Tuesday, May 31, 2011

DEAR KING, PLEEEASE ALLOW US

Ok now, almost everybody here is talking about this brave, brainy young lady, Manal Al-Sharif.


Okeh, to cut it short, she's a saudi woman yg sgt berani held a campaign for women to drive! Yeeaaahhhh!!!!! Of course I sokong 500%. Even I hv thought in mind, if I do have somebody to take care of my kids, I would definitely join the campaign!

Malangnya, during the day they have the campaign, Manal was caught! Alaaa...... biasalah u know..polis2 arab nih semua style ego, berlagak tetapi sgt stupid, tangkap tak bertempat, suka hati kepala dia nk tahan org tanpa sebarang usul periksa. (sory, mmg sgt byk caci maki di sini). Lagi-lagi lah bila kaum ladies yg lebih bijak pandai cuba bersuara, lagi lah depa dengki!!!

But then, after few days disoal siasat mmg tak terjumpa la gamaknya kesalahan berat si Manal ni, so terpaksalah dia di released.... Alhamdulillah....

Here's the Wikipedia of Manal's and the News and another News of the release. And if you are interested to read more 'bout Saudi's life, here's the real Saudi woman's blog. (I punya blog nih "arab" celup jek hehehhe...)

Cuma yg I tak puas hati, kenapa sangat lah gov saudi nih susah teramat sangat nk bagi pompuan drive kat sini. Ya lah despite of risaukan keselamatan isteri/anak perempuan mereka, they also have to think about the emergency situation kan. Ya la maybe most of the saudis yg kaya raya tak risau sgt since they always have their chauffeur. Tapi, for us golongan rakyat bertaraf biasa nih mcmana??? If let say my kids are so sick, and my husband cannot be reached, hah???? Nak nganga jek kat rumah????

Lagipun, utk pergi membeli-belah barang2 wanita seperti mekap, kasut, handbag yg setiap satunya harus dibelek-belek dgn teliti selama 3-4 jam adalah menimbulkan ketidakselesaan apabila anda ditemani oleh seorang lelaki di sini. Ouuuchhhhh!!!!!!!!!!!!!!

Oh "our" beloved king, please lah listen to "your" women's heart...... WE REALLY NEED TO DRIVE!!!!!!!!!! Huwaaaaaaa!!!!!!!!!

Monday, May 30, 2011

THEY ARE WHO WE ARE

Betul lah org cakap budak2 ni cepat mengikut, cepat ingat dan memori depa mmg betul2 power! Dari apa yg I perhatikan pada cik Zuzu n Yaya ni, memang terbukti teori tersebut adalah benar.

Contohnya kalau setiap kali dgr azan, masing2 akan terjerit2 nak berebut bagitau "Ibu! Ibu dah azan!" Pastu masing2 sibuk lah nak basuh muka dan kaki (ambik wuduk la tu...). Then, ikut ibu solat. Alhamdulillahhh.....

Cik Zuzu kalau solat, ok sikit sbb dia solat atas sejadah sendiri. Tapi kalau cik Yaya.... mula2 ok la solat atas sejadah dia, tp pastu dia akan mula gerak sikit demi sikit dan last sekali mesti join sekali sejadah ibu. Tapi takpa lah kan, umur baru nak masuk 3 tahun...... So far solat mmg cukup waktu kecuali kena time depa tido. Hehehehe.....

Then kalau lepas solat mesti "Ibu, adik nak ace o'an.." (Ibu, adik nak baca Quran).




Pastu kalau kena time ibu "off" mesti sibuk dok tanya kenapa ibu tak solat, especially Zuzu lah. Hari tu masa keluar jalan2, ayah cakap nak gi solat. So cik Zuzu ni pun dok kepoh la "Ibu, kenape ayah je pi solat? Kenape ibu tak solat? Jom la kita pi surau..." So terpaksa lah berlakon "Ibu sakit perut...ibu terb*r*k kt seluar, takleh solat kena wash dulu..." Hehehehe.....

Lagi satu bila tengok tv, bila ada orang perempuan yg tak pakai tudung mesti kepoh nak tanya kenape org tu tak pakai tudung? Kenape dia dah besar tapi tak pakai tudung jugak? Nanti kepala dia kena bakar tak? Alhamdulillah.... nampak mcm dia dh paham sikit2....dan benda2 basic tu mcm dh melekat dalam kepala.

Tapi...........................................

Ada jugak benda tak berapa best yg depa ikut. Contohnya satu hari tu masa kami dlm kereta, ada lah sebuah kereta arab ni "pancung" kereta kami sebab nak belok kat lorong depan kami tu. Sebab terkejut I pun terjerit "Masya Allah!!!!" dgn agak kuat. Tetiba cik Yaya nih "Oih!!! Ape la pak alab nih!!!!"

Terus me n Amet berpandang-pandangan. Tak sangka betul mulut kecik yg cakap pun tak berapa penuh tu dah pandai maki orang!!!! Hehehehhee... nak gelak pun ada. Tapi tu pun mmg diakui, sbb ibu n ayah dia pun selalu jugak terlepas mulut maki driver2 arab/india yg gila kt atas jalan nih. Huhuhuhu......

So be careful on whatever you do, parents. Your kids are watching you... :))

Saturday, May 28, 2011

MISSION IMPOSSIBLE

I would like to write a kisah which I think akan menjadi antara kenangan "terindah" kehidupan kami di the forbidden kingdom nih. And I believe, andai sekiranya kami diberi peluang utk merasai kehidupan di negara-negara lain pulak, nescaya kami tak akan jumpa lagi pengalaman seperti ini...

Last weekend, kami sekeluarga telah pergi melepak sambil memakan burger kat tepi pantai. Memandangkan sekrang nih musim panas, so mmg kami keluar agak lewat petang dan lepak lah sampai Maghrib. Lepas solat Maghrib (yg dah agak lewat) kt masjid berhampiran, kami berniat utk singgah for groceries kat Panda.

Realize that Isya' time is very soon, so kami pun rushing la nak masuk Panda. Biasanya, kami mmg selalu buat mcm tu - masuk dekat2 time org nak azan, then lepak je dalam tu masa org close for solat. We call it "Misi bershopping dalam gelap" sbb all the lights will turn dim masa solat nih.

Tapi kali ni, masa nak masuk tu ada pak guard ni tahan kat pintu sambil tanya "Aina? Aina?" (nak ke mana tu?).

Kena pulak, I lah org yg paling depan sekali. So I la tukang menjawab "Usrati..usrati..." . (Family I kat dalam) sambil tunjuk kt dalam Panda. Then sambil buat muka hebat + keras kepala, kami semua pun terlepas la masuk dalam. Yaahhooooo!!!!! (Tak habis2 buat perangai nottie dari sekolah sampai dah tua).

Amet pun siap pi ambik troli, dan kami pun bershopping lah dgn girangnya.

Tiba-tiba..... Datang seorang pak guard lain. Kali ni nampak lebih bengis. Lalu dia menjerit "Khalas!!! Khalas!!!! Solah!!!" (Sudah! Sudah! Ini waktu solat!) Sambil tangan dia menunding ke arah pintu, memaksa kami keluar.

Tapi my hero ni still berani lagi menjawab "We stay inside, later open, we pay."

Tapi pak guard tu terus gak dok jerit "khalas" dia tuh. So terpaksa lah kami meninggalkan troli yg dan separuh penuh tu dgn hati yg amat kecewa.... Hahahhahahahaha...padan muka! Lain kali INGAT!!! JANGAN CUBA NAK GAGAH BERSHOPPING GAK TIME SOLAT KT SAUDI NIH!!

Ya lah...biasanya mmg ok jek kalau kami buat camtu. Tak sangka pulak skrg nih Panda dh hire kemain banyak pak guard utk halau org keluar. Lepas nih mmg tak leh buat taktik shopping dalam gelap tu dah la....Hau hau hau..!!!

If you are inside the mall time solat, maybe you can go lepak kt restaurant/cafe. But, make sure u get in before the azan. Otherwise mmg pintu dah dikunci! And if u are not lucky enough, even if u sempat masuk pun, maybe tak sempat order sebab semua staf2 cafe nih akan keluar lepak kt luar kedai, otherwise depa pulak yg kena tangkap sbb bekerja time solat.

Tips : Masuk restoran dalam 10-15 lebih awal before azan. So that u sempat order, and chef sempat masak. Then right after azan berkumandang, u are already enjoying your meals....
Hehehehe... nih bukan tips nk bg u all skip solat tau. Tips ni boleh diamalkan utk time solat yg panjang waktunya spt waktu Isya'. Kalau time Maghrib tu, pi je lah solat kt surau :))

Sekian. Mari enjoy gambar hiasan masakan minggu ini....



Ikan kerapu a.k.a hamour ni mmg feveret org arab. I ni kalau makan kt kedai, rasa ok jek ikan ni. Tapi kalau kena masak sendiri, adehhhh......... tak tahan masa nk cuci dia, hanyir kemain. Tp bila dah masak, boleh la tahan. Still, it's not my feveret (which explain I BUKAN org arab).

Wednesday, May 25, 2011

SUFFERING

Okeh, finished with all the cuti-cuti story. So lets start updating about our "real" life here. Hmmm.... jusssttt right after I menjejakkan kaki on this sandy land, hidung dah mula start rasa tak selesa. For first few days just rasa mcm running nose yg biasa2 jek. Then, masuk hari ke-4 tuh, dah start rasa sakit muka. Mula-mula mcm mild jek, then masuk hari ke-5 masya Allah... taktau nak cerita mcmana terlalu sakitnya hidung dan pipi I nih.

Bila Amet balik keja jek I terus ajak dia pi hospital, tu pun when I realize mata I sebelah kiri nih dah mcm tertarik2 and a bit senget!!! Serius takut giler lah time tu. I was thinking sumthing like " Will I be paralyze? Will I be senget like tis forever?" Air mata pulak dok keluar. Tapi bukan I menangis, tapi disebabkan bijik mata I tuh was under pressure. Memang lebih teruk kali nih.

Amet pulak dok buat statement best "Sekali tengok muka, mcm lawa la jugak kan... rupa-rupanya dalam muka lawa penuh penyakit. Hahahhahaa..." Ceehhhh!!!
So mcm biasa, doc x-ray n biasalah, resultnya sinus menyerang lagi... Sangat tak best. So start lah hidup dgn ubat-ubatan lagi...

Then, keesokannya ada penyakit baru pulak menyerang. Taktaulah apa yg tak kena, perut I mula2 rasa bloating. Pastuh I mcm rasa pening yg teramat sgt. Pastu loya tahap berpeluh2 dingin, menandakan I akan pitam! Try la minum air halia, sapu minyak angin, mcm2.... semua tak jalan. Rasa lapar, tp nak makan tak lalu. The only thing yg I rasa boleh telan hanyalah buah-buahan, especially buah mempelam cicah kicap.... Jeng jeng jeng......!!!

And Amet start rasa curiga......

Amet : What happen to you?

Me : Emmmm.... I think we need to talk..........


Amet : Haa????????????? Really?


Me : Ha laa, ayg just nk habaq ayg rasa maybe ubat2 tu ada yg x sesuai kot, that's why la rasa pening2 loya mcm ni. Bukan pregnant daa.....


Hahahhahahahaha.... saja ja buat suspen.

And the pening lalat + loya everything mmg continue for few days, sampailah semalam bila I stop mkn ubat-ubatan tuh. And all the while, mmg selera makan I menurun mendadak. Seriusly, it's not me. Masak bukan main lagi bersungguh2, tp bila time nak makan rasa takleh telan. Pastu bila time kena siang ikan, mak ai rasa nak muntah segala bagai. Even bila Amet bawak mkn luar pun, I still takdek selera nk makan.


Macam-macam try masak utk bukak selera.. Tapi org lain yg makan lebih...



See...mengalahkan rumah kenduri I masak....


But Alhamdulillah.... setelah hampir 2 minggu suffering, start pagi ni I feel better n appetite pun mcm ok skt. Hmmm... semoga Allah terus mengurniakan kesihatan yg baik utk I supaya I dapat jaga encik Amet dan princess2 I dgn sebaik-baiknya... Aminnn....

Tuesday, May 24, 2011

MINGGU TERAKHIR DI MALAYSIA...OOHHH...

Hmmmm.... minggu terakhir tu mmg tak plan pi mana-mana. Tapi mmg busy gila jugak. Time tu lah kelam kabut nak visit sedara mara, nak setelkan tugasan (oh kami sebenarnya balik menjadi buruh kasar dgn task mengecat rumah parents I yg nak berkenduri bulan 6 nih, dan mengemaskini rumah parents in-law yg sdg merepair bumbung) dan macam-macam hal last minute lagi.

Minggu last ni jugak lah nk cari **barang2 nak bawak ke sini, dan time ni jugaklah nak pulun makan segala makanan idaman yg belum makan lagi!


Yaya bermesra dgn lembu, itik dan rabbit @Kg. Tok Kuning. Among the most memorable ones...

Suasana yg sentiasa memberi ketenangan, kegembiraan, keceriaan dan kepuasan setiap kali menarik nafas dari fresh air di tepian bendang....

Tapi akhirnya, hari yg TIDAk dinanti-nantikan itu tiba jua... Huuuwaaaaaaa!!!!

@Alor Setar Airport.... Masing-masing muka "tak rela ku pergi.."


Nasib baik bila sampai kt KLIA ada yg sudi menemani kami. Yang paling awai sampai ialah Ummie & Ayah Long, diikuti oleh Pah Farah, kemudian Cik Jujue a.k.a Sigma & Kamal dan jugak Kak Ngah & Najib.

Dan sebagai mengubati kedukaan, Cik Sigma telah membawa Nasi Ambang yg sangat super duper marvellous ini!!! Seriously, sangat2 recommended utk anda semua. Sesuai utk makan sendiri, mahupun utk apa jua majlis kerana ia di pack dgn kemas dan mudah dibawa ke mana sahaja. Apa lagi, nombor telefon dah ada kat bungkusan tu, call jek Wak Kamal nih. Tak pun KLIK SINI utk order. (Ehem ehem... I dah promote sakan nih. I claim komisen bila balik M'sia next time ye...heheheh).

Inilah tokei2 Mr & Mrs. Nasik Ambang (kalau rasa pernah nmpak muka dia kt TV, syyhhhh.... dok diam-diam. Mmg I kawan dgn celebrity.)

Sob sob sob...... So long... and goodbye....


** Ok, Tips/pesanan utk kawan rakan yg akan ke Jubail ni, antara barang2 dapur/masakan yg digalakkan dibawak dari Malaysia ialah : Kicap, Sos Cili, Rempah2 Kari, Sup Bunjut, Ketupat Nasi segera (bagi yg malas mcm I), rempah2 lain spt. Rempah Kurma / Soto, Bawang Goreng, Keropok Ikan, Cili Kering (bwk la byk2), Ikan bilis, Udang kering, Bunga Kantan, Daun Kesum (ni kdg2 ada jugak jual kt sini tp jarang2 ada). Oh lagi satu klu anda berminat bleh bawak margarine, sbb sini agak sukar utk cari margarine. Kalau ada pun, tak berapa best. Yang banyak kt sini ialah butter. Sekian.

Sunday, May 22, 2011

CUTI2 MALAYSIA : MINGGU KE-3

Aktiviti seterusnya ialah bersama family I pulak, bercuti ke Langkawi.

Dalam feri, semua muka eksaited.


Telaga Air Hangat - kolam dah tak berapa bersih sangat mcm dulu-dulu. Tapi air still panas lagi.


Underwater World - the best part utk kanak-kanak bila dapat tengok penguin makan.


Me pegang tapak sulaiman. Hidup tau! Cute gila... (yes, me & the starfish)

Mandi manda @air terjun Lubuk Sembilang

From left : Amar, Eid, Angah, Me.
Nak ambik gambar 4 beradik, tapi si Zuzu sangat menyebok sampai nanges2 nak kacau daun.


Mandi laut utk hilang gatai @Pantai Pasir Tegkorak. Best pantai ni, tak berapa ramai orang dan kedalaman yg sesuai utk kanak2 dan dewasa.

Friday, May 20, 2011

CUTI2 MALAYSIA : MINGGU KE-2

Aktiviti minggu kedua ialah berfoya-foya di KL, sambil2 menjenguk rumah kami yg sekian lama ditinggalkan. Tapi, malangnya setiap kali nk visit rumah tu, penyewa asyik xde je. Ada sekali kami buat edisi "Terjah" tapi x menjadi jugak sbb walaupun dh malam depa still x balik keja lagi.

So sempatlah berjumpa dgn beberapa org geng bas sekolah I dulu iaitu Fir & Pah (walaupun I tak naik bas, tapi selalu ikut geng2 ni pi mengorat kt stesen bas - pengakuan ikhlas).


Fir, me & Pah


Angah & the kids (Angah ambik MC hehehe)

Actually masa yg kami spend kt KL ni mmg pendek sgt, so mmg ramai kawan2 lain yg x sempat utk berjumpa. Lagipun kami di sana pada hari bekerja, so dapat jumpa geng2 yg bercuti dan mmg housewife je lah. Dan lagipun saya tidak mempunyai kenderaan sendiri, maka keadaan menjadi agak sukar utk saya bergerak ke sana-sini menemui kawan-rakan. Jadi kepada yg tidak berkesempatan utk berdating, I mintak maaf sangat2 ye. Insya Allah balik next time, kita arrange lain ok...


Sebelum balik Perlis, singgah makan Ayam Penyet. Tak puas dapat makan sekali ja..


Dinner with Intan & Pak Sheikh, Izzu, dan AG Syam (belum sampai masa ni)

Wednesday, May 18, 2011

CUTI2 MALAYSIA : MINGGU PERTAMA

Aktiviti minggu pertama ialah bercuti dengan family Amet di Bukit Merah.


Mula-mula sampai, upacara penyampaian hadiah kepada bapa mertuaku yg
telah selamat berpencen... :)


Kemudian ialah upacara membuli the little Sarah... oleh kakak Zuzu & kakak Yaya...


Puas hati la sangat cik Zuzu tuh mandi sampai kecut-kecut. 2 hari berturut-turut masuk waterpark nih. So, hasilnya ialah kulit hitam legam sunburn sampai mengelupas.

Ayah pun pulun jugak.... Ada gambar AyahLong ja dlm camera nih,
gambar Ummi takdok...sorry Ummi....


Ibu sedang gigih melatih anak-anak berenang. Ayah telah pun hanyut dibawa arus akibat langsung tidak mempunyai kemahiran berenang. Kelihatan adik Yaya sedang dipaksa menenggelamkan diri ke dalam air oleh ibu yg kejam.


Akhirnya, adik berjaya menjadi seorang perenang yg macho....OK. Dah dapat gambar ramai-ramai....


Dan juga gambar ummie yg merangkap babysitter sementara ibu berenang-renang n berjoli katak hehehhehe...

** Sebenarnya banyak lagi gambar adik-beradik lain = Cik Ngah + Ayah Ngah, Ayah Chik, Ummi, Tok Ayah + Mak Tok. Tapi kebanyakannya dalam camera Ayah Chik. Gambar ramai2 pun kt camera dia. So, bg yg tidak mendapat tempat ditempekkan muka kt dlm bog ni, jgn terasa hati na. Nanti klu Ayah Chik upload dlm FB, bleh lah I copy :)

RE-START OUR LIFE IN JUBAIL

Finally, kugagahi jua tangan ini membuat entri. Ooohhh..sebenarnya masih belum bersemangat utk re-start semula kehidupan di bumi Jubail ni. Tapi apakan daya, kehidupan harus diteruskan. Eeewaaahhhh.......kemain berjiwang karat tuh. Dah, jom enjoy sikit dgn gambar2 yg menarik sepanjang percutian.


Lentok @KLIA

Flight kami from Dammam tiba kat KLIA pukul 6.00 pagi. Then nak kena tunggu flight KL-Aloq Setaq pukul 2.00 petang! Haaaaa... kira sendiri lah berapa jam transit kt KLIA tuh. 8 jam cek oiii..... Dengan tak cukup tido atas flight malam tadi, mmg mata kami dah jadik "meauw" kata oghang peghelih (berpinar-pinar + pening2 lalat).


Dah dapat naik flight ke alor setar tu, mmg I adalah menjadi penidur yg sangat flat tak hengat donia dah. Anak2 melompat kacau abg peramugara hensem ke hapa, lantak lah. Yang penting, ibu harus tido sepuas2 hati.

Oih, ada cerita sensasi!!! Rupa-rupanya kat seat depan seat I tu, ialah cik Ana Rafali! Rupa-rupanya dah lama encik Amet tu nampak dia kt airport tapi dia langsung tak kenal siapakah itu, adeeeiiiiiiiii............. sehinggalah masa I duduk tu, tetiba nampak cik Ana ni mai duduk depan I, so I habaq kt Amet. Baru lah Amet ni " Ooooo..........yaa kaa....yg ni ka Ana Rafali..."

Then bila turun airpot A.S barulah masing2 gedik2 eksaited. Hahaha... termasuklah AyahChik yg menjemput kami. Cehhhh...semua pakat nak tumpang glemer I....


Kontroversi giler bila ambik gambaq ni, pakat dok komen kata MUKA CIK ANA ni SAMA DGN MUKA I. baca betul2 --> bukan muka I sama dgn dia, tapi muka dia yg sama dgn I. Hahahahhahahahaha.............. ayat bajet saya artis glem ye.....

Pasti anda semua sudah mahu muntah hijau kan??? So, I stopkan dulu entri setakat ini. Esok I sambung lagi dgn gamabr2 yg lebih hangat drpd biasa! Tunggguuuuuuuuuuu.............

Sunday, May 15, 2011

I'M BACK

Hallow everybody!!! I'm back!!!!

Just arrived from Malaysia yang indah tidak terkata. Ouchhh pilunya bila menjejak kan kaki kat padang pasir nih...tak lawa langsung!!!

Ok lah sekadar nak mengumumkan ketibaan jek. Tak sempat lagi nak story-morry. Lantai penuh debu, barang2 nak kena unpack, kain baju kena berdobi, adusssssssss........ sekian lah ye.