Memandangkan encik Amet telah mencanangkan kepada orang-orang kampung bahawa I telah menambah berat badan kerana asyik makan khabsa sahaja, maka kini harus & tibalah masanya utk I buktikan bahawa I bukan lah a big fatt lazy monster yg tidak memasak apa-apa di rumah. (Huh, mister, I am always ready that I always keep pictures of my cooking meals okeh!)
Yes, mmg I suka mkn khabsa n shawarma. Order tu order jugak. Tapi kt umah pun I tetap masak jugak, dan makan jugak. And I mmg takmau pi timbang berat badan, cukuplah dgn menyukat spare tyres kt perut dan lemak-lemak di peha yg semakin berlaga sesama sendiri nih ouuchhh!!!
So, mari kita terjah... apa yg menjadi kt dapur I sepanjang minggu nih (yg hangit tak termasuk kt sini :))
Bubur ni masak selepas balik dari Mekah tu, sbb lauk semua dh kehabisan. Tak sangka, habis licin seperiuk dimakan Zuzu n Yaya. Hmm..kecik2 masa baby dulu, tak le depa minat sgt mkn bubur, dah besar gini sapu bersih pulak..
Marble cake nih buat utk lepas gian membaking (boleh gitu?) hehehe... And kebetulan keesokan harinya, ada satu majlis perpisahan utk Finaz yg nak balik Malaysia. So I hangkut kek ni jek lah as pot luck.
Haaaaa....... yang ni sila baca betul-betul ye. Bukan daging biasa... tapi daging al-jamal lah..daging unta! Kebetulan masa pi market hari tu, I tengok daging ni dok tergantung nampak lawa, fresh jek. Bila tanya, butcher tu cakap "It's not beef, it's camel, but it's best among the best. u shuld try". So kami pun try le beli. And turn up it taste really gooood...... Yummyy!!! Two thumbs up!!!
Kerabu sotong, dimana sotongnya dibakar sekejap. Bau lebih wangi drpd sotong rebus. Letak daun ketumbar banyak-banyak... 5 ekor utk I sorang jek :)
Sekali lagi, daging unta (campur tulang sikit) dibuat gulai dengan rebung. Amboi.... Middle East - Asian cuisine hehehehe...
Hahahaha... setelah bertungkus lumus mempelajari ilmu selok belok dari Tok Guru Kak Leeza, akhirnya... makanan yg amat I idam-idamkan... Petaiii!!!!!! Yabedabedoooo!!!! Tenkiu so-o much kak Leeza atas tunjuk ajar ke kedai itu...
Alhamdulillah.... lunch di hari minggu dgn hidangan masakan kampung (unta tu kira kategori kampung jugaklah, kampung Badwi hehehe). Oh dapat ikan kering kembong masam pulak tu, lagi kick! Makan sampai sakit perut... :))
*Itu tangan kembon cik Zuzu yg menyebok...