Monday, January 30, 2012

EXHAUSTED

Rasa mcm lama tak update blog. Kesian dia, mcm terabai sikit akhir2 ni. Sebab tuannya is physically n mentally exhausted.

Nak kata tensen tu ada jugak la... walaupun berusaha sedaya upaya to stay calm, tapi mmg tetap rasa tekanan, stress etc. Salah satu sebabnya ialah apabila di saat genting ini, kami sedang menunggu kata putus, a.k.a approval on Amet's resignation. Dah masuk 2 minggu dia send resignation notice, but still to no response. Gila!!! Orang nak berenti pun susah! Nak keja lagi susah! Walaupun Amet cuba buat hal (e.g : ponteng, masuk lewat) tapi still tak buang keja jugak! Cehhhhh... memang kalau dia taknak approve resignation cara elok, kena dismiss pun kami dah tak kisah! Asalkan dia bagi pasport and kami boleh terbang balik ke negara tercinta. *Mode : SANGAT serius*

Dengan boss nya yg semakin hari semakin mengikut emosi, emotional tak tentu pasal mengalahkan pompuan PMS, takmau bercakap, malah langsung takmau bertentang mata mahupun menatap wajah..... phewwww.... I cuma mampu berdoa semoga Amet diberikan KEKUATAN & KESABARAN untuk menahan diri daripada menumbuk orang! (Well, at least sampai setel dapat visa n pasport. Lepas tu nak tumbuk, tumbuklah!!!!)

Hmmmm.... bab packing pula, semalam kami dah start isi barang2 yg dah tak digunakan. So far ada 3 kotak courier yg dah penuh diisi. Yang paling byk rasanya ialah : toys!!!
Barang2 rumah pula dah start dilelong. Alamdulillah, ramai jugak kawan2 yg menyokong jualan kami. Kebanyakannya dah di booking, dan dalam 2 minggu lagi mereka akan datang collect barang tersebut.

Kalau nak diikutkan tensen, lagi bertambah tensen bila fikirkan sewa rumah kami yg masih ada 6 bulan dan tuan rumah tidak bersedia untuk memulangkan duit sewa itu. (Memandangkan di sini perjanjian sewa nya ialah dgn membayar sewa setahun, kami mmg faham. Tapi takkanlah sampai langsung tak ada budi bicara....) Ini pun kerja gila jugak! Kami cuba iklankan kalau ada kawan2 yg mahu menyambung sewaan rumah ni. Tapi nampak gayanya macam tiada respond. So kami cuba letak sebelah perkara ini. Biarlah masa yg menentukannya....

Apa yg penting sekarang ni ialah Amet sedang berusaha untuk melepaskan diri dari ikatan company. Dan seterusnya mendapatkan pasport dan visa. Setelah itu, barulah boleh rasa lega sikit.

Andai kata boss nya yg meroyan itu tidak dapat meluluskan dgn cara elok, maka terpaksalah kami membuka Taktik Mengelirukan Musuh Jurus Ke-8. Hmmm... mungkin selama ini dia tidak tahu yg kami berdua ialah watak sebenar di sebalik movie Mr. & Mrs. Smith yg popular & licik itu.....

Wednesday, January 25, 2012

DOLPHIN VILLAGE

Okeh ni cerita last weekend punye. Dah agak basi so I malas tulis panjang. So nak bagi fakta-fakta penting jek.

DOLPHIN VILLAGE

Alamat : Murjan Island, Dammam, KSA.

GPS : 26°28'43.2"N, 50°05'51.1"E

Bayaran masuk : SR10 / person (tak kira adult/kid)

Masa dibuka : 4 pm - 11 pm

Attraction : Untuk tiket masuk ni, anda akan dimasukkan ke dalam satu kawasan theme park yg dipenuhi dgn pelbagai jenis permainan. Gunakan tiket tadi untuk menaiki mainan pilihan anda. Kalau tiket dah habis digunakan, anda boleh top-up di kaunter yg disediakan kt dalam tu. Satu mainan cost SR5/person.


Entrance & kaunter tiket.

Mini ferris wheel.

Mini train.

Flying ship.



DOLPHIN SHOW


Bayaran Dolphin show : SR20 / person

Masa show : 4.30 pm

Attraction : Ada seekor dolphin & seekor sea-lion yg akan buat show. Lepas habis show anda boleh ambik gambar dgn dolphin dgn bayaran SR50. Tempat dolphin show ni ada di dalam kawasan theme park itu. Maksudnya, untuk tengok show ni, kena beli tiket sekali lagi setelah anda masuk ke theme park itu.

*Gambar dolphin x sempat snap pun sebab dia sangat laju! Sea-lion ni pulak gemok, so dia slow sikit hehehe....


SEAVIEW CAFE

Okeh kalau dah lapar, boleh makan2 kat dalam theme park tu. Ada satu cafe kt tepi laut, open air. Tak perlu nak berbungkus dalam family corner. Best jugak sbb jarang2 dapat lepak makan luar open-air mcm ni. Makanan pun quite nice. Cuma masa menunggu agak lama.

Kat atas pondok yg tinggi tu pun boleh naik makan. Ada kerusi n meja disediakan.

Menunggu makanan yg agak lama...

Makanan yg kami pilih hari tu : Nasi Maqlubah (Up-side down rice or Nasik Terbalik!)

Tuesday, January 24, 2012

SUPER DUPER BUSY

Hallowwww!!!!

Mesti ramai yg dh rindu teramat sgt mendengar cerita mengarut dari I kan? Kan? Hahahha...

Waaahhh this week is super duper busy loh! Mau laya cina! Ehhh... hover la pulak kan. Hmmm actually kat sini, tak sedar pun CNY ke, Deepavali ke, smua "ade haku kesah?" -> Kata King.

Thanx to kekawan FB kt Malaysia yg dok sebok sgt letak status CNY n cerita diorg jalan sana sinun smpena cuti yg panjang tu, maka ketahuan jugaklah kami di sini...


Hah yg alkisahnya I ni pulak yg sebok sgt smpai tak berupdate blog ni disebabkan beberapa perkara (trmasuklah malas) iaitu : Acara makan2 a.k.a Morning Coffee Jumanisaa selama 2 hari berturut2, dan jugak acara mengemaskini rumah supaya cantik dan kemas untuk difotografikan bagi dimasukkan ke dalam iklan (nampak sgt rumah dlm keadaan biasa adalah tidak kemas hehehe...).


Oh lagi satu sbb malas nk update ialah disebabkan cuaca sejuk melampau smpaikan tangan pun beku nak menaip.... (boleh?) Eh tapi seriusla this week sejuk gila! Pakai stokin ke, baju bulu ke, apa pun tetap sama -> ketaq! Mandi jgn tanyalah. I pun dah tak ingat hari apa I last sekali mandi................ "__'


Okeh sekian celoteh mak karut hari ni. Jom tengok hasil tangan beku I minggu ni (sebab nak bawak potluck so kugagahi buat-buat rajin...)

Pulut Sekaya a.k.a Seri Muka. Tapi yg bentuk love-love ni buat utk Zuzu & Yaya makan. Yang aunty-aunty punya potong kotak2 sudah....


Kuih ni kalau masuk dlm acuan kecik bulat ni namanya Lompang. Kalau masak dalam loyang besar namanya Kaswi. Betoi ka? Tapi mmg feveret I especially kalau yg pandan.

Sekian. Harap2 I rajin nak update cerita Dolphin Village & Morning coffee tu.... :)

Eh, lupa pulak. Ada satu lagi. Nak bayar "hutang" resepi Laksa Siam tu (since dh ada yg bertanya, tak nak la dia kempunan pulak...hehehe....). Okeh puan2 sila salin resepinya ya...

LAKSA SIAM

Ikan (kembung/sardin etc.)
Bawang besar
Daun limau purut
Cili Padi
Lada hitam
Kunyit hidup (serbuk pun boleh)
Lengkuas
Halia
Serai
Santan
Garam, gula.

Hidangkan dengan :
Laksa halus (yg besar pun boleh)
Kobis (potong halus2, nipis)
Timun
Kacang panjang
Tauge
Serbuk cili kering
Limau nipis / cuka (kalau kt thai/sempadan biasanya served dgn cuka cili)

Cara masak :
1. Rebus ikan n ambik isi sahaja. Blend.
2. Blend semua sekali bahan2 lain.
3. Masuk dalam periuk. Tambah air ikut kepekatan yg disukai.
4. Didihkan sampai masak n pekat. Tambah garam n gula ikut citarasa.

Okeh, selamat mencuba!

Friday, January 20, 2012

SAPU BERSIH

*Mine*Done* :D


Hahaha alang2 dh nk balik, kita sapu bersih apa2 servis yg boleh dpt free dari company....

Contohnya, from the medical card boleh buat spek free!!! Yabedabedooo!!!!

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, January 18, 2012

PANIC BUTTON

Suddenly things just turn out to be Cc-rrr-aaa-zzz-yyyy!!!!

All out of a sudden. Adoihhh... I pun not sure how to explain mcmana...

It's all about Amet n his mad boss + incapable colleagues + unorganized workplace...

Ohhhh... so pity seeing him these few days... :'(

And after 2 days thinking, he suddenly came out with the most unexpected idea : - NAK RESIGN ASAP!!!! Gulllppppp!!!!!

Oh my... all this while mmg laa ada main-main cakap nk berenti and so on. But never thought that it will come certainly at this limit laa... Aiiyooo... looks like he's so serious la today. He went off to work with " I will click the resign button TODAY!"

Tapi actually I pun almost agree lah if he resign. Dah tak sampai hati rasanya to see him nowadays. So miserable. So stressful.

Well, if Allah fates that our rezeki in the kingdom is until here, we will be more than happy and grateful to accept that... Insya Allah, we have faith that Your rezeki will always be everywhere...



** For those yg tgh get ready nak datang sini, jgn takut pulak baca entry ni. This is particularly on Amet's department only ya. Ramai lagi yg dah stay here for 5-6 years and they hv no issue. Some people are just so lucky!!! Hehehe... **

Sunday, January 15, 2012

PENGUMUMAN!!!! KEPUTUSAN MUKTAMAD!!!

Akhirnya, setelah berhempas pulas mem'brain-wash otak masing2, me & Amet telah mengambil kata putus yg muktamad.

Itu jawapan anda??? Muktamad???
(rancangan apa dulu kt tv yg Dato' Jalaluddin tu?)



YAAA!!!! MUKTAMAD!!! TIADA PERUBAHAN!!!


Eh apa yg muktamadnya????

Kami ingin meneruskan kehidupan penuh bermakna di sini selama beberapa tahun lagi.....

Cehhhhhhh.....

Keputusan tarikh nak balik kampung daa.... nak BACK FOR GOOD!!!

OK. Insya Allah kalau tiada apa2 aral melintang, we will be back on :

7 March 2012.



Memang tiket flight belum dapat lagi. Tapi Amet dh cakap dgn travel agen kt opis dia suruh carikan tiket on the date.

So ada beberapa perkara yg harus disetelkan mulai SEKARANG.
(time left : <2 months!)

  • process final exit (for me & kids)
  • cari courier service
  • decide things to let-go / nak bawak balik
  • put aside benda2 yg dh x pakai
  • iklan brg yg nak let-go
  • kemas, kemas, dan kemas!!!

Tapi Amet punya part ada byk lagi nk kena setel. (Kereta, rumah, bank, blablabla...) Takpe, itu dia boleh buat dalam ketenangan bila dah tinggal sorang2 nanti heheh....


OK..... gotta go, I nak kena buat project timeline now. Bye!

Wednesday, January 11, 2012

HALFWAY JOURNEY

Last night pi check-up.

I've reached 20weeks+, meaning dah halfway of the journey. Another 20 weeks to go.

Alhamdulillah semua result blood & urine test are ok. BP pun ok.

Cuma, part yg syok sgt sampai gamat bergelak ketawa satu bilik Dr.Julia tu, bila timbang berat. Last month : 49kg.
Semalam : 57kg!

Doc "Haaaaa??? 8kg up? What happen to u? What are doing to your baby?"
Me "I think the reading for last month was not accurate, doc...." *___*

Hehehe... which I think really true. Sebab masa I timbang kt M'sia was 52kg. So ok lah if increase 5kg, it's normal kan? Kan? Kan? (Please say yes.....)

Then part ultrasound. Kunun berdebar kot2 dapat tgok XX or XY. Hmmm... tapi this time baby was sleeping so-o-o soundly. Siap buat mulut muncung2, dg tgn kanan bawah pipi, tidur mengiring. Kaki pulak mengerekot dan mendakap ke badan sambil tgn kiri pegang kuat2 lutut dia -> tak bagi org tengok la tu. Orait...orait...fine...

Dr.Julia ni best. She will explain in details of almost every part involved at your pregnancy level. So mmg kena recall balik baca buku biology form 5 sbb dia mmg akan sebut all the terms like corpus luteum, lutheal, follicle and so :) Lagipun orgnya mesra alam dan sentiasa senyum dan buat lawak. So tak stress sgt la nk check. Cuma kt Lulu ni tak ada wad bersalin. So last2 nanti diorang akan bagi full report utk bawak ke maternity hospital.

Ok, from the ultrasound semalam, berat baby approximately 400g, and berat placenta app. 150g. Yang selebihnya berat I la.....


Ini lah sumber2 yg menambah berat. Choc Chip Muffin ni minggu ni dh 2 kali buat, cik Yaya punya request.

Best gila bila makan panas2, fresh from the oven. Choc chip tu akan melt2 gitu.....

Haaa ramai org tanya "pulut santan tu rupa mcm mana?" Hehehe ni lah rupanya pulut santan yg hampir setiap hari diminta oleh cik Zuzu. Kadang2 jenuh I cari alasan, beras pulut habis la, santan rosak la. Kalau mcm ni la gayanya hang makan puluit, kena ajak ayah pindah pi dok Siam la pulak cik oiii.........

Tuesday, January 10, 2012

CUSTOMER COMPLAINT vs LOUSY EXCUSES

Straight to the point, I want to tell a real story about "complaint".

Last week we went to a restaurant in Khobar. Actually dh byk kali makan kt situ. Not that they serve the best or superdelicious food, but maybe itu lah antara beberapa restoran yg serve Asian food. Not so many choices we have here...

Kat dinding dia ada tampal note. Sounds lebih kurang mcm ni " If u have any complaint, please let us know, or write in our facebook page blablabla..." (Sepatutnya I snap gambar kan.) Nampak profesional. Hebat. Caring. Understanding.

Setiap kali pergi, mmg *tokei (after this will be read as "mamat kerek") dia akan tanya if the food is OK.
*Note : org cakap dia ni adik kpd tuan kedai tu. so not really the tokey lah. More like tokei-wanna-be?

Biasanya kitorang tak akan complaint if the food is slightly cold (which is selalu jugak happen), or slightly under-cooked, or apa2 benda yg agak kecik tu...mmg malas nk ambik port lah.

So it happen last weekend, ada 2 hal yg kitorang patut dikomplenkan.

1. Amet mintak ais kiub (sbb teh ais dia sgt x sejuk dan ais mencair apabila suhu air teh melebihi suhu ais). Tapi *mamat kerek tu cakap "Tunggu -tunggu... tunggu jap, sabar ek saya tgh sibuk nak angkat makanan ni" (translated. kot :))
Fine. Kami mmg boleh tunggu. But is that an appropriate answer to a customer?

2. Dah 2 kali I order *soup (bukan nama sebenar makanan itu hehehe), dan setiap kali itu rasanya manis. For me, it was SANGAT manis. and that * soup supposed to be a little bit sour & spicy (dah boleh guess ke apakah makanan itu hehehe). So masa nak bayar, kami komplen kepada mamat kerek tu and jawapan dia :
"Oh ye ke? selama ni takde orang komplen pun pasal *soup ni. Nampaknya abg sorang je yg citarasa lain. Kalau mcm tu saya tak boleh lah nak ubah rasa/resepi *soup ni sbb org lain semua ok, abg je yg komplen...."

Phewwwwwwww.......

My most concern here is "the way u treat a customer's complaint".

No matter how, masa kau menjawap pada customer tu muka harus tenang, senyum dan jawaplah dgn penuh berhemah. Lepas customer dh balik, then tak kisah la kau nak hangin, lepas geram baling lesung batu pun takpe. U got it young man???

FYI wahai mamat kerek, my aunt own the bestest *soup restaurant and that's the best, real original taste of the *soup and I will know if it doesn't taste the way it supposed to. That is why I made the complaint.

And one more pesanan to you, if u think u are not able to coupe with customer complaints, just tear off that stupid note from your damn wall!

Thank u & we will never return to ur restaurant anymore. Serve that rubbish to anyone else who dont know about *soup, but not me.


Balik rumah, masak Laksa Lemak Siam. Sendiri bikin, lagi sedap lagi puas hati,
boleh makan seperiuk.
*Resepi akan ditulis kemudian when I cooled down.

Saturday, January 7, 2012

FINALLY... A SMALL VICTORY

Hmmm... I think I've mentioned few times kot dalam blog ni, that kt Saudi ni almost everywhere yg jaga kedai adalah salesMEN right?

Anyway, beberapa hari lepas telah diberitakan (KLIK) bahawasanya semua lelaki-lelaki itu yg selama ini berpeluang menatap ukuran "baju-baju kecik" telah di"ban" untuk berada di semua kedai-kedai tersebut.

YEAYYYYY!!!!!

So, semalam masa jalan-jalan kt Dhahran Mall, memang betul-betul nampak : SALEGIRLS kat La Senza!!!! (And of course at other lingerie's too!)

Oh my!!!! And I was like "Hahhh???? Seriousssslllyyyyy????? Betu ke pompuan yg jadik cashier tu???"


BEFORE


NOW :)

*pic credited to encik google*

Hahahahhaha.... yes, mmg nampak mcm lucu,dan tak percaya, sbb selama ni tak pernah ye nampak pompuan pakai abaya n niqab jadi promoter n cashier. (Biasanya kalau ada pun, mak guard je itupun tak ramai, kt certain shops jek)

Phewwww... kan bagus buat macam tu. Tak ada la kami nk tersipu-sipu sembunyikan saiz kami masa nk bayar (I mmg tak pernah masuk pun masa salesmen yg jaga kat sini, yikes!!!!)

Kesian la kan... bab-bab lain boleh jaga... time solat semua kedai tutup, ada bebudak lelaki pakai seluar pendek kena tangkap, tapi maruah wanita????

Anyway, Alhamdulillah.... dah ada improvement. Harap-harap lepas ni Tuan King boleh buat banyak perubahan lagi utk wanita2 di sini ya.... (like he understand I speak Malay hahaha)
Link
Oh by the way dearest king, don't you know that ladies can do better selling, as good as buying? ;P

Thursday, January 5, 2012

BILA NAK BALIK

Semalam ada morning coffee kat rumah kt Norma. Maybe cum housewarming jgk kot. Best giler lah rumah baru dia, ada halaman, ada sliding door a.k.a tingkap besar boleh nampak pokok2 kt luar (biasanya rumah2 sini tingkap tahap muat2 muka je). Plus, kak Norma ni pulak pandai sesangat mendeco rumah dia, mmg cool giler lah! Rasa mcm duduk kt England pulak semalam hahhaha...

Filling food of the day : Nasi ayam, Laksam, Rojak campur...... nyum nyum :D


Section kuih muih tradisional & moden....
(Bertudung pink penuh bergaya : Tokei sambal belacan, Kak Eina :D )


Bila dh jumpa kengkawan yg caring ni, ramai gak yg tanya if I ni betul2 confirm nak back for good this year... Hehehehe....Jawapannya : CONFIRM!

Tapi bila org tanya dah start packing2 ke belum? Hahahha... ini lah masalahnya kot. Utk pengetahuan semua, walaupun tetiap hari mulut ni dok sebut nak balik...nak balik... tapi sebenarnya satu hapa pun tak buat lagi!!!!

Bukan tak tau, banyak benda nak kena plan & action ni, tapi iskkkk............ kat mana nk mula ye?

Ada la hari tu I asingkan sikit summer's clothes tapi bukannya packing betul2 pun, just sumbat dlm plastic bag jek hua hua hua...

Then semalam cakap kt Amet, by January 15th ni kita dh kena betul2 start packing n booking tickets etc. And he has to confirm his leave, and our final exit process blablabla...

Well, let see how it goes in another ONE WEEK hahahhaahahha....

Wednesday, January 4, 2012

KISAH SI PENYEWA

Alahaiiiii..... lemah lembutnya lah cik internet niii................... Dari semalam nk menghupdet, tak terhupdet2 jgk blog glam ni. Adoiii..... nk download cerita pun semua putus2 jek. Tssskkkkkkkk...sabaq no.. I nih dh penuh tekanan kalau tak menulis nih.

(Yang kt atas tu tulis semalam, yg selepas ni sambungan hari ini)



Haaa... setelah dijerukkan semalaman, barulah agak ok cik tenet nih. Itupun berjanggut jgk nak upload gambar nih. Maka silalah tatap gambar yg susah payah I tunggu utk muncul kt sini.

Cepat-cepat tengok!!! Lepas ni I nk tulis cerita sensasi pulak!



Ni haaaa.... nk tayang nasib diriku yg hanya mampu makan rambutan dalam tin..... kekdahnya bersyukurlah kamu2 yg berada di negara2 tropika skrg ye.... (Kt sini rambutan fresh pun ada jual, tp mak oiiii harganya buleh beli beras seguni!)

Oklah sekian dulu cerita bergambar.

Sekarang mari I nk buat tunjuk luahan perasaan yg terpendam selama bertahun-tahun setahun setengah lamanya.

Alkisahnya maka tersebutlah rumahku, opsss rumah kami di BRP, Sg. Buloh.....

Setelah bersiap sedia untuk datang menetap di sini (Jubail), kami telah mengambil keputusan untuk menyewakan rumah di BRP itu. Dalam keadaan last minit, maka kami pun telah berjaya mendapatkan seorang penyewa.

Sebenarnya ada 2-3 org yg datang bertanya sebelum itu (kami menggunakan khidmat agen utk mencari penyewa). Tetapi kriteria yg kami letakkan ialah : Orang Islam dan berkeluarga (preferable).
Sebabnya kami tak mahu sekali lagi buat kerja "samak" mcm masa mula2 beli rumah tu dulu. Dan tak mahu org bujang sbb kadang2 ada yg cakap nk duduk 4 org, pastu tuan rumah dh takde, baik punya dia sumbat 14 org. Pastu nanti jenuh panggil plumber sbb toilet bowl tersumbat dgn tuala wanita dsbnya.

Dipendekkan cerita, dapat penyewa ni namanya Encik Shahril (NAMA SEBENAR). Umur masa dia sign kontrak tu ialah 49 tahun. Ada 1 org bini, 2 org anak yg dh sekolah. Masa dia sign tu, I mmg tinggal lg beberapa hari jek nk berangkat. So tak sempat la nk berkenalan lebih2. Tawakkal je lah dgn harapan dia org baik2 lah sbb faktor umur yg dah tua camtu kan....


KES 1
Masa 2-3 bulan pertama bayaran sewa OK. Tapi taktau berapa ratus kredit Mobily I habis sbb asyik dok call sana sini kt Malaysia. Sebabnya? Yaa.... Encik Shahril ni buat perangai nak buang semua perabot2 dalam rumah I dan gantikan dgn perabot dia megikut citarasa dia! Nasib baik ada my SIL (Umie) dan KakNgah yg selalu dok pegi tengok2 rumah tu. Terima kasih sgt2 to both of u yg tolong berperang dgn org tua tu.

Yang geramnya sbb I dah awal2 mention : rumah ni akan disewakan furnished. Cuma ada beberapa barang sahaja yg I akan pindahkan ke rumah Umie dan KakNgah. Dan dia pun setuju. Tapi bila I dh fly ke sini, boleh pulak dia buat perangai mcm tu. Ada ke suka hati nk buang perabot rumah orang???????

Akhirnya kes tu setel bila I asyik call dan hentam dia, dan mintak Umie ambik gambar2 barang yg masih ada dlm rumah dan emel kpd kami. Cuma tak pasti la pulak kalau diam2 dia buang sehari satu barang dr rumah tu..... Nauzubillah.....


KES 2
Dari bulan ke bulan, encik Shahril semakin lemau utk membayar sewa rumah. Selalu sangat terlajak due date. Mmg almost every month nak kena call dia mcm ceti (eh skrg ada ceti lg ke?) ahlong laa glam skit...

Bila ditanya sewa yg belum masuk, mcm2 la alasan dia. Dh suruh "budak suruhan" dia masuk duit tp dia tak pegi bank lagi, dh mask cek tp float and bla bla bla blaahhh la luuuu....


KES 3
Baru-baru ni kami dh notis kt dia yg kami mahu dia kosongkan rumah tu by hujung bulan 3 (March) 2012. Sebab kami dh nk balik menetap di situ. Tahu dia cakap apa?????

"Saya dh selesa tinggal kt sini. Sekolah anak dekat, ofis bini pun dekat. Boleh tak encik Azmir cari rumah lain, sewa duduk kt mana-mana dulu.Saya ingat saya nk duduk dalam lagi setahun kt sini."

Hey org tuaaaa!!!!!! Kau pernah rasa muka masuk dalam tangki jamban tak???????

Kalau pakcik suka sgt tinggal kt area yg mmg best and vogue the vass gitu, pakcik beli lah sendiri rumah kt situ!!!! Apahal nak sebok duduk rumah org???

*Ok, enough maki. Ikut hati tak cukup blog haku nk sumpah seranah*


KES 4
I nak bagi tahu, dia ni mmg kaki penipu laknat punya manusia. Lepas ni I nak letak nama penuh berserta nombor IC dia sekali biar semua org tau dan kenal dia. Kalau dia ada nk mintak sewa rumah anda, sila tolak mentah2.

Dulu dia cakap kt I, dia keja kontraktor. Tapi mmg I rasa pelik la jgk, naik keta Waja cabuk yg mmg tahap start 8 kali tak hidup2 lagi. Pastu pada tahap umur mcm dia tu, masih nak cari rumah sewa sana sini. Kenapa tak beli rumah sendiri? Ataupun kalau dh kontraktor kenapa tak buat rumah sendiri bungalow kt tanah lot etc? (I paling benci bila dia selalu sebut perkataan "nanti budak saya boleh buat ni, boleh buat tu" - mcm kaya sgt la kunun, ada byk kuli. Cehhhh!!!!)

Rupa2nya hasil CSI dari Umie telah berjaya mendapat maklumat dia ni cuma pekerja bawahan di IJN, dan bini pulak kerani di post office. Ooooooohhhhhhhhhhhhh..... :0

Patutlah kau beriya-iya nak verangan duduk rumah besar mcm rumah aku tuh?????

I ni kan, bukanlah suka hati nak hina org yg tak mampu ke hapa. Tapi seriusly la pakck u really get into my nerve la.... Dah tua buat cara tua, cakap elok2 tunjuk akhlak yg baik.... Kalau tak mampu sewa umah mahal, nun kt Kg. Kuang ada byk rumah murah boleh sewa, jgn sampai tak bayar hutang dgn kami pakcik.... Jangan nak berlagak kaya!

*Sewa bulan 12 (Dec 2011) pakcik belum bayar lagi. Ni dah masuk tahun lain. "Budak" pakcik tak sampai bank lagi ke?

*Oh lagi satu, pakcik jgn lupa kita dh sign agreement dan perjanjian kita dah tamat pada bulan Sept 2011 yg lalu. Saya masih benarkan pakcik tinggal di situ skrg pun atas rasa belas kasihan. Kalau pakcik masih berkeras utk keluar, saya tidak akan teragak2 membawa kes ini kepada polis!

Monday, January 2, 2012

OOOOOO..... OMBAK RINDU....

Oooooooooo.... yg tu ke rupanya cerita Ombak Rindu yg kecoh sgt nun di tanahairku... Hahahhaaha....

Bukan apa, before I download movie tu kemarin, ada la terjeling kt sinopsis dia. Bila terbaca jek nama "Izzah", "Harriz" dan "Pak Dollah" terus memori daun pisang menjelma dalam kepala. Rupa-rupanya tu cerita adaptasi dari satu novel yg pernah I miliki satu masa dulu! Hahahaha.... ye puan2... dulu2 saya banyak hanyut dgn membaca novel-novel jiwang yee...... Siap boleh ulang 5-6 kali satu novel!

Ingat lagi masa form 3 tu dok pakat berebut novel "Donia" dalam kelas. Yang jadi tekong a.k.a ketua seludup novel ni ialah Cik Mah (Syakimah) dan Arina. I ni cuma tukang sokong a.k.a pembaca jek. Tapi last-last skrg ni depa berdua ni jugak la yg pandai, belajar sampai buat Ph.D. Tinggal la I sorang2 yg malas terhamat sangat, jgn kata Ph.D, masters pun dah tak ada selera nak buat hehehhehe...

Eh, back to the OR movie, so far I kata ok laa... maybe takdek bintang kot nk bagi hahaha. Best la jgk, tp maybe dlm umur yg sudah lanjut ni dh tak berapa nk feeling mcm zaman baca novel dia dulu2 tu....

Nah layan menu tahun lepas....

Nih buat sbb nk mkn sambil tengok movie la konon....


Yang ni atas permintaan cik Zuzu. Dia panggil kuih sagu (yg biasa dimakan dgn nyoq tu) "Kuih Salji". Since hari tu xde kelapa parut, so I buat la sagu makan dgn gula melaka + susu segar ni... best jgk makan sejuk-sejuk dalam cuaca sejuk :)


Okeh. Sekian dulu....