Monday, April 25, 2016

KLOKEN SPINNING MOP

Nak cerita tentang saya yang first time shopping kat Go Shop hahahaha... Pastu terus taubat taknak dah! Kenapa? Jom baca alkisah ni...

Kisahnya, saya ckp kat Amet teringin nak ada spinningmop tu sbb kawan saya si Semah yg saya visit dia kat hospital tu cakap dia yg dok atas wheelchair pun boleh mop guna mop tu...ringan dan mudah katanya. Saya pun terpengaruh. Hahaha...just a few words from Semah and I'm sold!

Saya ingat nak beli yg biasa2 kat Lazada dlm RM50 gitu saja...tapi Amet ckp beli la kat Go Shop yg 1 set tu...sbb byk aksesori katanya...oklah saya setuju saja since he's the payee hehehehe...

So Amet buat phone call to GoShop utk order. OKlah done.

The next day, GoShop pun hantar SMS ckp the order has been processed bla2 on delivery and bagi tracking no GDEX sekali..

After 3 days, hari Rabu brg tak samapi lg..saya cek GDEX kata brg dah on delivery process. Saya call pun ckp on delivery. Smpai ptg...malam...tak sampai jugak. So saya cek lg GDEX ckp "delivery fail, no one at home." Aik??? Saya pun pelik sbb all day saya mmg kat rumah je pun.

So saya call lagi GDEX mtk diorang hantar semula esok. Hari Khamis, lagi sekali perkara yg sama berlaku. Saya menunggu sampai malam tak nampak2 lori GDEX.

Hari Jumaat saya call GoShop dan confirmkan order dan dellivery adress sekali lagi. Ya Allah...rupa2nya adress tu salah!!!!!  Budak customer service tu asyik ckp sorry dgn pelat dia. Mmg susah kalau bagi geng yg tak berapa fasih Bahasa Malaysia berkomunikasi.

Adoi laa...punyalah saya hangin. Call GDEX diorang dh tutup. Saya tak bagi GoShop uruskan dgn GDEX sbb nampak gayanya dia pun terketaq2 bercakap. Mmg ke laut la jawapnya...

So hari Jumaat saya call GDEX. Diorang cakap hari ni mmg tak hntar sbb GoShop bg instruction suruh hold dulu. Whattttt????? Adoi!!! Sekali lagi saya hangin! Saya cakap, saya nak brg tu hantar ke alamat saya yg betul dan tujuan saya call ni nk bg alamat yg betul2. Adoi lah!

So takpe GDEX ckp hari Sabtu dia hantar. Esoknya Amet ajak saya pergi repair iPad di Bandar Utama. Punyalah saya taknak ikut sbb nak tunggu mop saya tu! Sampai tgh hari Amet call. Dia ckp GDEX call dia ckp tak dapat hantar sbb dioarang half day je hari Sabtu. Klu nak boleh collect sendiri kt kaunter which is nun jauh kat Subang Bestari nun.

GGGRRRRRR!!!! Saya dah bertukar menjadi RASAKSA GORGON BERDARAH HIJAU!!!!

Tau pulak dia taknak call saya! Geramnyaaa!!!! Tapi tak lama lepas tu ada lagi call dr GDEX. Terus saya potong cakap dia dan bgtau "saya dah taknak barang tu! Saya nak cancel!"

Hah nasib baik pilih term COD. So selamat la duit.

Dalam geram2 tu sy bukak website GoShop dan buat order online. Hahahahhaaha.....

Sebabnya...bila saya survey2 kt Lazada dan shopping web lain, kebanyakannya tak dpt bg offer mcm GoShop punya set ni hehhehe... ada yg murah tp nmpak tak berkualiti. Review org pun mcm tak best. Tu yg saya takde pilihan lain...hehehee logik kan alasan saya?

Alhamdulillah, dgn online order dalam masa 2 hari sahaja saya dah dapat Kloken Spinning Mop saya yeyayyyyyy!!!!

Syiok gila dpt kotak ni hahahhaa

Kebetulan sampai masa Yaya & Zuzu balik sekolah...eksaited la memasing..

Yeaaaahhhhhhh... inilah dia idaman hatiku!

Semua pulun mcm tak pernah guna mop! Hahahaha

Haaaaa puas hati kan dgn set dia...semua ni hanya RM149 berbaloi-baloi! Ada penyapu sekali!

Suka la sangat ibu sbb dgn adanya mop yg best ni...semua tetiba jadi raaajin sangat nk tlong mop. dengan Nini & Nana sekali hari2 mesti nk pegang mop. Hahahhaha ibu suka ibu suka!

Last but not least tq so much to Ametku sayang for this new maid! :)

Tuesday, April 12, 2016

NANA DAH MULA SEKOLAH!


Tahun 2016 ni, anak manja ibu si Aryana Zakiyah a.k.a Nana dah mula bersekolah. Hehehe dah nak masuk setengah tahun baru nak cerita kan. Baguih la ibu ni....

So daam hujung tahun lepas tu, ibu & ayah dah mula sapkan serba sikit keperluan Nana nak ke sekolah. Beli beg sekolah dan alat2 tulis.... baju tak beli lagi sebabnya... kami belum pun daftar kemana-mana tadika pun lagi masa tu hehehe...

At first, kami nak daftar kan dia di tadika Islam yg sekai dgn sekolah agama Zuzu & Yaya. Jadi senang, masa ambik kakak2 balik sekolah boleh sekali ambik Nana. Time balik pun lebih kurang sama.
Jadi kami pun dh siap2 ambik borang befire cuti sekolah lagi. Tapi nasib tak menyebelahi kami, masa nak submit borang tu cikgu cakap temapt dah penuh. Then dia pesan kalau nak cuba daftar jugak bleh lah datang masa first day sekolah bukak nanti.

Kami pun datang & tunggu masa tu...tapi mmg betul2 full dan tak ada org yg tarik diri. Alahai...rajin pulak budak2 ni nak sekolah hahaha. Oklah takpe. Rilek2 dulu kami jalan2 ronda2 cari sekolah. Mmg niat di hati kali ni biarlah daftar tadika Islam. Takmau dah sekolah sekular mcm kakak2 dulu. Sampaikan si Yaya dulu siap pandai baca doa makan Hindu lagi! Aiyakkkk!!! Bahaya jgk kalau tak pandai control...

So kami jumpa satu Pasti ni dalam kampung dekat2 area rumah ni jugak. Kebetulan mmg ada kosong utk kelas 4 tahun. Cikgu cakap klu 5 tahun mmg dia tak dapat tolong dah. Wahhhhh semua tadika Islam mmg full la skrg ni... Saya pulak mmg suka Pasti. Sbb silibusnya dah mantap! Lengkap dgn tatacara hidup seorang Muslim, doa2, solat dan matapelajaran lain pun mmg lengkap.

So oklah, daftar terus Nana kat situ. Yuran pendaftaran hanya RM245 untuk setahun termasuk baju dan lain2 keperluan. Yuran bulanan iaah RM80. Alhamdulillah..... banyak sangat bezanya dari segi kos & subjek di sini. Syukur sangat2...

Hari-hari balik sekolah Nana dapat baca doa2 baru... ayat2 hafazan surah lazim... seronok sangat rasanya...berbeza etul dgn zaman tadika kakak2 dulu...

Other activities more to playschool activities..belajar sambil main2.. aktifkan motor skill dulu mcm guna gunting, gam dan sebagainya.

Hari Jumaat pulak ialah hari sukan setiap minggu. Kalau tak buat aktiviti sukan pun, pelajar akan buat gotong royong cuci2 sikit kawasan sekolah.

Hehehe ni cikgu whatsapp gambar Nana dalam kelas. Tekun ja belajar tu. Oppss Nana saiz paling besaq dalam kelas 4 tahun hahaha.

Semoga Nana menjadi anak solehah, menyayangi & disayangai Allah & Rasul ya...
*cuma buas & notty dia masih tak berkurangan.. adoi...

Saturday, April 9, 2016

REMINDER YANG COOL DARI ABUDI ALSAGOFF

"Abudi ko kerja apa? Hari-hari melompat ke? Macam mana ko dapat travel banyak tempat? Ko disponsor ke macam mana? Ko nak melompat sampai bila?"
Ya. Saya hari2 parkour/freerun. Sebab itu yang saya suka dan minat. Tapi itu bukan tujuan post ni. 


Abudi Alsagoff in action.
Post ni nak remind sesama sendiri yang kita kena yakin semuanya dah ditulis dalam hidup kita, qadha dan qadar. Baiknya atau buruknya kita kena yakin. Rezeki dah ditulis oleh Allah, dan kita dicipta utk sembah Allah dan beribadat kepadaNya. Jadi fokus kepada amalan tarik rezeki maybe?
Setiap hari saya target utk lakukan amalan2 berikut, kalau dapat macam ni memang rasa gembira. Tapi sangat susah nak dapat amalan "complete" (for me at least). Saya akan tulis sekali fadhilat amalan tersebut, kalau ada tambahan atau pembetulan, silakan tambah di ruangan komen. 
Bangun tahajjud, sekurang2nya 2 rakaat, atau sekali seminggu paling lopek. Doa kita semasa waktu tahajjud seperti anak panah yang tepat pada sasarannya, waktu paling dekat dengan Allah. 
Solat sunnat dua rakaat sebelum solat Subuh. Lebih bernilai dari dunia dan seisinya. 
Solat subuh berjemaah. Seperti beribadat sepanjang malam jika solat isya pun berjemaah. 
Semua solat berjemaah kalau boleh. 
Zikir pagi/petang 100 istighfar 100 selawat 100 tasbihat. 
Baca yasin. Segala urusan hari itu dipermudahkan Allah. Masalah diselesaikan. 
Solat duha sekurang2nya 4 rakaat, rezeki diberkati dan dilancarkan. 
Solat sunat sebelum zohor 4 rakaat. Lepas zohor 2 rakaat. Lepas maghrib dan lepas isya 2 rakaat. Dalam sehari kalau dapat solat sunat 12 rakaat, Allah bina mahligai dalam syurga kita. 
Baca alwaqiah sebelah petang. Tidak akan kebulur.
Dan assajdah dan mulk sebelah malam. Peneman kita dalam qubur.
Lepas isya, solat taubat dan solat sunat witir sekali. 
Jangan lupa doa hidayat untuk seluruh alam, doa untuk ibu bapa kita sekali untuk dapat doa diterima skali
Banyak lagi amalan2 yang perlu kita cuba amalkan dalam hidup harian. 
In shaa Allah rezeki dipermudahkan Allah, dan dapat lakukan apa yang kita minat. Kan Allah dah tulis semuanya? Yang penting CUBA untuk lebihkan amalan kita. 
Semoga kita semua dipermudahkan untuk beramal dan tingkat amalan.

Credit to : FB page Abudi Alsagoff

Tuesday, April 5, 2016

SABAR SECUKUP RASA

Sejak saya mula menjadi surirumah lebih kurang 2 tahun lalu, mcm2 perasaan yg saya lalui. Ya, its not easy. Antara rasa kasih dan sayang utk sentiasa bersama anak2, dan juga keinginan utk bergaji besar, berbelanja mengikut keinginan (nafsu) sendiri, mmg seringkali menyerang otak saya.

Pelbagai bisnes saya cuba lakukan. Alhamdulillah. Semuanya mmg berhasil. Tetapi tuntutan masa untuk berbisnes tidak kurang sibuknya. Hampir sama dgn bekerja sepenuh masa. Malah kadangkala lebih meletihkan sbb terpaksa buat pelbagai perkara di samping kerja rumah yg tak pernah habis. Ya lah, mana boleh asyik tumpu pada bisnes sampai anak2 tak makan, baju tak berlipat. Nanti pelik pulak sang suami, kata duduk rumah? Awat bersepah mcm tak ada orang kt rumah pulak ni?

Nak sabar melalui peperangan minda ni mmg sukar. Adakalanya saya jadi tak kuat dan merengek jugak mintak nak kerja semula. Tapi bila disogok kata2 manis Amet, saya sejuk balik hehheehe.

Sehinggalah sekarang, saya memilih untuk mencari rezeki dalam bidang hartanah pula. Ok, bidang ni kalau asyik tengok bahagian income mmg .agak lumayan insya Allah.


Tetapi, nak close sesuatu deal bukanlah as easy as it seems to be. Bermula dari kerenah owner, sampailah pembeli, sampailah ke urusan bank & lawyer... phewwwww.... saya rasa apa yg kami dapat hanyalah cukup2 menggantikan segala pengorbanan yg kami lalui saja.

Saya nak kongsi kisah seorang owner yg nak sewakan rumah. Owner ni awal2 lagi dah buat darah kami menyirap tapi masa tu kami masih lagi bersabar. Masa mula2 jumpa dia tu, pintu rumah tak dapat dibuka. Sebab katanya agen lama tak pulangkan kunci. Saya tak pasti kenapa owner tak simpan satu set kunci spare sedangkan dia adalah tuan rumah!
<----- 1="" anda.="" kunci="" p="" pada="" peringatan="" set="" simpan=""> Dipendekkan cerita, setelah menunggu selama 2 jam setengah, sampai kena panggil locksmith utk setelkan hal pintu tu, kami pun dapat masuk dan gantung banner utk disewa.

Pada hari itu jugak, baru owner tersebut bgtau yg rumah tu atas nama dia & bekas suami dan mereka baru sahaja bercerai dalam sebulan lebih. Aduh....bakal mengundang masalah nih (fikir saya dlm hati tp masih cuba cool lagi). Tapi dia cakap tak apa sbb dia dan ex-suami dh bersetuju utk dia uruskan urusan sewa rumah tu.

Baru 2 minggu pasang banner, dia dh mula panas b*nt*t asyik wasapp saya. Mmg ada org yg tgok rumah tu beberapa kali, tetapi kurang berkenan dan ada juga yg tak mampu dgn fee nya. So, sebagai seorang agen/negotiator, tugas saya adalah menasihatinya utk membuat kondisi rumah tu nampak lebih elok dan menarik minat penyewa. Saya pun advise lah dia utk membersihkan rumah tu dan re-arrange balik perabot2 yg nampak krg manis dipandang mata. malangnya, nasihat saya disambut acuh tak acuh malah nadanya boleh saya assume sebagai : dia tak akan cuci rumah tu!

And the best part is, owner mula menyatakan yg ex-husbandnya sudah mula "menyerang" utk mengambil alih pengurusan sewa rumah tersebut. Hmmmm...betullah jangkaan saya...lama kelamaan bulan pasti jatuh ke riba...Hahahaha sakit oiiiii!!!!

Sekianlah. Saya masih lagi berfikir sama ada utk lepaskan sahaja rumah ini memandangkan isu ini berkaitan hal rumahtangga dan saya tak mahu bengkak kepala kena baling dgn lesung batu!