Saturday, August 29, 2015

DESSERT : AGAR-AGAR SANTAN ROS PANDAN


Assalamualaikum...Selamat berhari minggu semua..

Hah pagi ni, awal-awal pagi saya berkerajinan nak menaip. Kena sampuk hantu mesin taip kot semalam. Hahaha.

Minggu ni cuti panjang sikit kan, nak sambut Hari Merdeka.

So kita tolak tepi dululah urusan mendobi baju sekolah semua, kita berblogging lah dulu hahhaha. Sedang elok si Nini domey-domey tu pun belum bangun lagi. Boleh lah ibu coffee-ing sambil blogging ala-ala kt Starbucks gitu...

Alhamdulillah, minggu ni sangat membahagiakan. Hari Selasa lepas kakak bawak balik report card sekolah agama dan tunjuk kat ibu...... Kakak dapat Nombor 1!!!! Alhamdulillah...alhamdulillah.... walaupun ini hanya ujian prestasi penggal kedua, tapi pencapaian kakak nampak semakin meningkat dari satu pengga ke satu penggal. Bermula dari darjah 1 dia dapat no.32 hehehhe...kemudian meningkat no.24, then jadi 18 dan seterusnya...sampailah Peperiksan Pertengahan Tahun (penggal pertama) yg lepas kakak dapat No.2... Syukur...sekurang2nya ibu rasa lepas sesak nafas ibu jadi drebar sekolah hari-hari hehehe...

Amet asyik cakap terima kasih sbb ibu berhenti kerja dan tengok2kan anak2 belajar. Hmm... actually bab ni ibu masih belum boleh buat sepenuhnya. Maklumlah, depa balik sekolah agama dh pukul 11pg, rehat sekejap makan mandi then ke sekolah kebangsaan pulak. Balik tu dh hampir malam pukul 7. And bila dh malam, si Nini & Nana pulak nak menempek dgn ibu. Jadi kalau ibu ajar depa study pun lebih kurang gitu-gitu ja, sambil2 Nini menangis, sambil2 Nana koyak & conteng. Penat & pening sungguh jadinya.
Ibu cuba sajalah buat sekadar terdaya.... Ayah pulak jarang2 dpt balik awal. Kalau dh balik pun takkanlah nk terus jadi cikgu tusyen dlm kedan penat2 gitu kan..

So, apa yg ibu buat sebenarnya? Ibu main hembus-hembus & tiup-tiup saja dalam nasik depa! Hahahhaahaha...

Mak-mak sekalian..jgnlah ada yg terbeliak mata pulak! Hehehe. Maksudnya, saya masak sambil berselawat, berzikir, berdoa...sbb itu sahajalah kesempatan yg saya ada dan saya yakin Allah akan alirkan doa ibu yg ikhlas utk anak-anaknya.... Cubalah! Saya pasti kawan-kawan akan mendapat hasil yg sangat mengujakan insya Allah :)

Then hari Khamis tu, Yaya pulak bawak report cardnya dan dia dapat no.9 berbanding peperiksaan lepas pada no.18. Alhamdulillah! Rasa terharu sungguh. Syukur tak terhingga kpd Allah yg menganugerahkan kejayaan & kegembiraan utk kami semua...

Oleh itu, ibu buatkan dessert ni utk menghargai & meraikan kejayaan adik & kakak. Kalau nak tengok resepinya silakan, dijamin sangat mudah & senang!

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN ROS PANDAN
~1 pek serbuk agar-agar 10 gm
~1 liter air (4 cawan)
~200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
~200-250 ml santan pekat (1 cawan)
~1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
~Secubit garam
~1-2 sudu besar sirap rose  
~ 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

TIPS DAN NOTA NAZ:
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
  • (edited-13/09/2012) Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

Taraaa... Inilah hasilnya. Cantik & jelas 2 lapisan agar-agar ni bila ikut tips cik Naz.

Anak-anak mintak utk bawak beal ke sekolah :)

Monday, August 24, 2015

PIZZA ROTI GARDENIA EXPRESS TAPI SEDAP



Pizza express ni resepi last week. Kebetulan hari tu Amet tak balik makan malam. Jadi saya buat makanan simple & ringan ala kanak-kanak.  Kalau Amet ada, kena buat makan berat mcm nasik atau goreng2 sbb perut dia tak cukup kecik utk makan style2 mat salleh mcm ni hahaha.


 RESEPI PIZZA EXPRESS
~ Roti gardenia
~ Sos spagethi bolognese
~ Sosej
~ Mix vege (jika suka)
~ Tomato dihiris
~ Bwg besar dihiris
~ Cheese (saya pilih mozarella)

CARA MEMASAK
1. Panaskan oven 160 deg C. Sediakan dulang pembakar, gris sedikit.
2. Susunkan roti. Sapukan sos spagethi. Tabur semua bahan topping yg disukai. Last sekali taburkna cheese.
3. Bakar sekejap saja dlm 4-5 minit atau sehingga keju nampak cair secukupnya. Siap!

  

Macam biasa, mesti ada 2 version. Satu yang banyak sayur for Ibu & Yaya. And satu lagi no-sayur untuk Zuzu & Nana. Nini dia makan semua apa saja yg melintas depan mulut dia hahaha.


Selamat Mencuba ya!

Sunday, August 23, 2015

RAHSIA ANAK JAGA SOLAT TANPA DISURUH


Saya terjumpa nota ni dalam facebook's memory yg saya share pada tahun lepas. Jadi saya ingat lebih baik saya share dlm blog ni supaya lebih mudah untuk saya search dan buat rujukan.

Kawan-kawan juga boleh share/copypaste utk kebaikan bersama ya... :)
KISAHNYA...
Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah… dah la tak solat…menipu pulak… Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya….

Masyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah. Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning… tapi anak saya tetap tak berubah… susah dan liat nak solat..

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita. Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. Tak perlu disuruh….

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh.. Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang” Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je… doa.. doa.. dan doa….

Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah… solat tak perlu disuruh dah…solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan.

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut
kakak diorang.. solat tanpa perlu disuruh..
  Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40







Monday, August 17, 2015

NASI DAGING UTARA & SAMBAL KERISIK

Assalamualaikum semua kawan-kawan :)

In ialah menu saya pada hari Isnin lepas. Baru hari ni sempat nak share resepinya. Hari Ahad tu Amet cakap tetiba dia rasa teringin nak makan Nasik Daging. Kebetulan pula Hari Isnin tu dia wor-from-home. Jadi pagi2 lagi saya dah bersiap sedia mencari daging utk cik abang yg mengidam tu hehehe.


Inilah gambaran rupa dapur saya ketika memasak. Semua bahan kena longgokkan depan mata. Takut nanti ada bahan yg saya terlupa nak masukkan hehehe. Maklumlah dah semakin berumur...

Okeh, tanpa membuang masa, meh lah saya share resepi Nasi Dagng Utagha versi saya. Versi saya ni biasanya ialah versi yang mudah, senang, simple & cepat. Atau kata lain versi express a.k.a malas hahahha.

Ok, lets check it out.

RESEPI NASI DAGING UTARA
~ Daging (batang pinang)
~ Beras (lebih elok jika pakai Basmathi)
~ Minyak sapi
~ Rempah Kurma
~ Bawang merah
~ Bawang putih
~ Halia
~ Serai
~ Daun pandan
~ Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
~ Cili hijau
~ Susu cair
~ Tomato puree (sikit je)
~ Kismis
~ Garam

CARA MEMASAK
1. Basuh beras dan toskan.
2. Rebus daging + halia + bawang putih + garam sehingga empuk.
3. Sediakan periuk untuk memasak nasi. Panaskan minyak sapi. Tumis bawang2 yg dimayang, serai, daun pandan, kayu manis, bunga lawang,  buah pelaga hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kurma dan tumis hingga naik minyak.
5. Masukkan tomato puree, kacau rata. Masukkan susu cair + garam. Biarkan mendidih sedikit.
6. Masukkan beras, kismis dan dagingyg telah direbus tadi  bersama air daging.(Agak-agak air daging secukupnya untuk memasak nasi.)
7. Kacau sehingga rata dengan beras. Masak nasi seperti biasa sama ada di dapur gas mahupun rice cooker.


Inilah hasil Nasi Daging saya... hari tu saya pakai beras biasa je sebab terlupa nak beli beras Basmathi. Tapi Alhamdulillah... elok jugak hasilnya kalau tak terlebih letak air :)


Untuk menjadi pelengkapnya, boleh dihidagkan bersama ulam-ulaman seperti timun & salad (versi kurang rajin hehehe). Atau paling best kalau buat Acar Timun Nenas. Barulah klear org Perlis kata!


Opppssss... dah hampir terlupa nak share resepi samabl kerisik. Atau orang utara biasanya panggil "Ayaq Asam Kerisik". Meh tengok resepi yg sangat mudah ni :)

RESEPI SAMBAL KERISIK
~ Cili padi
~ Cili merah
~ Belacan
~ Bawang putih
~ Garam
~ Gula
~ Sos cili (optional)
~Kerisik
~ Air asam jawa
~ Limau kasturi (jika suka)
~ Bawang besar (dihiris nipis)
~ Tomato (dihiris nipis)

CARA MEMASAK
1. Kisar bersama cili padi + cili merah + belacan + bawang putih + Garam + gula + Sos cili  + Air asam.
2. Tuang dalam bekas, masukkan kerisik dan kacau sehingga mendapat rata & mendapat kepekatan yg disukai.
3. Perahkan air limau kasturi. Masukkan Tomato + Bawang besar. Kacau sebati. Siap!

Taraaa... inilah set lengkap Nasi Daging saya! Selamat mencuba ya.

KEDAI LONTONG SEDAP TAKTAU NAMA

Semalam hari Ahad kami JJCM ke sebuah kedai makan yang direcommend oleh Pak Usu. Beliau cakap kalau nak cuba lontong & lempeng yg best, try lah kedai ni.

Dengar saja lontong memang tak lena tidur malam. Bangun pagi esoknya Amet cakap "Jomlah kita pi makan lontong." Hahahaha mesti dia dah termimpi-mimpi dari semalam tu.

Memang kami mencari-cari kot2 ada signboard yg tulis nama kedai ni, tapi mmg tak ada langsung. Yang ada signboard tulis nama makanan je mcm "Nasi Lemak, "Nasi Bajet" dan lain-lain. So mmg tak tau lah nama kedai ni ya...

DESTINASI
Okeh, kedai ni terletak betul-betul kat simpang nak masuk ke Taman Rahmat Jaya. Haaa kat mana la pulak Taman Rahmat Jaya tuh? Hahahaha.Mcm glamer sgt taman tu smpai satu dunia nak kenal.

Letaknya ialah di tengah-tengah area Kundang Golf Club. Maksudnya kat kawasan Kundang, Selangor. Kundang ni pulak kat mana? Ia adalah antara Kuang ke Rawang. Hahaha. Kalau dah taktau sangat bukak je lah peta negeri Selangor :P


Maaf sebab saya pun lupa nak ambik location GPSnya semalam. Klu lalu kat sana lagi insya Allah saya abik dan update kat sini okeh.

Meh layan aksi-aksi peminat lontong kat sini.

Encik Nini Domey-domey selaku pemakan yg paling lalu sekali makan. Semua pinggan dia pi rasa.

Lontong. Sedap.Served with kuah kacang & sambal tumis. Tapi bagi saya & Amet yg pernah rasa Lontong MArket SS14 PJ tu, kami rasa yg sana lebih "kick" dan "menangkap". Lagipun sbb kat sana ada sambal sotong yg power gila, maybe tu yg membuatkan ia lebih ummpphh!

Nana makan nasik lemak takde sambal. Yaya makan bihun goreng.

Kesian kakak sebab ibu terlupa nak order lempeng utk dia. Bila time dah nak balik baru ingat sebab nampak orang tu tgh alihkan lempeng dari kuali. Kakak ni mmg die hard fan lempeng. Next time ok kakak.

Suasana kedai makan ni mmg santai. Bawah pokok yg teduh rendang. Syiok buat lepak2 sebab tak panas.

Tapi semalam kami tak sempat lepak lama sbb ada satu geng datang tumpang meja huhuhuu.... Maybe dia tak tahu depan sebelah sana pun ada baaanyak meja lagi. So disebabkan dh mcm tak ada privacy nk bersembang kami pun mengundurkan diri... Orang mmg agak ramai tp dont worry sbb parking luas, meja banyak and so far oklah, recommended utk makan pagi ok.

Sekian.

Thursday, August 13, 2015

PELUANG BISNES UNTUK IBU-IBU YANG SIBUK

Assalamualaikum

Sibuk tak hari ni ibu-ibu semua? Saya memang teramat sangat sibuk. Sejak bangun dari pkul 6 pagi tadi, sampailah sekarang dah pukul 4 baru dapat menulis.

Kadang2 hairan jugak, bila dah jadik WAHM ni, tetiba macam banyaaaak sangat kain baju yg bertimbun nak dibasuh. Setiap hari basuh. Ya, SETIAP HARI basuh baju & lipat, tapi masih tak habis2. Padahal zaman bekerja dulu basuh hujung minggu je, tapi boleh jek habis? Pelik betoi...

Dah setel bab baju, dok fikir nak masak pulak. pikir punya pikir menu, last2 telur goreng je yg buat hahahhaha!

Dan macam2 lagilah tugas kalau jadi surirumah ni kan. Memang tak pernah habis punya. Tak kira letih tangan pusing stereng kereta pi ambik hantar anak2 sekolah lagi. Huhuhu....sabar je lah... Insya Allah dengan sabar & doa, semua akan ada hikmahnya...

Okeh, kalau dah sibu & busy sangat sampai camtu, bila masa la nak berbisnes nya ya ibu-ibu?

Hmmm..saya pun menghadapi masalah yg sama. Sampailah ada sorang kawan saya ni memberi semangat supaya saya cuba buat bisnes affiliate. Ya A.F.F.F.I.L.I.A.T.E.

Okeh, of course ada baaaanyak sgt affiliate di muka bumi ni. Tapi sekarang yg tengah HOT MELETOP di pasaran, bukan sahaja di Malaysia, tapi juga di dunia, ialah affiliate ini...


Dan kenapa saya suggest ibu-ibu buat affiliate ni? Sebabnya ialah....
1. Beratus juta orang di seluruh dunia suka gila tengok sukan online.
2. Tak perlu ada minat dalam sukan pun boleh buat (saya mmg kaki bangku & tak pernah tahu apa2 pasal sukan hahaha)
3. Cara yg sangat mudah, semudah copy & paste sahaja.
4. Guide step by step akan diberi oleh tokey.
5. Dimasukkan ke dalam group FB utk sebarang soalan/masalah/perbincangan.
6. Ada 3 saluran income.
7. Terbukti berkesan dan payment boleh dapat in RM or USD.
8. Syarikat penanung dimiliki oleh Bumiputera Islam yg mmg seorang Internet Marketer yg sangat berjaya :)

Sekian. Kalau kawan2 nak cuba boleh KLIK SINI. 

Tak rugi mencuba, tapi rugi kalau tak cuba hihihi...

Wednesday, August 12, 2015

ISU SUSU IBU vs SUSU LEMBU ~ USTAZAH FATIMAH SYARHA JADI GLAMER!


Para ibu...harap bertenang semua ya....

Sabar..sabar...sabar... Ya Allah Ya Sobur..kurniakan kami semuakan hati yang sabar...

Walau apa pun ucapan Ustazah tempoh hari dalam rancangan Fiqh Wanita di TV3 tu, marilah kita berdamai hati & memaafkan beliau. Sekurang2nya kita anggap sahaja itu kekurangan beliau sebagai manusia, insan. Kita ni mcmana? Takkanlah langsung tak pernah buat silap?

Jawapan sebenar kepada isu tersebut pun rasanya ramai yang dah tahu jugak kot. Well, sebagai bekas pelajar Biologi dari UM *ehem ehem* saya pun tak bersetuju dengan kenyataan ustazah tu... DNA mmg tidak dapat diserap secara begitu sahaja hanya melalui usus. Kecuali jika terdapat unsur-unsur radiasi dan lain-lain faktor yg mengubah strukturnya.  Tapi tidaklah saya terus mencemuh & mengutuk beliau. Lagipun mmg dah terlalu banyak ilmu yg saya belajar dgn beliau dalam pelbagai rancangan di kaca tv sebelum ni.

So, takkanlah hanya dengan satu kesilapan ni kita terus nak menghukum beliau dengan kata yang bukan-bukan, kan?

Dn saya rasa, dengan isu ini, ramai antara kita (termasuklah ustazah juga) yang dah berpeluang mendapat ilmu baru. Ya! Sepatutnya kita berterima kasih kepada Ustazah Fatimah Syarha kerana memviralkan isu ini.

Kalau tak diketuk, semua diam bersembunyi di sebalik telaga. Sekali dah kena hantuk, melompat semua keluar share ilmu di dada.... Hahahaha bagus2....

Kepada ibu-ibu yang berminat untuk mendapatkan SUPPLEMENT MILK BOOSTER YANG LAZAT, JOM KLIK SINI YA ---->>> MILKIN' MAMA LACTATION COOKIES

Tuesday, August 11, 2015

BAJU MUSLIMAH UNTUK ANAK-ANAK

 NAK SHOPPING??? KLIK PADA GAMBAR PUN BOLEH.....

Haaa... sebelum ni ramai kawan-kawan yang tanya saya kat mana beli baju Muslimah yg jenis kain Cotton untuk anak-anak kan?

Meh sini saya nak share link dia...mmg BEST GILA shopping dgn Sweet Muslimah ni. Berpusing mata sebab bajunya semua sweet-sweet belaka.

Oh, bukan saja ada baju utk anak-anak, tapi untuk ibu-ibu jugak.

Okeh JOM KLIK SINI ya kawan-kawan -->> goo.gl/UciBJq

Atau KLIK GAMBAR NI nak tengok full collection dari Swet Muslimah :)

Jom jom dapatkan baju yg menutup aurat sempurna, dengan harga yang amat berpatutan :) 

TIPS SHOPPING GROCERY SEMASA DALAM PANTANG (BERSALIN)

Last weekend, we had a small makan-makan session with families n few friends. And lots of Zuzu & Yaya's schoolmates as they wanted it to be. Because besday Zuzu was on Ramadhan, so masa tu tak sesuai nak buat apa2 kan.

Kebetulan among the tetamu ada few new mothers, and newborns in the house. Hehehhe...

So memandangkan they see me as "ibu yg banyk pengalaman a.k.a banyak anak" so they were asking related questions.... :)

One of the topics was "macamana awak beli barang2 runcit semua? Ke Amet mmg pandai beli barang runcit?"

Hahahahhahahhaa... bab Amet "pandai" beli barang runcit tu mmg buat saya gelak tahap pengsan!

Encik Amet kesayangan saya ni, kalau barang rucit mcm Milo, susu dan barang2 yg jelas tertulis nama dia kat situ mmg lah dia pandai beli. Tapi...kalau kita kirim barang basah, walaupun dah whatsapp gambar sekalipun, baliknya mesti ada yg tak kena. Hahahaha...sorry ye bang...ada sesi mengutuk sikit kat sini. :P


OK, so apa jawapan saya?

Hah, masa saya mula pantang dgn Si Nana tu lah saya mula kenal dgn Tesco Online.


Visit www.tesco.com.my

Senang je shopping dgn Tesco online ni, sbb delivery time dia kita boleh pilih. kecuallah slot tu dah full, then kena pilih time lain. Tapi, delivery charge mmg diorg caj dlm RM10, kecuali kita ada dapat voucher etc.
Pembayaran boleh dibuat secara COD, atau dgn credit card masa diorang sampai, means dia bawak card reader tu sekali. So easy pitsy. So masa tu mmg saya tak ada masalah nak beli ikan ke, ayam ke, sayur mayur buah muah semua dapat mengikut keinginan hati.

Masa dalam pantang Si Nini pun sama, saya teruskan dgn online grocery ni. Cuma kadang2, selain Tesco, saya ada jugak guna servis dari Redtick.


Sama je jugak kaedah dia. Pilih apa benda yg kita nak order, delivery time then nanti tunggu je lah sampai depan pintu rumah grocery anda semua tuh.

So, mommy-mommy yg masih dalam pantang, jangan bagi alasan dah nak keluar2 rumah nak beli barng apa semua na.... Duduk diam2, buka laptop, and order saja ayam ikan online hehehe..

And actually, semua ni pun saya guna jugak masa Amet pi outstation lama2 ke, di mana saya tak berupaya nak mengheret keempat-empat orang puteri yang melompat2 ke supermarket. 

Sekian, semoga mendapat manfaat ya :)

Friday, August 7, 2015

RESEPI KUAH KACANG IBU MERTUAKU YANG PALING SEDAP!

The truth is, saya tak pernah langsung kot buat kuah kacang. Ke pernah sekali? Ntah tak ingat. Means kuah kacang is something rare in my kitchen hahhahaa.

Walhal, di rumah mak mertua saya, kuah kacang ialah hidangan wajib semasa HAri Raya termasuklah Raya Korban. Even sumtime, MIL akan buat jugak walaupun bukan time raya.

Maka terlihatlah di situ bahawa saya "rajin" sgt menolong MIL masak kt kampung kan. Hehehehe....

Tiba masanya last week, encik Amet request saya buat kuah kacang & nasi himpit. Alamak!!!!
Pecah peluh jantan saya! Hahahaha

Apalagi, dgn tempek muka lawa tak malu, wasapp lah ke MIL, mintak resepinya yg sangat tersedap lazat tak terhingga tu.

Yang bestnya, dgn beraninya kuah kacang ni saya hidangkan pada sedara mara Amet yg kebanyakannya mmg superterer punya buat kuah kacang! Hahahaha...dan setiap kali depa rasa, saya akan tanya "ok dak?" and any suggestion for improvement hehehe... Budak baru belajar kena la merendah diri...tak rugi pun kan...

But Alhamdulillah, most of them like it! Phewwww...(lap peluh jantan).
And my SIL pun cakap its similar to mak punya kuah kacang. Eeeewahhhh...kembang hati cik adik nih tau..

Oklah, kalau nak try rasa sedap kuah kacang ni, boleh lah cuba resepi ni ya. Tapi MIL saya mmg tak bagi sukatan. Dia sebut senarai bahan je. Yang lain pandai2 hang lah agak2, sapa suruh malas tolong mak kat dapuq kan... Hahahha. Ok lets check it out!

RESEPI KUAH KACANG MARVELLOUS IBU MERTUAKU
==============================================

Kacang tanah (goreng dgn sedikit minyak & kisar kering)
Bawang merah ~ dimayang (kena banyak baru sedap)
Lengkuas ~ diketuk
Serai ~ dititik
Cili kering ~ dikisar
Minyak masak ~ utk menumis
Gula pasir 
Gula melaka
Garam
Perisa (saya guna Knorr Pasti Sedap)
Udang kering
Daging / Ayam ~ optional

Cara-caranya :
1. Tumis bawang merah, lengkuas, serai sampai naik bau.
2. MAsukkan cili kisar. Masukkan udang kering. Jika suka boleh masukkan daging / ayam.  Tumis sampai masak & naik minyak.
3. Masukkan kacang tanah yg telah dikisar. Masukkan air sedikit demi sedikit. Agak-agak kuah tidak terlalu likat atau terlalu cair.
4. Biarkan hingga mendidih dan mendapat kepekatan yg diingini. Masukkan perisa, gula & garam. 

***Pesan Mak : Gula pasir & gula melaka elok kalau letak lebih sikit daripada kita gunakan semasa buat sambal tumis biasa, sebab kuah kacang ni sedap jika agak kemanis-manisan.



Okay, itulah resepi kuah kacang yg tersedap di abad ini :) Simple je kan. Selamat Mencuba...