tadom Hill dari saya. So far so good. Cuma kalau uols tak berminat dengan aktiviti air ni, better takyah masuk dalam tu sebab memang tak ada aktiviti lain sangat. Better terus ambik yang outdoor games lain macam naik ATV, flying fox, rides or lain-lain yang kat luar.

Chiao!