Monday, January 27, 2020

KESAN SELEPAS PEMBEDAHAN SINUSITIS SAYA

Hai!

Ok saya nak share kesan-kesan selepas saya operate buang sinusitis hari tu. Tapi lain orang lain sikit kesan dia kan. So ini pengalaman saya.

Oh, untuk uols yang nak BACA DARI AWAL macamna kes ni boleh terjadi pada saya boleh KLIK SINI ya!


1. Malam selepas pembedahan tu, hidung saya ditampal dengan gauze sebab darah masih banyak yang keluar. Kerap jugak saya panggil nurse salinkan sebab penuh dengan darah.

2. Disebabkan itu, saya agak sukar nak tidur. Hanya boleh bernafas melalui mulut sahaja. Mulut pun jadi cepat kering. Dahlah masih seksa nak telan air. Mujur jugaklah saya dipasang drip jadi taklah rasa lembik sangat. Cuma tekak perit + kering + pedih tu part yg paling menguji keimanan.

3. Pening + muntah + loya kesan ubat bius ni bagi saya agak lama baru nak hilang. Sebab saya sejenis spesis yang memang tak tahan dengan ubat, especially yg ada unsur-unsur sedative ni. Minum ubat batuk 1 sudu pun saya buleh lalok 24 jam hahhaaha. Teruk!



4. Bangun pagi tengok muka kat cermiin. Alhamdulillah masih elok hahaha. Cuma mata kiri yg pedih tu doktor cakap adalah kesan pelekat yg digunakan utk melekat mata saya bagi tertutup rapat masa operation. Gam dia tu maybe saya allergic. Ni pun dekat 2 hari jugak bersabar nak tunggu pedih tu hilang. Huhuhu


5. Saya hanya dibenarkan makan makanan yg lembut-lembut sahaja selama 3-4 hari ni sebab tekak masih banyak luka. Jadi kena bersabar tahan selera kalau nak cepat sembuh. Boleh minum minuman sejuk-sejuk sahaja, yg panas tak boleh. Haaa Yg ni saya suka! 


Makanan pertama yg saya mampu telan dengan susah payah pagi tu. Tekak sangat perit. Sedih gila masa ni. Rasa dapat menelan tu macam satu nikmat yanga saaaaaangat besar tau. Syukur tak terucap rasanya. Dapat makan 2-3 sudu pun rasa happy gila.


6. Darah dari hidung waktu pagi tu. Dah tak berapa banyak sangat. Yang malam tu memang banyak gila tapi tak sempat ambik gambar la sebab lalok teruks hahaha.

7. Lepas makan sikit, saya mintak nurse tolong bawakan saya ke toilet. Masih bengong dan tak dapat berjalan betul lagi. Terketar-ketar nak melangkah ke toilet yg hanya sebelah katil tu. Dengan baju OT yg masih tak berganti saya rasa selekeh gila hahaha. 

Dan nurse tu pulak tunggu saya dalam toilet sekali. Dia takut saya pitam atau jatuh. Adehh... takleh keluar la kencing ni orang dok ada! Hahahhaha. Lawak pulak ingat time ni. Tapi saya takleh duduk lama2 sebab rasa pening. So saya ajak dia balik ke katil dulu.

 8. Lunch yg sedap sikit sebab ada ikan kukus tu hehe. Alhamdulillah boleh makan banyak sikit dari pagi tadi.

9. Doktor datang cek dan cakap saya dah boleh mandi. Yeayyyyyy!

10. Saya diminta berehat dulu di wad selama 2 hari selepas operate untuk doktor pantau keadaan memandangkan saya nampak kurang stabil due to ubat bius. Selama 2 hari itu saya terus diberi drip antibiotik.


11. Saya boleh balik 2 days after. Dibekalkan dengan ubat-ubatan dan kena follow up in 2 weeks time especially utk doc check kedudukan grommet tube dalam telinga saya ni.


12. Dah boleh balik. Singgah minum teh ais dulu hehhehe. But still, rasa tak best sangat la sebab lalok masih menghantui huhuhu. Minum sambil cakap bukan-bukan. Macam tengah minum kat kelab pulak rasanya.

Dalam 2-3 hari lepas dah balik tu saya masih tak dapat tidur nyenyak di rumah. Rasa pelik dan resah. Lepas tu klu saya terlelap pun, bila bangun mesti akan tanya diri sendiri dulu "Eh, aku ni masih hidup ke dah mati ha?" Teruk sangat kan. I hate anaest!

13. Telinga masih ada rasa dengung dan gema untuk beberapa hari. Sebab saluran udara hidung dan tekak masih belum 100% pulih. So bersabarlah. Saya rasa betul-betul clear telinga ni selepas 10 hari operation. Mula-mula tu saya sedih ja sorang2 dalam hati sebab saya ingatkan maybe saya akan cacat pendengaran buat selama-lamanya dah.... 😢


14. Hidung akan masih ada macam bendalir/ hingus yg cair. Kena spray Sterimar Nose Block tu untuk 1 bulan untuk cuci dan clearkan semua mukus tu.

15. Tekak masih perit sampai dalam seminggu baru rasa selesa sikit. Selepas 10 hari baru saya cuba-cuba makan makanan pedas sikit. Sabar gila la part ni sebab saya memang penggemar makan pedas. Kiranya cili padi tu macam desert je lah bagi saya hahaha.

16. Kahak berdarah juga menjadi peneman setia sampai lebih kurang seminggu jugak. Setiap hari memang kena buang kahak berdarah ni. Mula-mula hari pertama balik rumah tu tengok benda ni keluar saya panik gila sampai call doktor hahaha.

17. Dalam masa seminggu tu jugak kena tahan sikit masa nak rukuk & sujud tu. Saya rasa pedih hidung dan juga rasa ada tekanan pada bahagian dalam telinga. Kadang2 rasa sakit kepala jugak. Tapi takpa bila dah selalu buat gerakan ni, semua kan jadi stabil dan rasa lega ja.

18. Disebabkan ada grommet dipasang dalam telinga saya, saya tak boleh berenang ataupun aktiviti di tempat terlalu tinggi seperti hiking dsb. Kalau nak naik flight doc suggest pakailah earplug.
Namun grommet ni dia akan jatuh sendiri dan keluar dari telinga dalam masa 3-4 bulan nanti. Sekejap saja nak kena bersabar menahan nafsu berenang ni 😅

So lebih kurang itulah pengalaman saya melalui pembedahan sinusitis ni. Kalau ada antara kawan-kawan yang nak melalui pembedahan ni, saya ucapkan good luck & banyakkan bertenang & bersabar ya. Sakit sekejap saja, yang penting lepas dah lalui semua tu kita akan lebih bersyukur dengan nikmat kesihatan.... 😘😘😘