Sunday, November 28, 2010

HAPPY BIRTHDAY ALEEYA ZUBAIDAH

Actually besday adik yg ke-2 was on 12 Nov 2010. Tapi saja je bwk depa jalan2, makan2, bukan niat nak celebrate sgt pun. Kalau tak besday sesapa pun jalan jugak heheheh. Since cuti raya ayah ada lagi 2 hari, maka boring jugak tgok tv kt umah (dah le asyik ulang2 movie yg sama sob sob)

Memula pi Rasheed Mall (lagi!). Ooo..tak..mula2 pi Rahmaniya Mall. Kami jumpa mall ni masa nak naik bas hari tu. Malang yg teramat malang, masuk jek dalam tu gelap gulita. Most of the kedai tutup sbb masih cuti Eidul Adha. Yg ramai ialah filipinos dok melepak kat situ. Adehhh..melugai betoi!

Pastu kan, kekonon nak cari la kedai siam yg jual brg2 masakan asia tu. kekonon la encik Amet tu cakap kawan dia dh cerita, dh bagi guideline, landmark camana nak pi. Hmmmm... klu cerita kt encik Amet, tanpa ada telinga co-driver yg jelita ni mendengar sama..alamat mmg x jumpa la....

Itulah yg akhirnya membuat kami ke Rasheed Mall. Tapi, sama jgk kebanyakan kedai tutup/cuti. So pi la main kt tempat game tu. Alhamdulillah... kali ni jumpa family Arab yg agak open, modern dan baik hati. Dia bawak 3 org anak lelaki. Masa nak naik Ferris Wheel tu, the father siap offer suruh Zuzu naik satu gondola dgn anak2 dia. Maybe dia kesian sbb Zuzu just alone. And mak dia pun nampak ok, tunjuk2 tangan suh naik sekali. So we let Zuzu join them. Well, org berbudi kita berbahasa...

Zuzu malu-malu-meow in gondola with Arab boyfrens :)

Lepas main, we decided to just take them to the beach jalan-jalan ambik angin since the shops pun tak bukak. On the way, cik Zuzu tertido.....

Macam-macam style & tempat cik kak ni bleh tido...

Singgah makan sat. Nak makan ni pun jenuh main O-som, ada yg nk Pizza Hut (me), ada yg nak TGIF (Amet), ada yg nak main taman (Zuzu & Yaya). Kuasa veto memenangi. Cehhh...

Kat tepi dinding tu ada gambaq hantu (tidak kelihatan dlm gambar ini). Budak-budak ni bleh buat takut la pulak...sampai kena pindah tempat. Menangis tak berhenti-henti. Menangis sungguh2 mcm takut gila. Adoi... awat la hangpa buat lawak sampai tara ni anak-anakku...

BBQ Rib Shack - Rasa mcm pahit/ rentung. Tak sedap. Sos terlampau pekat.
Spageti - Mcm letak kuah kari ayam. tak kena langsung.
Nachos - Amat jauh kualitinya compared to Chilli's classic nachos.tak sedap jugak.

Cappucino Cake - yg ni ibu x sempat rasa sebab cik Yaya amat memberontak. Nak dijadikan cerita, lepas berpindah dari meja yg ada gambaq hantu tu, meja yg baru ni pulak ada topeng Darth Vader la pulakkk!!!! Yaya punya lah takut asyik menangis ja sampai tak mau duduk langsung. So ibu kena bawak dia main kt luar.

I think TGIF Khobar ni mcm serba tak kena. Dgn deco yg terlampau (you shuld change to gambaq Luke Skywalker yg lebih hensem), dgn food yg tak standard. Hmmm... sumthing wrong here.

Dengan kekecewaan kami terus mengambil angin kat Corniche.


Adik : Cita-cita kakak nak jadik apa?
Kakak : Nak jadi terer berenang mcm ibu.
Adik : Eeeeiii... adik taknak. Adik takut air. Adik tunggu kakak kt pantai je, dgn ayah.

Hehehehe....

Ada Crystal Island, tapi tak siap lagi. Okey... nanti dh siap I datang lagi buat review...

Monday, November 22, 2010

RESTAURANT REVIEW : AL-BARDOUNI

Actually I ada few list of restaurants review yg I patut updet tp seringkali tiada kesempatan huhuhu. So hari ni I updet satu dululah pasal Restoran Al-Bardouni nih.

Lokasi : Fanateer

Food : ArabMacam biasa, kena cari pintu Family Entrance :)

Ibu punya - Beef Kebab. It comes with pratha, tapi I punya request "Can I change to rice, please". Hehehe... sgt suka makan nasik nowadays. Am I gonna be as big as mak arab soon?

Ayah punya - Mix Grill.
Ada kebab ayam, daging (bau mcm kambing), ayam tandoori, salad n fries.


The food boleh dikatakan sedap. Well, tekak I ni dah adapt kot dgn Arab food nih hehehe... The drinks are pure juice, so sgt satisfied. The price pun ok sbb tempat dia agak best. Cuma ada servis charge yg kami rasa agak tak relevan sikit.

But overall kira boleh lah kalau nak makan Arab food kat tempat yg agak selesa, I would suggest this place.

Wednesday, November 17, 2010

BAHRAIN - KESIMPULAN

The next day, terus dimulakan dgn mencari Tree of Life, sebuah pokok yg berusia lebih dari 400 tahun. Hidup sebatang kara di tengah-tengah padang pasir. Tiada sumber air berdekatan dikenalpasti. Maka misteri ini menjadikan ia sebagai "lambang kekuatan sebuah kehidupan".

Beginilah pemandangan sepanjang perjalanan. Pastu ada plak flare besar kt tgh2 desert tuh...fuhhh...mmg ngeri...

Alhamdulillah, setelah melalui padang pasir yg serba kering kontang dan mengerikan, sunyi sepi di mana bertembung dgn kenderaan pun amat jarang-jarang sekali, akhirnya hati kami mula rasa lega bila ternampak signboard ni....

Bertambah-tambah lega bila mula nampak banyak kereta keluar masuk, menandakan tempat dituju adalah very close.

Amet cakap "Isk...kalau abg la, mmg tak pi dah ni. Mmg patah balik dah nampak padang pasiaq xdak hujung punca mcm ni."

Hehehe... apo laa...nak adventurous sikit pun takmau...(pada hai dalam hati I kecut perut gak, tapi still sgt insist nak tengok mistery tuh). Tapi encik Amet ni selalunya bila sampai tempat tu, dialah yg over eksaited :)


Pokok Besar yg nampak mcm ada 2-3 batang pokok

Singgah sat kt KFC selepas padang pasir - ada nasik

Dipendekkan cerita, lepas visit the Tree of Life nih, kami balik ke town dan just lepak2 buang masa kat sana sementara nak tunggu hantar kereta sewa, dan jugak naik bas balik ke Khobar.


Ini jeklah aktiviti yg banyak kat sini- main game. Amat tidak menyihatkan.

Di sini I ingin memberikan sedikit fakta/kesimpulan mengenai Bahrain (berdasarkan pemerhatian sendiri selama 3 hari ni je le....) :

1. Paling best - semua kedai dijaga oleh PEREMPUAN. Senang dan selesa sgt nak beli (atau tengok2 saja).

2. Kebanyakan wanita Bahrain tak pakai hijab, maka rasa kagum sebentar dapat tengok muka org (lawa pulak tu). Biasa kat Saudi nampak hitam jek.

3. Kat sini ramai jgk yg pakai abaya, tapi kalau tak mau pakai pun takpe. Takde muttawa datang bg tazkirah :)


4. Wanita di sini, suka pakai tudung tp berjambul besar kt depan. Huhuhu.....


5. Banyak rakyat India jugak kat sini pun, kadang2
geram jugak :(

6. Banyak massage centre tanpa disembunyikan


7. Ada night club, disco, arak, dan semua benda haram yg susah nak dapat kt Saudi (Oh, I bukan datang cari yg ni okeh... :))


8. Ada pantai (dah nama pun pulau kan), tapi buruks yg teramat sgt amat buruk!!! Dan kotor dan mmg takleh dibuat mengambk angin langsung!! Jgn berangan nak mandi manda ke hapa le..


9. Klu berangan nak melawat tempat yg bukan shopping mall - tak payah datang sini.


10. Sini kalau nak makan minum tak wajib duduk kat Family Section, boleh duduk kt mana2 anda suka. Sesetengah restoran/cafe tak pisahkan single-family section pun. Rasa lebih relax dan lega.


Hmmm rasanya tu jek lah. Sapa2 nak gi Bahrain dan perlukan info, bleh PM. sedikit sebanyak Insya Allah I bleh guide.

Next destination : Instanbul hehehhee...(ntah zaman bila bleh sampai)...

Tuesday, November 16, 2010

BAHRAIN - Part II

Juggling with 2 girls n a "boy" make our second day starts late. Dah masuk Zohor baru la bleh keluar dari pintu hotel.

So terus round2 cari makan. On the way I ternampak signboard mentioning bout "banana leaves" so terus suh Amet break kt situ. Tapi x ambik gambar plak nama restoran tu. Kedai India, a very Indian food. Memula order 2 pinggan nasik, tapi bila dia hantar, mak oi punya la big portion.Terus cancel satu. Dapat minum "rasam" jugak...my favorite, nice...
Oh, sempat jugak ajar the kids kunyah jintan manis - it's Indian tradition utk hilangkan bau mulut lepas makan. And to my suprise, they like it very much!!!

The food buat I teringat zaman keja Cerebos n Inqpharm dulu, suka sgt makan Indian Cuisine + Rasam + chew jintan manis + Chai Masalla...

Next stop ialah Mahlaqah Souq. Sini ialah kedai bangunan lama-lama yg banyak jual mcm-mcm. Ada banyak kedai abaya tapi the price adalah amat tidak mesra alam. maka I hanya membeli sepit rambut (special nih...) dan celak mata Miss Rose (kalau wanita Arab harus ada celak cap Miss rose nih!). Actually nk cari souvenir tapi x jumpa pun... :(
Oh lagi satu, maybe sebab Bahrain ni ialah sebuah pulau, maka jalan2 kat sini mmg sebijik mcm style kat Penang tu. Jalan yg kecik dan sempit dan melalui di celah2 bangunan yg buruks dan nak roboh...hehehe oghang Penang jgn marah mami noo....

Satu lagi misi utama ke sini ialah utk nak cari SOS. Ya, SOS CILI. dan KICAP. Huhuuhu...kat saudi tu ada mmg ada, tapi rasa mmg sgt lain macam. Diberitakan kat Bahrain ni lebih banyak brg yg citarasa Malaysia. Oh mmg betul, sbb banyak jugak jumpa kereta Proton Waja n Gen-2 kat sini. Dan banyak jugak wanita berjambul 5 inci mcm makcik R**** hehehe....

Sebuah Gen-2 yg parking dkt dgn hotel kami

Maka ke Lulu Hypermarket dan dapatlah Sos Cili Kimball. Tapi kicap xde pun.

Pi vacation, tapi tujuan utama ialah nak cari benda ni :))

Lepas Maghrib sekali lagi ke Carrefour kat Bahrain City Centre (Mall yg sangat besar sampai jalan2 pun kena rehat 2-3 kali). Beli Sos Cili Maggi pulak, kicap tetap x dapat... sadis betoi.

Singgah makan kat Restoran Thai Chi (makanan Thailand-Chinese). Sangat teruja bila the waitress datang dan bercakap Melayu-Indonesia and her name's Atikah. And after that the waiter yg serve makanan pun sama (nama x berapa ingat, rasa Shaefudin kot) cakap Melayu. Amatlah rasa rileks dan kurang sikit sakit kepala. Had a great time chatting with them both. Plus, dapat makan Tom Yum Gung dan Ayam Pandan gitu!

Fine dining is not that very fine anymore with the little fingers mula mencuit salt&pepper shaker, mengoyak menu, dan mengelap meja dgn napkin...Ohh...

Jalan-jalan in the mall. Amet bought himself Clarks shoes as they are having pre-sales.

And I just bought few mekaps hehehe...sangat best sbb kat sini ialah semua salegirls yg jaga. Maka I mintak try mcm-mcm from foundation, to blusher, to eye shadow, to lipstick. And the salesgirl pun sgt super friendly. Ohhhh!!! What a pleasure!


Not sure if this brand has reached Malaysia, but it's almost all over the world including New York, London, Montreal, Dublin, Sydney, Melbourne (Isma bleh try :)). KSA pun ada, tapi biasalah salesman jaga that's why I terpaksa pi beli jauh-jauh huhuhu.

Try punya la banyak makcik nih, belinya ciput jek (kata salesgirl di dalam hati)

Since anak-anak pun dah nampak gaya mcm nak jadik serigala jadian, maka we have to discontinue our jalan-jalan. Oh sebelum keluar from mall, I sempat grab 2 pair of kids socks from Carter's. Sangat geram dgn kecomelan socks yg cute mute tuh!

On the way back to hotel, Amet keep asking me what is still in mywishlist, what I want to buy for ME, MYSELF. Hmmm... last sekali I said "Thai Massage!" Oh and Amet really make a U-turn and took us to our neighbour-hotel, where they do have a salon & spa. It was quite late, almost 11 pm, so tak ramai org. So Amet ialah babysitting while I'm having my destressful massage.

But after a while, the little monsters keep coming in n out into my room, and to the worst duduk together on the bed. Hmmm..the beautiful Thai masseur plak layan jek depa (Syok dengar dia punya English with bunyi Siam hehehe). Adehhh... xleh ibu nak layan spa sepenuh hati :(

And all the ladies in the salon mcm sgt friendly, bagi chocolates to the kids and drinks for Amet and sampai kami dah naik lift nak balik pun, still ada yg berlari mai bagi coklat lagi! Huhuhu... Amet kata maybe they miss they kids kat kampung kot.

And that ends our day 2....

Monday, November 15, 2010

TRIP TO BAHRAIN

It's been a while just to update on our mini-vacation. I was not so well after coming back to Jubail as we were welcomed with freezing air.

Still, I need to write the story of Bahrain sebagai satu kenangan kami di sini.

So on the 14/11/10, pagi2 kami dah bertolak ke stesen bas Sabtco di Khobar. Plan kami sebenarnya ialah : Beli tiket (awal) -> Breakfast (lama-lama) -> Naik bas. Unfortunately, perangai pak arab pemalas ni, dia xmau plak jual tiket awai2. Untuk bas yg kami plan nak naik pukul 10.45 pg tu, dia hanya akan buka pukul 10.oo pagi. Ohh fine. So nak pi breakfast best2 sikit pun xleh sbb masa tu dah 9.30 pg. Tunggu je lah.

Ini ialah tiket bas nye...
Oh harga tiket ialah SR50 tk dewasa, SR25 utk kanak2 (adik naik free jek :))



Bila bas sampai, kami sekali lagi rasa terkejut, plus lawak pun ada, bila tengok rupa bas ni....

Hahahaha ingatkan nak naik bas ekspress yg besar mcm dok balik kampung tu :)
Tong yg kat belakang tu ialah tempat utk letak bag huhuhu...

Bas bertolak pukul 10.52 pg (cuma lewat 7 minit, oklah). Then after 20 minit melalui King Fahd Causeway, kami sampai kat satu small island dimana encik-encik imigresen Arab Saudi sedia menunggu. Hmmm...with experience masa kt airport dulu, I mmg dah prepare mentally that it's not gonna be fast.

And yes, after queuing and showing our passport and visas, we to WAIT FOR 1 HOUR in the bus until everything's cleared. Phewww...

Then lepas bas bergerak 5 minit, there's another stop for Bahrain imigresen plak. Tapi kali ni cepat sikit dalam 15 minit semua dah setel. Sambung lagi naik bas in 20 minit, kami pun sampailah ke Kingdom of Bahrain.

Stesen bas Sabtco di Bahrain ni terletak betul2 di depan Lulu Centre (oh kt sini sgt byk nama Lulu sbb bersempena nama permaisuri apa ntah). So bila turun dari bas tu kami berputar-putar kt situ. Biasalah nak berkomunikasi dgn org2 kt sini amatlah seksa. Last2 jumpa stall jual Corn in a Cup tu, sambil beli jagung, sambil tanya dia tempat kereta sewa. Lega sgt bila bleh cakap english dgn sgt bagus.

So kami 4 beranak pun menapak la ke tempat kereta sewa tu, which is few blocks away. Nasib baik kami cuma bawak backpack je so senang, galas beg, heret anak hehehe...

Lepas tanya beberapa kedai (ada byk car rental kt area ni, mcm centre dia le), kami pun ambiklah keta Yaris ni yg paling murah, sewa ialah (Bahrain Dinar)BD9. Haaa??? takkan 9 dinar je? Hehehhe ye tuan2 dan puan2, 9 dinar adalah bersamaan dgn ~RM75 hehehe. Ohhh...

Dapat keta, terus pi hotel yg kami dh booking online (baru booking malam tadi..). Itupun nasib baik ada sbb mostly mmg dh fully booked sbb musim cuti. Alhamdulillah kami dapat apartment, yg mmg sgt sesuai utk anda yg mempunyai anak2 yg sgt tak reti duduk diam. Nama hotel ialah Ru Ru Tower, murah saja cuma BD40 utk 2 malam (Fakta : I sgt tensen dgn duit dinar ni sbb nampak mcm murah gile tp bila convert mahai la jugak huhuhu)

Hall untuk budak kecik berlari-lari & menyepahkan makanan...

Oh the kitchen..I rasa mcm nak angkut bwk balik.

Meja makan yg menjadi tempat sidai baju n towel n mcm2...

Ada 2 bilik tidur, dan 2 toilet

Me and Amet adalah sgt sakit kepala sejak dalam bas lagi, so we TRY to take a short nap, but unfortunately there are monsters yg asyik melompat-lompat di katil dan kabinet dan menghempas pintu dan memain tv, until last sekali one monster said "Ayah, lapar laa....". So kami bagun and keluar ke Manama City utk mencari makan.

We found A LOT of restaurants on the way, but Amet insist to makan kat mall. Maka setelah berpusing2 kat town tu, kami pun sampailah ke City Centre and makan kat situ.

Kebetulan tempat makan adalah berdepan dgn FunLand maka terpaksalah melabur untuk cik Zuzu bermain-main pulak...

setelah penat bermain-main maka kami pun pulang ke hotel utk tidur sebelum meulakan kembara di hari berikutnya...

....continue to part II

Friday, November 12, 2010

MALAYSIAN KITCHEN

Confession : I woke up late this morning.

We sleep late these few days, watching movies until 2-3 a.m. Holidays for Amet means holidays for me as well, because I dont need to wake up earlier than him, preparing breakfast sambil mata separh tertutup..

Actually I already bangun early this morning, but while waiting for the laundry to finish, I just take "a short nap" in the hall. Then bila I tersedar, tetiba nampak adegan begini....


Zuzu ditemui berada hampir di bawah sofa.

Entah bila 2 beradik ni bangun, jalan dari bilik n sambung tidoq kat hall nih, ibu pun x sedar...

Yaya paling loghat. Nampak cam kebuluran tak makan sepuluh hari...

I terus gi panggil Amet, tengok keadaan anak-anak yg amat memilukan itu... Maka sang ayah yg amat bersimpati, terus mengumumkan keberangkatan keluar ke Khobar! Yeaayyyy!!!

*Pandai anak-anak ibu buat muka kesian*

Memula pi sana nak survey stesen bas SAPTCO yg akan dinaiki ke Bahrain tuh. Kena usha-usha gak area sebab nak tinggal kereta a.k.a awek encik Amet kat situ.

Then sesaja jek try ukur kedudukan Malaysian Kitchen kat GPS. Oh hanya 2.2 km dari stesen bus tu. Zassss...akhirnya sampailah ke destinasi yg diidamkan sejak sekian lama (tu pun dan lagi sesat satu dua lorong).

Taadaaaa.... presenting...The Malaysian Kitchen!!!! Yuuhuuu..!!!

Nak bagi ingat landmark, ia terletak di depan kedai Natural Group nih, kedai landskap.
(Pasnih kalau kedai nih dah bankrap, xtaulah hehehe)

Zuzu Yaya kemain suka dapat bunga manggar

Tom Yam putih seafood... Sedap!

Kueteaw dan Laicikang for me...


Oh ada lagi order : Sate, Mee Bandung, Teh Tarik. Tapi dah tak sempat ambik gambar, sebab the food so tempting, xleh nak pegang camera dah....hehehe...

Thursday, November 11, 2010

NAK TRAVEL? BE PREPARED!

Straight to the point (I am super duper busy now, duh..), if nak travel from KSA to OTHER COUNTRY, here is the procedure :

1. Bayar visa at any ATM machine (SR200 sorang)
2. Ambik receipt dan bawak to Saudi Kayan's HR office (ni masing2 punya company la ye)
3. Isi borang, mintak sign boss
4. Tunggu la dalam 4-5 hari, office akan bagi passport

Kalau nak travel dgn kereta sendiri, macam ni pulak :

A) Kalau kereta beli CASH, ok no problem. Boleh terus jalan.

B) Kalau miskin cam kami ni, beli kereta berhutang kat bank, ini prosedur dan cekadak yg harus ditempuhi....

1. Memula kena report kat murur (polis)
2. Pastu kena pi kat General ..... apa ke benda ntah (nanti nk confirm balik ngan boss saya)
3. Then pegi bank yg buat loan keta (hire purchase), mintak dia buat surat confirmation yg dia luluskan kita bawak kereta tu utk ke luar negara.
4. Dah siap semua doc dan surat menyurat nih baru bleh travel.

Makanya, kami yg agak blur sbb masih fresh kt sini hanya membuat bahagian paspot/visa sahaja. Bahagian kereta adalah tidak ketahuan sehinggalah hari dah nak bercuti. Yeayyy!!!

Maka, plan asal nak drive ke Dubai adalah terlepas sudaa..... Gudbye Dubai, see you next holiday...

Stop sat, makan karipap + nescafe dulu...penat mengarang nih :)

Maka otak seminit laki bini ini mula gelabah, konon nak booking tiket flight. Punya berangan macam cucu raja, nak booking malam ni, nak fly esok. Total harga tiket fly cuma nak ke Dubai, negara jiran sebelah tu je ialah SR8000++. Amboiii........ Apa? Ingat kami beli ke? Hohoohoho...

So tukar plan, maybe travel dalam KSA jek lah. So ingat nak ke Ryadh, ibu negara KSA. Tapi alang-alang dah dapat paspot (dah la x free nak ambik paspot nih), nak kena mesti ke luar negara jugak! Maka, plan seterusnya : Bahrain.

Oh nak pergi Bahrain ni just like from Johor to Singapore. Seberang laut naik jambatan jek. Tapi kalau nak drive keta sendiri, kena lah buat prosedur kat atas tu jugak. So? Takkan nak naik flight just nak pi seberang tu jek?

Maka, plan terbaru ialah : Menaiki BAS ke Bahrain! Yeeehaaaaa...!!!!

It's gonna be very adventurous, with the kids, I guess....


Tetiba rasa teringin nak pi Bangkok, maka terus buat Pulut Mempelam, a very famous dessert of Thailand...

Dengan menggunapakai mempelan dari Egypt. Harga :SR18/kg. Untuk 3 biji ni ialah almost sekilo dah. Melampau betoi!

Huhuhuhu....setakat saat minit I menulis nih, kami masih lagi stick dgn planing tuh. Taktaulah kot seminit lagi berubah pulak. Watch out this space for our travel updates!

Saturday, November 6, 2010

PLACE OF THE DAMNED

Damn!!! Damn it!!!

One thing yang paaaling amat sangat I tak suka kat Saudi ni ialah : SEMUA pekerja mesti LELAKI. well, of course adalah sedikit exception utk pompuan eg: nurse, doctor, teacher etc. Tapi klu tak terdesak sangat, mmg semua kerja akan diberi kepada lelaki. Just man, and men everywhere - the fact that I totally hate very much!!!!

Okeh, why is that yg I marah sangat pasal lelaki je yg bekerja kat sini? Adakah I teringin utk bekerja? Oh no no no!!! Tidak sama sekali berkeinginan utk bekerja di kalangan mereka yg sungguh tidak bersistem ini. Never ever!!!!

So why yg beta mengamuk sgt ni??? Here is the story....jeng jeng jeng....

Last night, kami saja-saja bawak Zuzu n Yaya to McDonalds nearby, sebab Zuzu nampak mcm so boring kat umah. Since kat sana ada playland, so bleh la dia main-main.

I ni plak, dah sampai sana rasa nk ke toilet plak dah. Memula I masuk tu ada la mak arab ni dok basuh tangan kt sinki. I tunggu je kat situ sbb nampak pintu tertutup, so I ingat ada org. But then mak arab tu tunjuk-tunjuk kt toilet tu, means xdek org lah dalam tu, dia suruh I masuk la tu.

I pun masuk dan kunci la pintu. Then I dengar ada org tolak pintu depan. Memula I ingat mak arab tadi tu keluar. tapi, on the same time tetiba I mcm dapat hidayah utk turunkan balik abaya yg I selak nk k*nc**g tadi. Memang tepat sekali, x sempat abaya I nak turun habis, tetiba ada org tolak pintu toilet tu.

It's the cleaner and it's a MAN!!!

Oh kunci pintu tu rosakkk!!!

And I adalah dalam keadaan separuh terselak, sambil duduk kat toilet bowl!!!!!!!!!!

Mmg I jadik tersentot, and gelabah gile, and marah, and menggigil. I keluar n cerita kt Amet. Kebetulan I nampak the branch manager lalu nk hantar order, so I called him.

Me : Sir, I need to talk to you...

BM : Yes mem, how can I help you?

Me : Well...your cleaner went into the ladies without knocking, or asking if there's anybody inside. And it was quite embarassing when I was in there and he just open the door.

BM : Oh I am really apologize for that. I will talk to him.

Me : Yeahhh..you should teach n train him, please..because..toilet is so-o "private" ok...Oh one more thing, it's better if you can hire a lady cleaner for ladies. We are doing that in Malaysia...

BM : Orait mem, thank you....

I tak faham, why negara yg sangat amat Islamic nih, yg konon-kononnya nak melindungi sangat kaum wanita tapi tak reti nak respect wanita???? I tak paham apa yg depa cuba buat???

Lelaki masuk toilet pompuan? Lelaki cuci pad-pad pompuan? What the Hellllllllllll!!!!!!!!!!!

And satu lagi, kedai-kedai lingerie, baju dalam, seluar dalam pompuan pun semua ambik pekerja lelaki. Bukankah itu amat memalukan bagi kaum wanita??? Bukankah itu tidak menghormati kaum wanita? Bukankah itu menjatuhkan maruah wanita?

Seriously, be it kedai Made-in-China-underwear kat pekan-pekan kecik, or Victoria's Secret or La Senza, semuanya adalah salesman/ salesboy! Then bila ko berdiri jek kt pintu masuk tu, akan nampaklah mata depa ni macam x-ray. Imagining what size is inside the abaya. Damnnn!!!! Lagi2 klu yg tak pakai hijab. Amatlah sgt tebal rasa muka you!

So, mmg jgn haraplah I nak tukar underwears sepanjang I kat sini. Yes, an embarassing fact. Unless I order online. Or tunggu jeklah balik Malaysia yg banyak salesgirls yg sgt pandai mensuggest the suitable ones for you.

Tu belum masuk bab kaunter2 mekaps, cosmetics and skincares lagi. Apa sgt yg lelaki tau pasal benda2 nih? Pastu bila kita mcm nak try2 product pun susah sbb konon2 depa xleh pegang lah kita ni. Pastu mcm mana aku nak beli?????? Ambiklah salegirlsss oiiii...........

Benci! Benci! Benci!!!!

Friday, November 5, 2010

INTO MY SHOES

Finally, our shoes-hunt comes to the end.

Amet got a Lacoste for himself. With the crazy sales, he keep pushing me to get one pair of sport shoes for me too...but ooohhhh...a very nice wife I am, I said "No, thanks darling". Anyone can resist such great offer like me? Heh heh....


But later, caught myself in the Nine West...yeeehaaaa..!!!! Hehehe....

Ada sale nih...klu tidak I x beli..tak sampai hati u...

Oh got myself skincares too. Hmmm..this part was quite disapointed. I went to Clinique counter, looking for the anti-blemish range (Oh i got pimples pulak sejak duduk sini...benci!), but unfortunately, none of the salesmen can speak english! Oh my!!! Konon jaga international brand...aiyaakk!!! Urgghhh really cant wait to balik Malaysia and borong the lovely Dermalogica (cant find here *sigh*)

So i just cross into The Body Shop which is just opposite. So bad jugak sebab this salesman's English was so fluent, so I terpaksa beli Body Shop punya produk! Huhuhu...back to teenager's :)

Had a blast today with only 3 hours spent (plus makan + solat + washrooms ~ Yaya poo-poo 2 kali in the mall!). Tak penat sgt, got what we want = HapPy Faces...!!!

Thursday, November 4, 2010

LA LA LA KERJA

Encik Amet seems to be very the very the busy this week. Setiap hari adalah pulang lewat. Maka me and anak-anak ialah berkurungan di dalam rumah sahaja. Malahan hari minggu seperti hari ini pun masih perlu bekerja. Kerja lah kerja, biar dapat ongkosnya, saya pun gembira. Hahahaha nampak sgt dh sasau I nih sbb xleh keluar umah.

Oh takpe, takpe... takdek masalah! Meh kita main masak-masak ye anak-anak....


Haaa..tudia..punya special masak! Tapi tu lah, buat makan sendiri jek laa...

Nasib baik malam tadi berjaya merap dia bawak I gi beli groceries. Huhuhu..klu tidak mkn lauk telur rebus jek la hari nih (eh telur pn dh habis..). Itu pun encik Amet sgt berbaik hati, dalam keletihannya masih nak bawak kami gi piknik kt beach, plus inggah jap kt playground bagi anak-anak main lepas boring. Tenkiu so much dear...kesian...

Then lepas beli barang2, sempat gak singgah jap kat Cafe Liwan (bakal menggantikan Starbuck ke nih?). Dah very last minute dah kedai pun dh nak tutup, sbb keluar umah td pun mmg dh lewat. So I tapau dia punya Turkish Coffee and Amet is Qahwah Arabi (Kopi Arab). Specialnya kopi arab nih dicampurkan dgn halia, kayu manis, bunga cengkih dll herbs so baunya sgt wangi (macam Teh Masalla if you are peminat Indian cuisine).


Sekian jek, x pegi mana2 means xdek cerita...

Wednesday, November 3, 2010

AYAQ BAH A.K.A BANJIR

Bila tengok semakin hari semakin banyak org dok gelabah kat fesbuk ttg ayaq bah kt Perlis, maka I pun tergerak hati nak call my parents. Memula call pukul 2 petang Malaysia, depa cakap ok jek, takde air masuk langsung dalam umah. Even kat umah jiran-jiran kt kampung tok kuning tu pun still ok lagi.

But then, ptg tu I bukak FB lagi and tengok mcm makin banyak org dok cerita air naik sana sini. so I call lagi kui 11.30 malam Malaysia, and that's the time when my mom said "Kami tengah angkat almari dan barang2 ni...Ayaq dh masuk umah...."

Oh, I mula rasa x best. Huhuhu..benda yg paling I kesian ialah bila nak mengemas bila air dah surut nanti. Masa tu dgn dinding berlumut, cat dah tanggal, lantai berlumpur, perabot pecah n reput...Oohhhh....sad.

And to make it worse, me the anak sulung yg sangat rajin ni is here, in Saudi Arabia, while my younger sister is currently in Korea. Cuma yg tinggal kat sana are my brothers, Eid and Amar. And, i think semua dh sedia maklum that boys (my dad included :)) are just "so-o-o good" dalam bab-bab kemas-mengemas ni kan... Owwhh..kesiannya mak...Nevermind, i will keep on texting ayah and eid and amar sampai depa kemas beul-betul!

The kitchen - meja makan atas meja makan. Kelihatan air sedang masuk perlahan-perlahan ketika ini..

My mother, bleh melawa dan bersuka ria pulak dia!


Eid, my brother yg berlagak macho ketika air dibelakang semakin naik

Time ayaq bah, mmg mcm-mcm spesies "tetamu" yg datang ke rumah..

Gambar ikhsan dari FB Eid

Now, my family menumpang jap kat umah Mak Cik Ton n Tok Limah yg x kena bah (dh surut actually). Oh satu lagi, mengikut sumber2, banjir ini adalah disebabkan oleh air dari Thailand dan juga empangan yg telah dibuka bagi mengelakkan empangan pecah. Hujan telah pun reda sejak 2 hari yg lalu (mcm buletin utama :)

Hanya doa yg dapat kukirimkan. Harap-harap air cepat surut since the Eidul Adha is just around the corner (walaupun i guess semua org mesti dah takdek hati nak beraya). And heard that Pak Su is also planning for a big kenduri during raya, wish everything will be smooth for them all.

Oh Allah the Almighty, please protect my family and semua mangsa yg terlibat. Amiinnn....