Monday, April 29, 2013

MUH.D NUAIM ILMAN

Hari Jumaat yg lalu, kami dikejutkan dengan berita kematian anak kepada salah seorang teman baik iaitu Elly dan Bang Chik.

Around 3.30 pm I received a call from Amet. Terus ja keluar dari mulut dia "Ibu, anak bang chik dah takdak... Nuaim, baby yg kecik tu dah takdak.."

Masya Allah... Allahu akbar.... tersentap jantung dan tersirap darah seluruh badan masa tu.
Berkali-kali I tanya semula pada Amet "Betoi ka abg? Betoi ka?"

Agak sukar utk percaya berita itu, walaupun I mmg percaya ajal itu adalah hak Allah.
Nuaim baru sahaja berusia 3 bulan. Baru sahaja kami visit dia semasa dalam pantang bulan January lepas. Tapi dia pilihan Allah untuk menjadi penghuni syurga. Alhamdulillah. Syukurlah Elly & Bang chik, sudah ada anak yg menanti di Jannah.

Amet cakap dia nak terus ke hospital tolong2 tengok apa yg patut. Lg pun mereka semua di Hospital Serdang, tak jauh sgt dari ofis dia.
Selesai post-mortem Amet bagitau, COD ialah pneumonia, bukan kerana tersedak susu kt nursery.
Alhamdulillah semua proses dipermudahkan untuk mereka, jenazah baby Nuaim selamat dikafankan dan bergerak pulang ke kampung di Perlis lebih kurang jam 8.00 malam itu.

Sebagai seorang ibu yang punya anak lebih kurang sebaya umur dengan anak2 mereka, I dapat merasakan betapa perit dan pedihnya untuk melepaskan anak kecil itu pergi. Mereka ada 3 orang anak, semuanya kurang setahun dari semua anak-anak kami. Kerana itu, jiwa keibuan I turut merasa kehilangan Nuaim, merasa bagaimana kosong dan sepi hati Elly.
Kepedihan yg bukan dibuat-buat, tetapi secara tiba-tiba menyerang dan membuatkan air mata I mengalir. Setiap kali memeluk Nana, I terbayang wajah Nuaim yg cheeky, dan suka tersenyum.

Kerana itu, walaupun banyak aktiviti menarik dan menggembirakan yg kami lakukan bersama anak-anak wekend yg lalu, jiwa keibuan ini menghalang tangan I daripada mem"publish" gambar2 dan cerita yg menggambarkan keseronokan dan kegembiraan kami. (Biasalah adat orang sekarang, pergi taman permainan nak tag location, pergi makan2 nak tag lagi, nak letak gambar...)

Tapi... mmg tak sampai hati rasanya di kala sahabat sedang bersedih di sana, tak mungkin untuk I pamerkan kegembiraan kami di sini. Tambah2 lagi kalau nk letak gambar anak2 I yg sedang bergelak ketawa. Sebagai menghormati perasaan dia yg juga seorang ibu, sebagai menjaga sensitivitinya yang baru kehilangan, I simpan semua excitement itu di dalam hati sahaja. Malah, kalau boleh mau saja I terperap di rumah n mengaji utk Nuaim dan berdoa utk kekuatan Elly & Bang chik. Tapi anak2 kami yg masih belum mengerti apa2 masih harus dilayan dan dihiburkan...

Begitulah kekuasaan Allah... Nuaim telah pun selamat ke sana, menjadi bidadari syurga...

***Rasa kecewa sikit bila ada yg tak sensitif langsung dengan perasaan ibu yang baru sahaja kehilangan anaknya... Mana mungkin dia tak bersedih dan tak menangis. Walau sekuat mana pun jiwanya, tangisan itu tanda rindu yang tak terkata pada si anak yg telah tiada di depan mata...

Wednesday, April 24, 2013

PEMBANTU ALA-ALA MAK JAH

Last weekend my parents in-law came and stay with us smpai yesterday. So they can see how our real-life is going on. I mean our life during working days. Hehehe... So my FIL was so-o-o worried. Hehehe... Dia risau tengok kami balik almost Maghrib. Yeah actually that day it was raining so i stuck sbb ada small banjir on the way...adehh... saja ja jem ni pun nk happen hari tu jugak! Hahaha

So my FIL pun bagi suggestion cari pembantu yg stay at our house. So that anak2 xde lah letih n penat balik rumah lewat2. And he was also risaukan I sbb dh balik lewat, nanti nk buat keja rumah lagi, nk jaga anak lagi. Hehehe.. so dalam lawak2 I cakap “Xpa ayah.. kami dh biasa mcm ni... setakat la ni boleh buat lagi...”

Yeahhhh... kalau ada pembantu yg ala-ala Mak Jah, Mak Leha and other mak-maks pembantu mcm drama kt tv tu, of course I pun nak sangat2!!! Very-very much wanted!!! Tapi... kalau nk serah anak-anak kecik ni kt tangan Indon yg I tak pernah kenal, and to leave them for the WHOLE day with just her alone... hmmmmm rasanya... berat jugak feeling nih... Kalau ikut penat, letih dan tak larat balik keja, mmg betul. Tapi bila fikir about the kids safety... rasanya video2 yg tersebar sebelum ni dh cukup bagi pengajaran for me...

So for the time being, what we can do is just continue our life as usual. And try to forget the exhaustedness. Balik rumah kalau larat, buat keja. Kalau letih sangat buat tak Nampak je. Esok lusa tulat tungging baru buat hehehe. Kalau tak pun nanti malam2 ada fairy dtg tolong buat settle semua hehehe... (Sebab fairy ni jenis tak tau tido malam :P)

Well, for those yg ada suitable candidates boleh introduce to me ye... Syarat2nya ialah makcik2, tapi masih larat utk jaga budak2 yg mcm spring ni (yg muda sikit pun boleh tp biasanya depa mmg pilih keja kilang kan..)... At least boleh masak untuk budak2, for me xpe I boleh tapau hehehe... Kain baju pun I boleh basuh sendiri. No worries makcik, after Zuzu & Yaya go to school, you can just golek2 dgn Nana and watch drama bersiri or telenovela. Very easy one...

Anybody nak apply? PM/Call/ Sms me :)

Thursday, April 11, 2013

ZUZU~YAYA~NANA

Dah lama rasanya tak cerita perkembangan 3 beradik Zuzu Yaya Nana ni kan. Sebenarnya setiap hari memang penuh gamat gegak gempita dengan gelagat depa nih.



ZUZU
Zuzu biasalah dgn style matured ala-ala orang dewasa dia. Mmg bossy gila dgn adik-adik especially dgn Yaya lah. Kalau time ok, elok ja main dua org tu. Tapi klu time salah sorang dh kehabisan battery iPod / henfon, haaaa... boleh tengoklah sesi wrestling wanita. Hahaha.

Lagi satu perangai terbaru dia sejak sekolah ni, kalau ada homework banyak mesti dia gabra. Klu dia tertido pastu teringat homewark tak siap, tengah2 malam boleh bangun menangis! Padahal ibu/ayah mmg dh tlong siapkan dah. Hahaha. Ya lah, kadang2 time byk sgt h/w mmg x sampai hati nak suruh dia siapkan semua... bukan dia tak tahu buat. Dia mmg sgt bijak. Tapi bila terlalu over-load, I mmg tak bagi dia buat. I selalu pegang pada prinsip “Bila badan cukup rehat, segar dan cergas barulah otak pun boleh belajar dgn baik.” Bukan hanya dgn belajar kuat/study hard saja boleh jadi pandai.

YAYA
Yaya masih lagi kekal manja dgn ibu. Kalau ibu lewat ambik, atau dia kena dihantar/dijemput dgn ayah pun dia dah bising. Mesti ungkit 2-3 hari kenapa ibu tak ambik dia. Hehehe. “Tesh” masih lagi menjadi pilihan. Walaupun dh x minum dlm botol. Tapi kdg2 mengada2 jgk nk pinjam botol air Nana. Pastu selalu perasan org selalu cakap dia cantik. Nenek cakap adik cantik la, teacher ckp adik cantik la. Hehehe. Siap ada sorang budak lelaki ni dia cerita suka sgt dkt dia. Selalu nk peluk dia, nak cubit pipi dia. Tapi adik x suka! So dia panggil budak tu “Syamil Boboy gile!!!!” Hahahahaha. Baru tadika dh ada admirer.

Dari segi persekolahan dah nampak byk peningkatan. Cuma satu style dia – dia tak suka orang ajar. Kecuali bila dia malas nak tulis, so dia akan suruh ibu pegang tangan dia dan tulis sama-sama. Tapi kalau mcm kita nak ajar spelling ke apa, x pyh lah. Mmg dia takmau! So yg mana dia ingat yg teacher baca kt sekolah, dia akan baca sendiri kt rumah. Duduk saja2 atas kerusi ke dlm kereta ke, klu dia rasa dia nk spelling dia akan buat. Tapi pantang dia – Jgn disuruh! Hahahaha mcm2 ada....

NANA
Nana the gedempol. Nana ni dh start berdiri since umur 9 bulan. Skrg dh masuk 11 bulan. Tapi berdiri saja. Tak berani melangkah. Ada la eksyen setapak dua. Pastu dia akan duduk sendiri. Kalau kita bawak tatih pun taknak. Malas nk angkat kaki gumok dia tu. Hahaha. Nana ni pulak, kecik2 dh pandai mengamuk kalau dia tak puas hati sesuatu perkara. Yang paling dia marah bila makanan yg dia tgh pegang terjatuh atau org ambik. Mmg siap hempas2 badan kt lantai. Hahaha sangat comel! Pastu pandai jugak menjerit bila nk marah kakak-kakak dia. Ni mesti byk belajar dgn Yaya la jerit2 nih... Yang penting, setiap hari mmg geram tengok Nana semakin montel. Nasik takdaklah byk sgt mkn. Tapi susu, biskut, roti, pasta mmg feveret dia. Pantang nampak org pegang makanan, meleleh dah air liur dia mintak belas kasihan orang. Hahaha.

Walaupun rutin harian I nampak sgt padat dan ketat, tapi Alhamdulillah masih lagi mampu meluangkan masa berkualiti dgn anak-anak kesayangan. Merekalah yang menghidupkan dan menceriakan rumah kami. Dengan bergaduh, menjerit, menangis, gelak dan ketawa.

Di kesempatan ini, I ingin mengucapkan terima kasih kepada Amet yg sgt byk membantu dalam menjaga anak2 dan kerja2 rumah... Dan memahami bahawa I memerlukan bantuan :)

Dan I percaya, mereka semua adalah rezeki dari Allah, janji dari Allah, maka I yakin, dia pasti akan sediakan jalan-Nya, utk kami berikan yang terbaik buat anak-anak kami. Amiiinnnn Ya Rabb...

Monday, April 8, 2013

SAYA MAHU JADI HAMBA YG BERSYUKUR. ALHAMDULILLAH...

I rasa tak sabar dan eksaited gila mahu menulis hari ni. Tapi kerja kt ofis pun baaaaanyak sangat!!! Haishhh… time kita eksaited ni lah semua benda nak urgent. So takpa, I dah buat semua benda urgent. Yang kurang urgent tunggu 5 minit ye hehehhe. I mahu lepas gian! Mahu menulis hahahaha!

Okeh, minggu lepas 1 minggu I demam. Phewww… seram sejuk peluh dahi peluh kening… Tidur jangan cakaplah. Eh bukan tidur tak nyenyak! I nih kalau demam, tidur bermimpi-mimpian hahaha.

Okeh. Lepas habis demam I terkena simptom jiwa kacau. I asyik rasa emo tak menentu. Tengah2 drive dengar geng Hotfm buat lawak, I nangis. Hahahahaha. Nangis air mata berjurai-jurai. Sampai opis kena make-up semula. Hahaha.

So I keep on berdoa dan berdoa. Actually I takut terkena sakit mistik atau apa. Maklumlah I kan wanita melayu terakhir dengan ciri-ciri asli kewanitaan. Takut pulak kot ada yang kuidam-idam tak dapat. Eh terover pulak. Hahaha. Sekian tamat kisah demam di situ ya.

Okeh. Baiklah sebenarnya I nak cerita pasal rezeki yang tak disangka-sangka. Kisahnya bermula begini…. Beberapa minggu yang lalu, I telah diuji seorang customer yang agak fussy (nih customer biz I ye, bukan customer kt opis). Tapi untuk menjadi businesswoman berjaya, I sentiasa cuba bersabar dgn pelbagai kerenah dan ragam. Sabar…sabar… Tapi maaflah dalam hati I tetap menyumpah jugak la.. Alahhh I pun manusia biasa, bukan alim sangat pun. Jauh sekali nk tahap angle.

Dipendekkan cerita, bagus pulak customer nih. Walaupun dia agak macam2 tapi order bukan main banyak. Hahahaha. Alhamdulilah. Tapi malangnya, sebab sudah di penghujung kempen maka most of the item dah out of stock. So I saja lah syok2 mengadu manja kt Amet, just told him yang I nak drop order orang tu sbb dah takde tempat nak cari stok. Siap calling2 sampai stokis kt utara u alls! See baguih tak I nak memenuhi impian semua customer yg tersayang?

Tetiba Amet bagitau dia ada kawan buat Tupperware ni jugak, agak besar-besaran. So dia cakap jgn drop dulu order tu. Biar dia contact kawan dia ni dulu. At first I mcm refuse. Berlagak bodoh sombong kata orang. Hahahaha.

Dipendekkan cerita, kawan Amet ni ada SEMUA stok yg I nak tu!!!! Wahhh!!! Hebat.. hebat!!! So I have a feeling, orang ni mesti hebat gila. Hahahaha. Mesti aku boleh mempergunakan dia hahahahhahaa

So malam tu kami pergi rumah mereka, Cipul & Azi utk ambik stok. Nahhhhhh…. Mmg rumah dia tahap kena duduk bersandar kat stok! Dah takde dinding! Hahahahha. Best best best!!!

So lepas ambik tu, the next day tetiba ada orang order lagi. So I contact Cipul utk ambik stok lagi. Pastu ada order lagi. Semua ni pulak style order barang yang dah lama yg dah out of campaign. Tapi dgn Cipul & Azi takde masalah. Cakap jek nak stok zaman bila. Nak yang zaman Tok kaduk, tok naduoq, tok tina aluih semua ada hahahaha. Dan mereka juga offer me to get sny stock at any time. Yang penting kata mereka, I nampak sangat minat utk berniaga. Yeayyyyy!!! Saya sangat happy!!!!

Alhamdulillah, bila stok banyak, rezeki pun datang mencurah-curah. memang tak sangka. Syukur sangat2 sampai tahap nak menangis. I sangat eksaited dan teruja untuk berniaga sekarang! Syiokkk!!!

Begitulah namanya kalau Allah nak bagi rezeki… Alhamdulillah… kita sebagai hamba hanya perlu terus bersyukur…

Apa yg I nak relatekan di sini ialah… kadang2 Allah datangkan ujian terlebih dahulu kepada kita. Just to see how we handle it, untuk kita gunakan segala kebijaksaan, kesabaran dan kekuatan yg ada. Tapi kalau kita putus asa… maybe we gain nothing. So mcm situasi I ni lah. Let say hari tu I dah fed up dan frust dah malas nk layan customer tu. I bukan sahaja x dapat sale. Tapi tak dapat peluang berkenalan dgn Cipul & Azi yg sangat2 hebat ni jugak. Maka jauh lagi lah impian nak jadi peniagawati yg hebat. Ohhh… bila dah setel dan renung balik semua ni, baru I dapat lihat hikmahNya… betapa besar nikmat Allah yg tersembunyi kan…


Reminder to myself : Jangan cepat fed-up dan give-up dan malas nk layan orang. Setiap susah payah itu pasti membawa hikmah!!!

Dan I jugak percaya, bila dia bagi sesuatu yang I rasa I tak mampu nak buat, tapi Dia Yang Maha Mengetahui knows that I can do it. So, should I just believe on my self-ability, or lebih percayakan kepada Allah yg telah menciptakan saya sebagai hambaNya?

Kini, masalah stok tiada lagi… Boleh lah intai-intai di Tupperware Aryana :D


Alhamdulillah. Saya bersyukur atas segala bentuk rezeki yg Engkau kurniakan.

Friday, April 5, 2013

RASA TAK TAU RASA APA

I sendiri tak tau nk cakap, tapi sejak demam teruk weekend lepas, I feel mcm ada yg tak kena.. Isk susah la nk cakap. So tak payah cakap lah!


I’ll write again when this feeling gone. Please don’t stay too long inside my body.

Tuesday, April 2, 2013

DAMN!

Entry pendek je ni. Nak luah perasaan geram bila masih ada orang yg tak pandai nak manage communication. Simple. Contoh aku hantar email dgn ayat lawak bodoh sikit, ada smiley sikit, tetapi masih berunsurkan kerja. Just nk tnya soalan dgn kau SAHAJA. Jadi jika kau nak reply, tak perlulah reply sambil CC semua bosses dgn email kelakar aku kt bawah tadi. Just delete the lawak & smiley. Aku tak akan marah jika lawak & smiley itu dibuang. Simple kan? Damn!


Actually bukan lah lawak mana sgt pun, tetapi contoh jika ayat seperti ini "Sorry for asking too many silly questions, but please bear with me, I’m still learning :p" dihantar/difwd/direply kepada RAMAI orang termasuk senior managers dan customer (orang luar).... sound not very sounds isn't it???

Its damn f***ing s**ttttt lah oiii!!!!!!!!

So today muka aku tebal. Lantak. Baik aku bersiap2 utk iklan Tupperware.

p/s : Entry Kidzania tu still x boleh edit (ni pun nk kena maki ke?). Balik nanti I try godek2 guna laptop perkasa kt rumah. Sekian.

Monday, April 1, 2013

CUTI-CUTI KIDZANIA

Semalam kami semua telah bercuti. Kami mmg telah plan to apply a day leave. Zuzu n Yaya pulak ponteng sekolah. Hahahaha. Gembiranya! Hahahaha. Aryana sorang jek yg rilek x perlu fikir pasal cuti-cuti bagai.
Kami bercuti kerana ada tujuan n hasrat yg telah sekian lama dipendam. Tujuan kami ialah hendak pergi ke Kidzania. Hahaha.

Zuzu n Yaya dah lama meminta utk ke Kidzania. Tetapi ibu n ayah menyuruh mereka menabung dahulu. Kami cakap kami tidak ada duit sebab tiket ke sana sangat mahal. Jadi sesiapa yg hendak pergi hendaklah menyimpan duit dan tidak boleh membazir membeli coklat, keropok atau aiskrim petang2. (Tetapi sebenarnya petang2 mereka pau ibu ke kedai, dan balik rumah mintak duit ayah utk menabung. Mereka ialah kanak2 yg sangat bijak.) Jadi,beberapa hari lepas ayah mengira duit mereka sudah cukup iaitu sebanyak RM67 seorang.

Sampai di Kidzania kami membeli tiket di kaunter ala-ala tiket flight Air-Asia.

Harga tiket adalah seperti berikut :

Kanak-kanak : RM 60/person
Dewasa : RM35/person
Bayi 2 tahun ke bawah : Percuma


At the ticket counter. We asked them to go by themselves hehehe
Ohhh!!! Lupa nk cakap mengapa kami mengambil cuti pada tengah2 minggu dan tidak pergi saja pada hari weekend atau musim cuti sekolah? Ini kerana kami tidak mahu pada masa orang yg terlalu ramai kerana dengan itu kami tidak dapat enjoy sepenuh hati. Jadi kami pilih hari bekerja di mana kami jangkakan tidak ada org yg datang dan hanya keluarga kami sahaja yg akan bermaharajalela di situ. Kami adalah sangat tamak.

Sebaliknya jangkaan kami meleset. Terdapat beberapa romboongan kecil budak2 sekolah dan tadika pada hari itu. Dan juga ramai keluarga lain juga. Tapi tidaklah terlalu sesak dan kami dapat mencuba hampir kesemua jenis pekerjaan. Cuma ada beberapa pekerjaan yg tidak sempat dicuba kerana kami sampai di sana agak lewat iaitu almost jam 1 tgh hari kerana ada beberapa orang ahli rumah yg bangun lewat. Gggrrr!!!


Kerja di kilang farmaseutikal macam ibu yeayyyyy!!!! Belajar buat vitamin and dapat gaji + sebotol vitamin percuma!


Kerja kilang Vitagen. Dapat sebotol vitagen yg "dibuat sendiri". Tapi yg ni tak dapat gaji :)



Dengar taklimat dan cara pengurusan gigi sebelum boleh jadi dentist yg berjaya :)


Attending cooking school to be a great chef


Kejap. Belum habis cerita lagi. Terpaksa publish sbb x bleh save plak blogger ni huhuhu.