Saturday, June 25, 2011

EGGS-PERIENCE

I think ramai yg take telur or eggs as a must-have in the kitchen kan? Sebab telur ni yg paling mudah dimasak, cepat disediakan, dan sedap pulak dimakan. Dan yg penting tak perlu disiang atau disembelih! Hehehe...

Just like me, bila telur dh tinggal baki 5 bijik or less, mesti kena tambah stok. Beli stok pulak style satu papan punya. Eh, ke org lain x mkn byk smpai mcm ni?

Selain masak, mcm2 lagi kegunaan teur ni. Kalau org Melayu biasanya telur ni dianggap sebagai lambang kesuburan, sbb tu org bg Bunga Telur masa kenduri kawen :) Ada jugak yg gunakan telur utk buang makhluk halus dan sebagainya. Bg org kristian pula, telur yg diwarnakan diguna semasa perayan Easter.

Eh, sebenarnya I nk cerita my eggs-perience kt saudi ni. Melalut pula cerita adat resam sana sini hehehe.... Kalau nk cerita bout the fantastic-ness and magic-ness of eggs ni mmg rasanya bagi 3 page pun tak habis cerita lagi. Definitely, egg is one of the most wonderful creation of Allah...

Telur ayam kt sini, yg biasa dijual ialah kulitnya berwarna putih. New experience jgk lah bg I sbb kt Malaysia biasanya telur ayam kulitnya coklat. Sini mmg amat sgt jarang sekali jumpa telur ayam kaler coklat tu.

Rasa n taste nya sama je dgn telur ayam lain. Tapi bagi I yg agak terlebih biasa dgn alam poultry ni (cehhh perasan sokmo), dpt merasakan telur yg ni sedikit hanyir. Tapi sikit je la...bila dh hari2 melantak, dah ok dah....

Kat sini jugak ada jual telur masin/telur asin. Biasanya klu kt kampung dulu, telur masin ni dijual dgn balutan tanah liat dan arang tu kan. Pastu bila dh moden sikit dh ada org jual tanpa tanah tu.

Tapi kt sini, telur masinnya kaler purple la pulak....

(Gambar blur sbb ambik gambar telur ni dlm almari, punye malas nk angkat keluar!)

Tapi I tak sure lah telur masin sini depa guna telur apa. Biasa kita buat guna telur itik, tak tau klu sini guna telur ostrich ke :P harganya pula ialah SR6 utk 6 bijik...


Dan tetiba teringat pulak masa I keja kt satu company ni dulu, dimana sekeliling I colleague semuanya chinese, they always bring what they call "century eggs" (I dh lupa nama cina dia). Mula-mula tgok rasa geli nk makan sbb nmpak sgt buruk. Tapi once dh makan, asyik order je heheheh.... Sedap sbb the white part tu dh bertukar menjadi mcm jelly! Kat sini xtau lah ada ke tak.
(Pic google) Nyumm nyumm!!!

Oh, cuma satu je....walaupun masak telur ni nmpak mcm senang. Tapi for me, masak telur ni lah masakan yg paling susah!!! Hahhaha....dah beratus kali kena kutuk dgn Amet, tp still tak menjadi jugak. Bagilah petua mcmana pun, my telur mata kerbau, telur dadar n even telur rebus pun mesti tak jadi punya. Yg I agak terer buat ialah scramble egg sbb it supposed to be berkecamuk/scrambled like that la kan...hehehhee..... Konon je cerita mcm2 pasal telur, tp sendiri masa telur pun tak pandai! Adoiii....