Monday, October 8, 2012

ENERGIZING DENGAN ESP


Since I start keje ni dh 2 kali ambik MC. Walaupun masa mula nak masuk keja dulu tu dah pasang niat suci murni taknak suka suki ambik MC at least utk sepanjang probation ni. Tapi apakan daya, bila badan dh tak sihat, lembik longlai mmg terpaksa cuti. Ini betul2 sakit ye, bukan sengaja beli MC utk pi shopping ke hapa. Sekarang I dah dewasa, dah tak buat perkara2 terkutuk mcm tu lagi. Hahaha…

And usually badan I ni selalu sangat rasa letih. Sangat2 letih. Susah nak terangkan. Badan rasa mcm nipis melayang (walaupun kalau tengok fizikal adalah sebaliknya!). Rasa mcm energy tu zero. Kalau ada saki baki yg sedikit tu mmg hanya tinggal utk breasfeed Aryana dan melayan Zuzu Yaya ala kadar saja.

No more extra energy left for myself. +__+

Why seorang ibu perlukan extra tenaga?
Bagi kawan2 yg breastfeed tentu faham sangat apa yg I rasa sekarang ni. I believe, most of us, the BF moms mesti mulutnya akan selalu cakap letih, penat, tak larat etc. Tambah2 lagi yg dh ada anak 2,3, 4 dan sebagainya. Tambah2 lagi yg anak2 masih kecik, masih perlu kita ambikkan air, ambikkan makanan, buatkan susu.. Yang ada anak kindy nak kena ajar dia menulis, mengira…And ibunya pulak yg keje kena drive 60km everyday, phewwww… I tell you… penat nak m*mp*s!!!!

So kalau setakat tenaga level biasa, sekadar makan nasik, mmg tak cukup.

When I am tired, I’ll become stress. Bila dah stress, I’ll not doing any house chores. Then kain baju bertimbun tak basuh and that means my routine has gone to shit! And  I’ll become even more n more stress…. Then bila dah terover stress I akan hangin n marah everybody in the house…

And the next morning I will wake up half-dead. And this bad routine/ tiredness repeats almost everyday.

I know, when I’m not happy, everybody else in the house will not feel happy too. Memang tak bagus untuk semua rakyat. Ibu perlu jadi hebat!

So I took a step, asking my beloved friends about supplements that might help me; and Arina suggest Shaklee. So do Kak Ngah. Seeing that Shaklee works well on them, so I just wanna give a try. Mana tahu, lepas ni boleh jadi supermak?

So currently I am officially on this Energizing Soy Protein. Baru 5 hari makan. But so far, I can say it’s showing positive result.

ESP my style : mixed with Kurma Ajwa blended.

Kuat tak kuat, our weekend project kemarin ialah : Mengecat pagar rumah which the project manager is me! Hahahaha…

I’ll update more on the results in few weeks… Till then, I wish we are all blessed with good health & happiness :)

Saturday, October 6, 2012

CERITA CUTI HARI MEREDEKA, BOLEH???

Happy Merdeka Day everyone!!! Hahaha another stale story from me…Apa kata kalau wish merdeka yg tahun depan punya terus :D

 Sorrylah but life is getting busy and busier, leave me no time for blogging. 

Eventho sometimes bleh sampai rumah awal, tapi badan sudah terlalu penat. Forget about typing a long story lah, even nak bukak laptop pun rasa malas yg amat. 

Sometime ada jugak rasa tak puas hati tengok gambar2 kt henpon skrin kecik, rasa tergedik2 sangat nk switch on laptop, tapi aduhai….. berat sungguh nak gerakkan badan. Alangkah indahnya kalau sebaik sampai rumah, disambut bidadari yg mengurut seluruh badan. Waaahhhhhh… terberangan jauh pulak. 

Dah jomlah layan sedikit cerita sensasi kami pi JJCM kat Melaka sempena cuti Hari Kemerdekaan 2 bulan lepas. Oh my!!! Basi gila!!! Hahaha layannnn.....


Okeh, mula2 sekali sampai, niat utama mmg nak pi makan kat Restoran Apple Burger ni. Nama ja kedai buger tpi sebenarnya menu yg paling meletops kat sini ialah Asam Pedas Melaka dia. Tapi hari tu tutup maybe sbb cuti umum kot. Huuu~~ meleleh air liur...kempunan... 

So teruskanla perjalanan pi mkn kedai yg ada asam pedas (nak jugak!) tapi rasa ntahapahapa...

JALAN-JALAN BANDARAYA MELAKA


Masuk bandar Melaka, cek-in hotel, mandi solat dan keluar semua jalan2. Oh duduk hotel murahan jek Naza Talya tapi kemudahan n servis quite ok...

 Aktiviti pertama sekali ialah naik beca sbb daripada dalam kereta tadi budak2 ni dah menjerit2 "basikal ada bunga!"
Untuk naik beca ni ada mcm2 package, bermula dari RM20 - RM45. So boleh pilih yg mana suka.

 Abang Beca... abang beca di tepi jalan...


  Lepas turun beca jalan-jalan itik ke Christ Church yg bersebelahan tu jek.

U olls tengoklah macamana la ibu ni tak slim...(Oh puhleeessss!!!! Hahahaha) Semua nak mengekoq ibu. Tak ada maknanya ibu nak bersenang lenang baca sejarah bangunan ka apa...

  
 Singgah jap kat Muzium Saudera tapi tak masuk pun. Budak2 ni mana la tau nak menikmati sejarah ni semua. Yang depa dok sibuk "Jom la kita naik bot..!!!" Adoi....

PERKAMPUNGAN TERAPUNG IKAN BAKAR UMAI

Suasan memang best. Luas dan tenang....

 Tempat duduk kat restoran pun best...

 Tapi the food... I tell you.... Tak payah pergi lah!!! Seriusly I cakap, kalau sapa yg pi mkn kat ikan bakaq Kola Perlis, sure cakap yg makanan kat sini mmg 88x ganda tak sedap dari Kola Perlis!

JONKER WALK
Lepas dinner, singgah Jonker Walk tap xdan nk bergambar pun. Kedai semua dah tengah simpan barang nak tutup!


MELAKA RIVER CRUISE

Pusing2 cari makan taktau nak makan kt mana, last2 singgah makan kat Hailan Kopitiam yg sama berambak kt KL nih..

 
 Teruskan dgn cruise di tengah hari buta,,,


MEE SUP TENGKERA




ZOO MELAKA


Friday, October 5, 2012

KISAH DIA. TAPI AKU KISAH ???


Sepanjang perjalanan hidup kita ni mmg kita tak akan berhenti dari belajar benda2 baru. Kadang2 ada benda/ perkara yg berlaku membuatkan kita rasa sgt geram, nak marah, benci dan sebagainya. Tapi bila difikirkan semula (Kalau saya, setelah habis marah biasanya baru nak fikir semula!) semua tu ada lah pengalaman. Pelajaran baru dalam buku hidup kita. Dan sebenarnya ia istimewa!
Okeh, to cut it short, ada lah sorang budak dalam opis saya nih hampir setiap hari dok tanya kat mana saya nak lunch/tapau. Actually dia pun baru join the company, tapi lambat sikit dari saya.
So bila dah dok tanya2, saya pun selalu la jugak offer dia if she wants to join me. Lagipun saya selalunya hanya akan pergi tapau kat gerai depan ofis tu ja, jarang sekali nak keluar makan tempat jauh2 dan hebat2.
Tapi bila saya ajak dia, antara jawapan yg diberikan ialah :

"Saya takut nak keluar sebab orang cerita kat luar ni selalu ada kes ragut."

"Saya takut nak keluar, kat depan tu ada banyak anjing."

Dan macam2 jawapan takut lagi yg dia selalu bagi.

Actually I x kisah pun. Sebab bukan I yg ajak dia. Tapi dia yg nampak mcm nak ikut tapi taknak ikut. So bila lama2 asyik Tanya dan bagi alas an yg sama I pun dh mula rasa bengang. Dalam hati "Apa benda la sangat yg hang takut ni. Semua benda nak takut. Mcamana hang nak hidup dik oiiii kalau semua benda nak takut????"

And for me, I mmg dah chop dia ni ialah style yg pompuan leceh &  mengada-ngada. Seriusly aku tak boleh blah pompuan slow mcm ni!

Sampailah yesterday, dia cakap " Kak, sebenarnya saya teringin saya nak ikut akak gi tapau. Tapi suami saya tak bagi saya keluar langsung. Pagi2 masa dia hntar saya dtg keja, dia akan suruh saya tapau siap2. terpaksa lah saya makan nasik sejuk yg tapau dari pagi...."

Oh my God!!! Rasa bersalah gila dok buat bad assumptions about her…

So what I get from her story?
1.    Belajar – bersyukur dgn my life yg tak terlalu terkongkong. Thank you Amet, tak pernah halang I keluar makan. And you’ll never do right?
2.    Belajar – kenali dulu seseorang before buat sebarang andaian buruk mengenainya.
3.    Belajar – bersyukurlah kepada Allah yg menganugerahkan keselamatan sepanjang I keluar makan/tapau. Tak pernah lagi kena kejar anjing

Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan keselamatan dan rahmat-Nya. Amin…. 

Wednesday, October 3, 2012

HAI SEMUA!!! I WILL BE UPDATING FROM NOW ON!!!

Hai everybody. Salam sayang pembaca-pembaca budiman (Hahahha ada lagi ke reader? Semua dah habis lari sebab dah 2 bulan takde cerita kan?)

Well just found out that the Blogger.com dah tak kena block lagi kat opis I hahahhaha... so just wait for my updates from now on... i'll keep posting every day insya Allah (kecuali hari yang terlalu banyak keja atau out of office).

Sorry sangat2 ye kawan2. Sebab sekarang ni kalau balik rumah mmg tak sempat betul nak tengok laptop. Dengan badan letih, nak layan anak2 dan ayah depa lagi.... sebelum pukui 11 malam mmg I dah flat off!!!

Okeh, soon to share my/our  interesting activities recently.....

Tungguuuuuu!!!!!!!!

Wednesday, August 15, 2012

WORK, CURRENTLY

Asyik2 cerita pasal kalut tak habis2 kan. Macam la I sorang jek yg working mother, yg ada anak 3. Ramai lagi kot org yg lebih ramai anak, yg keja lebih jauh tapi tak bising2 pun? Oh, maybe dia takde blog, kot? Hahaha

So baiklah kali ni taknak cerita yg kalut2 lagi. Meh nak cerita sikit pasal pekerjaan I yg terkini, since ada kawan2 yg dok bertanya dan tertanya2. Yang tak tanya pun boleh baca sbb I tau uolls mesti bertanya dlm hati tapi malu2 kucing nk tanya kt I kan? Hahaha

Well, as usual I akan bekerja dgn benda2 yg ada kaitan akta2 dan perundangan. Sejak zaman awal2 grad lagi memang dh buat keja nih. Tapi bukan bermakna I nih seorang lawyer. I graduate Biology, mana mungkin tetiba jadik lawyer, (loyar buruk boleh). Jadi, siapakah saya? (soalan teka teki selalu bunyi mcm ni kan?)

Saya sekarang bekerja dgn sebuah syarikat pembuat ubat-ubatan, dan saya bertaggungjawab untuk memastikan ubat-ubatan ini didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan, serta tidak mengandungi bahan2 terlarang untuk keselamatan korang semua. Kalau saya tak buat keja betul2, ia akan menyebabkan kilang saya disita, dan korang semua berada dalam bahaya! Baik kan saya, menjaga keselamatan anda semua? Hahaha

Biasanya, sejak 10 tahun bekerja, untuk jawatan yg lebih kurang sama ini, I akan diletakkan di bawah production/QA department. Biasanya jugak I lah orgnya yg akan masuk makmal, buat analisis2 tertentu, buat report makmal, buat dokumen, buat checking dgn guidelines and regulations, dan seterusnya berhubung dgn kementerian2 dan badan2 yg berkaitan. Bila dah namanya kena masuk makmal/production, takde maknanya kau boleh bersiap melawa pakai skirt kasut tinggi segala. Pakai je lah seluar lusuh beli kat Giant dgn sandal Bata. Lepas tu kau akan diselimuti oleh labcoat & safety shoes, atau paling malang – kasut boot. Tak gempak ok. 
 
Tapi kali ini I ditempatkan under Marketing department. Tahu sajalah kalau org2 marketing ni selalunya geng2 yg bergaya sakan, yang drop dead gorgeous. Maka I pun menjadi salah seorang daripada mereka – everyday gorjes! Hahaha. Jgn jeles kawan2 seangkatan yg masih perlu turun ke kilang n makmal :D
 
Dengan itu, dunia terasa semakin ceria! Every morning, walaupun terpaksa keluar lebih awal, I tetap bersemangat to go to work. Tak mengapa memandu 40 minit, asalkan boleh sarung seluar A|X dan sepatu Aldo. Boleh pakai perfume dan eyeliner melentik! Hahaha
 
Bila masuk ofis saja, ruang hadapan sekali ialah pantry yg dipenuhi dgn pelbagai jenis minuman dan snek yg mengiurkan. Nasib baik sekarang ni bulan puasa, kalau tidak pastinya sehari 18 kali I ulang-alik ke situ. Harap2 I tak gain weight lah lepas raya ni hahaha
 
Okeh, berbalik kepada keja (serius). Kali ni I lebih byk bermain dgn chemicals yg sebelum ni jarang ditemui sepanjang kerjaya. Sebab sebelum2 ni semua chemicals yg terlibat dengan urusan I  ialah yg edible, yg boleh dimakan. Tapi kali ni, semuanya yg non-edible, sebaliknya hanya untuk topical (sapuan luar badan) sahaja. Maka namanya agak pelik2. Terbelit lidah pusing kepala menghafal segala methyl, isopropyl, parabens, phosphates, amides dan segala macam lagi. Memang takes time utk I get used dgn beratus-ratus chemical yg digunakan di sini. Bukan setakat hafal nama, kena tahu Trade namenya (cth : mee segera, trade name : Maggi), kena tahu functionnya, limitnya berapa % agar tidak melanggar undang2 dan produk menjadi merbahaya. Macam2. But, currently I enjoy doing it. New things to learn. Menambah pengalaman hidup.
 
Ok, ramai jugak kawan2 nak tahu I kerja di area mana kan? Baiklah, diumumkan office I skrg ialah di Setia Alam. Ya, rumah I di Sg. Buloh. Maka jaraknya ialah around 30km sehala. Tempoh perjalanan dalam bulan puasa ni ambil masa dlm 40-45 minit. Adakalanya masa balik keja boleh jadi sampai 1 jam lebih. Tapi ada satu hari minggu lepas, I was stuck dlm jam yg entah apa2, sampai 2 jam! Harap2 lepas raya ni traffic akan lebih lancar, amin.. Tapi selalunya, I akan keluar tepat 5.30 pm dan berjaya sampai rumah babysitter around 6.15 pm. Itu saja yg I mahu – cepat sampai jumpa anak2.
 
Hmm.. oklah itu saja kot. Apa2 pun nama company terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan semua pihak :)

Wednesday, August 8, 2012

ARYANA BATUK & SELSEMA

Cerita backdated. Dah lama masuk kan gambar kat blogger tapi tak sempat nak menaip.

Actually malam I memula nak masuk keja tu Aryana dah start batuk2 sikit. Dan selsema. Yang paling kesian sbb mcm ada bunyi kahak tp dia tak pandai nak klearkan her throat. So dia mcm rimas. Tido pun tak berapa lena, so do I.

The next day bawak dia gi PMC pukul 3 pagi sbb nampak dia mcm rimas sangat sbb congested nose and kahak pun sounds worse. Terus mintak doc buat suction sbb tau dah setakat mkn ubat mmg lambat nk baik sbb dia x pandai keluarkan secretion.

Alhamdulillah lepas suction terus tertido soundly. Masa tu jumpa GP jek. So dia buat reference letter utk jumpa Paed Specialist on Saturday.

Mmg last week tu pegi keja pun tak berapa best. Risau jek dalam hati ni. Sebab takut bila dia batuk kadang2 dia termuntah, so takut dia tersedak ke apa, nauzubillah.... Tapi disebabkan tu minggu pertama keja, terpaksa la kuatkan hati dan semangat. Plus malam2 tido tak menentu, mmg kepala pun dah weng habis. I remember ada satu hari tu I sampai termuntah2 kt ofis sbb pening yg teramat sgt.

Then, weekend tu pagi2 buta I dh bangun siap bawak Aryana jumpa specialist, Dr.Marina. Kali ni doc bg nebuliser dulu untuk loosekan kahak2 kat dalam before buat suction. Mmg lepas suction nurse cakap byk gila secretion dia. Then Dr. Marina explain why it happens and bg education to us about all the medicines yg dia akan bagi nanti. Great! Suka sgt doc yg mcm ni sbb she explain in details how to make the medicine works better etc.


 Aryana was sleeping masa nurse pasangkan neb kat dia.... maybe she feels a lil bit lega kot time tu..

Poor my girl, kecik2 dah terpaksa ambik antibiotik :(

After balik from clinic tu, I terus buatkan jadual ubat ni utk dia. This time I mmg nekad nak lebih berdisiplin to follow the timing. Mmg kesian sgt2 tengok keadaan dia. Selalunya Aryana ni klu malam2 mmg kaki tido. Tak pernah dia nak berjaga malam kecuali utk menyusu (itupun mata xnak bukak). But now, bila nampak dia takleh tido nyenyak, plus ibu pun kena ikut sekali tak bleh lena dibuai mimpi, mmg nak kena betul2 bagi ubat lah kali ni. Lagipun kebetulan that week ada cuti Nuzul Quran, so in 3 days ibu akan jadi nurse sepenuh masa :)

Alhamdulillah lepas habiskan antibiotik (3 days), selsema dia dh fully recovered. Kahak and batuk mula kurang on day-4. And by today, Aryana dh mula tido nyenyak semula and she starts to play and laugh too!

Alhamdulillah... :)


Saturday, August 4, 2012

MY FIRST DAY BACK TO WORK

5.00 am - Bangun sahur.

Amet : Satgi nak keluaq pi keja pukui berapa?

Me : Pukui 6.30 pagi dah kena ada atas kereta. (dgn muka konfiden habis)

Lepas sahur, solat subuh, landing jap kat depan tv.

Terjaga dengar Aryana nanges. Alamakkkk!!! Dah 6.30 pagi tak mandi lagi!!!!!

Mandi & siap keletung keletang ambik baju baby, baju kakak2, pampers, bedak blablabla......

Siap! Hangkut semua masuk kereta. Zuzu naik keta ayah. Yaya & Aryana naik keta ibu.

Oppsss... Susu EBM lupa ambik. Masuk balik ambik EBM dlm peti ais.

Dah masuk keta. Oppsss... cooler bag tinggai. Masuk lagi dlm umah.

Okeh dah siap kunci pintu semua. Baru nak gerak, tiba2...

Amet : Beg sekolah kakak ambik dak?

Me : Alamak, tak ambik!

OK, kena bukak semula pntu rumah yg ada 3 jenis kunci.

Siap ambik beg sekolah kakak. Kunci pintu.

Amet : Oooppp!!! Beg keja ayah pulak tingai..

OK, bukak lagi pintu rumah yg ada 3 jenis kunci.

Ada apa2 lagi yg tinggai? Ok takdak, siap setel boleh jalan.

Keluar rumah ialah pada pukul 7.12 am -__-

7.20 am - sampai umah Nek Yah
7.24 am - gerak dari umah Nek Yah ke opis masing2.
7.30 am - sampai tol Sg. Buloh dan jem bermula..........
Jem. Jem. Jem. Jem. Jem. Damn.....

8.10 am - sampai opis. Ingatkan dah awal gila.

Boss datang "Yus, FYI, our working hour starts at 8.00 am ya...."

Huhuuhu... nampaknya mmg nak kena keluar before 7.00 la lepas ni :-|