Wednesday, April 25, 2012

PABILA ORANG MULA BERTANYA....

Baru ja balik dari ambik kakak sekolah. Oh, kat sini kakak sekolah sesi petang sbb yg sesi pagi punya dah full. So dia akan masuk pukul 12 tgh hari and balik pukul 4 petang.

Ha kenapa I eksaited sangat lepas balik sekolah nak terus updet blog? Sebab tadi masa jumpa teacher kakak, dia tanya "Eh, bila u due ni? Nampak perut mcm dah turun sangat dah..."

Hohohohoho.... sebenarnya since 2 minggu lepas lagi adalah kot dekat 5-6 org tanya I soalan mcm tu. And ayat "perut dah turun" tu mmg dah kerap sangat dengar. Even strangers kat kedai runcit pun boleh tanya. Makcik kedai nasik lemak pun tanya. Hahahaha...

Betul tu memang betul... I sendiri pun bila tengok cermin rasa mcm perut ni mcm dah terllalu ke bawah. Rasa macam nak luruh pun ada...

Seriously lah kali ni pregnant mmg tak larat betul. Nak buat apa semua rasa letih n penat. Compare dgn zaman pregnant Zuzu & Yaya dulu walaupun mabuk2 n muntah2, tapi bila time sihat, cargas melompat sana sini. Kali ni mmg rasa habis kederat betul la... tambah2 lagi time nk berkemas barang2 rumah hari tu. Phewwww.... (ini pun banyak lagi yg tak habis kemas sebenarnya!)

Ok, satu lagi, bila semalam sebelum bertolak balik, my MIL tanya "Beg barang2 nak ke hospital dh siap ke belum? Dah boleh siap2 dah tu....."

Haaaa... apabila orang mula bertanya soalan2 mcm tu, maksudnya orang2 sekeliling dah mula 'nampak' ciri-ciri dan tanda-tanda I nak bersalin. Waaahhhhh eksaited!!!

Okay... eksaited, eksaited jugak. Tapi beg hospital mmg langsung tak sedia lagi (beg pun atas almari lagi!). Bantal n tilam baby pun baru gi tempah last week (harap2 sempat la siap...).

Then hari ni perut mula buat rasa senak2, then kaki ni mmg bengkak melampau-lampau, then tengok kat ticker tu tinggal lagi 27 days to EDD, then teringat pulak kt cousin I yg dah selamat bersalin awal bulan April hari tu walaupun EDD kitorang sebenarnya lebih kurang! Barulah terdetik di hati, sepatutnya I pun dh mula buat persediaan utk sebarang kemungkinan.

Baiklah, sekarang nak mula google list untuk barang2 yg perlu dibawak ke hospital... walaupun ni kali ke-3 tapi makcik dah lupa la sbb dah 4 tahun x beranak hohohoho :D

EXCITED & HAPPY vs TAKUT & RISAU

Well, today I've reached 36 weeks of my pregnancy. And IF i am in labor at anytime from today, the baby will be considred as full-term baby. Meaning dia dah cukup bersedia untuk memulakan kehidupan sendiri di luar rahim ibu, Insya Allah.....

So now, mcm2 perasaan pulak ada dalam hati I nih. Rasa berdebar2 ada, rasa takut ada, rasa eksaited pun ada.

Yang tak berapa bestnya, sebab dalam 2 hari ni Amet tak ada kat rumah sebab dia balik kampung utk setelkan few things yg agak urgent. Walaupun masa dia nak bertolak siang tadi, I takde la rasa berat hati, plus redha n mendoakan je semuanya selamat. Tapi bila tiba suasana malam, rasa mcm gerun jugak sbb takut kot2 betul2 nak terberanak.

Biasanya I ni ok je kalau kena tinggal sorang (dgn anak2). Tapi malam ni rasa kurang konfiden sebab dah full term satu hal, pastu perut ni plak asyik la rasa mcm senak, mcm lenguh, mcm period pain. Tapi berdasarkan pengalaman, kalau betul2 nk terkeluar dah baby tu haruslah rasa contraction yg consistent kan. So, pandai2 sendiri I assume this is just the Braxton Hicks or false alarm je lah. Kadang2 sendiri konpius, nih rasa sakit perut nak gi toilet ke... nak gi labour room? Hahahha.....

Apa2 pun siang tadi Umie (my SIL) ada datang rumah and dia dah pesan if ada rasa apa2 yg memusykilkan silalah contact dia dgn segera. Okay, tenkiu very much Umie.

Hmmm lagi satu benda yg buat I selalu risau ialah bila fikir urusan Zuzu & Yaya setelah ibu bersalin nanti. Terjagakah mereka anak-anakku??? Selalu sangat fikir pasal 2 org kakak ni.... takut plak if tak terjaga makan minum depa nanti. Kalau dulu2 masa bersalin si Yaya, ada Zuzu sorang jek. Still la boleh control. Ni ada 2 anak yg masih memerlukan perhatian, plus nk tengok baby lagi..... Risau...risau.... Bukannya taknak mintak bantuan sesapa, tapi kedua-dua maktok dah semakin berumur, dah semakin tak larat, kalau boleh taknak lah rely on mereka sepenuhnya kali ni. Apa pun, I hanya mampu berdoa, harap2 Allah membantu dan mempermudahkan semua urusan untuk kami, Amiinnnn.....

Okeh, dah masuk Subuh ni. Tadi sakit pinggang takleh tido. Bangun duduk tak kena, mengiring tak kena, last2 terupdet lah blog ni hehehe.... now nak solat and try tido semula.... bye!

Tuesday, April 24, 2012

NISRIIN SUFIAH


Eh, ni bukan baby I lagi tau!



Nama budak super gemok ni ialah NISRIIN SUFIAH.

Dia adalah baby Angah (my sister) born on 7/3/2012 yg lalu.
Dia ialah sangat gemok, dan sangat tak larat nak mengangkatnya sehingga nak cari babysitter pun susah sbb org tak larat nk memegangnya.
Mukanya adalah mcm Oshin sbb dulu maknya selalu kena kerja kt Korea hahahaha....
Sekian. Welcome to the world Nisrrin (oh, i'm sorry sbb publish muka kamu setelah habis pantang dah.....)

*Mode : Tengah pulun nk update mcm2 cerita yg masih ada dlm kepala....

MUMTAZ NAAN @MOHSIN, TTDI

Roti ni namanya Mumtaz Naan dan specially available kat Restoran Mohsin, TTDI. Dalam minggu lepas (tak ingat dh hari apa), tengah2 malam buta tetba kami kelaparan dan Amet suggest pi makan kat Mohsin sambil mengimbas kembali kenangan lalu. Mohsin ni kira antara tempat makan feveret la sejak zaman berchenta dulu :)

Mumtaz Naan ni sgt lah lemak berkrim sebab dia tabur dgn few types of cheesessss...... and parutan carrot + tomato + mayonis. Hmmmmmmmm...... kalau bagi 3 bjik pun takdak masalah nk habiskan!

So sesiapa yg kelaparan dan xdak idea nk makan kt mana, boleh lah gi try situ. Restoran ni terletak kt shoplots yg sebelah bangunan Vads tu, yg ada Pizza Hut, Maxis etc tu. Menu lain biasa lah mcm restoren2 mamak yg lain... 

opppsss sebelum terlupa, dia punya stesen naan ni hanya dibuka pada waktu malam sahaja. Kalau berangan gi nk breakfast mmg tak dapat ye... roti canai boleh la...


PAINTING THE PINKY GIRLS ROOM


Okay.... aktiviti terkini sejak 2 hari lepas ialah painting bilik Zuzu & Yaya. Since sebelum balik dari Saudi lagi, depa dah pesan nak balik cat bilik kaler pink. So gagahkan la jugak sapu cat....

Walaupun ayah yg buat kebanyakan kerja mengecat, tapi ibu as the art director still kena campur tangan pegang berus jugak sebab tang part yg memerlukan sentuhan kelembutan dan berseni, ayah mmg fail!!! Hahahaha..... So dengan perut boyot hampir tersangkut tin cat, ibu tak ketinggalan menyumbangkan tenaga....

And hasilnya..... bilik pinky pinky kakak & adik...... taadaaa.....

Boleh la kan... hasil keja tangan ibu & ayah yg tak berapa pro...

Selain tu, bilik baby pun disiapkan jugak serba sedikit. Walaupun bukanlah si baby tu nanti nak kena tidur sesorang, tapi still nak sediakan jugak susun atur supaya senang ibu nak uruskan masa berpantang nanti. Taklah kelam kabut cari mana stokin, mana selimut, mana pampers.... 

Hari tu masa jalan2 kat IKEA ternampak design kt bawah ni yg simple tapi praktikal. So verangan la nk buat gini....


Tapi last2 takdakla dapat sebijik rupa camni. Setakat ambik idea je, kalau nak ikut design tu kan nk kena membeli semua perabot mcm tu, habisla kopak poket ayah yg menganggur tu hahahaha.... So dapat lebih kurang je la (setelah berjaya membodek sebijik drawer cabinet -- tenkiu ayah!)

** gambar bilik baby hilang pulak xleh nk upload & malas nk snap gambar baru **

Okeh sekian utk hari ni. Nanti cerita lagi....  (terasa lemau dgn gaya penulisan sejak balik sini huhuhhu)



Saturday, April 21, 2012

ZUZU & YAYA

First of all mestilah cerita bout the kiddos. Sebab semestinya yg banyak ragam ialah budak 2 orang ni lah. They look so happy since sampai Malaysia nih. Mmg terasa sangat both of them rindukan freedom kat sini.

Kakak dah pun pergi school. Mula2 masa kt kampung dulu dh masukkan dia ke PASTI. Tapi bila dh settle dow kt Sg. Buloh ni, the PASTI location mcm tak berapa sesuai pulak dgn route ibu n ayah nak gi keje (ceewahhh... mcm la dh start keje. Hahaha... ni route agak2 je la kan...)

So we decided to change her to a montessory nearby the house. Senang sikit lah nk hnatar and fetch her. Itupun after dh research few places lah. And we found this one is the best among all yg ada kat sekitar ni. Ada yg claim "Tadika Islamic" tapi keadaan kt dalam tu Masya Allah...... belengas mcm... isk taktau nk cakaplah! Tapi mmg seriusly tak lalu lah nk tinggal anak kt situ.... :(

Ada yg lawa merelit merelap tapi takde langsung student Melayu. Okay... so yg mcm ni pun cancel awal2 sebab mmg was-was bab pemakanan dia ye.....

Being in this area, we as the parents mmg kena research and act lebih sikitlah. Mmg lah bukan nk halang anak2 bercampur gaul and mix dgn bangsa lain. Tapi still, tunggak dan asas sebagai seorang Muslim harus ditanam dgn kukuhnya supaya diorang tak terkeliru mahupun tersalah jalan.... Insya Allah...

So now, montessory kakak tu mmg boleh dikatakan as "sekolah sekular" lah. Tapi still ada penddikan KAFA 2 kali seminggu (while non-muslim student will have their Penddikan Moral class). So malam2, ayah or ibu kena buat kelas Iqra' sendiri kat rumah. ( Thanks to Ummie yg dh belikan set Iqra' utk kakak :)


As on Yaya pulak, her vocab mcm tetiba saja boost up. Tetiba bila balik sini, her vocab develop rapidly. Magic! Bercakap pulak baaanyak gila! Mcm2 dia nak cerita, nak bertanya. Alhamdulillah.... 

Tapi dia punya perangai manja terlampau, nak attach 24 jam dgn ibu still tak hilang2 lagi... Walaupun kdg2 I try to ignore her, or marah her, tapi dia still wants everything to be done by ibu n only ibu! Gggrrrr!!!!

Ada jugak la kdg2 curi2 keluar tinggal dia dgn ayah (especially bila i nak kena gi check-up or so). Tapi bila I sampai balik rumah jek, kemain dia terkam mcm 3 bulan tak jumpa! Huhuhu Yaya...Yaya.. xtaulah sampai bila nk perangai budak kecik mcm ni.

Bila kita tanya dia bout going to school, mcm2 lah alasan dia bagi. "Adik kecik lagi la..." or "Adik tak panjang lagi..." Huhuhu... tapi setiap kali nk hntar kakak to school, dialah org yg paling sibuk nak ikut! Tapi ikut hantar je la....

So lebih kurang mcm tu lah keadaan terkini si 2 beradik ni... So far so good and they really enjoy their sweet momentos here... :)

Thursday, April 19, 2012

ENTRI PEMBUKAAN

Assalamualaikum semua....

Hehehe tau dah... ramai dah yg complaint blog ni ada tuan lagi ke tak? besawang berhabuk fuhhh fuhhhh...

OK, ini lah dia entri pembukaan rasmi yg ditunggu2...ceewwaahhhh...live from Malaysia gitu...hahhaahaha. Jangan marah ye kawan2 sekalian. Kesian tau I baru dapat internet 2 hari lepas.

Selama ni kalau nampak I tenggelam timbul online kt FB tu ialah hanya guna mobile internet servis yg kadang2 ada line, kadang2 buat bankrap je... so that's why lah kdg2 u all nampak I buat status update bagai, pastu dh reply2 dah smpai ke sudah... sorry lah bebanyak...

OK sebagai entri pembukaan n permulaan ni I taknak bercakap panjang. Just nak update n bagitau yg kami semua dh selamat sampai ke Malaysia lebih kurang sebulan yg lalu. And now tengah settle down kt our home sweet home at Sg. BUloh (sila..sila... jemput ke rumah ye semua...). Tapi still baaaaaaaaaaaanyyyaaaaaaaakkkk gila lagi barang dlm rumah ni yg tak kemas, yg tak settle.

And as for me pulak dgn perut dh masuk 8 bulan, membesar bagaikan belon udara panas ni, memang agak sukar lah nak mngemas dgn jayanya. So buat sikit2 ala kadar dgn bantuan encik Amet n Zuzu & Yaya...

So itu sajalah dulu buat "panas enjin" blog ni... insya Allah I akan cuba sedaya upaya menaip update setiap hari (waaahhhhh janji penuh semangat!). Actually mmg byk cerita nk sumbat kt sini, mmg rasa eksaited gila nak cerita, tapi part nk on laptop tu ada malas sikit daa.....

ok lah no. Salam sayang rindu windu ku pada semua....... :D