Monday, March 11, 2019

ZUZU'S UPSR 2019 JOURNEY - LATIHAN MATEMATIK

Tahun 2019 ni akan mencatatkan tahun paling busy kot bagi saya as a mother. Zuzu akan menduduki peperiksan UPSR atau bahasa sekarang PPSR. Juga diikuti dengan PSRA di sekolah agama.

Yaya pulak akan menduduki peperiksaan UPKK yang tak kurang pentingnya.

Namun, perkara yang amat merisaukan ibu buat masa ni ialah tahap penguasaan matematik Zuzu. Nak kata lemah sangat tu tak jugak, tapi dah agak lamalah tak pegang A dalam exam. Saya noticed, sejak bermula Tahap 2 (Darjah 4 dan seterusnya), result dia semakin menurun.

Antara perkara yang saya observed pada Zuzu ialah :

Careless mistakes!
Kalau ibu bagi latihan sendiri di rumah, dan ibu cek jawapan, baaanyak yang dia dah buat jalan kira betul, tapi the final answer is wrong. Contoh macam jawapan tu ialah 2150, dia akan terrrrrrrsalah kira like 1150 mcm tu. Oh... Sayang duhai sayang... Selalu jugak saya berleter hal ni pada dia. Sayang sebab kita bukan tak pandai kira, tapi careless!


Tuudiaaa bila Cikgu Ibu tanda kertas, siaplah penuh komen! Careless mistake. Careless lagi! Hahahha


Nombor 1 jadi nombor 0. Gerammmmm ja rasa kannn.... 😠


Kekeliruan Formula
Contohnya kalau soalan tu mintak kirakan Perimeter. Tapi yang dikiranya Luas. Aduhaiiiilah sayang.... Ni pun kadang-kadang saya sampai level hentak meja juga nak bagi dia ingat betul-betul. Mungkin dengan peristiwa macam tu, masa nak jawap exam nanti dia akan ingat "Oh, hari tu ibu dah hentak meja. Perimeter = ukur lilit." Hahahaha. Semoga berkesan dalam ingatan mu duhai anakku.


KBAT
Hah, bahagian ni kadang-kadang saya pun rasa kesian pada budak-budak sekolah nih. Berputar belit soalan dan cerita dia tu. Selalu kita dengar budak-budak tak dapat nak jawap, tak cukup masa dan sebagainya kan...Sebab ni lah. Sebab depa perlu baca, hadam, muntahkan balik cerita tu dalam bentuk ayat matematik. Kadang-kadang kesilapan berlaku di sini hanya dengan sedikit "twist" pada "perkataan" dalam soalan tu. Part ni ibu hanya boleh pesan kakak baca betullllll-betullllll soalan tu, dan GARISKAN KATA KUNCI apa yg dia nak.


Dengan homework yang agak banyak, adakalanya hati ibu ni rasa kesian sangat nak paksa dia buat extra latihan. Tapi... Kalau tak push sekarang, bila lagi. Saya hanya mampu bagi ayat penguat semangat pada dia.


"UPSR ni sekali saja dalam hidup kita, kakak usahalah sehabis-habis baik na."

"Kakak penat ni sat saja. Dah tak lama. Bulan 9 ni dah exam. Kita hanya ada 6 bulan sahaja lagi nak pulun. Saatttt ja lagi na."

💖Semoga Allah bantu anak sulung ibu ni dengan semangat yang hebat. Dengan pemahaman para NAbi dan Rasul. Dengan ilmu yang berkat dan membawa manfaat. Aamin.... 💖

Friday, March 8, 2019

PREGNANT? NO!!!!!

Hahahahha tuudiaaa pepagi sis semangat nak hupdate blog hari ni.😍

Semangat!

Hari ini mencatatkan salah satu hari yang paling ceria dalam hidup saya. Kahkahkahkah. Tak habis gelak lagi tu!

Well, setelah beberapa minggu ku berada dalam fasa ketaq lutuit, senak perut, butterflies, pepatungs and all serangga semua berada in my stomach, finally today terjawap sudah kekeliruan minda. Terpadam semua kemurungan. Hahahhaha teruk betui na. 😁

Dah kenapa?

Alkisahnya, setelah bertahun sis amalkan "teknik natural conception" adalah beberapa minggu lepas tu macam terrrrrrlanggar peraturan dan rules nya hahahaha. Bengong! But itulah hakikatnya manusia, selalu terbuai dek hawa nafsu dan hasutan syaitonnn hahhaa.

Maka sejak hari itu, saya sentiasa berdebar-debar dari hari demi hari. Kot ikut hati, kalau boleh nak cek UPT time-time tu jugak. Tapi sebagai bekas pelajar Biology, kusedar diri ini. Ada ilmu, pakailah kan toksah dok buat ngong hahahha. Kalau test awai-awai pun bukan tepat result dia.

Pastu nak tambah lagi ketaq, last weekend lepak dgn my BFF, Intan. And to my suprise, she announced that dia dah 3 months preggy!!! Oh mai gadddddd.... Saya eksaited dengaq dia preggy, but on the same time dalam hati like "Alamak...Mampuih la ku...Jangan la berjangkit Ya Allah.." Hahahahaha!




My personal calendar cycle. Kalau pandai baca... There was sumthing wrong on sum wrong date...Hahahahahaha.

Maka kutunggu hari demi hari, jam demi jam, saat demi saat, detik jam berdetik..... Sampailah ke pagi ini, the most suitable and earliest day to test. Oiiiii dia punya berdebaq macam nak pitam kat toilet tadi kahkahkah. Pukui 3.00 pagi ku terjaga sebab tidoq pun sebenaqnya tak berapa nak lelap sebab tunggu tarikh hari ni!

After dropping the specimen, wait for about 4 minutes, alhamdulillah...... CLEAR! TAK ADA DOUBLE LINE! Hahahahhahaha tersenyum panjang sengsorang dalam toilet tu. Mujur tak buat lompat bintang teruih! 😱Syukur alhamdulillah tak terkata hahahha.

The negative result I've been hoping for. Hahahahaha. Pulun oi pi beli tester nih. 😅


Well, ada sebab dia saya dah taknak ada baby lagi (dengan izin Allah). Saya tau tahap kebolehan saya utk menjadi ibu yg penuh KESABARAN ni tak setara mana. Kalau jadi rimau tu ya.... Almost hari-hari kejadiannya hahahaha.

Pastu selama tempoh menunggu tu kan, dok pikir macamana kalau lekat? Aku nak jalan2, aku nak enjoy, aku takmau dah bergelumang dengan pampers, botoi susu, bekal biskut baby, bekal moi, nak makan kat kedai tak tenang and things like that bermain-main di minda. Hahahahaha teruk kan. 😅Ya lah, dah 4 fasa kot kami lalui semua ni. Now Nini pun dah 6 tahun. Pampers semua dah bungkuih masuk stor. Baru nak rasa boleh jejalan berpelukan pinggang dengan Amet sikit kuikuikui.

Alhamdullilah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Dia pasti akan aturkan yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Thank you Allah! I love YOU!


Wednesday, March 6, 2019

DEKATNYA HATI IBU DAN ANAK

Semalam, saya mengajar sendiri anak-anak membaca Al-Quran memandangkan Zulaikha perlu ke kelas tuisyen, dan kami tiada kenderaan untuk ke kelas mengaji.


Biasanya, setiap hari mereka pergi mengaji di rumah ustazah. Saya rasa saya tak mampu nak ajarkan anak sendiri sebab mereka akan banyak alasan dan banyak mengelat bila belajar dengan ibu.


Zubaidah memulakan bacaan. Subhanallah... Saya hampir saja menangis mendengarkan bacaannya. Hampir sempurna. Ibu bagi 95% markah. Sedih sekali rasa hati. Sebab saya sebagai ibu sudah lama tak dengar sendiri bacaan Al-Quran dia. Tak sangka dia sampai sudah pandai tanpa pantauan ibu.


Disusuli dengan Zakiyah, juga lancar dengan Iqra' 4. Bila ibu cuba tunjukkan ayat-ayat pendek dari Al-Quran, dia juga boleh baca.


Zahirah yang masih suka bermain-main, juga sangat lancar bacaan Iqra'3 nya. Bila ada bahagian yang perlu dipanjangkan, dia akan membuat gaya tangannya ke atas sambil bacaan dipanjangkan sempurna.


Astaghfirullah... Rasa jauh sekali ibu dengan mereka. Astaghfirullah... Setiap hari ibu ada di rumah, tapi jarak antara ibu dengan bacaan Al-Quran mereka rasa jaaauuhhh yang amat sangat.


Selesai bacaan, ibu langsungkan dengan sedikit tadabbur kisah Malikatus Saba' a.k.a Puteri Balqis. Masya Allah, ternyata mereka sangat enjoy dengan kisah ajaib dari Al-Quran itu. Bertalu-talu soalan buat ibu pening juga nak terangkan dalam bahasa level kanak-kanak.


Kenapa? Kenapa selama ini bertahun ibu tak buat sesi macam ni? Kenapa rumah kita tak hidup dengan suasana bercerita beribu-ribu kisah hebat dari Al-Quran? Kenapa kita tak curi 1 hari dalam seminggu untuk jemput malaikat memayungi kita?


Mungkin ibu telah take it for granted too much. Hantar anak mengaji dan harap mereka belajar sendiri. Hantar anak tuisyen dan harap mereka pandai sendiri. Ibu, tempat ibu hendaklah sentiasa DALAM HATI anak-anak.

😢

Tuesday, March 5, 2019

THE LEGEND RESORT, CHERATING, PAHANG.

Ni kisah throwback tahun lepas punya nih hehehehe. Alhamdulillah, syukur saya dah tak jadi penulis tegar di FB dah. So ada banyak masa untuk update balik semua kisah2 yang dah disimpan dalam folder draft sebelum ni 😁


Masa Hari Raya Haji tahun lepas iaitu 18/8/2018 telah berlangsung Majlis Akad Nikah & Perkahwinan adik saya Ahmad Mujahid & pasangannya Nadia Farhana. Alhamdulillah...semuanya telah selamat & dipermudahkan.

 Mak, Kak Ngah, Eid, Mek Ya, Me, Adik.


 All of us with the brides.

 Mak with menantu baru....hehehehe

 Ni masa malam akad nikah. All muka belengas sebab baru lepas makan.


Tahniah dari kaklong yg chomel 😝


Setelah selesai majlis kenduri, kami bertolak balik ke kawasan masing-masing. 

Me & Amet dah plan untuk singgah sambung bercuti di Cherating memandangkan kami tak balik kampung untuk beraya. Kali ni kami cuba untuk stay di The Legend Resort. This is our first time here. 

Cumanya, masa kami sampai tu, proses untuk register dan dapatkan bilik agak lama huhuhu. Sampaikan saya sempat jugaklah lelapkan mata seround kat lobi tu. Dengan cuaca yg agak panas, nothing much we can do. NAk berjlan pun tak kuase. So tungguuuuu lah kat lobi sampai siap. Quite frustrating lah jugak.

Alhamdulillah bila dapat bilik, dapat view menghadap kolam dan beach jugak. Legalah sikit hati yang panazzz tadi 😌

Bila petang menjelma apa lagi, anak-anak dah tak boleh sabar nak pi kolam.

 Kolam dia luas. Ada 4 jenis. Kanak-kanak, sederhana dalam, jakuzi dan dalam gila!


Nana & Nini enjoying the moment.


 Peaceful beach. Zuzu & Yaya terpaksa kena paksa dgn ibu jadi model hahahhaa.

 Oklah takpa hangpa takmau jadik model, mai ibu & ayah pulak posing.

 Tuudiaaaa.... Ni baru model level internasiooonallll kahkahkah

 Dua insan berchentaa....

Akhirnya Zuzu rasa rugi kalau takdak gambaq dia kat pantai yg syantik ni kan.

Setelah bersuka ria sepenuh hati, kami pun balik ke bilik untuk bersiap sedia keluar mencari makan malam. Ke mana lagi kalau bukan kedai Ikan Bakar Awang. Eh, apa ntah nama dia tak ingat dah. Oh ada entri yg dulu KAT SINI haaa.....

Actually tengah malam tu ada sesuatu berlaku pada kami. Tapi nanti next entry pulak saya cerita ye. Hihihihihi.....

Monday, March 4, 2019

BERCUTI DI TANJUNG DEMONG BEACH RESORT, BESUT TERENGGANU

Hai olls!

It has been a week since we return back from a short vacation + event in Besut, Terengganu.

Actually, kami pi utk Engagement my brother, Eid. The event was on Sunday, 18.02.18. Sat ja rasa, dah besaq Eid. Dah bertunang, tak lama lagi dah nak kawen...Insya Allah. Tahniah buat Eid & Mek Ya. Semoga berkekalan ke jannah.

Kami bertolak ke Besut dari Jumaat malam, the day on CNY. Alhamdulillah jalan tak jem langsung. Kami guna LPT. Maybe sebab ramai yg dah balik kampung lebih awal sebab Khamis tu dah start cuti sekolah.

Arrived kat exit KT (Setiu) around 7.30 am. Actually kami ada berhenti tidoq sat di R&R Paka. Amet dah penat sangat, so I continued driving. Sampai di Setiu kami semua dah lapaq, kebetulan nampak satu gerai tepi jalan dan singgah lah brekpes situ. Bila bayaq, wahhhhh terkejut gila. MURAH SANGAT! Hahahahaha. Kami makan Nasik dagang 3 pax, cekodok 2 pax, kuih apa ntah 1 pax, ayaq utk 6 beranak. And it cost only RM13!

Sampai di Besut dalam pukul 9 am camtu. Homestay is ready. Mak & Un (my cousin) dah siap sampai dari Perlis. Kak Ngah, Eid, Najib & Ayah pun dah sampai. Besaq homestay ni. Mmg selesa. Cuma kekurangan sikit dari segi peralatan dapur ja. Tapi memang luas sangat.

Lepas rehat golek2 sat, semua decide nak pi jejalan ke Kota Bharu, Kelantan. Tak jauh pun dari Besut ni. Actually kami dah biasa sangat ulang alik Besut - KB sebelum ni. So bajet boleh sampai less than 1 hour ke sana. Tapi... Hari tu jalan agak jem maybe sbb ramai yg balik kg dan nak jejalan jugak, nak gi makan gulai (org Kelantan punya panggilan utk makan kenduri hehehe). So perjalanan ke KB ambik masa hampir 2 jam utk hari tu huhuhu.

Program hari tu ialah shopping di Pasar Siti Khadijah. Saya mcm biasa tak beli apa pun hehehe. Mmg saya tak berapa minat jenis beli kain pasang bagai nih. Kalau tudung, ok jugak. Tapi hari tu mmg takdak keinginan nak shopping. So, saya bersama geng lelaki pi makan hahahaha. Bab makan saya suka.

Next day, tibalah masa utk Majlis Pertunangan. Kami sampai di rumah Mek Ya around 12.30 pm mcm tu. Semua dah siap sedia tunggu, dan majlis berjalan dengan lancar. Amet merupakan wakil jurucakap hari tu hehehe. So lepas ni, sesiapa yg nak buat majlis apa-apa bolehlah roger dia :P

Selesai Majlis kami balik berkemas barang2 di homestay. Semua pulang ke destinasi masing-masing, kecuali kami sekeluarga yg masih nak tambah bercuti 1 hari lagi di Tanjung Demong Beach Resort. Lokasi resort ni lebih kurang dalam 15km je dari homestay kami tu.



Sampai di TDBR around 4 pm. Pantas gila urusan check-in dia. Saya booking bilik melalui Booking.com

Tapi masa booking tu, tiada caj dikenakan. So datang sini, bagtau nama dan booking dari mana, diorang dah siap sedia. No deposit requested jugak. Bagus sangat!

Saya masuk je bilik, terus tido dulu. Malam tadi mmg tak nyenyak tido. Anak-anak dah mula bising nak mandi swimming pool. memang itulah pun tujuan utama stay sini. So bila dah redup sikit, dalam kul 5 pm tu keluaq lah ke pool.

Ada sebuah taman permainan yang in a very good condition. ☺️

 Bahagian pool kanak-kanak. Biasalah kalau tang ni mesti crowded punya hehehe.

 So, jangan tanya dah ya kenapa ibu ni kuruih kedekiang. tengok ja lah cara depa bergantungan dengan ibu. 😓

 Ibu & the girls.

 Ni kalau boleh nak tidoq teruih 7 hari 7 malam dalam kolam tu....

All of us @ Tanjung Demong Beach Resort, Terengganu.



Friday, March 1, 2019

HAI! I'M BACK BLOGGING!

Hehehhee. Assalamualaikum semua!

Waahhhhhh laaaaaaamaaaaa gila nyah tak tulis kat sini noh!

Well, hari demi hari aku start rasa FB tu dah mula membosankan. Penuh dengan lagak orang ramai semua nak tunjuk pandai. Dan aku pun terikut-ikut. Damnnnn!

So I've decided to put aside FBing for a while.

Maybe tulis kat sini a lot better sebab tak ada follower sangat pun hahahaha. Aku suka tulis benda yang orang takyah baca or takyah komen.

Tulis sekadar untuk luahkan perasaan hati ketika itu.

That's all.

So ini entry permulaan. We'll be right back soonest. Now kena ambik anak2 sekolaha KAFA. My damn great routine hehehehe. Chiaowwww!

Friday, August 24, 2018

BO'S CAFE AWOK ITER, KUALA TERENGGANU.

On da way balik dari Besut after majlis wedding Eid, kami singgah jap kat Kuala Terengganu. Singgah ni pun memang betul-betul niat semata-mata nak makan kat BO's Cafe Awok Iter ni haa.

Memang JJCM sungguh. Tinggal tak bawak production team ja lagi hahaha.

Alkisahnya, cafe ni dimiliki oleh superdupersenior Amet kat KISAS. So antara faktor nak singgah selain nak makan (memandangkan menu-menu dia nampak menarik), adalah faktor depa berdua nak menyembang lah.

Sampai saja, kami disambut mesra oleh boss cafe iaitu Encik BO. Hehehe apa punya nama lak BO ni kan? Actually it stand for Brader Omar. So everyone panggil dia BO. Sempoi.

Kedai ni senang ja nak cari location dia. Hampa search ja "MAMADIL HQ KUALA TERENGGANU" hahhh sebelah tuu ja cafe ni terletak.

Gambor ni saya cilok dari FB Page BO'S CAFE AWOK ITER since kami datang masa tu malam so gambor dok chomey sbb henfon mahal ni lupa nak set night mode kihkihkih.

Sementara Amet bersembang-sembang mengimbau kenangan dgn BO, kami order menu dinner dulu.

 Pizza ni ibu punya. Sedap! Roti dia gebu gebas. Anak-anak cakap mcm lagi best dari Pizza Hut je. Actually tang sayur tu hangit sikit, but the staff asyik datang mintak maaf dengan saya. Saya cakap takpe no problem...sikit je nih. Hehehe...saya suka their politeness and respects to customers. Keep it up guys.


 Nana yang tak habis-habis dengan kepok lekor. On da way nak sampai Terengganu tu lagi dah asyik zikir nak makan  kepok lekor kepok lekor hahahaha. Kepok ni pun sedap! Bukan sebarangan kepok tau.


 Air buah macam-macam. Dari kiri - Apple juice, mixed fruit juice, grape juice. Ada satu lagi Amet punya Kurma Susu tak sempat snap sbb dia dah hangkut bawak pi lepak meja lain. Semua sedap sangat.


Ok, gambar ni tak lawa sangat....Blur sebab ambik dengan iPhone. Hahahahahaha. Ok tu je caption dia hahahaha.

Amet order Sirloin Steak. Sedap sangat! Zuzu & Yaya makan Chickeng Cok Ayang - their signature dish. Translation of Chicken Chop in Terengganu dialect 😂



























Inilah the cafe's big boss. Yang baju hijau tu na...Yang baju hitam tu rakyat biasa ja hahahaha.

So that's all review kami setakat ni. Insya Allah lain kali sampai KT kami singgah lagi. Sebab food and drinks BO's Cafe mmg semua sedap-sedap sangat. Uols yg jalan-jalan ke Kuala Terengganu jangan lupa singgah sini ye.

Haa lagi satu area sini banyak tempat shopping jugak! Hahahaha. NAsib baik hari tu singgah malam kedai semua dah nak tutup 😁