Wednesday, June 27, 2012

I AM A FABULOUS MOM'S SATISFIED CUSTOMER

Alhamdulillah... thank you so much to my Amet for understanding my needs. Really appreciate it :)

Due to Previous entry (KLIK), Amet gave me approval for online shopping. Yeayyyyy!!! (Usually he thought I just addicted to shoppe online, so kena banyak interview baru dapat. But this time tak payah cakap dah dapat. Mesti meleleh air mata dia baca entri tu hahahha)

Okeh, after belek2 sana sini, I decided to purchase in FabulousMom (FM). Design cantik. Harga murah. Ada sale. Yg penting, lebih murah dari harga kat kedai hari tu. Perfect!

9.35 am - I submit order. Immediately receive confirmation email. Status : Pending (sebab I belum buat payment)
11.15 am - Amet done with payment :)
11.25 am - Receive email from FM - payment confirmed (tak sempat pun I nk bagitau dia) Status : Processed
3.15 pm - Receive email from FM. Status : Delivered.
Next day 9.15 am - Hon hon!!! Dah sampai depan rumah!!!

Waahhh sangat cepat, cekap dan pantas! I am really satisfied with their service, especially on the status updates. This is how a business shuld be! I will definitely have more shopping with FM next time (kalau ada duit la hahaha).

Real-time delivery status at TA-Q-BIN :)
Plus, one more thing yg best lagi, the courier service, TA-Q-BIN (KLIK) tu pun sangat2 bagus. The sales driver yg hntar barang tu sangat polite, and very2 nice. Siap cakap thank you sambil angkat topi dan tunduk hormat pada I...ohhhh rasa mcm berada di Jepun! Hahhaha..

Parcel yg kutunggu umpama pungguk merindu :)

Taadaaa.. isi kt dalam x boleh tayang no...

Thanks again to Amet, FabulousMom & TA-Q-BIN. Uols really make my day!

ARYANA's FIRST JAB

Semalam bawak Aryana cucuk untuk umur sebulan - 2nd dose Hepatitis B. Actually ni bukan la first jab, sebab yg first tu on the day dia keluar dah kena. Tapi yg tu ibu tak tngok, so kira yg ni first jab depan mata ibu (nak jugak letak tajuk FIRST hahaha)

I pi sendiri jek, sbb PMC tu berapa tapak je pun dari rumah ni. No worry lah! Kalau nak tunggu encik Amet taktau jam berapa dia balik. Kalau kena time balik tengah malam? Sure dgn dia sekali doktor cocok!

I bawak Yaya sekali. Masa baru sampai everything was fine - Aryana tido, Yaya pun happy main2 playground dalam tu. Pastu tunnggu doc lambat skt sbb dia pi buat round ward. Tetiba Yaya cakap "Ibu, adik berak.." Hahahahhaha.... mmg baaeekkk punya! At first ingat nk balik wash kt rumah jek. Tapi bau dia tak hengat! So apalagi, hangkut la 3 beranak masuk toilet...

So, Apa ibu buat????

Ok, jika anda mengalami situasi mcm saya, begini caranya... sebelah tangan pegang baby dgn kemas. Tapi tgn yg pegang baby tu kena guna jugak utk bukak pampers kakak dia. Haaa... paham tak? Maksudnya pegang la baby tu dgn bahagian LENGAN anda ye (bukan bahagian jari jemari tu). Pastu suruh Yaya duduk atas toilet. Guna tgn yg pegang baby tu utk pegang hose paip, dan tgn yg sebelah lagi utk meggosok. Cuci sehingga bersih. Lap kering. Easy??? Hahahahhaha sila cuba utk menjadi ibu mithali atau supermak :)

Then turn Aryana kena panggil. Ok, timbangan budak debab ni ialah 5.1kg at 1 month+.... Huhuhu patutla tangan ibu rasa nak patah jek bila mandikan dia... -__-
Bila time kena cucuk, tuudiaaa...punya sakan dia melalak! Gamat satu hospital! Hmmm.. nampaknya ada potensi mewarisi suara nenek moyang Tok Mat Guruh lagi ni...

Peha gumok kena jab

Lepas breastfeed dia kejap, dia pun terlena semula. Nasib baik! Kalau tidak menggelabah jugak ibu nk drive. Balik tu singgah mamak jap tapau nasik. Sorang mamak tu cakap "Aik kakak sudah kurus ka? Baby keluar ka?" Hahaha... laser mulut hang no... selama ni aku gemok sangat ka? Hahhaha...

Sekian.

Saturday, June 23, 2012

SHOPPING YANG TERBANTUT

Actually I dah buat draft entry lain pagi tadi. Tapi takpe nak cerita yg ni dulu. Lagi penting luahkan perasaan amarah yg meluap-luap. Geram yg membuak-buak. Dah menangis. Dah lap air mata. Cukup. Mari menaip pulak.

I baru jek balik dari kedai Manjaku. Biasanya kaum2 ibu tau lah kedai ni - kedai barangan bayi & ibu.

I ke sana untuk beli nursing bra. Semata-mata. Satu-satunya niat yg suci murni tulus ikhlas untuk senang menyusukan Aryana. Bukan nak berhibur berjalan-jalan atau membeli yg lain-lain. Itu satu jek tujuan I ke sana. Dan sangat terpaksa beli nursing bra sebab since beranak tu, I cuma ada sehelai jek nuring bra. Ye, SATU, SEHELAI. Dah sebulan guna, pakai pagi basuh petang. Bayangkanlah, sabar tak I? Kenapa tak beli banyak2 before beranak? Itu belakang cerita, yg penting HARI NI I PERGI KHAS UNTUK BELI NURSING BRA!

Masuk dalam kedai tu, I terus ke kawasan berkenaan. Ada sorang pompuan tengah pilih bra. Kat sebelah dia ada laki a.k.a suami dia. Laki tu berdiri betul2 depan deretan bra tu. Kira mmg sebelah sangat dgn bini dia. Rapat habis. Kawasan tu agak sempit sbb choice pun taklah banyak mana.

I pun mula hulur tangan kat hanger2 tu nak pilih. Tapi pompuan tu mcm nampak gayanya nk pilih juga tempat I pilih. So bila dia beranjak sikit ke tempat I, laki dia yg berkepit tu pun ikut sama. Maknanya mereka makn dekat dgn I. Memula I mcm sabar. Tunggu punya tunggu, tak habis2 lagi dia pilih. I pun x sure, dia x tau saiz apa dia pakai ke hapa. Tapi nampak mcm dia pilih dan pilih dan piilh... tapi x nampak ambik sehelai pun lagi. Agak lama jugak I tunggu tapi dia mcm still tak habis2 memilih.

Sebab dah terlalu lama sangat menunggu, I gagahkan jugak memilih di celah-celah tangan dia tu. Tapi dia buat derk dan berkeras kat situ jugak. Takde perasaan nak ke tepi sikit atau bagi small space pada I. Yang si laki pulak ikut jek bini dia. Maknanya penuh lah ruang tu dgn bontot-bontot besar mereka berdua.

Yang I PALING pelik, yg laki dia tu. Apa kau buat kat sini???? Apa kau ada tetek yg nak keluar susu jugak ke??? Menyemak!!!! Kot ya pun kau ada bini, x payahlah ikut dia sampai rapat mcm tu kot. Sampai tak ada space org lain nk shopping. Takdenya orang nak kacau bini kau yg gemok 3 kali ganda dari haku yg slim melim ni.
Lagipun ni tempat bra kot... takkan kau tak paham? Best sangat ke boleh tengok berapa saiz org, berapa cup orang, kaler apa orang pakai dalam baju??? Sungguh tak ada sensitiviti kemanusiaan!
* Eh, kau tau tak. Aku pun ada laki. Tapi laki aku tunggu dalam kereta. Sebab dia tau aku nk pergi beli bra dan dia tak perlu ada di situ. Cukup tolog drivekan aku ke sana. Ok, dan bagi duit :) 

Kadang2 masa I tengah pilih tu ada sekali sekali I campakkan kuat2 bra tu. Tanda protes. Tanda nk tunjuk marah yg I tak suka laki dia ada situ. Tapi nampak gayanya dua-dua laki bini ni memang jenis tak ada perasaan langsung. Hati kering sekering muka mereka yg berkerut mcm kulit badak berendam 5 hari dalam lumpur! Balinglah apa saja barang pun, mereka berdua masih berdiri keras di situ.

Lama kelamaan I dapat rasa muka I dh makin merah. Marah. Marah pada lelaki yg tak ada sensitiviti pada kaum wanita. Marah pada bininya yg pompuan tapi tak ada perasaan nk memberi ruang pada orang atau mempercepatkan beliannya. Marah sebab bininya pun tak ada perasaan nk hormatkan kaum sejenis (at least mintaklah laki dia beredar jauh sikit bila nampak saya datang. Bila tak ada orang xpelah korang nk melekat kt situ berjam-jam pun!). Marah sebab I tau I pasti akan mengalah bila kecewa!

Sudahnya, dengan perasaan yg sangat-sangat hampa dan kecewa dan frustrated I keluar dari kedai, masuk dalam kereta. Pulangkan semula duit pada Amet. Bila dia tanya kenapa tak beliI cakap sebab orang kedai tengah punggah barang, so I susah nak pilih. Sepanjang dalam kereta I diam. Badan dah menggigil menahan air mata. Sampai di rumah baru I keluarkan semuanya yg bertakung. Diam-diam sorang-sorang kat dapur. I malas nak bagi Amet tengok I menangis sebab mamat & minah bodoh tak tahu hormat orang itu. (Tapi sepatutnya I bagitahu dia awal2 kat kedai tadi supaya dia boleh pergi sound mereka dan boleh membeli bra yg amat diperlukan itu kan? Aduh menyesalnya....)

Begitu kisanhnya. Kecewalah I sekarang. Sebab bukannya senang nak dapat approval untuk beli bra ni. A man will never know how much we need a nursing bra! (It's as much as you need to change your racing car's tyre, bang.) Bila dah dapat approval, ada pulak gangguan manusia-manusia kurang akal seperti itu. Apa nk buat sekarang? Bukan senang I dapat keluar rumah. Bukan senang I dapat peluang emas seperti itu. Nampaknya simpan saja kecewa I ni sampai hati dapat melupakan hasratnya.

Nota (khas utk pemahaman para suami) : Disebabkan hal-hal seperti inilah, online shopping lmenjadi ebih baik dan perlu digunakan hehehehehe....

Tuesday, June 19, 2012

EXCESSIVE BREAST MILK?

I have quite excessive of breast millk, I can say. Hmmm... not sure if I can say whether it is a "problem". Macam not good la pulak cakap itu satu masalah kan. Pada hal itu rezeki. Oh, I remember there's a saying --> "Breastmilk is a drop from heaven". Amacam? Ada berani ko nak komplen?

Oklah, bukan nk komplen nih, nak luahkan perasaan jek :P Now I'm still a stay-at-home-mom. So still MACAM ok lagi lah kalau ada leakage ke apa. Tapi, for me yg agak alergik dgn benda2 melekit ni (perkara yg paling I pantang sekali bila kasut/selipar basah hahaha geli gila!), eventho dok kat rumah pun, perkara leakage ni menjadi agak masalah jugak la. Sentiasa rasa rimas dan rasa nak membasuh nk mengeringkan bahagian tersebut. So sehari tu kadang2 mcm 4-5 helai baju n bra I tukar *gile*. Pasni kalau gi keja ke, gi jalan2 ke taktau mcmana.

Guna breast pad? Hmm... dh bertimbun2 breast pad guna tapi still x memuaskan hati. Sekejap jek pakai dah lencun. Mula2 I pakai yg disposable. Aiyakk.. very not recommended  la yg style ni sbb dia mcm cepat lunyai (saje je gatai tangan try beli kali ni, pada hal sejak dulu2 setia pakai washable pad je). So kepada mom-to-be yg baru nk beli breast pad, x payah lah beli disposable. Membazir jek. Tak sempat nk serap dah lembik dah... So I pun carigali balik washable pad yg lama2 dulu, campur dgn yg dapat free masa beli pump hari tu, boleh la.... Tapi tu lah as I said bila dh terover production, still basah jgakkkk...

One more thing, kesian kat Aryana yg asyik tersedak-sedak because of too much milk masuk dalam mulut dia, sampai tak sempat nak telan. Ye I know, I should pump it first before feeding Aryana, tapi kadang2 time dia melalak bersungguh-sungguh mana sempat lagi nak berpump2 dah.... Terus suap jek.

Setiap kali bf, mesti jadik kelam kabut macam hapa. While one breast tgh nursing, another one mesti terpancut2 mcm air terjun. Yuckkksss!!! Kekadang time lupa nak spare towel kt sebelah mmg kena mop la lepas tu... Adui... I know it is normal and most mothers mesti alami situasi mcm ni jugak kan. Tapi I ni yg rasa rimas dan kalut semacam.

Pastu bila bf time malam2 tengah tido pulak, habis segala bedsheet berbau masam sbb susu spill atas tu. Bau susu ni paham2 jek lah, bukannya mcm bau perfume...  

Memula dulu masa minggu pertama lepas bersalin tu mcm tak banyak sangat susu. Pun risau jugak. Tapi lepas tu dah banyak sangat pulak.... Terlalu banyak. Ye lah, kan org selalu cakap "too much of anything is not so good" betul dak? Kekadang ada susu yg I pump dan buang jek huhuhu jahat kan? Sebab dalam peti ais pun mcm dah banyak sangat.

Hasil sekali pump - ususally more than 180ml :)

My love-hate-best fren at the moment :)

Isk, banyak pulak I komen nih. Kang tetiba kering baru padan muka! Oklah taknak tulis dah. Cukup luahkan sikit2. Apa2pun Alhamdulillah rezeki ada susu. Ada orang kadang2 minum n makan supplement mcm2 nak bagi tambah susu tapi takmau keluar jugak lagi kesian. Bersyukurlah....

** Disclaimer : Anyway, I bukanlah seorang breastfeeding mom yg terlalu obses terhadap kempen penyusuan ibu yg selalu dilihat di laman2 web lain. Cukup sekadar untuk menyusukan anak sendiri sehingga kenyang dan membesar dgn sihat sahaja.**

Monday, June 18, 2012

PERUBAHAN JADUAL

Since seminggu lepas, Zuzu dah start naik van pi school. Sebab ayahnya pun dah start keja, dan ibunya pulak dalam pantang, maka dengan berat hati terpaksalah melepaskan dia pergi.... Oohhh... sedihnya!

Memanglah kalau dipandang dari satu sudut, menaiki van bersama kawan2 akan melatih dia berdikari dan berani berdepan dgn orang ramai. Dan menjadikan dia lebih bertabah hati.

Tapi satu sudut yang lain, ibu kat rumah ni aduhaiiii.............. tersangatlah risau dgn keselamatan dia. Selagi tak muncul muka dia sampai balik rumah, selagi tu lah hati ni dok ingat dan fikir pasal dia. **Agaknya macamana nak lepaskan dia pi masuk unibersiti nanti???

So bila dh kena naik van, maka jadual pun kena ubah sikit lah. Disebabkan aunty driver tu rumahnya kt belakang rumah kami jek, so Zuzu ialah penumpang pertama a.k.a yg paling awal yg akan menaiki van tersebut. Maka dia kena naik van sejak pukul 10.30 pagi lagi . Kesian jugak dia terpaksa lama2 dalam van. (Biasanya van sampai school at 12pm).

And ibu pun kena start bertugas lebih awal. Pukul 8.30 pagi dh masak nasik sebab Zuzu akan bawak bekal nasik pi sekolah. Teacher akan bagi dia makan dulu nasik before masuk kelas (thanks a lot to Teacher Fiza yg very concern sbb dia nampak Zuzu sgt lapar masa class break at 3pm before this). So nanti masa break, dia akan mkn yg school punya snack pulak.

Lepas dh siap masak utk Zuzu, barulah bleh mandikan baby. Lepas tu kena push Zuzu untuk mandi dan siap pakai uniform plak. Kalau tak push, mmg dok ralit la mata tu ngadap kartun. Lepas Zuzu dh naik van baru bleh buat keja2 umah yg lain. Hmmm... kekadang tu kalut jugak la sampaikan van dh ada depan rumah pun Zuzu baru dok sibuk nak sikat rambut etc. Tapi mmg ye lah kalau urusan sebelah pagi ni biasanya mmg akan kalut sikit.

Before pi school, WAJIB gomoi2 Aryana dulu :D



Bila petang menjelma, kalut cara sebelah petang pulak. Dengan nk masak dinner, nak mandi baby, nak mandi ibu, nak angkat kain bla3.... Kecoh tak habis2! Begitulah rutin terkini ibu beranak 3 ni.. (hek ellehhh org lain anak sedozen pun tak kecoh daaa..)


Tuesday, June 12, 2012

SENDIRIAN BERHAD

Haaa... selain berpantang sendiri, ada beberapa perkara lagi yg mcm tak pernah terfikir nak buat sendiri kami buat kali ni.

Masa hari pertama Aryana dilahirkan, masa kt wad lagi I dah siap tahnikkan dia. Mmg awal2 lagi I dh prepare bawak kurma Ajwa (kenangan bwk balik dari Madinah ni) dalam beg ke hospital. Sebab ada baca dalam buku mana ntah, Rasulullah terus tahnikkan cucu dia masa baru je lepas dilahirkan. Kalau biasanya masa Zuzu & Yaya dulu, tunggu time mak bidan datang cukur rambut, baru tahnik sekali. Tapi kali ni I dh bertekad nk terus buat masa hari first lagi. So dengan sedikit doa dan selawat, I pun sapukan kurma yg dilecek dgn air ke lelangit dia. Hmmmm... kemain suka rupanya!!!

Pastu bila balik umah, kali ni Amet basuhkan dan siapkan sendiri urusan uri. Biasanya dia cuma tukang tanam ja sbb urusan cuci mencuci dan nak letak garam kunyit gula belacan smua tu mak-mak yg buat. Kali ni dari membeli kain "kapan" sampailah mencuci dan lain2, Amet lah yg uruskan. I tukang tengok jek. And seriusly, this is my first time tengok placenta sendiri! Sebelum2 ni tak sempat keluar hospital uri dh siap tanam dah...

27/5/2012 - masa umur Aryana 5 hari tali pusat dia dah jatuh. Alhamdulillah... cepat pulak kali ni. Biasa kakak2 tu mmg atas 10 hari baru jatuh :)

Cukup umur Aryana 7 hari, kami cukurkan sendiri kepala dia supaya tumbuh rambut baru dan kulit kepala dapat dibersihkan dari sisa2 vernix. Selain tu, kalau rambut dicukur bersih, ia dapat mengelakkan daripada terkena penyakit kulit di kepala seperti kudis/bisul dan juga mngelakkan masalah rambut gugur serta kelumumur. Memandangkan kami tak dapat balik kampung dalam masa terdekat ni (sebab Zuzu dh bersekolah dan susah nk cuti kerana silibusnya agak advance n laju), so terpaksalah kami cukur sendiri rambut si kecik ni. Kemungkinan besar kami hnya akan balik kg masa kenduri ayah chk nanti which is hujung bulan June. So masa tu mcm dh terlalu lmbat. Jadi lebih baik buat yg dapat ikut sunnah iaitu masa 7 hari. Tak perlu nak tunggu majlis2 kendri kendara berendoi bagai, cukup buat yg perlu sahaja. Untuk aqiqahnya insya Allah kami plan akan dibuat kemudian (setelah ibu sihat n kuat dan dapat melaram penuh bergaya!)

Hahaha.... rupa-rupanya cukur rambut budak kecik ni tidak semudah yg disangkakan ye. Tengok tok bidan buat masa kt kampung dulu mcm senang jek :P Tapi kami cukur rambut dia ni ambik masa sampai 2 hari! Hari first cukur tu, pisau cukur mcm tak berapa sesuai. Tapi sbb dh lewat petang, kami terpaksa stop sbb nk mandikan dia dulu. So esoknya baru beli pisau cukur baru dan sambung cukur semula :D


 Ni yg masa first day - half botak!


OK... yg ni dah siap fully skinhead :D

Amacam? Terer tak mak bidan & pak bidan terjun ni cukur rambut???


Pastu potong kuku Aryana pun I potongkan jek bila tengok kukunya dh panjang. Kalau ada tok, dia selalu pesan kena potong pada bilangan hari-hari tertentu. Hehehe.... takpa tok, insya Allah takda apa aih potong bila2 pun asalkan dia tak cakaq muka dia.... :D


Monday, June 11, 2012

BERPANTANG SENDIRI

Baby dh tido. Mari ibu berblogging!

Ok, kali ni nak cerita sikitlah pengalaman berpantang sendiri. Ni first time I pantang sendirian berhad. Walaupun dh balik Malaysia, dan ada mak n mak mertua kt kampung, tapi I mmg awal2 lagi dh decide nak try cuba buat sendiri. Bukan nk berlagak memandai-mandai, tapi niat di hati taknak susahkan mereka.... Lagipun mak sekarang kena bekerja untuk meneruskan kehidupan... manakala mak mertua pulak sedang sibuk dgn persiapan utk majlis kawen adik ipar yg akan berlangsung dalam bulan 6 ni. Jadi, tak salah kalau I nak memudahkan semua pihak kan?

At first few days tu mmg rasa mcm 50-50 jgk keyakinan pada diri sendiri. Tapi Alhamdulillah, ditakdirkan Amet masih lagi "bercuti" dan hanya akan mula bekerja setelah usia kami (Aryana n ibu berpantang) lebih kurang 2 minggu. So I rasa lebih confident bila Amet ada di sisi. Yang paling utama, urusan Zuzu & Yaya lah sbb ada bnda2 yg nak kena org buatkan utk depa mcm nk makan, nk ambik air, nak susu etc. Kalau bab2 mandi n ke toilet insya Allah depa dh boleh setel (kecuali Yaya yg masih nk kena cebok bila poopoo).

Alhamdulillah dgn adanya Amet di rumah hampir 90% keja rumah mmg dia yg buat masa tu. Dari basuh baju, sidai baju, lipat baju, makan minum (dia masak air n nasik je, lauk pauk beli yg dh siap or I masak sendiri simple2), sapu rumah, vakum, kemas susun atur, basuh pinggan periuk belanga, even sampai mencangkul rumput pun tetiba rajin nk buat time ni jugak! Hehehe... anyway thank you so much pak bidanku sayang! Oh ya, bab2 menjaga ibu berpantang mcm sapukan lulur, ikat barut, bakar tungku etc pun encik Amet lah jugak yg buat. Sapa nak bini cantik jelita lepas ni, kena lah bekerja keras kan? Hehehehe.....

Cuma bab2 pengurusan baby je yg I buat sendiri. Tapi masa hari first keluar hospital kebetulan ada Kak Ngah datang umah so dia tolong mandikan baby. Hari2 selepas tu pulak kebetulan I dah start mengurut so kak bidan tu mandikan baby sekali. Jadi bila dh habis mengurut, badan dh segar bugar sikit I lah yg mandikan baby sampai ke hari ni.

Bila dh melalui sepanjang tempoh berpantang sendiri ni (hari ni hari ke-20), rasanya tak lah terlalu susah nk buat. Tapi kadang2 ada la jugak waktu2 sukar dan saat2 getir, tapi still masih boleh buat. Alhamdulillah... cuma satu masalah jek bila dok sendiri kt umah ni ---> Masalah DISIPLIN. Haaa... mcm I ni masa berpantang kt kampung pun mmg dh selalu ngelat pakai stokin, melengahkan bertungku etc. So skrg ni pun lebih kurang mcm tu jgk lah! Hahaha.... bukan nya tak pernah rasa sakit lutut masa lepas pantang Yaya dulu sbb selalu x pakai stokin. Tapi kali ni buat jugak! Memula lepas mandi pakai lah kan... pastu bila dh panas sikit mula la nk londeh! Bertungku pulak, kalau 15 minit tu rasa dh cukup lama dh. Kalau kt kampung, mau tak cukup sejam, hang jgn berangan nak letak tungku tu kt tepi!

Lagi satu bab makan. Kalau org tua2 selalu pesan, awal2 berpantang tu mkn yg tawar2 jek, jgn byk garam/perisa. Tapi I takdek kisah sgt semua tu, yg penting tak mkn benda2 yg gatal atau boleh mengembungkan perut baby. Bila nak makan, yg paling utama I fikirkan ialah untuk baby sbb dia breasfeed. So kurangkan mkn yg pedas suaya dia tak sakit perut, tak mkn benda2 yg sejuk n berangin supaya dia tak kembung, dan semua2nya kena fikirkan baby dulu lah! Dan jugak kena beringat2 supaya badan ibu pun tak kembung n masuk angin. So benda2 makan ni pandai2 lu fikir sendiri lah kan... takdek lah sampai nk makan sayur sehelai pun tak boleh... biarlah seimbang, cukup khasiat tapi tidak membawa kemudaratan...

Tapi so far, bab pengambilan ubat-ubatan, minum herba akar-kayu, setakat ni I masih berdisiplin lagi. Lagi satu bab tempek2 minyak dan sebagainya, masih lagi berterusan... Dan seperti zaman Zuzu & Yaya, I masih setia dgn produk Nona Roguy ni kerana hasil dan kesannya tidak pernah mengecewakan... dan yg paling best ia amat convenient utk digunakan sbb walaupun ramuannya masih dikekalkan dari ramuan herba tradisional, tapi ia disediakan dalam bentuk uncang yg moden dan mudah (ceewaahhhh... tetiba jadi promoter NR pulak).

Okeh sekian dulu, nanti2 sambung lagi....

*Kalau kt kampung, tok selalu pesan "Jgn byk membaca masa pantang, nanti mata rabun". Zaman la ni, anak cucu dalam pantang semua pakat dok belek facebook dan blog..... ;p



Friday, June 8, 2012

THE BIRTH STORY (PART 3)

Hamboih panjangnye kisah ni.. Hehe sebenarnya x panjang mana. Tapi orang pantang kan mana bleh menaip lama2 (ada ke peraturan pantang mcm ni?)

Okeh back to the story, we all sampai hospital masa tu ialah 11.30 malam. Then lepas settle admin everything, naik wad. Tapi midwife situ cakap terus masuk tunggu dalam labour room jek. Waahhhhh bestnyeeee!!!! Hahaha gile tengah2 sakit boleh rasa nk melompat gelak ketawa hooreayyy2 sebab dh nk masuk LR!

Tapi bila dh baring kt katil LR tu, stronger contractions come and go in like every 10 mins. And only this time, I know that I am really in labour, and this is no more that annoyingly Braxton Hicks, or false labour pain I'd been having since last 3 days. This one is real labour Yue! OK, fine. Now I'm very sure of it "__"

Amet, Zuzu & Yaya were allowed to accompany me in the LR. Midwife yg incharge I (lupa nama plak) tu cool je. Dia asyik pesan "Bila sakit kuat, tarik nafas dalam2... then lepasss..." Dengan suara dia yg emah lembut, hanya itu jek lah yg dia ulang2 :) Nice!

Bila tgok mata anak2 mcm dh ngantuk, I suruh Amet bwk diorang balik tido dulu. Nasib baik la rumah dekat ni jek.

22 MAY 2012, TUESDAY - At about 1.00 am, contractions become more intense. Time ni I teringat nk bukak Al-Quran apps yg install dlm phone. Sempat la baca surah Maryam sampai ayat 45. Tapi lepas tu dh rasa tak larat nak tahan dah. So mintak painkiller. Midwife tu dtg check bukaan and it's already 6cm yahooo!!!! Then I got a pethidine jab. Tak sampai 5 minit, rasa sakit mula berkurangan. Tapi actually sakit contraction tu tak betul2 hilang, tp at least rasa kurang sikit la "sakit2 sampingan" mcm sakit pinggang etc sbb bila dpt pethidine ni kita akan rasa "weng" dan "high" (sbb ubat ni made from poppy you!) And this time around I tak layan laughing gas like I used to do.

Then, I texted Amet, if he wants to see the moment, he can come now. Tapi bila fikir Zuzu & Yaya, I text again "Kalau susah nk tinggal anak2 xpalah. I can go alone. Just say the bestest pray for us."

1.45 am (lebih kurang sbb mata I dh kelabu asap time ni) - Amet sampai. Zuzu & Yaya pun dia bawak tp depa tido kt wad hehehe (thanks to the nurses yg sgt prihatin ye..) Amet stay with me in the LR. Time ni I pun dah takleh cakap banyak dah. So did Amet. I just tarik nafas dan hembus nafas dalam2, sambil dalam hati tak putus2 doa Nabi Yunus.

Antara sakit & mengantuk & weng, I start to feel like to push (automatically perut rasa bergegar and the baby feel like moving down). Tapi midwife tu cakap "Jgn push lagi, baru 8cm... tunggu dulu ye..." Tapi I tau, dia tak bagi I push sbb doctor belum sampai.....:( Ok, part ni mmg agak disappointed sikit (they start to call the doctor at home masa I dh 7cm)

Tengah I rasa menggigil2 tu, doc sampai, and midwife yg lembut tu tetiba bersuara kuat "Ok, puan boleh push sekarang!!!" Tapi...........................

I rasa nak tido! Seriusly time ni I rasa mengantuk yg teramat sangat!!!

Midwife and doc asyik suruh I pusing ke depan (masa sakit selalunya diorang akan suruh mengiring kiri) tapi time tu I rasa mcm MALAS gile nak gerakkan badan dan pusing! I mengantuk!

Lepas asyik kena jerit2 dan paksa2 to push, oklah.... I layan jek laa..... dengan sekali takbir (I can hear Amet takbir lagi kuat dari I kot hehehe), keluar lah si budak tembam ni.....

Alhamdulillah..... fresh from labour room...
Date of Birth : 22.5.2012
Time of Birth : 2.52 am
Weight : 3.50 kg

Tapi, lepas baby has been safely delivered, I plak "selamat" tertido dgn lenanya while doctor menjahit whatever needed (ouch kalli ni banyak jahit oooo... huhuhu). Amet cakap, lepas just habis push, I terus tido siap sampai snoring mcm kerbau chehhhhh!!! I mengantuk la!!! Hahaha...

Yeaahhhh... I am a Girl :D

Zuzu & Yaya with new geng masak-masak :D

Alhamdulillah... semuanya menjadi mudah dan selamat untuk kami... syukur Ya Allah atas rezeki kurniaanMu....

Wednesday, June 6, 2012

THE BIRTH STORY (PART 2)

21 MAY 2012, MONDAY - After makan pizza jalan2 tu balik rumah dan tidur. Tidur agak lena jugak eventho kadang2 ada gangguan rasa senak tu.

By 6.30 am I dah bangun. Mcm biasa kalau bangun perut mesti rasa lapar. Tepat 7 pagi, I dh start kereta gi cari nasik lemak. Tapi on the way, terfikir nak gi beli Nescafe powder dulu. Sebab tak puas hati lately asyik dapat necafe "ceroi" setiap kali order kt kedai mamak. Nak bancuh sendiri pekat2, nak minum sepuas-puas hati (petanda : ini minuman terakhir nescafe ais yg sangat lazat... oh terngang-ngiang....)

Masa sampai Seven Eleven tu, tetiba perut terasa sakit sampai terpaksa stop kejap kat kaunter dan tekan2 perut. Agak malu jugak kt budak jaga kedai tu. Dia mcm dh saspen and buat muka-akak-ni-jgn-terberanak-kt-kedai-aku-pulak. Tapi lepas tunduk2 tonggek2 goyang2, sakit tu hilang. So drve gi stall nasik lemak depan sekolah. Kebetulan hari tu orang tak ramai. So akak nasik lemak tu mcm ajak sembang2 dgn dia pasal hal salin bersalin nih. I pun layan jek lah...

After breakfast, sakit mcm semakin kuat. I know it was contractions. Tapi jaraknya was like 1 in 20-30 inutes. So I mcm "Elehhh ni mesti false contractions lagi nih...". Tapi everytime the pain hits, mmg kesakitannya lebih sakit darpada yg sebelum2 nih. But still, I mmg TAKNAK percaya that was real contraction pain. I dah malas okay nak layan sakit - layan pergi hospital - then kena balik rumah lagi dan lagi!!!!

So sepanjang hari I asyik mengadoi2 setiap kali serangan. But still, I cook for our lunch! Haaa... yg bestnya, sambil perut memulas2, sambil kt pelvik tu rasa mcm ada benda dok terbukak nak keluar, I siap jugak masak (masak sambil duduk atas kerusi ok...) and then makan dgn berseleranya...


By petang, sakit semakin agak kerap. Amet pun dh mula bertanya if I want to go to hospital sbb rasanya dh lebih 18 kali dengar I dok mengadoi. And of course I tak nampak sangat riang ceria hari tu. But I still refuse. I cakap " Takpa... sakit biasa ja ni... nanti malam hilang la..." So buat dek and layan Seindah Sakura :)

After Isyak Amet keluar jap jumpa kawan dia dekat2 area umah ni jek. Bila dia balik, maybe dia nampak I mcm agak teruk kesakitan. So dia ajak gi PMC - just to check if I am really in labour or sakit perut lain. But again, I refuse. I suruh dia keluar bawak Zuzu & Yaya yg dari tadi dok merengek2 nak ikut ayah gi jalan2. So depa 3 beranak keluar tinggal I sesorang kat rumah.

Memula I layan drama apa ntah kt tv. Past ada serangan contraction lagi. Sangat sakit gile kali nih. Pastu dalam 10 minit serangan lagi. So I mula buat timing. Sah, contractions come in 10-15 mins. That time jugak I rasa teramat lapar. Baru jek nak suap nasik dalam mulut, sakit kuat datang. Kali ni sampai terketar2 tangan. Dah tak daya nak suap nasik yg dah siap terhidang dlm pinggan.

Terus cari telefon, call Amet "Abg, balik la ni na...nak pi hospital...". 

Kebetulan depa dh sampai depan rumah. So siap2 lebih kurang, terus naik kereta. On the way tu sakit semakin kuat dan bertambah kuat. Sampai menangis-nangis kali ni okeh... Tapi boleh pulak on the way tgh kelam kabut tu "Kita nak pi hospital mana ni? Selayang ka PMC?" Dua2 laki bini mcm still blur2 tak tau nak decide. I ni dlm hati berbelah bahagi. Kalau gi PMC mcm rugi la nk bayar mahal2.... tapi nak pi Selayang sempat ke tak ni????? SAkit nak terberanak sesangat dh ni!!!!!

Tetiba sampai kt traffic light tu, sekali lagi contraction yg sangat kuat!!! I ni dh menangis melolong mcm tak pernah beranak! Amet pun apa lagi terus belok kanan - gi PMC.

Masuk PMC, ada doctor locum jek. Nurse terus tolak masuk bilik pemeriksaan, and doc terus buat VE "Ok, bawak patient masuk wad, OS 4cm." Waaahhhhh dalam hati sempat lagi rasa excited dan berbunga-bunga riang ria!!! Yahooooo!!!! Dah nak beranak!!! Yeay2!!!

Hehehe... to be continued lagi no... :)

Tuesday, June 5, 2012

THE BIRTH STORY OF ARYANA ZAKIYAH

20 MAY 2012, SUNDAY - At around 4 pm went to Hospital Selayang sebab rasa tak selesa perut dan rasa mcm kembang2 kat bawah. Actually rasa ni since Saturday. Tapi ada aunty I datang rumah etc. so postpone jek sakit tu ke esoknya. Sebab sakit perut tu mcm main2, tapi sakit kat peha tu mcm terlebih2, itu yg ajak jgk Amet bwk pi hospital. Mana la tau, kot mcm dulu2 jgk, tak sakit tak hapa, pi hospital dh bukak kan.... (berangan la time nih)

Tapi lepas doc check, hampeh la... takde harapan nak beranak hari weekend (ok I selalu berharap dpt beranak on weekend sbb xnak kacau time sekolah kakak).

Masa ni doc check, bukaan biasa jek 2cm. Dia ckp maybe rasa sakit perut n rasa "kembang2" sbb saiz baby agak besar than before. So dia bg option nk stay wad or balik. Oh of course la nak balik.

Masa naik kereta, cakap kt Amet jom balik tukar baju  (sbb masa gi hospital tu pakai buruk2 jek la sbb konon rasa mcm nk masuk labour room terus kan hahaha) and then jom kita pi jalan2 cari makan nak lepas geram!

Lepas tukar baju paling lawa dan mekap melaram habis-habisan, keluar la pulak... Tanya Zuzu n Yaya nak makan apa, depa cakap nk makan pizza. Ok, bawak pi makan kt One Utama (okay... mcm la dekat rumah ni takdek kedai pizza...)

Us @Pizza Hut, OneUtama.

Lepas makan jalan2 sat dalam OU tuh. Sebab banyak kedai2 yg dh berubah kedudukannya, so mcm nak kena familiarkan balik supaya senang kalau nak bershopping nanti :) Okeh masa jalan2 nih memang dh terasa-rasa sakitnya. Sakit yg semakin sakit, dan rasa yg agak berlainan dan luar biasa daripada yg pi hospital petang tadi. Tapi dalam hati "Aaahhh lantaklaa... aku dh taknak percaya pada rasa sakit2 nih. Ini semua tipu belaka." So cuba sedaya upaya menahan sakit sambil terus meronda shopping mall itu.

Sebelum balik, masa kat parking tetiba jek terasa mcm nak posing. Mintak Amet ambik gambar. Maka inilah gambar terakhir I melawa......

 Jeng jeng jeng.....

To be continued no... baby dah panggil ibu... :)