Wednesday, October 31, 2012

ANOTHER WEEKEND ACTIVITY


Saturday usually starts a bit late. Semua nak tido sampai tengah hari. Except ibu lah – awal pagi gelap gelita dah bangun. Dalam pukul 10.30 semua bangun, with hungry tummies. Lauk pauk ibu baru jek thaw, frozen form lagi sbb dah lama sgt dlm freezer. So lepas buat campur tolak kira darab = jom pi breakfast kt luar! Hahahaha
                         
Tetiba satu reminder bunyi kat henfon – Oh kena pi ambik stok Tupperware la today!

Mmg semua benda kena set reminder skrg ni. Kalau tidak, maybe ada sorang anak yg tertinggal kt mana-mana… Seriously, pernah semua dh siap masuk kereta nak bergerak dah. Tetiba…. Teringat Aryana kat dalam rumah tak ambik! Hahahaha

Gedebush gedebak mandi siap mekap semua anak beranak….

Keluar. Breakfast @Old Town White Coffee.

Pi stokis Tupperware Kota Damansara. Fuuuhhhhhhhhhh… ramai gila manusia. Dah sendat dh kedai tu. Dengan demo masak pizza lagi. Dengan para suami n anak2 yg memberi sokongan lagi. Tapi takpa, ibu senyum ja tunggu queue. Zuzu Yaya biasa la melompat sana sini, pi kacau org masak pizza, buat muka kesian dapat 2 ketoi! Hahahaha bagus anak-anak ibu pandai bawak diri… Aryana duduk diam ja kt ayah. Kalau dh pandai melompat esok boleh pi join kakak-kakak ok..


 Orait. Dah siap ambik barang, balik rumah… Eh oppsss, sampai tengah jalan ada org rasa muka dia sangat tak hensem sekarang ni. Mmg pun, since balik Malaysia ni makin teruk gila kot kulit muka dia. Asyik naik jerawat. Mcm selang sehari sure ada sebijik naik. Mmg tak sesuai dgn khatulistiwa dia ni… Bang, jom pindah pi duduk Landen mau? Hahaha

Ok, so dia ajak I survey facial. Oh, tak payah survey, I mmg terrer sesangat bab nak cantik-cantik ni bang! Terus bawak dia pi Dermalogica kt BRP tu. Kata nak hensem, kena la berkorban wallet sikit ye… Tengok I ni cantik tak??? Cantaiiiikkkkk sangat! Hahahaha

And mmg sangat luck lah hari tu sbb they are having their anniversary sale!!! Yeayyyy!!! So dapat buat facial, massage, eye treatment, blablabla….. (ni semua untuk cik abg I ye….) and PLUS free make-up make-over and photo session FOR ME!!!!! Double yeayyyy!!!!!! Ok, tapi I belum buat lagi, tunggu lepas raya. Sebab time tu mcm kelam kabut dgn anak kecik kedek2 kang terconteng muka haku jadik kuntilanak pulak!!!

And kebetulan one of the staff nak balik so dia offer hantar I dgn anak2 balik rumah. Ohhhh… sangat baguss…. So tinggal Amet buat facial situ…

Sekian. End one day of weekend. 

Tuesday, October 23, 2012

PINDAH

Hai kawan-kawan...

Buat masa ini I terpaksa menangguhkan sedikit posting untuk blog ini memandangkan sekarang proses pemindahan iklan-iklan Tupperware ke "kedai" sedang dilakukan.

SILA KLIK GAMBAR UNTUK MASUK KE KEDAI :D

Kedai masih lagi dalam proses cosmetic touch-up. Agak lambat sikit sbb laptop I telah meletops dan semua data/design hilang. Huwaaaaa!!!! Tapi takpe I kuatkan jugak semangat utk meneruskan pembukaan kedai ini.

Buat masa ini, u alls are still welcomed, dan takde masalah kalau nk place order ye :)

Ohh, semua iklan-iklan Tupperware yg ada di blog ZuzuYaya akan dipindahkan ke kedai Tupperware Aryana. Boleh tengok di sana ye!

Sekian, Happy Shopping @Tupperware Aryana!

Thursday, October 18, 2012

DELIGHTFUL FREE GIFT DAY :D


Yesterday we had our Free Gift Day. Yes, the company give free products of  toiletteries, skin care, talcums and perfumes to all staff. All staff – nobody left. Even if u are on leave on that day, the gift still reserved until the staff come back. Or u can collect it first the day before u go on leave. And even for the tenaga buruh luar negara – abang abangla Bangla & Nepals pun dapat hadiah. Lepas ni boleh mandi wangi-wangi semua. Bagus gila kan company ni?

But, some products are packaging-rejected so we just have to be careful of some leakage. Other than that, everything is just fine. It’s not yet expired (some just even fresh out of production but label terkoyak or sumthing). So it’s still and very safe to use, even in next 3 years.  

So yesterday everybody went back smiling all the way home. And of course, my kids are the ones much more happier ever…..



To other bosses : It’s a good thing to implement. At least staff will feel appreciated and delighted, thus sparks their passion to work.  Hargailah pekerja anda… :) (Ceewahhh… ayat ada bunyi mcm dapat jadi boss dak? Kehkehkeh…)

Wednesday, October 17, 2012

GIRLS DAY OUT - WITH 3 KIDS, AND I'M STILL ROCK!!!

*** Tajuk over gila okay!***

Since Amet was not around last weekend, I spent time with my girls and of course we had our Girls Day Out! Yeaayyyy!!!
Actually on last Saturday I need to go to the Tupperware’s stockist since I received 2 orders (yeayyy!). One is for Siti Fazilah which I need to courier to her, and another one set is for Kak Milah – my lunch geng from Ramly. Untuk Kak Milah mmg I plan nak hantar to her office sbb hari tu kawan2 kat Ramly bekerja, so boleh la jumpa and sembang2.
As an early riser, weekend pun I bangun pukul 6.00 pagi ye u alls. Semangat gila! Lepas mendobi sebakul dua, siap sidai semua, kejut lah anak-anak dara mandi siap2, terus ke Kelana Jaya. Plan awal tu nk gi stokis Kota Damansara or Kepong jek sbb dekat dgn rumah. Tapi rupa2nya Snowflake Surprise Set tu mmg betul HOT ITEM! Dah habis dah at most stokist… so terpksa lah pi jauh sikit demi memenuhi permintaan pelanggan tersayang…hehehehe
Sampai ja kt area Glomac KJ tu hujan lebat selebat-lebatnya. Phewww… dengan budak2 ni dok terloncat-loncat nak ikut turun ke kedai. Dengan perut lapar. Nak turun makan x oleh, nak turun kedai pun x boleh. Lama jugak dok tunggu je depan Tupperware tu. Parking ada tapi x boleh turun sbb mmg lebat gila. Tak lama bila hujan reda sikit jek kami turun jugak.
Setel ambik stok, bergegas pulak ke Batu Caves . It was still raining heavily. But Zuzu & Yaya were singing happily at the back seat, so I was a bit relieved. Outing with the girls usually laced with the laughs and singings and bermacam2 soalan cepu emas from their non-stop-talking-little mouths… And of course, diselang seli with quarrellings too! Hahaha
Gambar lama kenangan masa farewell kat Ramly suatu ketika dulu... Kak Milah yg nakai bertudung hitam :D
Sampai Ramly, Kak Milah jemput suruh parking VIP hahaha. Then sembang2 gedebuk gedebak. Kak Milah dukung2 Aryana, melayan Zuzu & Yaya…  Pastu tetiba my ex-boss, Encik Fuad lalu kt situ, dia pun join sekaki. Oklah I pun layan sembang dgn dia pulak. Yang syoknya, daripada apa yg dia cakap tu, looks like I’m still one of his best favourite staff! Hahaha… Walaupun I selalu datang opis lewat, tapi selalunya keja mmg setel on time punya… betoi kan boss??? Hahaha
Lepas tu, jumpa geng seangkatan, Atie yg nun dok melambai-lambai dari cabin lab dia. Masa dulu-dulu, kami ada beberapa orang geng yg bekerja di ramly dan tinggal di Sg.Buloh/melalui jalan yg sama. Tapi sembang sikit jek dgn Atie sbb aku duduk dalam kereta, dia bukak pintu lab sikit - sebab hujan lebat! Tapi sempat la bertanya khabar lebih kurang... Dah ajak dia datang umah, bukannye jauh pun... Saje je buat kalut nk jumpa2 kt opis...
Then dah setel jumpa2, kiss2 sana sini kami pun balik... Singgah tapau nasik, beli aiskrim balik berlonggok pulak depan TV, 4 beranak. Being surrounded with fabulous girls, nothing else I can say.... It is "Ohhh heaven!!!"
TENKIU SO MUCH KAK MILAH WATSAPP GAMBAR NI. YEAYYY!!!

** Ralat sebab tak sempat pun snap gambar real Tupperware Snowflake tu sbb hujan lebat so jadi kelam kabut habis. Seriusly comei gilaaa!!!! Tunggu tokei punya sampai lah baru snap (tapi lambat lg sbb tokei tunggu saki baki stok hehehehe..)

Monday, October 15, 2012

JJCM : MALI's CORNER @PLATINUM WALK, DANAU KOTA

Pada 2 minggu yg lalu kami telah membuat acara Jalan-jalan Cari Makan (JJCM). Destinasi pilihan kami kali ini ialah ke Mali’s Corner.




Mali’s Corner ni terletak di Platinum Walk, Danau Kota, KL. 
GPS co-ordinate nya ialah : 3.207097,101.719149

Kalau sesiapa yg biasa ke Uptown Danau Kota, Mali’s Corner ni terletak hanya bertentangan / seberang jalan jek dgn uptown/pasar malam tu. Bagi Yue & Amet yg mmg kaki jalan-jalan pasar malam ni mmg tak susah nak cari tempat ni, mmg map dalam kepala otak geliga ni je hehehehe…


Actually since masa pregnant to Aryana hari tu lagi I dah ajak Amet ke Mali’s ni. Tapi tak tau lah sebab apa ntah planning asyik tak menjadi jek nak ke sini. Pada hal gi tempat lain beratus-ratus kilometre boleh pulak sampai! Akibatnya, air liur Aryana asyik meleleh x henti-henti…. (hehehe betoi ke ada daulat mcm ni?)


OKlah apa2 hal pun, dah smpai pun sini… So dia punya menu tak banyak. Attraction utama orang datang sini ialah :
  1. Char Kue Teow
  2. Nasik Lemak Ayam
  3. Nasi Ayam

 We went together with Isma & Hairil that day....

Kami order semua tu except nasi ayam yg dah sold-out. Tapi disebabkan I nih ada sikecik yg tak nak bertenang masa tu, so I terpaksa tunggu orang lain semua dah habis makan, barulah I boleh makan. Sedih jugak la sebab Char Kuey Teow I dah pun kembang… (Sob sob sob, bila dh jadi ibu mcm ni lah pengorbanan yg harus dilalui…) So, I tak tau lah nak bagi komen mcmana. Nak cakap tak sedap, masa pinggan tu tgh panas lagi, bau mcm sedap. Nak cakap sedap, memang rasa tak berapa sedap pun! Tapi tu lah, maybe jugak sbb I makan masa dh sejuk, dah kembang so dah kurang kick kot.

Tapi sambal nasi lemak dia mmg best. Actually nasi lemak ni kami x makan kt kedai. Mula2 order mcm nk mkn, tapi dh ketat perut so tapau bwk balik. And even dh sejuk, nasik lemak tu still best. Of course kalau mkn masa tengah panas2 lagi syiok la kot.

Mali’s Corner ni mengamalkan konsep self-service which is not being a favour oleh kebanyakan customer, I guess. Dah la nk kena beratur panjang, pastu nk bawak pinggan2 tu semua ke meja. Imagine if u come in a big group. Macam leceh kan. And then they also separate line utk order makanan & minuman. Hmmmm…..

Habis makan, we spent time ronda-ronda uptown situ. Bagi rakyat kebanyakan bertaraf hidup sederhana mcm I ni, mmg eksaited sgt lah boleh jalan-jalan kat situ. Ade haku kesah pakai baju pasar malam???? Tak allergic punyalah!

Lepas pusing satu round, kami pun balik…sekian…

Tips : Kalau nak pegi Mali’s Corner ni, try to avoid weekend. Kalau sanggup beratur dan tunggu meja kosong takpe…. 

Thursday, October 11, 2012

HARI YANG KECOH


Hari ni macam2 kekecohan berlaku. Eh, bukanlah kekecohan berbentuk rusuhan ke perang ke apa tu. Maksud I ialah kekecohan kecik je…

Yang pertama, pagi-pagi tadi I dah la punya bersemangat waja keluar awal. Memang just nice la 6.50 dah keluar rumah. Sekali bila dh sampai tengah jalan, teringat botol susu Yaya & Aryana tertinggal. Ingat nak call Amet jek suruh dia hantar sebab dia belum keluar lagi tadi. Sekali lagi terkezut, henfon pulak tak bawak! Hadoiiii… punyalah hangin pada diri sendiri!

Dah sampai rumah, nak bukak pintu pulak tak boleh!!! Sebab encik Amet yg sedang mandi sambil menyanyi riang, telah mengunci pintu itu dgn rantai kat bahagian dalam pintu. Nice!!! Atasinchi!!!! (Eh, entah apa makna dia aku pun tak tau hahaha)

Terpaksa la menunggu I dgn Aryana kat buaian luar tu sambil menyanyi..

“Buai laju-laju…. Ayah oiii cepat lah bukak pintu…Nanti ibu kena bawak kereta laju…”

Setelah pintu dibuka, Amet boleh gelak pulak. Sebab dia dh nampak I tinggal henfon. Baguih betoi husben I nih, bukan dia nak ligan I ke hapa, dia boleh rilek gelak saja. 

Pastu dia tanya “ Awat yg kelam kabut sangat hari nih. Tertinggal macam-macam? Tak bagi abg pi ka?”

Oh, bergenang air mataku…. Abg, jgnlah tinggalkan daku…. Panggggg!!!

Ok hari ini Amet ialah akan outstation. Ke Kulim je pun, bukan ke Switzerland! Saja I suka buat over!
Dipendekkan cerita today I try jalan baru gi keja. Sebab dah 3 berturut-turut minggu ni jem mcm nenek kebayan. Sekali bila dh dekat sampai area2 opis tu boleh terlajak lorong pastu konon2 aku cari opis aku hilang! Halimunan! Pusing pi pusing mai, sesat gedebuk gedebak tu haaa…. Jalan dah terlepas la… Cehh, terpaksa lewat 10 minit.

Pastu dah masuk ofis pulak, tetiba hari ni kecoh dan bising gila. Bingit dengan orang bercakap sana sini. Macam market. Biasanya tidak le mcm gini. Ooo.. rupa-rupanya bekalan internet terputus… Barulah masing-masing pandai nak bercakap dengan mulut! Kalau tidak, dengan jiran sebelah meja pun nak skype, nak email bagai…. Aduih, sadis betul masyarakat zaman sekarang kan. See, betapa teknologi telah mengambil alih kehidupan kita… nak face to face pun susah…

Hmm.... mulai malam ni dan keesokan pagi dan 2 hari lagi just me alone nak kena uruskan anak-anak. Taktau lah nak kecoh macamana pulak… we see how lah... kalau kecoh lagi nanti I story lagi. Till then, bubbye & have a nice day everyone!

Tuesday, October 9, 2012

SPECIAL ENTRY FOR SWEET SEMAH

Masa Hari Raya Aidil Fitri yg lalu (ya, saya tahu ni dh nak masuk Raya Haji… tapi nak cerita jugak!) I telah berkesempatan pergi visit one of my long lost good friend a.k.a. schoolmate of MRSM PC a.k.a jiran depan cube (bilik) a.k.a  Nor Asmah Zamani a.k.a Semah.

It has been 14 years we didn’t see each other. Eventho she ada mentioned that she stumbled upon me once in UPM Serdang (masa tu I joined the demonstrasi jalanan! Yesss…), but I cant recall seeing her that time, so kira tak aci.

Then we met again last year virtually, thru FB of course. And I was so shocked bila dapat tahu yang Semah sedang bertarung nyawa dengan kidney failure! And lagi terkejut bila dia cakap dia mula confirm about this since umur 25 lagi!

So since dari hari I jumpa dia on FB, I sentiasa berdoa untuk dapat jumpa Semah. Tapi masa tu I kat Saudi lagi, so berangan lah if balik Malaysia, mmg WAJIB kena cari dia.

Lucky enough, she just stay at Sg. Long. Alhamdulillah after calling2 few times, Allah mentakdirkan pertemuan kami….

Seriously sebaik saja nampak muka dia, I rasa sebak teramat sangat. Rasa rindu yg terlalu lama dipendam. Rasa mcm nak peluk dia lama, dan erat (dah la dia ni comel mcm tedy bear.. tapi takut her husband jelling semacam pulak kat I hahaha). So I pun cover2 la peluk sikit2 dah la… Masa tu terkeluar jugak air mata, tapi cover cun… lap cepat2… huhuhu…

 Aunty Semah dukung Aryana


 Amet, me, Semah & anak2

Sentiasa nak berkepit. Macam dulu2 kat hostel pun Semah ni mmg suka pergi berkepit kat katil aku kan???

Namun di sebalik ketidaksihatannya, I mmg teramat sangat kagum dgn Semah. Dia masih bersemangat menghidangkan kami dengan Roti Jala + Kuzi yang sangat special!!

                  Tengok muka I makan tak hingat tuan rumah dah :D

Satu perkara lagi yg membuatkan I rasa sangat-sangat terharu dan kagum, ialah her husband, Raja Razlan yg sangat2 helpful. Sentiasa memberi support, semangat dan dorongan buat wife yg cute dan tercinta. Sungguh besar ganjaran pahala untuk suami mithali mcm Raja Razlan ni insya Allah....

Apa-apa pun buat  Semah, I sentiasa mendoakan agar dikau sentiasa di bawah lindungan RahmatNya. Sehubungan itu, I lampirkan kisah ini special buat Semah dan tatapan kita bersama...

Bertanya Rasulullah kpd seorang Badwi: "Pernahkah kamu merasa panas bawah kulit (demam)?". 
Badwi itu menjawab : "Tidak". 
Rasulullah bertanya lagi: "Pernahkah kamu merasa sakit kepala?". 
Badwi tu menjawab: "Tidak" dan berlalu. 
Bersabda Rasulullah kpd sahabat: "Itulah dia antara ciri-ciri ahli neraka".
Sesungguhnya sakit, musibah, ujian itu adalah kafarah dosa. Di kala ditimpa sakit, musibah dan ujian... ucapkanlah Alhamdulillah dan Innalillahiwainnailaihirojiun dan Allah akan membina sebuah rumah untuknya di syurga.




Monday, October 8, 2012

ENERGIZING DENGAN ESP


Since I start keje ni dh 2 kali ambik MC. Walaupun masa mula nak masuk keja dulu tu dah pasang niat suci murni taknak suka suki ambik MC at least utk sepanjang probation ni. Tapi apakan daya, bila badan dh tak sihat, lembik longlai mmg terpaksa cuti. Ini betul2 sakit ye, bukan sengaja beli MC utk pi shopping ke hapa. Sekarang I dah dewasa, dah tak buat perkara2 terkutuk mcm tu lagi. Hahaha…

And usually badan I ni selalu sangat rasa letih. Sangat2 letih. Susah nak terangkan. Badan rasa mcm nipis melayang (walaupun kalau tengok fizikal adalah sebaliknya!). Rasa mcm energy tu zero. Kalau ada saki baki yg sedikit tu mmg hanya tinggal utk breasfeed Aryana dan melayan Zuzu Yaya ala kadar saja.

No more extra energy left for myself. +__+

Why seorang ibu perlukan extra tenaga?
Bagi kawan2 yg breastfeed tentu faham sangat apa yg I rasa sekarang ni. I believe, most of us, the BF moms mesti mulutnya akan selalu cakap letih, penat, tak larat etc. Tambah2 lagi yg dh ada anak 2,3, 4 dan sebagainya. Tambah2 lagi yg anak2 masih kecik, masih perlu kita ambikkan air, ambikkan makanan, buatkan susu.. Yang ada anak kindy nak kena ajar dia menulis, mengira…And ibunya pulak yg keje kena drive 60km everyday, phewwww… I tell you… penat nak m*mp*s!!!!

So kalau setakat tenaga level biasa, sekadar makan nasik, mmg tak cukup.

When I am tired, I’ll become stress. Bila dah stress, I’ll not doing any house chores. Then kain baju bertimbun tak basuh and that means my routine has gone to shit! And  I’ll become even more n more stress…. Then bila dah terover stress I akan hangin n marah everybody in the house…

And the next morning I will wake up half-dead. And this bad routine/ tiredness repeats almost everyday.

I know, when I’m not happy, everybody else in the house will not feel happy too. Memang tak bagus untuk semua rakyat. Ibu perlu jadi hebat!

So I took a step, asking my beloved friends about supplements that might help me; and Arina suggest Shaklee. So do Kak Ngah. Seeing that Shaklee works well on them, so I just wanna give a try. Mana tahu, lepas ni boleh jadi supermak?

So currently I am officially on this Energizing Soy Protein. Baru 5 hari makan. But so far, I can say it’s showing positive result.

ESP my style : mixed with Kurma Ajwa blended.

Kuat tak kuat, our weekend project kemarin ialah : Mengecat pagar rumah which the project manager is me! Hahahaha…

I’ll update more on the results in few weeks… Till then, I wish we are all blessed with good health & happiness :)

Saturday, October 6, 2012

CERITA CUTI HARI MEREDEKA, BOLEH???

Happy Merdeka Day everyone!!! Hahaha another stale story from me…Apa kata kalau wish merdeka yg tahun depan punya terus :D

 Sorrylah but life is getting busy and busier, leave me no time for blogging. 

Eventho sometimes bleh sampai rumah awal, tapi badan sudah terlalu penat. Forget about typing a long story lah, even nak bukak laptop pun rasa malas yg amat. 

Sometime ada jugak rasa tak puas hati tengok gambar2 kt henpon skrin kecik, rasa tergedik2 sangat nk switch on laptop, tapi aduhai….. berat sungguh nak gerakkan badan. Alangkah indahnya kalau sebaik sampai rumah, disambut bidadari yg mengurut seluruh badan. Waaahhhhhh… terberangan jauh pulak. 

Dah jomlah layan sedikit cerita sensasi kami pi JJCM kat Melaka sempena cuti Hari Kemerdekaan 2 bulan lepas. Oh my!!! Basi gila!!! Hahaha layannnn.....


Okeh, mula2 sekali sampai, niat utama mmg nak pi makan kat Restoran Apple Burger ni. Nama ja kedai buger tpi sebenarnya menu yg paling meletops kat sini ialah Asam Pedas Melaka dia. Tapi hari tu tutup maybe sbb cuti umum kot. Huuu~~ meleleh air liur...kempunan... 

So teruskanla perjalanan pi mkn kedai yg ada asam pedas (nak jugak!) tapi rasa ntahapahapa...

JALAN-JALAN BANDARAYA MELAKA


Masuk bandar Melaka, cek-in hotel, mandi solat dan keluar semua jalan2. Oh duduk hotel murahan jek Naza Talya tapi kemudahan n servis quite ok...

 Aktiviti pertama sekali ialah naik beca sbb daripada dalam kereta tadi budak2 ni dah menjerit2 "basikal ada bunga!"
Untuk naik beca ni ada mcm2 package, bermula dari RM20 - RM45. So boleh pilih yg mana suka.

 Abang Beca... abang beca di tepi jalan...


  Lepas turun beca jalan-jalan itik ke Christ Church yg bersebelahan tu jek.

U olls tengoklah macamana la ibu ni tak slim...(Oh puhleeessss!!!! Hahahaha) Semua nak mengekoq ibu. Tak ada maknanya ibu nak bersenang lenang baca sejarah bangunan ka apa...

  
 Singgah jap kat Muzium Saudera tapi tak masuk pun. Budak2 ni mana la tau nak menikmati sejarah ni semua. Yang depa dok sibuk "Jom la kita naik bot..!!!" Adoi....

PERKAMPUNGAN TERAPUNG IKAN BAKAR UMAI

Suasan memang best. Luas dan tenang....

 Tempat duduk kat restoran pun best...

 Tapi the food... I tell you.... Tak payah pergi lah!!! Seriusly I cakap, kalau sapa yg pi mkn kat ikan bakaq Kola Perlis, sure cakap yg makanan kat sini mmg 88x ganda tak sedap dari Kola Perlis!

JONKER WALK
Lepas dinner, singgah Jonker Walk tap xdan nk bergambar pun. Kedai semua dah tengah simpan barang nak tutup!


MELAKA RIVER CRUISE

Pusing2 cari makan taktau nak makan kt mana, last2 singgah makan kat Hailan Kopitiam yg sama berambak kt KL nih..

 
 Teruskan dgn cruise di tengah hari buta,,,


MEE SUP TENGKERA




ZOO MELAKA


Friday, October 5, 2012

KISAH DIA. TAPI AKU KISAH ???


Sepanjang perjalanan hidup kita ni mmg kita tak akan berhenti dari belajar benda2 baru. Kadang2 ada benda/ perkara yg berlaku membuatkan kita rasa sgt geram, nak marah, benci dan sebagainya. Tapi bila difikirkan semula (Kalau saya, setelah habis marah biasanya baru nak fikir semula!) semua tu ada lah pengalaman. Pelajaran baru dalam buku hidup kita. Dan sebenarnya ia istimewa!
Okeh, to cut it short, ada lah sorang budak dalam opis saya nih hampir setiap hari dok tanya kat mana saya nak lunch/tapau. Actually dia pun baru join the company, tapi lambat sikit dari saya.
So bila dah dok tanya2, saya pun selalu la jugak offer dia if she wants to join me. Lagipun saya selalunya hanya akan pergi tapau kat gerai depan ofis tu ja, jarang sekali nak keluar makan tempat jauh2 dan hebat2.
Tapi bila saya ajak dia, antara jawapan yg diberikan ialah :

"Saya takut nak keluar sebab orang cerita kat luar ni selalu ada kes ragut."

"Saya takut nak keluar, kat depan tu ada banyak anjing."

Dan macam2 jawapan takut lagi yg dia selalu bagi.

Actually I x kisah pun. Sebab bukan I yg ajak dia. Tapi dia yg nampak mcm nak ikut tapi taknak ikut. So bila lama2 asyik Tanya dan bagi alas an yg sama I pun dh mula rasa bengang. Dalam hati "Apa benda la sangat yg hang takut ni. Semua benda nak takut. Mcamana hang nak hidup dik oiiii kalau semua benda nak takut????"

And for me, I mmg dah chop dia ni ialah style yg pompuan leceh &  mengada-ngada. Seriusly aku tak boleh blah pompuan slow mcm ni!

Sampailah yesterday, dia cakap " Kak, sebenarnya saya teringin saya nak ikut akak gi tapau. Tapi suami saya tak bagi saya keluar langsung. Pagi2 masa dia hntar saya dtg keja, dia akan suruh saya tapau siap2. terpaksa lah saya makan nasik sejuk yg tapau dari pagi...."

Oh my God!!! Rasa bersalah gila dok buat bad assumptions about her…

So what I get from her story?
1.    Belajar – bersyukur dgn my life yg tak terlalu terkongkong. Thank you Amet, tak pernah halang I keluar makan. And you’ll never do right?
2.    Belajar – kenali dulu seseorang before buat sebarang andaian buruk mengenainya.
3.    Belajar – bersyukurlah kepada Allah yg menganugerahkan keselamatan sepanjang I keluar makan/tapau. Tak pernah lagi kena kejar anjing

Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan keselamatan dan rahmat-Nya. Amin…. 

Wednesday, October 3, 2012

HAI SEMUA!!! I WILL BE UPDATING FROM NOW ON!!!

Hai everybody. Salam sayang pembaca-pembaca budiman (Hahahha ada lagi ke reader? Semua dah habis lari sebab dah 2 bulan takde cerita kan?)

Well just found out that the Blogger.com dah tak kena block lagi kat opis I hahahhaha... so just wait for my updates from now on... i'll keep posting every day insya Allah (kecuali hari yang terlalu banyak keja atau out of office).

Sorry sangat2 ye kawan2. Sebab sekarang ni kalau balik rumah mmg tak sempat betul nak tengok laptop. Dengan badan letih, nak layan anak2 dan ayah depa lagi.... sebelum pukui 11 malam mmg I dah flat off!!!

Okeh, soon to share my/our  interesting activities recently.....

Tungguuuuuu!!!!!!!!