Monday, April 27, 2015

KWSP PADA USIA 60 TAHUN

Ewah-ewah sibuk betul saya nak menulis tentang KWSP ye... Padahal akaun KWSP saya dah lama membeku sbb saya tak bekerja dgn majikan lain pun. Tapi takpalah, sebaga rakyat Malaysia yg sangat perihatin, saya tetap nak bagi pandangan jugak kat sini.



Hmmm.... Pada pandangan saya lah, kalau alasan KWSP tu cakap tak boleh keluar duit simpanan pada usia 55 tahun disebabkan ramai orang pencen yg telah kehabisan wang dalam masa 5 tahun, saya rasa ia hanya merujuk pada sebilangan rakyat sahaja. Bukan semua orang yg dah dapat keluarkan simpanan akan habiskan begitu sahaja. Dan janganlah kerana sebilangan sahaja golongan yg buat mcm tu, habis semua berjuta-juta rakyat Malaysia ni terpaksa menanggung nasib sebegitu...

Dengan keadaan kesihatan kita yg semakin hari semakin terancam dgn faktor2 pencemaran, pemakanan dan stress ni, rasanya average umur pun dh semakin pendek... Ya lah, walaupun ajal maut di tangan Tuhan, tapi hasil penyelidikan kita kena pertimbangkan juga kan. Kalaulah katakan belum masuk 60 dah sampai ajal, kesian la ahli2 KWSP yg dah berpuluh menyimpan.... Bersabar bersabar setiap tahun, akhirnya mata dah pejam, anak2 pulak yg berebut. Nauzubillah.....

Dengan pelbagai pelaburan yang ada zaman sekarang ni, ahli2 boleh laburkan sebahagian wang simanan mereka dgn agen2 yg sah mcm Public Mutual ke...CIMBWA ke..dan mcm2 lagi.. so by umur 55 mereka bukan sahaja akan ada duit simpanan KWSP, malah hasil dari peaburan tersebut juga. Jadi chance untuk "pencen miskin" tu tak banyak mana pun...

Lagipun, pada umur 55 tu lah rasanya kita masih boleh nak merasa pergi berjalan2 dgn keluarga ke, berniaga ke... Kalau dah masuk umur 60 baru nak mula,,rasanya nak melangkah pun dah tak berapa gagah. Itupun kalaulah Allah masih takdirkan kesihatan yg baik utk kita sampai pencen.

Dan untuk keadaan org mcm saya yg dah pencen awal ni, duit simpanan KWSP pun tak sebanyak mana... tak berbaloi rasanya kalau nak tunggu sampai dah bongkok tiga baru nak dapat tengok hasilnya!

Apapun, kalau tengok komen2 ahli di media sosial, rata-rata dan hampir 99.9% komen menyatakan tidak setuju untuk pengeluaran pada usia 60 tahun, dan hampir semuanya bersetuju yg KWSP menghadapi masalah aliran wang tunai. Wallahu'alam....

Sekian, sedikit luahan hati ahli KWSP yang dah lama tak masukkan duitnya.... Hahahaha...

Friday, April 24, 2015

17.04.2015 ~ TOK CHE TOM KEMBALI KE RAHMATULLAH

Hari Jumaat lepas, masa tu pukul 10.15 malam. Telefon berbunyi dan saya tengok nombor mak. Terus terdetik berdegup dalam dada. Macam tau saja berita yang mak nak cakap.

Tepat jangkaan hati, mak dalam esakan bagitau tok baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Saya call Kak Ngah bagitau dia. Then call Amet yg masih lagi di ofis masa tu. Amet suruh saya siap-siap untuk bertolak balik kampung.

Hampir jam 12 malam kami bertolak. Sampai di Perlis pukul 6.00 pagi.

Tok saya ini sebelah ayah. Dia comel orangnya. Kulit putih, genit, lemah lembut. Yang paling saya ingat dia pandai menguruskan kewangan, dan dia juga selaku akauntan kepada Wan yang mmg berniaga sejak dahuu kala sampailah sekarang. Tok pun ada bisnes sendiri. Ada minyak angin homemade berlabelkan namanya, ada rempah mandian orang bersalin.

Tok dah berpuluh tahun menghidapi pening kepala yang tak diketahui puncanya. Merata berubat tapi serangan pening yg teruk sekali sekala membuatkan dia merana. Akhrnya dalam lebih kurang 6 bulan terakhir ini, tok dikenalpasti menghidap kanser paru-paru. Itulah asbab yg tertulis di dalam surat kematian tok.

Selama tok sakit dan terlantar di hospital, saya hanya dapat melawat sekali sekala kerana jarak yg jauh dan anak2 bersekolah. Ayah adalah orang yg paling sentiasa berada dgn Tok. Saya bangga tengok ayah. Tak ramai anak yg dapat buat bakti besar mcm tu. Ayah bersabar siang malam menjaga Tok. Bagi makan, lap badan, tukar pampers.

Cuti sekolah bulan Mac2015 yg lalu... dengan anak-anak kami temankan Tok di wad.

Alhamdulilah semua urusan terakhir untuk Tok berjalan sangat mudah & lancar. Wajah tok yg saya cium nampak sangat putih berseri-seri. Al-Fatihah.

Friday, April 17, 2015

TIPS WAHM : BETUL KE BEST JADI WAHM?

Uhuk uhuk uhuk!

Tersedak pulak nak menulis tajuk nih. Hahaha....

Okeh jap, nak bancuh kopi. Buat hilang stress. Eh stress ke duduk rumah? Hahaha... (gelak banyak2 ni pun petanda stress)

Well, masa mula-mula saya berhenti kerja dulu, (saya ingat dgn jelas lagi tarikh akhir saya kerja : 15 Ogos 2014) memang saya rasa sangat eksaited, rasa bebas, freedom, dunia ini aku yang punya, dan segala macam rasa gembira happy seronok dan di awangan biru gitu....

Maka, sehingga hari ini bermakna sudah pun 8 bulan saya bergelar WAHM. Waaahhhhh tak sangka! Hehehehe...

So perasaan sekarang macamana?

Okay...saya ada beberapa kali suarakan pada Amet, saya rasa mcm pergi kerja semula! Hahahaha....

Tapi ada pulak syaratnya... nak opis yang dekat sangat2 dgn rumah, nak opis yg area2 ni saja, nak kerja yg ringan dan cepat boleh balik rumah... So hakikatnya jawapannya mmg tak ada lah kan! Mengada-ngada!
Disebabkan semua kriteria pekerjaan tidak memenuhi syarat saya itu, maka saya masih duduk di rumah dan terus menjadi WAHM. Hehehe...

Hmmm... best atau tak best tu ada banyak faktor nya. Kalau faktor bagi saya secara peribadi adalah seperti berikut :




PART BEST
1. Best sbb urusan anak-anak semua bawah pemerhatian ibu. Jadi tak risau depa jatuh & pengasuh taknak bgtau ke, atau kena jangkitan budak campak tak kering dh datang nursery ke, atau kena gigit dgn budak lain sampai lebam bengkak ke... (Tapi kat rumah pun depa tetap jatuh & luka cuma kita tahu.)

2. Zuzu & Yaya sangat happy sbb hari-hari boleh mintak ibu masak makanan kegemaran. Bagitau saja nak mkn nasik goreng kosong? Nasik sambal kosong? Ayam takmau pedas? Boleh order saja dgn ibu. Unfortunately, menu pilihan anak2 ibu ni mmg susah yg amat sgt nak dapat kt pasaran luar. Only available in Ibu's Kitchen. Hahahaha.

3. Best sbb kain baju sekurang2nya dah kurang bertimbun berbanding dulu. Walaupun masa dulu Amet yg rajin mendobi, tapi bab lipat tetap di taichikan kepada saya. Oh... skrg pun masih ada kain belum berlipat tapi kuantiti yg masih boleh diterima akal. Hahahha

4. Best la masuk dapur hari2 sbb hobi dan kesukaan saya mmg memasak. Tapi ada jugak waktunya saya naik muak makan masakan sendiri. So time ni saya akan tapau jugak tapi dah terlalu jarang tak mcm dulu hampir hari2 tapau nasik kukus :P

5. Saya mula dapat ajarkan Nana ala-ala homeschooling. At least sikit2 dia boleh kenal huruf, gambar, sebutan dan sebagainya... Walaupun tak sebanyak mana, tp agak berpatutan dgn umur dia yg belum mencecah 3 tahun.

Selalu dapat enjoy the breeze together-gether :)


 
Nini kat sekolah...jemput kakak-kakak :)


PART TAK BERAPA BEST
1. Walaupun hari-hari saya kemas rumah, tapi rumah masih tak sekemas mana. Sebab saya ada Nana si jantung hati yg hobi dia mmg menyepahkan barang secara luar biasa! Ya dia mmg lain dari Zuzu & Yaya masa depa kecik2 dulu. Mmg lah biasa budak2 sepah...tapi Nana ni dia punya sepah mmg tahap 8 bintang!!! Adoiii....

My co-driver cum business assistant :)

2. Stress time nak keluar & hantar sekolah apabila waktu itu ialah waktu Nana tidur. So saya terpaksa angkut dia masuk kereta, then angkut lagi masuk rumah. And kalau nasib kurang baik, dia akan terjaga dan moody dan tantrum dan membuatkan saya turut naik hangin!

3. Begitu juga bila time nak ambik barang/buat delivery/post barang dan lain2 urusan bisnes kecik-kecilan saya ni. Kalau kena time Nana tidur, mmg susah sangat-sangat-sangat dan antara sebab kadang2 saya jadi malas nak bisnes. Aduhaiiii... tak elok betul perangai ni...


4. Dengan pelbagai urusan rumah - jaga urusan sekolah anak2, masak memasak, dobi mendobi, mengemas rumah berulang2kali, saya rasa saya tak dapat fokus sepenuhnya kepada urusan bisnes. Kdg2 bila saya ralit sgt dgn kerja rumah, satu hari langsung saya tak bukak page jualan. Atau bila saya terpaksa handle banyak sangat order, saya terpaksa korbankan masa memasak utk keluarga...masa mmg jadi sgt berharga!


5. Badan saya menjadi semakin mengecil dan mengurus dan saya mmg dapat rasakan saya lebih letih huhuhuu.... 

 
 Nini yg chomel pengubat duka lara :)

Tapi apa2 pun saya berbalik semula kepada niat saya masa sungguh2 nak berhenti kerja dulu... "Aku nak jaga anak, nak tgok depa depan mata sepuas2nya, nak uruskan persekolahan depa n buat depa puas hati ada ibu yg sentiasa bersama depa setiap masa"

Apa-apa pun saya mmg sangat mengahargai pengorbanan Amet jugak dalam hal ni... Ya hidup di Kota Metrofulus eh Metropolitan ni mmg setiap detik perlukan wang. Maka kebanyakan perbelanjaan seisi rumah mmg Amet lah yg tanggung. Kadang2 tengok dia balik kerja rasa sebak pulak... Sob sob sob....

Pendapatan bisnes kecik-kecilan saya pulak hanya cukup buat beli jajan anak-anak je....Alhamdulillah Allah rezekikan kecukupan kepada kami sekeluarga dan itu lah yg saya mohon dalam doa setiap hari....

 Jadi persoalan BEST ATAU TIDAK JADI WAHM ni terpulang kepada keperluan & situasi masing-masing.

 Saya rasa kalau anak-anak saya sudah besar kemungkinan punca stress & kekalutan saya akan semakin berkurangan. At least saya dah tak perlu terkejar-kejar capai mop mengelap sup yg Nana tumpahkan, atau air sirap yg Nini tuang. Hehehhehe....

Cepatlah besar anak-anak ibu sayang!

Thursday, April 16, 2015

JALAN MAKAN LONTONG @MARKET SS14 PETALING JAYA

Last week, Amet was working from home when he asked me to try out the bestest Lontong he ever ate katanya...

Dia asyik lah bercerita yg dia selalu makan kat gerai lontong ni dgn kawan-kawan opis dia and depa semua mmg cakap sedap, lazat, the best blablabla...

So bila dia dah bikin saya kecur air liur, maka wajiblah dia bawak saya pergi bagi chop ni kat makcik tu....
Hahahaha...


Ok...so kalau kawan-kawan semua berminat nak cuba Lontong ni, silalah jemput hadirkan diri sendiri ke : GERAI LONTONG MAKCIK YAH
Market SS14 (Belakang Digital Mall)
Sekyen 14, Petaling Jaya

Actually dalam hall market ni ada baaaanyak sagat gerai makan. Dan semuanya mmg nmpak sedap & original tradisional food semuanya... And yg paling best saya rasa, sebab tak ramai pekerja import (indon/bangla/atau apa2 kaum luar negara). So rasa betul2 suasana 1Malaysia gitu.... Rasa mcm kembali ke alam silam pun ada... maklumlah skrg ni kalau pi makan kt mana2 pun mesti pelayan/pekerja dah bukan Malaysian.... boring betul... So kat sini best!!!!

Kat gerai ni Makcik Yah jual nasik emak. Anak dia - yg abang tgh potong kt atas tu jaga bahagian lontong ni. Isteri dia jaga bahagian topup bahan2. 

Pelanggan mmg teramat sangat ramai. So kena BERATUR DGN SABAR ya....Hahahaha
I was quite lucky hari tu, sampai je terus beratuq so dapat tempat ke-5 dalam barisan. Yeayyy!!!!!
Lepas tu kt belakang saya datang berdert org beratur lagi... Phewwww...


Nah! Apa yg best sangat dgn Lontong Makcik Yah ni?

Ok, kalau anda jenis yg suka kuah lemak yg tak berapa pekat, yg just nice, this is the one.
Rasa mmg ngam ngam soi! Tak masin tak masam. Kuah sambal yg sedap. Kuah Kacang yg lazat. Oh boleh jgak pilih nak tmbah lauk apa2. Contohnya kami pilih tambah samabal sotong hari tu. So mmg lebih umpppph!

Harga? Standard je harga lebih kurang makan pagi biasa2 *bukan hotel*

Okeh. Sekian review makan hari ini :)

Friday, April 10, 2015

NASI AYAM PENYET PALING TERSEDAP!

Hehehe... over sangat nak cakap sedap teramat sangat sampai tak tau tajuk apa nak letak :P

Oh, jangan tanya "makan kat mana nasi ayam penyet sedap tu?"

Sebab nasik ni saya masak sendiri! Hahahhahaa.... Memang masuk bakul naik belon udara panas sendiri no..Over sangat!

Ni rupa dia....kurang lawa sbb ambik gmbar tangan terketaq-ketaq sbb dah tak sabar nak makan! Hahaha...

Oh ok...mmg saya masak sendiri. Tapi resepinya saya ambik dari mysiresepi.com dari Kak Azlita.... So sebenarnya yg teramat sangat terer membuat nasik ini ialah dia... Tanpa resepi yg dia kongikan tu, sumpah saya mmg tak akan dapat buat nasik ayam penyet sesedap itu.

Saya & keluarga mmg penggemar Nasi Ayam Penyet. Dari Waroeng Penyet kt The Curve, sampai Ayam Penyet Wong Solo, dan restoren yg semakin naik di sana sini mcm Restoren Ayam Penyet Leko kat TSB ni, atau Ayam Penyet AP, semuanya kami dah serbu. Hehehehe....

Bila anak-anak & Amet makannasik ni, mmg depa pun cakap sedap! Yeayyyyyy!!!! Bila dah dapat agreement dari semua, maksudnya mmg terbukti betul2lah sedap menu ni :)


So, bila tengok resepi Kak Ita tu dgn gambar2 dia yg sgt lawa, mmg saya terus terliur dan terus start kereta pergi cari tauhu & tempe! Okeh, mehlah saya kongsi jugak resepi tu... sebab lain kali mmg saya akan buat lagi Insya Allah... Resepinya pun mmg mudah sgt. Saya mula masak dh petang dah pun...by dinner time siap ready dah :)

Okeh jom tengok.

RESEPI AYAM PENYET
1 ekor ayam (saya buat setengah ekor saja sbb family tak berapa ramai)
Ayam ni potong ikut kesesuaian, biasanya ayam di potong 4 atau di potong 8, cuci ayam bersih-bersih.
Ayam kemudian di rebus hingga empuk. Tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.
Bila dah empuk angkat ayam dan toskan
* Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk menanak nasi dan juga untuk supnya.


BAHAN PERAPAN AYAM
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
* Kesemua bahan ini di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum

Haa...kenal tak yg mana ketumbar, jintan manis & jintan putih? Hihihihi...saya mmg selalu konpius.

1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit air untuk mengisar
1 sudu teh garam
Minyak untuk mengoreng
1/2 cawan tepung beras ~ tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur ~ tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup

Cara-cara :

Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus.
Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi.
Perap ayam ini semalaman sebelum di goreng. Bagi anda yang nak cepat 2 atau 3 jam perap pun boleh... saya perap dalam 3 jam lebih pun mmg dah rasa sedap hihihi...

Ayam siap untuk diperap..baunya dah wangi menusuk qalbu sgt dah...


Baki ramuan perapan ayam tu jangan di buang. Anda boleh ambil sedikit, dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali tapi dalam bekas berasingan dengan ayam ya.

Bila dah perap bolehlah di goreng. Anda boleh goreng ayam ni bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah di sediakan. Maknanya goreng ayam ni akhir sekali lah ya supaya ia masih panas bila di hidangkan dan keriuknya tu rangup..!

Baki perapan ayam atau tahu atau tempe tu.. anda campurkan dengan tepung beras dan telur. Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
Celupkan ayam tadi dalam campuran tepung dan telur tadi dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
Baki adunan tepung mengoreng ayam tu anda renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.

RESEPI NASI
3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan airnya
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji pelaga
sedikit butter
secubit garam
6 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ni bergantung pada beras yang anda gunakan.
1 helai daun pandan di simpul


Cara-cara :
Cairkan butter, Tumiskan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga , bunga lawang dan daun pandan hingga harum.
Masukkan beras dan masak sebentar 3 hingga 5 minit
Kemudian masukkan air rebusan ayam. Perasakan dengan garam.
Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna

RESEPI SAMBAL PENYET
10 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
10 biji bawang merah ~ belah 4 (saya guna bawang besar 1 biji je)
3 biji bawang putih ~ hiris
2 biji tomato ~ belah 4 
5 cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu besar gula merah ~ gula ni ikut secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau kasturi

 Sebelum digoreng....

Selepas digoreng... Lepas tu kisar saja semua ni... Siap!

Cara-cara :
Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur
Tunggu bahan ni sejuk sikit kemudian masukan dalam mesin kisar yang kering dan kisar kan ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi. Kisarkan sekali belacan bakar.
Panaskan semula baki minyak kita mengoreng tadi dan tumiskan bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum
Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam
Angkat dan hidangkan. Bila nak makan nanti perahkan jus limau.

Okeh, rasanya dah lengkap. So boleh lah cuba buat ye kawan2... Kalau dah siap nanti jgn lupa pos mai kat saya sepinggan! Bye~~

Sunday, April 5, 2015

CREAM PUFF MUDAH & GEBU

Semalam my cousin, cik Hanis mai rumah. Maka saya buat Nasik Tomato & Ayam Rose. Hanis buat Acar darat - panggilan orang Utara, a.k.a Jelatah panggilan orang Selatan :)

Petang tu taktau nak minum petang apa. Hujan turun lebat. Nak pi beli pisang goreng pun malas. Tengok apa yg ada kat dapuq, maka Tinggg!!!! Dapat idea bernas buat Cream Puff yg dah lama sangat tak buat....

Ketong-ketang-keting tup tap tup tap taaadaaaa...... Siap lah cream puff kami....


Tapi kali ni saya tak buat inti kastard mcm biasa... buat inti Fresh Cream pulak... Saja nak ubah selera sikit.


Okeh, kalau nak cuba buat boleh tengok resepi ni. Actually senang sangat2 buat Cream Puff ni. Kami buat pun sambil mata pejam2 nak terlena ja sbb hari hujan hehehhe... Plus, byk sangat pembantu kat dapur ni... semua nak tolong Kakak, Adik, Nana, Nini.... mmg penuh tangan kat dapur ibu Hahahaha...

Okeh, ni resepi na...

CREAM PUFF MUDAH & GEBU
100g butter
250ml air
150g tepung gandum
3 biji telur
1 sk esen vanila
*garam (kalau pakai marjerin tak perlu masuk garam dah k..)

CARA-CARA :
1. Masuk air dalam periuk, letak atas api sederhana. Masuk butter sampai cair dalam air. Tak perlu tunngu mendidih. Dah cair, tutup api.
2. Angkat dari atas dapur, masuk tepung (+garam) kacau cepat-cepat. Kena cepat, kalau tidak air tersejat dan adunan jadi keras so nanti dh tak gebu.
3. Biar adunan sejuk sekejap. Saya yg nak cepat dokmo ni, masuk terus dalam peti ais. Heheheh
4. Pukul telur + esen vanila sikit (guna sudu ke senduk ke apa2 yg sesuai je...pisau? tak kot ;)
5. Masukkan telur ke dalam adunan yg dah sejuk tadi. Sambil dikacau dengan MIXER. Haaaa...time ni baru angkat keluar mixer.
6. Dah nampak sebati comei lotei, masuk dalam piping beg dan buat lah bentuk apa yg suka. Saya pakai nozel berbucu bintang kat hujung piping beg tu.
7. Renjis sikit air pada adunan atas baking tray tu, pastu bakar.
8. Suhu 200C - 15 minit pertama. Kemudian turunkan ke 180C - 15 minit seterusnya.
9. Siap. Belah tengah dan isikan intinya. Makan :)

INTI FRESH CREAM
250ml fresh cream / dairy whipping cream
1 sb gula halus
1 sk esen vanilla
*saya bahagi 2 adunan - satu perisa vanilla, satu lg perisa mocha.

CARA-CARA :
Campur semua dan kacau guna mixer, kelajuan MINIMUM. Jangan terlebih pukul, jika tidak whiping cream akan separate menjadi pecah lemak dan cair... masa ni dah takleh betulkan balik...
*Tips : Lebih baik kalau peralatan mcm mangkuk & mixer (bhgn besi pengacau sahaja, bukan motornya sekali!) tu  dimasukkan kedalam freeser dahulu. Kalau peralatan sejuk, cream akan cepat naik/kental.

Sekian, Selamat Mencuba :)


Friday, April 3, 2015

MASTITIS a.k.a. RADANG SUSU (PART 2)

Selepas doctor cek sana sini sinun, and confirm demam saya terlalu tinggi + jangkitan susu mula bernanah, so she decided utk masukkan saya ke wad. Saya akan diberikan do antibiotik yg mencukupi. Dan sekiranya bengkak dan nanh itu tak berjaya dihentikan, then maybe dia terpaksa melakukan sedikit operation untuk mengeluarkannya....

Saya hanya mendenar dan mengangguk tanpa mampu bercakap apa-apa. Saya ikut sahaja apa yg doc n nurse tu buat sbb saya mmg betul2 rasa dan kehabisan tenaga masa tu.


Akhirnya saya ditolak ke wad dan di situ saya terlantar selama 2 malam...


Yang kurang bestnya kat DSC ni... takde baju wad untuk salin..dah la saya mmg datang sehelai sepinggang...sebatang kara pulak tu...hahahha...maka mmg pakai lah baju tidur yg semalam tu sampai seharian...
 

Amet pulak, mmg tak dapat datang untuk melawat saya. Maklum saja lah...nak uruskan geng puteri2 gebu kat rumah tu bukannya senang. Dengan si Nini yg kecik tu, mcmana lah dia nak drive ke sini... SAya faham maka saya tak mintak pun dia datang. Tak apa, at least saya dpt berehat secukupnya dan saya perlu pulih secepat mungkin untuk menguruskan lebih banyak urusan di masa hadapan. Saya perlu kembali sebagai ibu yg sihat & kuat untuk anak2!

Rupa-rupanya the next day, Amet & semua anak-anak datang melawat saya dengan keluarga best fren kami, Pak Sheikh & Intan dgn anak2... Hehehe gamat wad saya penuh riuh rendah...terkejut doctor tengok ramainya anak saya! Hahahahha....



Alhamdulillah...berkat doa semua, saya tak perlu dibedah. Yeayyy!!!! The antibiotic works very well on me! Lepas few time perah susu and confirm dah tak ada nanah, so doc did one last check-up and then I'm free to go! Yeayyyyyy!!!!

And well... I drove myself back all alone again. Hahhahaha. Kelas kan, datang check-in ward sendiri, then discharge semua pun buat sendiri. Bila dah jadi mak kepada 4 org anak, mmg tak ada masa nk fikir nak layanan VVIP or nak manja lebih2 na.... yang mana boleh buat, buat je lah. And Alhamdulillah... Allah telah izinkan saya sembuh dan sihat sepenuhnya.

Yang bestnya, saya betul2 serik dan saya telah buang perasaan malas & niat malas nak breatfeed tu jauh2. Betapa besarnya anugerah Allah bagi susu yg berkhasiat ni utk anak2... Da, sampai hari ini, uur Nini sudah 1 tahun 5 bulan dan saya masih menyusukan dia :)

ALHAMDULILLAH

Wednesday, April 1, 2015

SUSU IBU BERNANAH! (MASTITIS)

***Ok sebelum itu... Jangan panik. Ini cerita lama hehehe...***

Pernah dengar tentang Mastitis? Atau Radang Susu?



Saya ada bagitau nak ceritakan tentang kisah saya kena warded masa bulan puasa tahun lepas kan... and it was when i started the long hiatus...

Tapi kisah tu mmg masih segar bugar dalam ingatan. Sebab ia sangat menyakitkan. Kalau tak sakit sangat maybe dah lupa :P Sebab tu kadang2 Allah bagi kita "peringatan" dgn cara yg agak "keras" supaya kita sentiasa ingat pada jalan Nya....

Okeh, back to my story...masa tu bulan Ramadhan. Mcm biasa saya tetap teruskan breastfeeding Nini... so far so good takde masalah... cuma kadang2 mmg ada fikiran jahat dalam kepala ni niat dah nak stop BF. Sebab malas. Ya malas. Mmg padan dgn muka bila kena penyakit ni. Sbb niat tu dah tak baik. Padahal org lain yg takde susu beria-ia sangat nk BF anak depa.

I started wearing the normal underwired bra. Berangan la nak cantik -cantik kononnya...dah xnak jd BF mom kan...dh x perlu pakai nursing bra yg longgar2 tu dah...

After few days pakai, mmg bila balik kerja I akan rasa engorged sangat2. Sangat2 sampai rasa dh tak muat. Kdg2 even rasa sakit jugak tapi sikit2 je.. tapi takpa, asalkan melaram.

And satu hari tu, I mula rasa mcm terlampau sgt sakit. Malam tu dah start rasa mcm ada ketulan. So dah takut sikit. Ambik air panas, tuam dgn kain. Ok lah rasa lembut skt, kurag engorged dah. Lagipun all night long mmg Nini menyusu ja. So next morning bangun rasa a bit better but still yg ketulan tu tak berapa nak hilang. Ketulan tu rasa sebelah kiri, almost near to ketiak tp bawah sikit.

Pergi ofis, tapi since dalam kereta dah rasa mcm demam...dah masuk tengah hari demam semakin kuat. Muka pun rasa panas dan merah sangat dah. Badan pulak dh lembik tak bertenaga. Dah la tengah puasa kan... So mintak surat klinik, terus gi klinik yg dekat ofis je. Doc tu cek2 and mmg rasa ada ketulan n breast terlalu engorged. So dia buat referal utk jumpa pakar utk scan atau buat exam yg lebih detail.

Then I try nak drive balik rumah. Tapi mmg kepala dah terlalu pening dan rasa tenaga pun mmg betul2 dah tak ada. Dah lembik sangat2 dah. Rasa nk pitam pulak! Try call ofis ingat nk suruh sesiapa tolong hantar balik. Tapi ingat kesian sbb bulan puasa n rumah pulak jauh... so kuatkan semangat, doa pada Allah bg saya dapat bertahan sampai rumah. Singgah beli air kt gerai ramadhan. Minum je sambil drive walaupun bulan puasa. Niat hanya utk bg sedikit tenaga agar bleh sampai rumah.

Alhamdulillah sampai area rumah,saya gagahkan kaki ke kedai beli kobis. Orang tua-tua cakap bila bengkak susu, letak kobis.


Malam tu saya tak bagi Nini  nenen sangat2. Takut terkena jangkitan pada dia, dan juga sebab saya mmg rasa sangat2 sakit!!! Walaupun dah makan ubat, tapi tak baik jugak. Demam pun tak kebah2.
The next morning saya MC, just terbaring kat rumah tak dpaat buat apa2. Anak2 semua saya minta Amet hantar ke rumah pengasuh.

Saya terus tuam, pakai kobis dan jugak pam susu. Tiba-tiba masa tengah pam tu saya perasan, yg keluar dari puting adalah nanah! Bukan susu! Ya ia adalah nanah yg keluar! Oh my..... saya mula rasa sangat panik dan terkejut. Saya whatsapp Amet. Dia cakap baru je ada wife staf dia sebelum tu kena operate sebab kes mcm ni.. Haaaaa???? Operate????

Saya nak ke klinik jumpa pakar tp mmg tak berdaya. Betul2 kali ni saya demam yg sangat teruk dan tenaga mmg dah kong.

Malam tu saya demam lagi sepanjang malam. Saya marah pada semua orang. Saya tak larat. Next morning awal2 saya bangun, kejutkan Amet suruh tengok anak2 sebab saya nak ke klinik sendiri. Saya malas nk bawak semua berderet sbb lagi rumit rasanya dgn keadaan saya yg tak larat ni.

Saya bawak referal letter yg doc bg hari tu (dah 2 hari). Sampai PMC pulak, nurse situ cakap scan diorang rosak. Hmmm.... hampeh. Rasa kecewa sangat. So tanpa berfikir panjang, saya gatherkan segala tenaga yg masih ada, saya drive sendirian ke Damansara Specialist Centre. Ya, dlm keadaan lembik dan hampir pengsan tu saya sampai ke pintu hospital.

Bila nurse2 situ tengok keadaan saya, diorang terus letak saya kat wheelchair. Keadaan saya masa tu mmg tak semenggah hahahha. Dengan seluar tidur yg semerot, dengan muka pucat lesi hampir mati. Mmg emergency.

Diorang ambik surat saya, buat registration, mtk medical card dan uruskan semua hal berkaitan GL dan lain2. Saya tak mampu nak cakap byk just "yes' n "no' saja yg keluar dr mulut.

(BERSAMBUNG EK...Nak pi ambik anak2 sekolah hihihi)