Monday, January 20, 2020

SAYA OPERATE HIDUNG (FESS - FUNCTIONAL ENDOSCOPIC SINUSITIS SURGERY)

Berbalik kepada kisah PRU BSN yang tak approve GL saya dengan alasan tak munasabah tu, saya pun balik ke rumah dulu semalam, sebab doktor pun dah balik. Kak kerani tu cakap, saya boleh datang pagi esok untuk proses GL lain. Saya cadang nak pakai Amet's company insurans je since ada coverage for family jugak.

15 JAN 2020

Lepas hantar anak-anak ke sekolah, saya ajak Amet hantar ke Stesen MRT Sg. Buloh utk saya pergi ke KPJ Damansara sendiri. Saya malas nak drive sebab kalau kena admit nanti banyak hari pulak kereta kena parking kat sana. Dan Amet pulak tak sempat nak hantar saya ke hospital sebab Nana & Nini akan balik dari sekolah agama tak lama lagi.

Singgah dating buat kali terakhir sebelum check-in hehehe...


10.45 pagi saya dah terpacak depan meja kerani klinik Dr. Awal tu. Before datang ke klinik tu saya dah siap-siap emailkan pada dia the medical card, senang kerja utk dia proseskan. Kita mudahkan urusan orang, Insya Allah...urusan kita pun jadi mudah. Tak gitchuuu...

Alhamdulillah, sejam lepas tu kak kerani tu call saya dan bagitau GL dah approved dan saya dah boleh admit. Mudah sangat dengan AIA ni. Even kak kerani tu pun ada sempat membawang sikit dengan saya... Dia cakap banyak dah jugak kes PRU BSN ni yg sangkut. Dan dia jugak puji, kalau AIA memang mudah dan cepat. Hmmm dia dah memang kerja buat itu je hari-hari, mestilah dah tau kan...

OKlah dipendekkan cerita, saya diberi slip admission + slip for CT scan. Sementara tunggu bilik ready, saya buat CT scan dulu.


Lepas setel tu, saya pun berjalan ke wad. Duduk sekejap je kat katil tu nurse datang buat check up semua dan bagitau "Puan pukul berapa last makan? Puan kena terus puasa ye mulai sekarang."

Hah, helok sangat sebab saya last makan masa dating pagi tadi tu je lah. Adehhh... Baru ingat lepas dah setel check-in ni nak gi bersantap.

Tak lama kemudian Dr. Awal naik ke wad dan panggil saya ke kaunter. Dia suruh saya duduk menghadap komputer kat situ. Nak tunjukkan imej CT scan tadi rupanya...


Ok, keputusannya sinusitis dah memang penuh dalam pipi saya terutama yang sebelah kiri. Yang kanan pun ada tapi tak terlalu banyak. Yang kiri tu ada seketul yang macam pekat sangat. Doc tanya sama ada saya dah lama ada masalah ni, saya pun taktaulah kalau ada pun dia kat dalam tu maybe dia duduk sembunyi diam-diam ja hahaha.

Tapi simptom resdung tu pada saya tak adalah obvious sangat. Nak kata bersin setiap hari ke apa tu jarang sangatlah, kecuali waktu demam/selsema saja. Hmmm... Tak apalah saya redha.... rupanya dalam diam saya ada bela sesuatu kat dalam pipi! Hahahaha

Doc ada jugak tunjukkan imej tiub  eustachian telinga saya yang jugak tersumbat/dipenuhi fluid sinusitis ni. Tapi dah terlupa nak snap pulak adehhh..

Then doc terangkan prosedur yang akan dilakukan pada saya. Ada 2 jenis iaitu :

1. Bilateral FESS - Functional Endoscopic Sinusitis Surgery.
    Menyedut semua bendalir-bendalir sinusitis yang memenuhi rongga muka saya.

2. Bilateral Grommet Insertion
   Memasukkan sejenis tiub (Grommet) pada kedua-dua belah gegendang telinga saya. Tujuannya
   supaya bendalir yang terkurung kat dalam telinga tu boleh keluar melalui lubang tiub tersebut.

Yang tak berapa bestnya doc cakap, lepas pasang tiub ni, saya tak boleh berenang huwaaaa!! Sampailah tiub tu akan jatuh sendiri dalam masa 3-4 bulan huhuuhu....

Memandangkan saya dah tak makan sejak pagi, which is dah about 8 jam so doc cakap boleh terus proceed operation petang tu jugak.

Whatttttt? Saya tak expect pun terus buat hari ni 😅ingatkan boleh la jalan2 melawat orang lain dulu dalam wad tu 😁


So saya pun mula bersiap-siap. Pakai baju OT yang disediakan. Bukak semua aksesories. Simpan barang berharga di kaunter. Doc datang bawak consent letter dan saya terus sign. Dalam hati niat mintak Allah sembuhkan dengan segera saja.

Kemudian datang Pakar Bius, Dr. Jude Mohan buat background check dengan saya.

Dr. Jude "Puan ada apa-apa allergy ubat tak?"

Me "Just to maxolon."

Dr. Jude "Oh? You shuldn't say JUST puan. Because we will always give maxolon to about 80% patients after operation you know... Luckily you tell me. So I ll put a VERY BIGGGG note here hahaha."

Then aku tengok dia tulis besaq punya penuh satu kertas A4 form tu MAXOLON ALL. Hahahahaha. Tq doc!

Pastu dia chitchat lah macam2 benda, he's quite funny so hilang sikitlah ketaq dalam hati tu. And dia marah2 manja the nurses jugak sebab dah 3 tempat cocok tangan saya tapi still tak dapat ambik darah dan buat IV line yang elok. Saya ok je orang cucuk2 ni sebab dah biasa vein saya mmg jenih haluih.

Tak lama kemudian, nurse datang dan saya diminta berbaring dengan tenang atas katil. Lalu saya pun ditolak ke bilik pembedahan.

DI BILIK PEMBEDAHAN

Saya lihat jam pukul 5 lebih. Petang. sejuk gila bilik nih.

Sorang nurse OT datang dan tanya untuk memastikan keadaan kesedaran saya.

"Puan ok? Nama puan siapa? Umur puan berapa? Puan tinggal di mana? Puan nak buat operation apa? Siapa doktor yang incharge operation puan?"

Alhamdulillah saya dpt A sebab jawab semua betul hehehe.

Saya perhatiii ja staf-staf di situ buat preparation. Katil operation dah ready, saya bangun dan duduk sendiri ja kat atas tu. Baring dengan tenang. Nurse tu mula pasangkan ECG patch di dada saya.

Dr. Jude datang. "Hi its me again!" Dia sengih. Saya hai kan balik pada dia.

"So, are you ready?" Saya cuma senyum and say yes.

"Here you go....Enjoy my drugsss..."

Mata saya mula pejam. Saya dengar nurse tu cakap "Apalah doc ni, pesan suruh dia mengucaplah bukan enjoy." The very last words. Saya off.

"Puan Yuzaini! Puan Yuzaini! Buka mata puan! Bangun bangun! Puan dah siap operation dah!"

Nurse di OT tu cuba bangunkan saya. Mata saya terbukak sikit2. Rasa silau. Ngilu di tekak. Sakit, pedih dan kering yang teramat sangat di tekak. Hidung tak boleh bernafas. Oh, ada gauze pad dilekatkan pada hidung saya.

"Saya nak munnnntahhh....." Dalam lemah saya cakap. Tak daya betul nak gerakkan mulut apatah lagi badan.

Terus nurse tu letak mangkuk muntah di sebelah. Saya muntah dengan banyak. Dalam mata sedikit celik, saya nampak muntah itu ialah darah hitam pekat. Itupun sambil2 disedut dengan suction tube di dalam mulut.

Sorang nurse datang dan inject ubat tahan muntah pada IV line saya. Beberapa minit saya rasa lega sikit. Tapi tetap muntah 2 3 kali kat situ.

Badan saya sejuk sangat-sangat. Ketaq menggigil sampai bergoyang katil tu. Saya dengar doktor jerit "Ambik warmer tube letak pada patient tu! She's shaking!"

Satu tube dengan wap panas dimasukkan ke dalam selimut saya. Dan saya dibalut dengan warmer blanket juga. Baru rasa lega sikit badan. Sakit + sejuk aduhhhhh....

"Ok kita balik ke wad ye puan.." Saya ditolak di atas katil kembali ke wad. Dalam sedar dan mamai tu saya asyik sebut "Nak warmer...Nak warmer..Nak air...air..." Memang perit betul rasa kat tekak saya masa tu.

Dalam separa sedar, saya dengar suara Amet dan anak-anak. Dalam keberatan, saya gagahkan sebut nama..... "Nini...Nana..."

Kepala rasa berat sangat. Lalok. Tapi sakit perit di tekak tak terkata. Dan saya terus muntah lagi dan lagi beberapa kali di wad. Anak-anak mula menangis tengok keadaan ibu. Saya tak terdaya nak buat apa-apa. Hanya terus rasa nak muntah.



Beberapa kali bekas muntah bertukar diisi denngan muntah darah yang pekat. Tak lama kemudian nurse bagi sekali lagi ubat tahan muntah pada IV saya. Saya rasa much better.






Perlahan, saya gagahkan cakap pada anak-anak semua "Jangan nangis. Ibu ok. Ibu sihat dah. Cuma pening sebab doktor letak ubat."

Saya mintak depa balik dulu. Esok boleh datang semula. Esok ibu baru boleh bercakap. Dalam kesedihan kami berpisah. Saya pun tak sanggup nak bagi depa tengok keadaan saya yang teruk ni lama-lama. Takut depa trauma.

Selepas depa balik, saya cuba untuk lelapkan mata. Masalahnya, mata kiri saya ni pulak tiba-tiba pedih macam kena toreh! Aduhaiiii apahal la pulak ni?

Saya tekan button panggil nurse. Bagitau mata saya pedih. Nak pejam sakit, nak celik pun sakit. Sampai terkeluar air mata. Pedih sangat2. Nurse cakap dia akan mintak doktor request eye drop dari farmasi. Sementara ubat nak sampai, burse just tolong lapkan mata saya dengan kapas basah je. Nothing we can do terpaksa tunggu ubat release dari farmasi.

Ubat sampai dah agak lewat. Lama jugak saya menahan sakit. Itupun sepanjang malam memang saya asyik ulang2 titis ubat tu taktaulah berpa kali. Memang takleh tido sepanjang malam kerana mata ni. Dahlah kita ni masih pening2 lalat bekas bius. Seksa betul rasanya malam tu.

Apa kesan yang saya lalui lepas operation ni? Sambung next entry SINI ya.