Friday, April 10, 2015

NASI AYAM PENYET PALING TERSEDAP!

Hehehe... over sangat nak cakap sedap teramat sangat sampai tak tau tajuk apa nak letak :P

Oh, jangan tanya "makan kat mana nasi ayam penyet sedap tu?"

Sebab nasik ni saya masak sendiri! Hahahhahaa.... Memang masuk bakul naik belon udara panas sendiri no..Over sangat!

Ni rupa dia....kurang lawa sbb ambik gmbar tangan terketaq-ketaq sbb dah tak sabar nak makan! Hahaha...

Oh ok...mmg saya masak sendiri. Tapi resepinya saya ambik dari mysiresepi.com dari Kak Azlita.... So sebenarnya yg teramat sangat terer membuat nasik ini ialah dia... Tanpa resepi yg dia kongikan tu, sumpah saya mmg tak akan dapat buat nasik ayam penyet sesedap itu.

Saya & keluarga mmg penggemar Nasi Ayam Penyet. Dari Waroeng Penyet kt The Curve, sampai Ayam Penyet Wong Solo, dan restoren yg semakin naik di sana sini mcm Restoren Ayam Penyet Leko kat TSB ni, atau Ayam Penyet AP, semuanya kami dah serbu. Hehehehe....

Bila anak-anak & Amet makannasik ni, mmg depa pun cakap sedap! Yeayyyyyy!!!! Bila dah dapat agreement dari semua, maksudnya mmg terbukti betul2lah sedap menu ni :)


So, bila tengok resepi Kak Ita tu dgn gambar2 dia yg sgt lawa, mmg saya terus terliur dan terus start kereta pergi cari tauhu & tempe! Okeh, mehlah saya kongsi jugak resepi tu... sebab lain kali mmg saya akan buat lagi Insya Allah... Resepinya pun mmg mudah sgt. Saya mula masak dh petang dah pun...by dinner time siap ready dah :)

Okeh jom tengok.

RESEPI AYAM PENYET
1 ekor ayam (saya buat setengah ekor saja sbb family tak berapa ramai)
Ayam ni potong ikut kesesuaian, biasanya ayam di potong 4 atau di potong 8, cuci ayam bersih-bersih.
Ayam kemudian di rebus hingga empuk. Tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.
Bila dah empuk angkat ayam dan toskan
* Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk menanak nasi dan juga untuk supnya.


BAHAN PERAPAN AYAM
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
* Kesemua bahan ini di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum

Haa...kenal tak yg mana ketumbar, jintan manis & jintan putih? Hihihihi...saya mmg selalu konpius.

1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit air untuk mengisar
1 sudu teh garam
Minyak untuk mengoreng
1/2 cawan tepung beras ~ tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur ~ tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup

Cara-cara :

Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus.
Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi.
Perap ayam ini semalaman sebelum di goreng. Bagi anda yang nak cepat 2 atau 3 jam perap pun boleh... saya perap dalam 3 jam lebih pun mmg dah rasa sedap hihihi...

Ayam siap untuk diperap..baunya dah wangi menusuk qalbu sgt dah...


Baki ramuan perapan ayam tu jangan di buang. Anda boleh ambil sedikit, dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali tapi dalam bekas berasingan dengan ayam ya.

Bila dah perap bolehlah di goreng. Anda boleh goreng ayam ni bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah di sediakan. Maknanya goreng ayam ni akhir sekali lah ya supaya ia masih panas bila di hidangkan dan keriuknya tu rangup..!

Baki perapan ayam atau tahu atau tempe tu.. anda campurkan dengan tepung beras dan telur. Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
Celupkan ayam tadi dalam campuran tepung dan telur tadi dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
Baki adunan tepung mengoreng ayam tu anda renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.

RESEPI NASI
3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan airnya
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji pelaga
sedikit butter
secubit garam
6 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ni bergantung pada beras yang anda gunakan.
1 helai daun pandan di simpul


Cara-cara :
Cairkan butter, Tumiskan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga , bunga lawang dan daun pandan hingga harum.
Masukkan beras dan masak sebentar 3 hingga 5 minit
Kemudian masukkan air rebusan ayam. Perasakan dengan garam.
Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna

RESEPI SAMBAL PENYET
10 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
10 biji bawang merah ~ belah 4 (saya guna bawang besar 1 biji je)
3 biji bawang putih ~ hiris
2 biji tomato ~ belah 4 
5 cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu besar gula merah ~ gula ni ikut secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau kasturi

 Sebelum digoreng....

Selepas digoreng... Lepas tu kisar saja semua ni... Siap!

Cara-cara :
Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur
Tunggu bahan ni sejuk sikit kemudian masukan dalam mesin kisar yang kering dan kisar kan ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi. Kisarkan sekali belacan bakar.
Panaskan semula baki minyak kita mengoreng tadi dan tumiskan bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum
Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam
Angkat dan hidangkan. Bila nak makan nanti perahkan jus limau.

Okeh, rasanya dah lengkap. So boleh lah cuba buat ye kawan2... Kalau dah siap nanti jgn lupa pos mai kat saya sepinggan! Bye~~

Sunday, April 5, 2015

CREAM PUFF MUDAH & GEBU

Semalam my cousin, cik Hanis mai rumah. Maka saya buat Nasik Tomato & Ayam Rose. Hanis buat Acar darat - panggilan orang Utara, a.k.a Jelatah panggilan orang Selatan :)

Petang tu taktau nak minum petang apa. Hujan turun lebat. Nak pi beli pisang goreng pun malas. Tengok apa yg ada kat dapuq, maka Tinggg!!!! Dapat idea bernas buat Cream Puff yg dah lama sangat tak buat....

Ketong-ketang-keting tup tap tup tap taaadaaaa...... Siap lah cream puff kami....


Tapi kali ni saya tak buat inti kastard mcm biasa... buat inti Fresh Cream pulak... Saja nak ubah selera sikit.


Okeh, kalau nak cuba buat boleh tengok resepi ni. Actually senang sangat2 buat Cream Puff ni. Kami buat pun sambil mata pejam2 nak terlena ja sbb hari hujan hehehhe... Plus, byk sangat pembantu kat dapur ni... semua nak tolong Kakak, Adik, Nana, Nini.... mmg penuh tangan kat dapur ibu Hahahaha...

Okeh, ni resepi na...

CREAM PUFF MUDAH & GEBU
100g butter
250ml air
150g tepung gandum
3 biji telur
1 sk esen vanila
*garam (kalau pakai marjerin tak perlu masuk garam dah k..)

CARA-CARA :
1. Masuk air dalam periuk, letak atas api sederhana. Masuk butter sampai cair dalam air. Tak perlu tunngu mendidih. Dah cair, tutup api.
2. Angkat dari atas dapur, masuk tepung (+garam) kacau cepat-cepat. Kena cepat, kalau tidak air tersejat dan adunan jadi keras so nanti dh tak gebu.
3. Biar adunan sejuk sekejap. Saya yg nak cepat dokmo ni, masuk terus dalam peti ais. Heheheh
4. Pukul telur + esen vanila sikit (guna sudu ke senduk ke apa2 yg sesuai je...pisau? tak kot ;)
5. Masukkan telur ke dalam adunan yg dah sejuk tadi. Sambil dikacau dengan MIXER. Haaaa...time ni baru angkat keluar mixer.
6. Dah nampak sebati comei lotei, masuk dalam piping beg dan buat lah bentuk apa yg suka. Saya pakai nozel berbucu bintang kat hujung piping beg tu.
7. Renjis sikit air pada adunan atas baking tray tu, pastu bakar.
8. Suhu 200C - 15 minit pertama. Kemudian turunkan ke 180C - 15 minit seterusnya.
9. Siap. Belah tengah dan isikan intinya. Makan :)

INTI FRESH CREAM
250ml fresh cream / dairy whipping cream
1 sb gula halus
1 sk esen vanilla
*saya bahagi 2 adunan - satu perisa vanilla, satu lg perisa mocha.

CARA-CARA :
Campur semua dan kacau guna mixer, kelajuan MINIMUM. Jangan terlebih pukul, jika tidak whiping cream akan separate menjadi pecah lemak dan cair... masa ni dah takleh betulkan balik...
*Tips : Lebih baik kalau peralatan mcm mangkuk & mixer (bhgn besi pengacau sahaja, bukan motornya sekali!) tu  dimasukkan kedalam freeser dahulu. Kalau peralatan sejuk, cream akan cepat naik/kental.

Sekian, Selamat Mencuba :)


Friday, April 3, 2015

MASTITIS a.k.a. RADANG SUSU (PART 2)

Selepas doctor cek sana sini sinun, and confirm demam saya terlalu tinggi + jangkitan susu mula bernanah, so she decided utk masukkan saya ke wad. Saya akan diberikan do antibiotik yg mencukupi. Dan sekiranya bengkak dan nanh itu tak berjaya dihentikan, then maybe dia terpaksa melakukan sedikit operation untuk mengeluarkannya....

Saya hanya mendenar dan mengangguk tanpa mampu bercakap apa-apa. Saya ikut sahaja apa yg doc n nurse tu buat sbb saya mmg betul2 rasa dan kehabisan tenaga masa tu.


Akhirnya saya ditolak ke wad dan di situ saya terlantar selama 2 malam...


Yang kurang bestnya kat DSC ni... takde baju wad untuk salin..dah la saya mmg datang sehelai sepinggang...sebatang kara pulak tu...hahahha...maka mmg pakai lah baju tidur yg semalam tu sampai seharian...
 

Amet pulak, mmg tak dapat datang untuk melawat saya. Maklum saja lah...nak uruskan geng puteri2 gebu kat rumah tu bukannya senang. Dengan si Nini yg kecik tu, mcmana lah dia nak drive ke sini... SAya faham maka saya tak mintak pun dia datang. Tak apa, at least saya dpt berehat secukupnya dan saya perlu pulih secepat mungkin untuk menguruskan lebih banyak urusan di masa hadapan. Saya perlu kembali sebagai ibu yg sihat & kuat untuk anak2!

Rupa-rupanya the next day, Amet & semua anak-anak datang melawat saya dengan keluarga best fren kami, Pak Sheikh & Intan dgn anak2... Hehehe gamat wad saya penuh riuh rendah...terkejut doctor tengok ramainya anak saya! Hahahahha....



Alhamdulillah...berkat doa semua, saya tak perlu dibedah. Yeayyy!!!! The antibiotic works very well on me! Lepas few time perah susu and confirm dah tak ada nanah, so doc did one last check-up and then I'm free to go! Yeayyyyyy!!!!

And well... I drove myself back all alone again. Hahhahaha. Kelas kan, datang check-in ward sendiri, then discharge semua pun buat sendiri. Bila dah jadi mak kepada 4 org anak, mmg tak ada masa nk fikir nak layanan VVIP or nak manja lebih2 na.... yang mana boleh buat, buat je lah. And Alhamdulillah... Allah telah izinkan saya sembuh dan sihat sepenuhnya.

Yang bestnya, saya betul2 serik dan saya telah buang perasaan malas & niat malas nak breatfeed tu jauh2. Betapa besarnya anugerah Allah bagi susu yg berkhasiat ni utk anak2... Da, sampai hari ini, uur Nini sudah 1 tahun 5 bulan dan saya masih menyusukan dia :)

ALHAMDULILLAH

Wednesday, April 1, 2015

SUSU IBU BERNANAH! (MASTITIS)

***Ok sebelum itu... Jangan panik. Ini cerita lama hehehe...***

Pernah dengar tentang Mastitis? Atau Radang Susu?



Saya ada bagitau nak ceritakan tentang kisah saya kena warded masa bulan puasa tahun lepas kan... and it was when i started the long hiatus...

Tapi kisah tu mmg masih segar bugar dalam ingatan. Sebab ia sangat menyakitkan. Kalau tak sakit sangat maybe dah lupa :P Sebab tu kadang2 Allah bagi kita "peringatan" dgn cara yg agak "keras" supaya kita sentiasa ingat pada jalan Nya....

Okeh, back to my story...masa tu bulan Ramadhan. Mcm biasa saya tetap teruskan breastfeeding Nini... so far so good takde masalah... cuma kadang2 mmg ada fikiran jahat dalam kepala ni niat dah nak stop BF. Sebab malas. Ya malas. Mmg padan dgn muka bila kena penyakit ni. Sbb niat tu dah tak baik. Padahal org lain yg takde susu beria-ia sangat nk BF anak depa.

I started wearing the normal underwired bra. Berangan la nak cantik -cantik kononnya...dah xnak jd BF mom kan...dh x perlu pakai nursing bra yg longgar2 tu dah...

After few days pakai, mmg bila balik kerja I akan rasa engorged sangat2. Sangat2 sampai rasa dh tak muat. Kdg2 even rasa sakit jugak tapi sikit2 je.. tapi takpa, asalkan melaram.

And satu hari tu, I mula rasa mcm terlampau sgt sakit. Malam tu dah start rasa mcm ada ketulan. So dah takut sikit. Ambik air panas, tuam dgn kain. Ok lah rasa lembut skt, kurag engorged dah. Lagipun all night long mmg Nini menyusu ja. So next morning bangun rasa a bit better but still yg ketulan tu tak berapa nak hilang. Ketulan tu rasa sebelah kiri, almost near to ketiak tp bawah sikit.

Pergi ofis, tapi since dalam kereta dah rasa mcm demam...dah masuk tengah hari demam semakin kuat. Muka pun rasa panas dan merah sangat dah. Badan pulak dh lembik tak bertenaga. Dah la tengah puasa kan... So mintak surat klinik, terus gi klinik yg dekat ofis je. Doc tu cek2 and mmg rasa ada ketulan n breast terlalu engorged. So dia buat referal utk jumpa pakar utk scan atau buat exam yg lebih detail.

Then I try nak drive balik rumah. Tapi mmg kepala dah terlalu pening dan rasa tenaga pun mmg betul2 dah tak ada. Dah lembik sangat2 dah. Rasa nk pitam pulak! Try call ofis ingat nk suruh sesiapa tolong hantar balik. Tapi ingat kesian sbb bulan puasa n rumah pulak jauh... so kuatkan semangat, doa pada Allah bg saya dapat bertahan sampai rumah. Singgah beli air kt gerai ramadhan. Minum je sambil drive walaupun bulan puasa. Niat hanya utk bg sedikit tenaga agar bleh sampai rumah.

Alhamdulillah sampai area rumah,saya gagahkan kaki ke kedai beli kobis. Orang tua-tua cakap bila bengkak susu, letak kobis.


Malam tu saya tak bagi Nini  nenen sangat2. Takut terkena jangkitan pada dia, dan juga sebab saya mmg rasa sangat2 sakit!!! Walaupun dah makan ubat, tapi tak baik jugak. Demam pun tak kebah2.
The next morning saya MC, just terbaring kat rumah tak dpaat buat apa2. Anak2 semua saya minta Amet hantar ke rumah pengasuh.

Saya terus tuam, pakai kobis dan jugak pam susu. Tiba-tiba masa tengah pam tu saya perasan, yg keluar dari puting adalah nanah! Bukan susu! Ya ia adalah nanah yg keluar! Oh my..... saya mula rasa sangat panik dan terkejut. Saya whatsapp Amet. Dia cakap baru je ada wife staf dia sebelum tu kena operate sebab kes mcm ni.. Haaaaa???? Operate????

Saya nak ke klinik jumpa pakar tp mmg tak berdaya. Betul2 kali ni saya demam yg sangat teruk dan tenaga mmg dah kong.

Malam tu saya demam lagi sepanjang malam. Saya marah pada semua orang. Saya tak larat. Next morning awal2 saya bangun, kejutkan Amet suruh tengok anak2 sebab saya nak ke klinik sendiri. Saya malas nk bawak semua berderet sbb lagi rumit rasanya dgn keadaan saya yg tak larat ni.

Saya bawak referal letter yg doc bg hari tu (dah 2 hari). Sampai PMC pulak, nurse situ cakap scan diorang rosak. Hmmm.... hampeh. Rasa kecewa sangat. So tanpa berfikir panjang, saya gatherkan segala tenaga yg masih ada, saya drive sendirian ke Damansara Specialist Centre. Ya, dlm keadaan lembik dan hampir pengsan tu saya sampai ke pintu hospital.

Bila nurse2 situ tengok keadaan saya, diorang terus letak saya kat wheelchair. Keadaan saya masa tu mmg tak semenggah hahahha. Dengan seluar tidur yg semerot, dengan muka pucat lesi hampir mati. Mmg emergency.

Diorang ambik surat saya, buat registration, mtk medical card dan uruskan semua hal berkaitan GL dan lain2. Saya tak mampu nak cakap byk just "yes' n "no' saja yg keluar dr mulut.

(BERSAMBUNG EK...Nak pi ambik anak2 sekolah hihihi)

Tuesday, March 10, 2015

MILKIN' MAMA LACTATION COOKIES - KHAS UNTUK IBU YANG BREASTFEEDING

Well... As a breastfeeding mother myself, I was looking for a suitable yet yummylicious milk booster too...

Until one fine day.... I terjumpa dgn Lactation Cookies ni yg sungguh2 sedap.... Kurang manis... Taste of oats, kurma, kismis and a little hint of herbs like cinnamon n fenugreek... Hmmmmm mmg sedap!!!


Before this I ada ambik few supplements, and also minum susu Anmum Lacto n then try jugak Nestle apa tah yg utk lacto jugak... but being me yg bukan penggemar susu.... lama-lama mmg dah tak larat nk paksa diri minum susu huhuu....

And suplements.... yeahhhhh as it is.... u cant taste it because u just swallow straight into ur tummy!

So...kalau ada kawan-kawan yang sedang mencari milk booster yang lain dari yang lain... Yang bleh sambil kunyah2 sambil2 jadi snek yg sihat & lazat.... Jom cubalah MILKIN' MAMA-LACTATION COOKIES untuk merasai perbezaan penambahan hasil susu badan anda!

MILKIN' MAMA ni diperkaya dengan bahan-bahan semulajadi yang terbukti berkesan membantu menambah penghasilan susu ibu sejak turun temurun seperti :-

√Oats
√Kismis
√Kurma
√Halba
√Flaxseed

 
And the best thing is.... IT IS A HOMEMADE PRODUCT & IT'S HALAL!!!!

Disebabkan ia teramat sagat best, maka dgn rela hati I pun jadi agen cookies ni utk membantu kawan2 di luar sana mendapat breastfeeding experience yg menarik :)


 Dapatkan pada harga promosi sekarang! Hanya RM35 sahaja!

Whatsapp me ya... 012-944 0960

ADA BIG SALE DI AMANI BEAUTY SHOPPE!

Alamak!!!! Hari ni dah LAST DAY! And I baru ada masa nk announce kat sini.!!!

Hurry up mommies, ladies, adik kakak.....



Monday, March 2, 2015

APABILA BATERI KERETA KONG

Semalam me & Kak Ngah plan nak pi makan Tom Yam kedai Mak Lang kat Saujana Utama.

Kak Ngah mai rumah kami dulu. Kami plan nak naik kereta I saja sbb luas skt & kereta Kak Ngah pulak dipenuhi bekalan kekabu :) Then bila nak start kereta, tetiba mcm tak ada respon. Tengok kat meter gear tu, biasanya menyala [P], tapi semalam naik tulisa [Err] yg bermaksud error.

Cek punya cek (Najib my BIL yg tolong cek), rupanya air batery dah kering kontang. Kami cuba refill air batery tp hasil tetap sama. Sebab dh lewat dan esok Isnin, I suruh depa balik dulu.

Oh, lupa pulak nk cakap - encik Amet my superhero pulak time ni sdg berada kat Bandung dgn team mate dia. Huhuhu...


So pagi ni I call Perodua Smart Assist. Diorang mmg boleh deliver & tukarkan batery baru... tp servis chargenya agak mahal... Hmmmm... Lepas call Amet to confirm, mmg dia tak setuju nak bagi Perodua datang.

Amet suruh tunggu ja dia balik esok dan pergi beli batery sendiri sbb boleh dapat harga yg jauh lebih murah.

Kereta Amet mmg ada, tapi I mmg tak reti sangat la nak bawak.. Aduhhh... maklumlah kereta racing tahap jurus ke berapa dah tu... Nak bukak alarm dia je pun I dah terkial-kial... Inikan pulak nak drive. Mana dengan nak pegang Nini yg takmau duduk carseat lagi... mmg tidak la jawapnya...


So hari ni kami anak beranak duduk rilek ja kat rumah. Kakak & adik dapat extra cuti sekolah. Ibu pulak masak n terus masak... Hmmm...

*Feeling tak berapa best :(