Sudah- sudah lah bersedih kan. Orang selalu cakap "menangis air mata darah pun dia tak akan kembali lagi". Ada ke air mata darah? Ke sebab org tu cucuk mata mcm Kassim Selamat?? Ahh pedulik, yg I terover-over pikir pasal pepatah tu buat ape? Mmg sah, kepala masih tak berapa betul nih.
Dalam merenung-renung kesilapan diri, tetiba kan teringat I ni puasa pun belum ganti lagi!!! Adoi... jangan kan kata nk puasa sunat, puasa wajib pun tak habis lagi. Malunye .... Dah la baaaaaaaaanyaakkkk gile nak kena ganti. Berapa banyak? Nak tau? Haaaaa........ 15 hari okehhhhhh.... Maximum!!! Semua ni ialah disebabkan gangguan hormon dari sang implanon lah ni. Balik kampung ni siap kau, I nak cabut n campak kau kat gunung. Kalau lepas tu termengandung ke hapa sendiri tanggung hahahha...
So semalam bermula penggantian puasa I. Hadoi sbb dah lama tak puasa dan asyik melantak tak hengat je kan, mmg rasa tergugat jugak la nafsu I nih. Tengok anak2 makan roti pun rasa teringin, tengok Yaya minum susu pun rasa terliur. Isk isk isk....
Macam2 idea dalam kepala hotak nih nak masak utk berbuka puasa. Tapi setelah dikira campur tolak bahagi darab, tak le banyak sangat I masak... 4 jenis lauk + goreng pisang jek. Haa... mana ada banyak pun...
Dalam ni tersembunyi gambar goreng pisang I yg mmg tahap takde rupa punya. Cuba teka, yg mana satu goreg pisang? Hahaha I mmg teramat sgt lemah kalau bab-bab buat segala jenis cucuq nih... Tak pernahnya jadik comei perfect. Tapi asalkan boleh makan dan still rasa pisang, telan saja la... Kat sini bukan ada gerai goreng pisang pun....
So ini ialah siput apa I taktau spesies, tapi I tau ia mmg boleh dimakan. Sentiasa konfius antara lokan, siput retak seribu dan sebagainya. Hanya kenal kerang...
Simple tapi sedap. Rangup n crunchy.
Haaa kisah udang ni... kalau nak masak udang kat umah I nih kena ada 2 jenis : yang berkupas dan yg tak berkupas. Kenapa? Sebab I punya style ialah yg suka sgt udang ada kulit sbb dia lawa, cantek, nmpak rupa udang dan lebih manis (I suka makan makanan yg penuh gaya hahaha). Manakala encik Amet ialah sgt tak suka udang berkulit sbb dia tak pandai makan (Dan dia tak kisah tentang gaya asalkan senang masuk perut).
So apa I selalu buat ialah, dalam sesuatu masakan, campur je lah udang kupas dan udang berkulit. Puas hati. Hmmm... macam2 ada kat dunia ni kan.
Okeh. Cau cin cau....