Sunday, February 27, 2011

CIK BERRY KU SAYANG

Setelah genap 3 hari lamanya beta bermuram durja dan berdukacita, kini barulah rasa sedikit bermaya utk beronline dan menulis.

Cik Berry kini dalam keadaan koma. Tidak dapat dipastikan keadaannya kesihatan dalamannya sehingga lah result akan dikeluarkan minggu hadapan. And I am counting days, and hours, and minutes to next Thursday...

Sebelum I ceritakan dgn lanjut apa yang berlaku, marilah kita sama-sama menatap keadaan Cik Berry yag sayu selepas dilanggar.... Huwaaaa!!!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Nampak tak bekas gelekan ke atas baju Cik Berry tu? Itu ialah hasil gelekan tayar kereta dan batu-batu di tepian jalan kepada Cik Berry... Itupun I dah lap2 sikit tu. Lupa pulak nak snap masa "fresh" baru kena... lagi sadis...



And ini pulak ialah gambar bahagian kepala Cik Berry yang retak menanti belah. Gambar adalah bergoyang sebab tangan I mmg terketar2 n menggigil masa mengambil gambar ni akibat kesedihan melampau melihatkan keadaan Cik Berry yang nazak. Ohhh.... huwaaaaa!!!!!


Ok, ceritanya begini....

Pada hari Khamis yg lalu, kami sekeluarga + family Kak Tipah + family Yas telah pergi berpiknik di Fanateer Beach.
Tak lama kemudian, Amet telah pergi ke kedai utk membeli sedikit barang utk BBQ kami. Dia pergi dgn menaiki keretanya. Semasa dia balik dari kedai dan hendak parking kereta di tempat asal tadi, dia ternampak seorang perempuan Arab yang merenung kepada tempat parking itu dgn bersungguh2, tetapi tidak berkata apa2. Tidak lama kemudian, perempuan Arab itu memanggil abangnya (maybe) dan menunjuk2 di bawak kereta Amet (masa ni kami semua tgh sibuk berBBQ).

Tak lama kemudian lelaki Arab itu membunyikan hon keretanya berkali2 sehingga kami berpaling dan dia menunjukkan sesuatu di bawah kereta Amet. Kami meyangkakan mainan anaknya tergolek masuk bawah kereta Amet dan mungkin dia meminta utk mengalihkan kereta utk mengambil mainan anaknya.

Tetapi apabila Amet sampai di situ, alangkah terkejutnya apabila yang berada di bawah perut keretanya itu ialah Cik Berry!!!!! Dia menunjukkan Cik Berry kepada I, dan I terus cuba memberikan CPR dan sebaganya tetapi malngnya Cik Berry sudah tidak dapat diidupkan lagi.... Cik Berry langsung tidak memberi apa2 respon dan dalam hati I amat sgt risau. Tetapi, I terpaksa berlagak tenang dan terus senyum dan bersembang2 dgn kawan2. Malu la jugak klu nak terus burst into tears kt depan orang ramai mcm tu.

Sehinggalah kami sampai ke rumah lebih kurang pukul 10 malam, barulah I mula menangis. I mmg rasa susah sgt nak tido malam tu. Dan bila lepas bangun tido keesokan harinya, I sambung menangis lagi. Dan I mmg berkurung jek kat dalam bilik sepanjang hari. Langsung tak berminat nk keluar tgok tv or berinternet ria. Walau bagaimanapun I tetap keluar ke dapur demi mengingati perut anak2 n Amet yg kelaparan.

Setelah masuk hari kedua I berkurung, Amet mula mengajak I utk keluar ke Khobar dan menghappykan diri (hari Sabtu lepas ialah public holiday sempena meraikan King yg balik dari operation). Semasa di atas kereta kami berbincang sedikit tentang kemalangan yang menimpa Cik Berry. Conclusion yg kami buat ialah :
1. Semasa turun dari kereta, Cik Berry mungkin telah jatuh dari handbag I, tapi of course lah I tak perasan masa tu.
2. Perempuan Arab tu dah nampak awal2 masa Amet nk parking kereta.
3. Tetapi perempuan Arab itu tidak mahu pergi bercakap/memberitahu Amet sebab mereka kan dilarang utk bercakap dgn lelaki asing sewenang2nya.

Lihatlah wahai dunia... disebabkan larangan b*d*h di negara ini, di mana perempuan langsung tidak dibenarkan bercakap dgn lelaki asing.... sehingga mengorbankan kesayangan seseorang..

Cik Berry... kau telah menjadi mangsa di negara yang amat jumud ini....

Kini Cik Berry telah dimasukkan ke wad di Al-Rasheed Mall, dan dia sedang dioperationkan. Keputusan akan diketahui 5 hari dari sekarang. And I amat2 berharap agar Cik Berry berjaya dalam operation ini, dan kembali pulih seperti sediakala....


Atau pun.....





Keranda utk Cik Berry.... Tidaakkkkkkkk!!!!!

Wednesday, February 23, 2011

ARAB FOOD

Hari ni tak larat nak cerita. Tangan dah lenguh buat marinate 2 ekor ayam + 2kg daging unta. Yaa... I nak bukak restoren kat depan umah nih. Hehehe... kidding! Esok I cerita la nk buat apa dgn lauk banyak2 tu...

So I just nak tempek gambar Nasi Mandy yg menjadi kefeveretan I dan Zuzu n Yaya... Amet tu dia cakap dia "tak berapa minat" tapi yang I musykil, kalau I makan 2 pinggan, dia makan 3 pinggan. Hmmm..... *thinking*

Mandy ni selalunya ada 2 jenis : Dajaj Mandy (Ayam), or Laham Mandy (Daging).

Tapi selalunya kat sini kalau sebut laham = daging kambing. Bukan daging lembu.

Contoh satu set Laham Mandy.

I pun tak pasti sama ada Mandy dgn Khabsa tu guna resepi yg sama. Tapi rasa dan cara hidangan mmg lebih kurang sama jek.

And kat sini mmg nasiknya diserve "kering" jek, maksudnya takde kuah2 gulai or samabl tumis or kuah kicap. Yang ada disertakan bersama ialah sebijik cili, sepotong bawang besar, dan sos tomato. Kadang2 ada yg bagi sikit sayuran mentah mcm kobis or daun apa entah, or jeruk timun + carrot.

Kambing panggang yang dahulunya sangat2 dibenci dan tak pandang walau dgn ekor mata, tapi kini bagi lah ekor ke, ribs ke, kulit ke, semua I telan. Jangan bagi too***t dah la....


Ok, ini pulak namanya Baklava, sejenis manisan kt sini. Rasanya agak sedap jugak, macam Kuih Batang Buruk. Ada kacang2 kt dalam, manis dan rangup.

Ada banyak lagi makanan Arab yg I dah try tapi mcm tak pernah teringat nk ambik gambar pulak. Contohnya Shawarma tu, dah taktau berapa puluh bijik beli tapi tak pernah pun ambik gambar. Maybe sbb it's too tempting asyik ingat nk masuk mulut je. Sekian.

Tuesday, February 22, 2011

SUPRISE BESDAY AYAH

When we say "suprise" ia tidak semestinya bermaksud suprise yg menggembirakan. Ya, suprise boleh jadi suprise yang tidak best. So jangan terlalu eksaited dgn perkataan "supriseeeee!!!"

Hahaha...

Amet came back yesterday and tanya "Ibu masak apa hari ni?"

Yue : Supprrriissseeeee...!!!!

Amet : Wahh!! Masak apa? Best ka?

Yue : Bihun goreng

Amet : Bihun goreng ja? Untuk besday abg? Bihun goreng? Bihun goreng ja?

*Found a cotton ball and put it into my ears*

Yesterday was not yet his besday. Tapi dia mmg tergedik-gedik sgt nak celebrate. Adoihh... macam ni punya org pun ada....

And he keep on whispering to Zuzu "Pssttt... kek besday ayah ada tak kakak?" And Zuzu pun cakap "Ada...ni kat sini..." sambil tangan pointing into the kuali yg I masak bihun goreng tu. Hahahhaha.... clever my girl... macam dah berpakat dgn ibu nak buat ayah sakit hati...

Oklah... lepas makan bihun goreng, dan still dia tak duduk diam, I terpaksa bawak dia pergi makan kek kt Cafe Liwan. Okeh, I belanja. Dengan duit yg dicuri dari wallet dia. You love me so much, right???????


A slice of cake for pre-besday is fair enuff kan? Kakak nyanyi lagu besday 3 kali.


And a plate of homemade chocolate.... Oh homemade bukan maksudnya I yg buat, order kat Nurul Syuhada (Adda), a Malaysian fren here... Kononnya I nak buat suprise, hari ni baru nak bagi chocolate tuh, tapi masa I nak masuk rumah selepas Adda hantar, terserempak pulak dgn besday boy kt pintu. Sekian.


Okeh hari nih barulah betul2 besday... Seee... kalau hari besday adalah I masak special sikit. Ini belum hari besday dah mintak.

Sebab semalam dh makan kek, so hari ni I buat Cinnamon Roll jek lah.
Boleh cucuk lilin jugak kalau nak...


Ayam Panggang nih sebenarnya selalu jugak buat kt umah ni. Kan I dah cakap, selalu sgt dah I masak special, so masa besday ok lah kalau I buat suprise dgn bihun goreng kan?

And side dish, coselaw yang sudah semestinya hanya akan dimakan oleh ibu n adik.

Okeh, ni nak pi masak Nasik Hujan Panas pulak.

Oh anyway, Heppy 30th Besday lah to my Amet (I do sound very romantic, isn't it?) Hohohoho...

Monday, February 21, 2011

NEW TOY!!!

Hari ni I introduce satu permainan baru utk Zuzu n Yaya. Memandangkan depa ni hidup terkurung dalam sangkar, so asyik main modern toys je lah. Tak boleh macam tu... nanti tak kenal asal usul pulak. so masa tgh masak hari tetiba dapat idea nak bagi depa main nih...

*
*
*
*
*
*
*
*
*



Hahaha.... main jantung pisang!!!

Haa... menarik kan main-main permainan tradisional mcm ni. Kadang2 I pun rasa boring tengok mainan2 plastik budak2 zaman sekarang nih. Tak adventure langsung! Tak exciting mcm mainan kampung I kecik2 dulu.

Mula-mula I tunjuk kat depa jantung pisang nih, dua2 beradik lari berdesup. Takut!! Hahahaha... lawak betoi. Pastu I panggil and cakap ni pisang je.. ni anak dia... Lama-lama mula la dekat sikit2.... pastu baru la berani nak pegang... Then I tunjuk boleh buat bot, boleh buat masak2.... Pastu suka bukan main la pulak.


Kalau zaman I kecik2 dulu, jantung pisang ni yg kulit dia kaler merah tu selalu buat bot. Ambik la lidi sikit, cucuk2 buat macam layar dia kt atas tu, pastu letak dalam parit, bg dia jalan dalam air. Biasanya main kt belakang umah Tok Limah sbb belakang umah dia ada kebun dan parit. Best gila!

Patu bahagian yg kuning tu pulak buat main masak2, biasanya benda tu dijadikan "udang" atau "sotong" hehehe... pastu boleh la main jual2 makanan... hehehe... best oooo...

Hmmm rindu pulak mainan2 zaman budak2 dedulu.....

Tapi tu lah, nk main jantung pisang kt sini, tak lah semudah mcm kt kampung. Harga jantung pisang sini ialah SR5 seketoi! Kalau kt kampung bersepah2. Klu tak ada kt umah sendiri jalan2 je lah ke rumah jiran2 insya Allah mesti dapat free punya. Huhuhu....

Oh, semalam Amet balik awal from ofis sbb these few days vendor dia yg from Bahrain tu dah takleh datang sini due to the kekecohan yg berlaku di sana. Dah balik awal tu biasalah mcm2 nak order. Nak makan roti canai pulak. Aiyooo... kalau kt Bukit Rahman Putra tu alangkah senangnya, kedai mamak keliling taman!

So apa lagi, kena buli lah dgn I utk tolong menguli tepung hahahha...


Tengok tu, ada syarat pulak - takmau uli kt dapur. Heret besen sampai depan tv sbb takleh tinggai nak tengok Devon Aoki dia kena tangkap. Adehhh... tangan kt tepung, mata kt tv. Satgi dari nk buat roti canai, boleh jadi roti bomm nih...

Saturday, February 19, 2011

SPRING IS BLOOMING

So winter dh kira habis lah kot kt sini. After almost 4 months bersakit-sakit urat, selsema n sore throat, now feel a bit lega... Cuaca dah kurang sejuk, a little bit warm and just nice especially utk berpiknik! Anyhow, kat dalam umah still tak start on air-cond lagi. Tapi heater mmg dah boleh simpan masuk kotak. Might be able to save some on electricity - great!

Feel more comfortable to wear just T-shirts now ( Very the typical Malay I am heh...very dont like to wear sweaters n socks while menumbuk sambal belacan lah!)


I never thought I will see flowers here. Ye lah masa I baru smpai sini dulu it was so-o dry n hot n everything looks... just... die!!! (Almost including me hahaha)

Last weekend at Fanateer Beach. Tapi masa ni still rasa agak sejuk lagi, but not that freezing anymore. Budak2 pun dah boleh main-main kt playground. It's been a while depa tak main outdoors... Kesian jugak. So weekend tu mmg 2 hari berturut-turut main kt playground jek (walaupun mata adik still mcm penunggu gunung raya....)

Oh pleeaassseeee... No need to call me Angelina Jolie... I really appreciate that, but just... No thanx!!!




What??? I really look like her??? Ooohhhh...........




HAHAHHAHA!!! Sila jangan benci okeh!!!
(Kak ngah, I know you're rolling your eyes n making face to me now.... hahahaha!)


And this one thing - dah lama I nk ambik gambar tapi agak takut2 kot kena serang dgn pak/mak arab. But today I beranikan diri.. penting utk kenangan nih. Khemah ni biasanya dibuat utk melindungi the arab women semasa depa nak makan during picnic. So that they can freely open their niqab n truly enjoy their (big) meals.

Well, now it's the time to send all the jackets n winter coats to laundry and seal it for a while.

Thursday, February 17, 2011

MORNING COFFEE

Woke up this morning and found Yaya' right eye is reddish n a bit swollen. Tapi ibu dh booking bas to the morning coffee. Kalau nk cancel pepagi buta ni, mcm not nice la pulak kan. As the saying goes : manusia berpegang pada janji....

So lepas cuci mata Yaya with clean cotton n warm water, off we go... Actually, ibu was a bit tergedik-gedik nak pi sbb dah lama sgt2 takde gathering n makan2 huhuhu...



See..??? Sampai depan pintu umah pun Ibu tak habis2 bersiap...
Kesian adik dgn mata cheme (loghat perlis = sepet).



Tapi, bila sampai kat Sabic Beach camp tu... waahhhh memang worth it la. Hilang penat melayan adik atas bas tadi bila tengok tempat ni. Ohhh... Lawa gile, x mcm beach camp(s) lain yg selau buat event sebelum nih... (p/s : encik Amet, mcm ni lah rumah idaman saya hauhauhau!)

Hopefully raya tahun ni, KRMJ buat jamuan raya kt sini ye... (eh, nak raya kt sini lagi ke? hehehe)

And Alhamdulillah... dgn mata cheme dia tu, Yaya was still playful. Lari sana-sini, makan teluq xtau berapa bijik, and Zuzu mmg asyik hilang sbb kat luar sana ada palyground. And the best thing is kat sini takdek pasir mcm beach camp lain. Amat bersih n comfortable for the kids to play (and easier for ibu sbb baju seluar tak kotor sgt).

Also there was Kak Tipah, being caring as usual... Kak Tipah was so shocked to see 'her baby' Yaya dgn mata merah mcm tu. She took off Yaya's socks n clothes to check if Yaya got panas dalam or so. Ohh... terharunya... I yg ibunya si Yaya pun tak check2 dia smpai mcm tu. Now really feel that I'm just so bad... sob sob :(
And the kids seemed to be more melekat dgn Auntie Tipah more than ibu. Both kakak n adik asyik dok suruh auntie dukong ja. Even ibu pun rasa mcm nak heret bawak balik jek Kak Tipah ni kt umah hehehe...

Hari ni duduk sebelah Kak Nik (yg comei n best), and Kak Sasha (baru kenal hari ni).


The event is actually to announce the new Jumaanisak committee for 2011. Congratulations to... errr..... I mean to all new AJKs.... sorry, I just cant really recall the names... I was so blur with the announcement, i mean the speaker was not working properly....

OK, Ok, the truth is...because all my senses were sharply focusing on the scrumptious nasi dagang, laksam, cakes and ... oh, so many food!!! They're all so tempting! I looovveee it!!! I cant see anybody else!

* There's email stating the new president's and other committee's name right???

TERTANGGUH

Hmmm.. agak byk entri tertangguh disebabkan oleh beberapa sebab. Masa hari yg I tengah byk gile cerita nk diceritakan (kemarin), tetiba takdok lektrik pulak. Memula ingat sekejap jek, sebab biasa dah sebelum2 ni pun kalau takda lektrik, dalam 2-3 jam jek pastu ok. Tapi kemarin tu, dari pukul 9 pagi, sampai 5.30 petang!

Haaa... bayangkanlah betapa sangapnya kami 3 beranak nih kt umah. Rasa mcm naaaakkkkkkkk sgt terjah keluar jalan kaki pi Panda. Banyak kali jugak dok jenguk keluar kt tingkap, tengok2 jalan. Tapi sudah semestinya laa tak berani. Mana dgn ramai pekerja2 kontrak dok buat jalan, buat bangunan kt depan umah ni. Of course kalau I keluar, semua mesin n steamroll mesti stop punya! Hehehehe.... perasan!

So apa kami buat dalam umah? Tanpa tv, tanpa internet. Baru lah rasa keakraban n mesranya kami 3 beranak. Apa lagi, ibu pun join sekaki la anak-anak main toys! Actually, I ada few novels tgh baca. Tapi budak2 ni dah boring sgt sbb sunyi takdek bunyi-bunyian, so I lah yg kena jadik penyanyi. Owwhhh.... mcm2 la depa order "Ibu, nyanyi lagu Akim". Adik pulak "Bu, nk agu la" (nak lagu Mila). Hahahaha... please dont imagine me singing...

Oh, selain drpd tu sudah tentu I bersilat jugak kt dapur. Jom layan menu Hari Tanpa Elektrik....

Saja boh nama canggih, padahai udang sweet sour jek tuh...


Ha, ikan cencaru (jacket) ni bukan senang ooo nk dapat kt sini. So far ada 2 kedai jek yg juai ikan ni kt market. And biasanya mmg org2 Asia jek yg beli ikan ni pun - info from tokei kedai ikan yg pandai cakap Melayu...

Hahaha... dah comei sikit apam balik I nih. Rahsianya, buat lah selalu, prektis mek perfek! Balik Malaysia nih I nk pi ngendeng makcik apam balik kt pasar malam, nk teropong skill dia hehehe...

Tuesday, February 15, 2011

YAYA THE HERO

Kisah sa-orang budak
Yang duka nestapa
Karena giginya patah...

Yaya main terjun-terjun
Dan stunt-stunt atas ibunya
Dia tersembam
Lalu giginya patah...


*Sila nyanyi mcm iklan ubat batuk cap ibu n anak*


Inilah cebisan dari 2 batang gigi cik Yaya sebagai bahan bukti forensik


Ini ialah gambar terkini mangsa yg kepatahan gigi di dalam accident tersebut.

Walau bagaimanapun, mangsa dilaporkan stabil dan ketawa berdahak-dahak (dgn darah berlinangan di mulut) apabila serpihan giginya ditunjukkan kepadanya. Sekian, laporan dari bilik berita hairan hari ini.

Monday, February 14, 2011

JANGAN TERKEJUT

OK seperti tajuk di atas, jangan terkejut kalau jumpa seperti di bawah ni....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Scary, huh?

Actually, masa first time I jumpa diorang yg pakai mcm nih, mmg I pun rasa agak terkejut. First time jumpa tu masa kt Mekah dulu. Then ada jmpa sekali jek kt Khobar. Then pi Mekah yg baru-baru ni jumpa banyak sgt makcik2 pakai mcm tuh.

Ok... so I balik n google... so curious nak tahu about interesting traditions n customs here. Tapi I found out yg niqab besi tu is from UAE, n not from Saudi... and mostly yg pakai nih ialah ladies from the conservative tribes lah.

Kadang2 rasa mmg amat sgt teringin nk tahu pasal life n adat-adat diorang nih. Ye lah walaupun I tak berapa berkenan dgn most of their perangai, tp masih ada rasa ngin tahu - why they have to wear this n that, why they do this n that....

Tapi the problem is, most of the ladies here tak ramai yg bleh cakap omputih. Ada tu ada, tp mcm sepatah dua n agak rare utk ditemui. Maybe if I stay in Ryadh or Jeddah lebih ramai kot yg bleh speaking. SO abaikan je lah niat murni I tu buat sementara waktu... Jom layan gambar (dari encik google)



Ada jugak young ladies yg pakai.... nice to see, but cannot hold... hehehe

Tapi tu lah, muka tutup, leher bukak pulak.... ape cerrr???

Saturday, February 12, 2011

AIR TANGAN IBU

Semalam dapat masak mee. Mana dapat mee kuning tuh? Buat sendiri? Oh tidaaakkk.... I tdaklah serajin yg disangkakan. Hehehe... well, sekarang nih senang n mudah sgt nak dapat mee sbb ada kakak-kakak Malaysian nih dh buat bisnes mee kuning n kuetiaw. PM or SMS jek ...

So sebaik sahaja mee berada dlm genggaman, terus buat mee goreng utk minum petang. Then lepas Isyak, pi market (masa kt Malaysia x pernah pi market malam-malam... tak tau lah bukak ke tak...). Ingat nk borong udang, sbb kepingin bangat nk makan mee udang. Sekali bila tanya, harga udang semalam melonjak naik pulak... biasa beli SR18 gitu jek, tp semalam sampai SR30 sekilo. Itu pun udang from farm jek, bukan fresh from the sea... belilah jugak sikit, tp tidak le smpai boleh buat mee udang.

Balik dari market, masak mee lagi... hehehe..selagi ada, kita makan!

Just dapat buat mee kuah (nak kata bandung pun bukan hehe)... sob sob... kempunan....


And today's brunch for the kids...

Good to see they really love ibu's cooking. Walaupun ibu main campak n rebus, adik akan hirup sampai licin and kakak will always say "Hmmm.. pandailaa ibu masak... kakak suuuke sangat!" Oowww...thats really melt my heart dear.... Hehehe....

Thursday, February 10, 2011

ME & FOOD (AGAIN!)

Hehehe... mari kita tinggalkan kisah2 jiwang itu, dan kita ceria-ceriakan diri dgn makanan yg sedap! (ceewahh, sedap ke..?)


Okeh hari ni I godek2 hard disk n jumpa pulak gambar yg I snap sebulan yg lalu. Tapi mcm biasa lah, lupa nak tepek kt sini. Hmm..biasanya kt Malaysia mmg byk sgt org jual samosa kan. And selalunya samosa kita berintikan ayam/daging atau kentang. And kat Saudi ni ada sikit kelainan, iaitu berintikan cheese.

So kalau nak tgok rupa samosa cheese ni, inilah rupanya....

Bentuk sama jugak dgn kita punya samosa, cuma dalam tu dia letak cheese. Mula2 I try makan ni masa bulan posa dulu, Amet beli yg dh siap digoreng dari restoran. Pastu I try beli yg frozen pulak. Pastu sebab I ada byk kulit popia, I pun try lah buat sendiri....

Ok, bahan2nya mmg simple sgt2....

Kulit popia (sukahati berpa byk anda nk buat). Kulit popia selalunya ada 2 jenis, yg dibuat dgn telur atau yg tanpa telur. Kalau anda tak allergi, ambiklah yg bertelur sbb ia lebih rangup.

Bahan kedua ialah Feta Cheese. Feta cheese ni dipilih sbb ia x mencair ketika digoreng atau pun dibakar. Dan rasanya lebih lemak dan masin.

Caranya : Ambik feta cheese tu lenyek2. Campur sikit daun sup/daun bawang. Balutlah dgn kulit popia tu. Nak buat bentuk apa pun suka hati lah. Klu pandai buat bentuk dinasor pun boleh... Pastu goreng. Siap. Senang n cepat n sedap.

Okeh lagi satu nk tepek jugak gambar buah cherry nih. Buah ni byk di musim sejuk kt sini. Tapi harganya tak lah murah sgt. Dalam bekas polystyrene mcm dlm gambar tu (penuh), harganya SR17.


Yang makan buah ni mcm biasalah, just ibu n Yaya jek. Amet n Zuzu, kalau nampak buah, mcm nampak bom. Langsung takmau dekat.

Wednesday, February 9, 2011

SENTAP

Tiba-tiba bila ada org tanya anda tentang perkara yg membuatkan anda "sentap" apa biasanya anda buat? Mcm-mcm org buat bila dia tersentap, ikut kegemaran masing-masing. Contoh tindakan :

1. Memaki hamun si penanya
2. Menangis sorang2
3. Menulis email/pm org tu
4. Meroyan
5. Berdoa (susah nk buat ni...)
6. Buat pekak

Biasanya wanita ni mmg selalunya berada dlm situasi emosi tak stabil. Baru jek tengah masak tadi dia menyanyi berjoget lagu Halimah Jongang, tetiba dgn sedikit soalan sentap tu jek dia dh meroyan. Memang 95% wanita keadaan emosinya mcm tu.

So apa nk buat? Jagalah emosinya... kalau emosi wanita tu baik, eloklah semua tindakan nya nanti. Kalau hari ni anda marah2, dia akan masak megi je. Kalau lepas tu anda cakap megi yg dia masak tu sedap gila, mesti esok dia masak gulai kawah. Easy.

Tak payah la tanya soalan bukan2... selalunya wanita ni ingat semua tangunggjawab dia. Bila dia patut tukar pampers anak, bila dia patut bayar bil, bila dia patut bayar puasa, bayar hutang... Semua dia ingat, tanpa tulis kt mana-mana. Cuma kadang2 keadaan je yg menghalang. Mungkin pulak antara halangan tu, ialah anda.

Eh, marah ke ni? Tak la sangat..... cuma satu nota utk mengenali wanita. Pesanan ini bukan sahaja utk kaum lelaki, utk p*nd*n pun boleh nyah.....

Sekian je lah. By the way, terjumpa blog/etry yg sgt berguna ni (KLIK). Nak share lah utk geng2 yg senasib dgn I. Ke I sorang jek yg bernasib mcm ni? Uhuk.. uhuk...

Mode : Updating Resume....

Tuesday, February 8, 2011

KEDAI ORIENTAL


Hari ni I baru nak tulis about kedai yg I dah pergi melawat n menyopping 2 minggu yg lepas. Haa... punya malas tak malas tuh... And biasalah, yg memberitahu dan mengguide tentulah Puan Master Kak Leeza. (Oh nak promote sikit Kak Leeza nih, sbb dia ni pemalu, tp byk ilmu .... hehehe jgn marah kak...)

So dah terteralah nama kedai tu Oriental. Kat sini mmg byk sgt lah brg keperluan dapur yg memenuhi selera tekak kami nih. Nak petai, rebung, betik muda, kacang panjang, kacang botor, carb stick, beras sushi, kayu penggulung sushi, nouri, dan segala benda yg asian byk lah ada kt sini. Lesung somtam pun ada...

Kedai ni terletak di lorong yg sama dgn kedai Siam, jalan depan sikit, jumpa masjid sebelah kiri anda, tengok lah sebelah kanan (masuk dlm sikit), di situlah ia... So kalau cari barang kt kedai Siam habis, lajaklah ke depan insya Allah dapat kt sini. Tapi klu x dapat, datanglah next week pulak... hehhehe.

Oh, sebenarnya masa kami naik bas ke Bahrain dulu, I dh nmpak kedai ni, sbb ia mmg bersebelahan jek dgn stesen bas tuh. Tapi mcm x hingin pun nk masuk. Tak sangka skrg nih ia bakal menjadi my favourite shop! So sekianlah review pasal kedai tuh, jom tengok apakah hasilnya lah pulak...

Yang ni I masak utk I punya lunch di kala encik Amet pi keja. Sebab dia x berapa favor masakan kukus n rebus nih. Biasala dia tu tekak Jawa, tau mintak gulai, sayuq lemak, sambal. I ni plak tekak antarabangsa, mcm2 bleh telan... heh heh heh...

Sekarang ni best sbb dh banyak sotong kecik, udang kecik kt market tuh. So tidak le I kegeli-gelian lagi nk makan seafood. Yg paling best, pak arab suka pilih yg besar2, so yg kecik2 depa xmau, mmg jadi hakmilik I le... Tengok, kan comel sotong kecik, campak jek sekor2, tak payah potong2 dah.... (bukan mcm malas ke bunyi tuh...)


Haa... ni banyak kt kedai Oriental tu. Dulu-dulu masa kecik, I ingat benda ni kulit rebung. Jenuh I dok pikir camana diorang buat bagi dia jadi panjang n liat camtu. Sampai dah besar, barulah tau... benda ni made from soybean. Bila soybean (n bahan2 lain) direbus utk buat tofu/tauhu, akan timbul satu selaput (protein) di bahagian atas. So selaput tu dicedok dan dikeringkan... jadilah benda ni yg biasa kita panggil foo chuk/fucuk atau tok nenek I pangil Tofu Skin.


Mcm biasa, gambar hiasan tukang pemakan. Klu perasan, ada special dish atas meja, sebelah pinggan Amet tu - sekeping pampers :)

Monday, February 7, 2011

EAT.PRAY.LOVE

Salam sayang kepada mak ayah, semua kaum keluarga dan sahabat-sahabat yg sentiasa bertanya keadaan kami di sini, due to current condition in Egypt (Mesir). Since last week, I banyak sgt dapat mesages n emails n even during chatings pun ramai yg bertanyakan tentang perkhabaran kami sekeluarga di sini. Thanks so-o-o much for the concerns. We really appreciate that.


Dengan ini, I would like to attach the map, so that kaum keluarga semua dapat mengagak n membayangkan kedudukan kami di Saudi dgn Egypt (Mesir). Kami dipisahkan dgn Laut Merah, and keluarga kami berada di Jubail (sebelah Timur).

Alhamdulillah... setakat ni kami sekeluarga dan semua kawan2 rakyat Malaysia yg berada di Saudi tidak terkena apa-apa tempias dari Mesir. Namun begitu, terdapat rakyat Malaysia dari Mesir yg telah dibawa utk berteduh sebentar di Saudi (Jeddah to be exact). Dan kami hanya mampu menghulurkan sedikit bantuan dan selebihnya berdoa agar semua urusan mereka dipermudahkan (kebanyakannya menunggu utk dibawa pulang ke Malaysia).

Memandangkan kedudukan Jeddah yg agak jauh dari Jubail, mostly bantuan dari sini adalah dgn menyalurkan bantuan kewangan kepada wakil rakyat Malaysia di Jeddah utk membeli barang2 keperluan kepada mangsa. Terutama bg kawan-kawan dari Mesir yg mempunyai keluarga n anak-anak kecil, keperluan spt susu dan pampers amatlah diperlukan.

Kebanyakan mangsa hanya datang sehelai sepinggang. Keperluan seperti pakaian, makanan, serta barang2 persendirian (berus gigi,ubat gigi, sabun, tuala wanita, dan lain2) sangat2 dikehendaki.

*Credit to Jumaanisa' yahoogroups for the updates.

** Kalau tengok betul2 map tu, Israel tu pun bukannya jauh sgt dari Saudi ni... so keep on praying agar kami semua dilindungi Allah dari sebarang malapetaka yg tidak disangka-sangka. Nauzubillaahiminzaalik...

Sunday, February 6, 2011

IT AIN'T EASY

If most of you think that my life is so happy being a housewife of an engineer who work in Saudi, (selalu klu cakap keja kt Saudi, most people will "wooaaa...mesti kaya gila..") please.... dont think so.

Yes, please dont think that we are very the kaya one, as we still have lots of hutang piutang back in Malaysia. PTPTN jek dah about RM30K (for both of us), not to mention others... phewww (berpeluh di musim sejuk).

And yes, please dont think that I am very happy, sangat bahagia, with the smiling-all-day-long-face everyday. Who said bila dah tak keja, tak tensen? Huuwaaa...!!!

Now that Amet is in very the busy phase,(I'm praying hard that this phase will end very soon) he works days n nights. Last week n this week, he comes home quite late, and looking like a crap. Kesiannya.... He has been complaining almost everyday to me that his job here is very-very the tiring one. Letih not just because keja banyak, but also orang tak cukup, and partner yg tak reti buat keja, and kerenah vendor and mcm2. Oh, he has to walk here n there too,(kereta x dibenarkan bawak masuk dalam plant, and waiting for internal bus takes ages) which jarak of one place to another is usually not less than 2km!
(To those yg teringin sangat nak datang mencari rezeki kt sini.... bukanlah I nak cakap x payah datang, but just be prepared - physically AND mentally).

And setiap kali dia lewat sampai rumah, I will be so worry that he might be kena tumbuk dgn pak arab due to her sharp tongue, or he might fall down fainted somewhere in the plant sbb terlalu keletihan or so. And setiap kali lepas solat Asar is the time for me to pray for my Amet to be safe and dipermudahkan segala urusan pekerjaan n mendapat rezeki yg diberkatiNya.
(Handphone pun tak bleh bawak masuk dalam plant due to safety issues...)

While for me pulak, I just feel like a mak datin now. No! It's not because I rasa perasan that we are so kaya like those dato's n datins. But you know... that kind of mak datin yg boringnya duduk kt rumah sebab dato'nya asyik keja keja keja, bisnes sana, bisnes sini, meetings and so. Yes, I mean that feeling of loneliness like mak datin. Sob sob....
(Or maybe, kalau nk kata I look like a maid pun boleh kot. Cuma maid ni lawa sikit and she wears Zara... keh keh keh)

I just can get the full version of Amet only during weekends. Kalau hari-hari keja, as soon as he reach home, the first thing first yg akan keluar dari mulut dia ialah sumpah seranah n keluhan of his job of the day. After dinner, he will be online as there're still countless of emails to be replied.
Kesiannya... I wish I could help him some other way, but I studied biology instead of IT. Sorry...

And Saudi is definitely too far different from Malaysia, which has too many public holidays (jeles!). Here, we only have cuti hari raya puasa, cuti hari raya haji n national day. Apart from that, they dont care about the kings' birthdays or not even celebrate hari Maulidur Rasul or Nuzul Quran. (Oh, do u all know that we dont even realized it was New Year on last 1.1.11??? Seriousss....)

So these days, I tried my best not to bother him with remeh temeh things like my finger luka kena screw-driver while fixing the water pipe by myself, or kakak lebam kena ketuk dgn adik pakai lampu torchlight and so. Except for groceries, yang ni jek I paling kesian sbb tepaksa jugak ajak dia.

Kadang2 ada jugak idea bernas dalam kepala I : Kalau I pakai serban lilit kt kepala, then drive the car by myself, pergi beli ikan, OK kot................. what do u think???

Friday, February 4, 2011

SELAMAT

Hari ni satu-satunya adik perempuan I, Kak Ngah telah pun selamat ditunangkan dgn tunangannya, Najib. I hanya mampu SMS n call n email to guide her, virtually. Memang tak berapa best lah sbb I jauh dari dia di hari-hari penting mcm ni. Tapi I mmg awal-awal sebelum datang sini dah pesan siap2 dalam hati dan kepala sendiri that I would not be able to attend every special occasions of adik-beradik dh lepas nih. So, macam tu lah. Terpaksa keraskan hati walaupun rasa sebak tu tetap ada... Huwaaaa!!!!! (p/s : ekskius mee.... bleh mtk gambaq dak cik adik...)

And sebelah malamnya, just right after majlis pertunangan kak ngah, ialah majlis akad nikah my cousin, Jen (Mohd. Rozailmee) pulak. Hmmm... bila tengok video dia kt fb, rasa pilunya tak dapat ada bersama on his big day. And for my family, kami sesama sepupu-sepapat ni mmg semuanya rapat-rapat mcm adik beradik sendiri. And Jen is one of my closest cousin, which I always treat him like my own brother (maksudnya : I bleh marah n hentam dia bila2 I suka hehe...)

Gambar x lawa, ambik dgn henfon ja..

So today, I make our favorite Som Tam (kerabu betik muda thai). Biasanya kalau I balik kampung n berbuka puasa kat rumah tok, Jen will be the tukang membeli somtam and dia akan beli byk2 as he knows I susah nk dapat ni kt KL. And both of us ialah org yg paling byk mkn :D

Dari kejauhan, I would like to wish...

>> Kak Ngah : Happy Bertunang, and semoga selamat ke pelamin (eh, pelamin x buat kan..:))

>> Jen : Dah selamat jadi laki orang.... jgn bangun lewat2 lg na... :)

Sob sob sob... :'(


*Ada org mintak resepi som tam, (utk "org tu" I tempek sini ye... hehehe...)

SOMTAM
Betik muda (diparut panjang2)
Carrot (diparut panjang2) *optional - x letak pun xpe.nk bg kaler je.
Kacang panjang
Gula kabung (palm sugar)
Udang kering
Bawang putih
Cili padi
Limau nipis
Nam pla (sos ikan/sotong)

Caranya : Tumbuk bwg putih+cili padi+udang kering. Masuk betik+ carrot+ gula kabung+ nam pla - tumbuk ringan2 je sambil gaul2. Perah jus limau. Serve dgn kacang panjang (and kobis klu suka). Ada org suka letak kcg tanah, tp I x suka. Sekian...

Tuesday, February 1, 2011

MESIR : READ (Think), SHARE, SPREAD

I just copy n paste from Kak Nik (thank you kak!). Anda juga digalakkan berbuat demikian.

Krisis darurat di mesir

Dear readers, just for sharing - seen on cable news..
-----------------------------

Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda.
Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa
yang berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook,twitter,blog, tumblr masing2.

Kalau boleh biar
satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan,maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi
ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh
Mesir.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi
rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia
kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.



2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar
Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita.

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian
kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:


Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter : DyyaDizarch
Blog : Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there. - Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook,twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar
Kita
2. What’s happening in Egypt
3. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
4. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir

Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.

Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. Sekian, entri khidmat masyarakat dari kami di JomPHP.