Sunday, June 26, 2011

KEDAI SIAM vs ZARA

Weekend semalam kami outing agak lewat. Dalam pukul 5 baru keluar rumah. Sebab cuaca sekarang dah 40C, so macam agak kemalasan sikit nak keluar rumah. Tapi kalau tak keluar langsung, muak pulak.

Bila dh pertengahan jalan, baru encik Amet tanya "Kita ni nak pi mana?"

Aik? Bleh pulak bawak jek kereta taktau nk pi mana? Hehehe.... memang selalu camtu pun.

So sepantas kilat I jawab "My faveret place, Kedai Siam."

Sesudah menyoping segala jenis barang masakan, tibalah masa utk cari tempat makan. Since Malaysian Kitchen dah tutup ni kan, mcm2 tempat kami menagih kasih mencuba makanan. Last week try makan kt Restoran Nusantara (Indonesia). Nak kata sedap sgt tu tak la jugak, tapi boleh la asalkan ada la sikit rasa asian taste.

So minggu ni nak try Thai House pulak. Tengah dok terpusing2 cari parking tu tetiba terlalu la depan deretan kedai dgn signboard besar "Zara, Aldo, bla bla...".

Apalagi, masuk restoran terus order n makan dgn lahapnya. Dalam kepala ingat nk serbu kedai belakang tu jek.

Masuk jek Zara, mak aiii.......... SALES di sana-sini. Mmg kat saudi nih, satu benda yg best (satu je la..) ialah apabila time sale. Mmg barang2 branded sale gila-gila smpai yg membeli semua jadik gila. Mcm last year, I dapat baju Zara dgn harga yg sama beli baju kat padang besar. (Oppsss...kantoi sudah...hahahaha...) Ya lah, klu masa dia tak sale, nak masuk kedai pun tak sudi.
LinkHarga dh lebih murah dari baju Anakku.... rembat jek laa....

So kali ni, yg mendapat hasilnya ialah Cik Zuzu, Cik Yaya n Encik Amet sahaja. Ibu tak dapat apa2..... tapi tak kesah, asalkan dapur n peti ais ibu penuh, ibu dapat makan petai, somtam, ibu dah cukup happy... (Dalam hati : Ahhh...tak kira minggu depan turn ibu pulak beli abaya mahai huahuahua...) Ermmm... beli yg INI sehelai boleh tak cik abg? Huahuahua...verangan!


Takpa lah...ibu dapat main masak-masak pun dah cukup enjoy....

Ikan bakar atas kuali. Petua utk dapatkan hitam2 menawan tu, sila sapukan sikit susu pekat pada badan ikan (sekali dgn garam kunyit tu).


Konon artistik habis la ambik gambar senget macam tu...


Very the loikee this one....


P/S : Eh kawan-kawan, cepat ke butik Zara yg kat corniche al-Khobar. Ada sale 50%-70% cepat...cepat!!! Beli baju raya!!!