Wednesday, April 22, 2020

GRAF LAPORAN KES HARIAN COVID-19 NEGERI SELANGOR


Hari ni sengaja saya dan Zuzu kumpul semula data kes harian Covid-19 bagi negeri Selangor, bermula dari 1 April 200 hingga ke hari ini, 21 April 2020.

Seperti yang tertera, kelihatannya graf sudah semakin menurun sejak minggu lepas.

Cuma semalam, ada naik pulak sikit. Mungkin ada punca dari kluster lain-lain yang masih dalam siasatan.

PERSIAPAN RAMADHAN 2020 DALAM SUASANA PKP

Sedihnya ya bila dikenang-kenang yang kita akan menyambut Ramadhan tahun ini dalam suasana yang amat jauhhhh berbeza dari kebiasaan kita selama ini..

✅Tiada Bazar Ramadhan
✅Tiada Solat Terawikh di surau dan masjid-masjid
✅Tidak boleh berbuka puasa beramai-ramai (Iftar Jama'ie)
✅Tak dibenarkan balik kampung untuk berpuasa bersama keluarga

Dan pelbagai peraturan PKP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia demi kebaikan dan kesejahteraan semua rakyatnya. #kitajagakita

Nampaknya Ramadhan kali ini mungkin akan nampak kurang meriah dari sebelum-sebelum ini. Dari pandangan mata kasar kita, ya itulah nampaknya.

Namun, kita sentiasa perlu ingat...Apa yang Allah susun itulah yang paling cantik dan elok untuk kita semua. Allah sayang kita. Allah Ar-Rahman Ar-Rahim Yang Maha Penyayang Maha Belas-Kasihan.

Mungkin dengan cara begini, kita tak sibuk keluar ke sana ke sini nak beli barang sesuka hati sampaikan membazir masa dari beribadah.

Mungkin masa yang kita terkurung begini dalam bulan yang mulia ini, masa yang sangatttt Allah nantikan untuk kita semakin dekat dan rapat denganNYA. Masa ini yang kita perlu manfaatkan untuk ganti semula masa-masa yang telah kita bazirkan untuk perbuatan lagha kita selama ini...

Dalam membuat persiapan Ramadhan dalam musim PKP ni, kita siap sediakan barang keperluan sebaik-baiknya. Cukup, tapi bukan membazir.

Insya Allah, mungkin tahun ini, Allah mahukan kita berpuasa yang sebenar-benar PUASA.
Puasa menahan lapar dahaga. Dan paling UTAMA, PUASA MENAHAN NAFSU TAMAK HALOBA.

Tahun ini, Allah nak kita berpuasa dalam penuh SEDERHANA.

Itu yang Dia sedang aturkan. Kehidupan kita sudah jauh selama ini. Bila masuk Ramadhan, kita sibuk nak shopping. Beli itu ini, beli baju raya, tudung raya, kasut raya. Beli kuih muih membuak-buak di Bazar Ramadhan sampai membazir. Kejinya hidup kita selama ini.... 😓

Dia mahu kita balik pada asal. Pada hikmah fitrah Ramadhan itu diwujudkan --- bersederhana & bersabar.

Insya Allah...

Saturday, April 18, 2020

HARI KE-32 MALAYSIA PKP (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN)

Macam tak percaya kita dah berjaya melepas sebulan duduk diam-diam dalam rumah.

OK, duduk tak diam. Hahahaha

For me, tak adalah rasa macam nak tertekan sangat dah. Kalau awal-awal dulu, ya jugak. Maybe sebab tak biasa lagi masa tu. Jadi ovrthinking, jadi kalut, jadi kecemaih orang perlih kata.

Sekarang now alhamdulillah... Dah dapat membiasakan diri dengan "New Normal" ni 😊


Nana makes Batik painting.

Anak-anak pun alhamdulillah lah sangat, setakat ni tak ada nak merungut atau mengamuk nak keluar ke apa. Kalau ibu nak keluar gi kedai, they just wish me "stay safe" and so. And just kirim whatever they want (which always be a lot) hahaha.

Dan selain aktiviti homeschool, depa jugak sibuk join kerja-kerja memasak kat dapur. 

Hari ni kami buat karipap. Mula-mula ibu is tak bagi. Sebab biasalah perangai ibu suka buat kerja diam-diam, sunyi-sunyi, kemas-kemas, bersih-bersih...

Tapi lepas tu sorang demi sorang masuk dapur mintak nak "help". Haaaa bila ada benda yg doh-doh ni depa mmg sukalah sangat.


Karipap kentang daging in the making. Inti tu kentang dia besaq gedabak dipotong oleh Yaya.


 Bolehlah ada rupa karipap kannnn....Hahaha. Ibu is redha. Harap-harap lama-lama nanti pandailah semua anak dara ibu kelim karipap.


Karipap pusing yg sangat crispy. Lupa pulak nak snap rupa dia yg dah siap goreng. Sebab sambil goreng sambil ngap! 😆

Till then, selamat meneruskan PKP semua!

Thursday, April 16, 2020

CATATAN SEJARAH COVID-19 TAHUN 2020

Catatan Sejarah utk dikenang suatu ketika nanti
Tajuk: COVID-19 @ Virus CORONA
Peristiwa ini akan terpahat sebagai sejarah penting negara. Hari ini 15 April, sejarah besar dalam bidang pendidikan.. 
🇲🇾 Peperiksaan UPSR dibatalkan
🇲🇾 PT3 dibatalkan
🇲🇾 SPM dan STPM ditangguhkan sehingga Mac 2021
Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind. Jika panjang umur, kita akan membaca, mengingati dan mengimbau kejadian ini, walaupun ia bukanlah kenangan manis untuk kita kenang. 😭
18 MAC - 31 MAC 2020 : Fasa 1
01 APR - 14 APR2020 : Fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 : Fasa 3
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾
Dan juga negara lain
📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Anak- anak mula rindu akan sekolah.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. 
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta 
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup. Tiruppati, Mekkah, Vatican city ditutup pintu sepenuhnya.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

Wednesday, April 15, 2020

HARI KE-29 MALAYSIA PKP (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN)

Hari ini betul-betul mencatatkan sejarah.

Pada awalnya saya mendapat tahu tentang Sidang Media Khas Menteri Kanan Pendidikan Malaysia akan diadakan pada pukul 4 petang hari ini. Maka saya get ready awal-awal terpacak depan TV menunggu siaran ni.




Semestinya pengumuman tentang persekolahan anak-anak ni adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh kebanyakan ibu bapa.

Walau pada hakikatnya dalam hati macam dah dapat rasa dan ada instinct yang sekolah pastinya tak akan dibukak terlalu cepat sebab bahaya ancaman kesihatan pada anak-anak terlalu tinggi dan berisiko.

Alhamdulillah sebagaimana dijangka, Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan SEKOLAH TAK AKAN DIBUKA LAGI buat masa ni. Dan hanya akan dibuka bagi pelajar Tingkatan 6 dan mungkin Tingkatan 5 dahulu bagi memberi ruang untuk jarak sosial sesama pelajar. Itupun belum ditentukan lagi bila nak bukaknya.

Ibu ni bukanlah happy sangat anak-anak tak pi sekolah. Serabut jugak depa duduk di rumah hahaha.

Tapi risau pada kesihatan depa melebihi segala-galanya. Biarlah rumah kita bersepah sikit asalkan anak-anak terjaga dan tak berisiko.


Yang paling sejarahnya ialah, untuk Yaya, Peperiksaan UPSR 2020 ni telah dibatalkan.

Ohhhh...Sayangnyaaaaa. Sedih jugak ibu dengar berita ni. Rasa nak nagis pun ada. Bukan apa, terkenang-kenang kita dok berusaha dari awal tahun hari tu. Pergi tuisyen, buat study group, kelas tambahan everything. Nampak ada harapan dah pada mata dia bersedia untuk ambik UPSR.

Ya lah, UPSR ni kira pengalaman pertama nak duduk dewan exam tau. Mestilah excited kan.

Tapi apa pun demi kesihatan, kita terpaksa berkorban..


Walau bagaimanapun, peperiksaan bagi menggantikan UPSR tetap akan dibuat. Macamana caranya wallahu'alam... MAsih dalam perbincangan KPM.

Mungkin exam macam exam akhir tahun. Atau kalau wabak Covid19 ni masih berleluasa, kemungkinan exam secara online akan dibuat.

Namun, menurut KPM pembatalan UPSR ni tak akan menjejaskan kemasukan murid ke Tingkatan 1 tahun 2021 nanti. Segala tugasan yang diberi semasa PKP ni juga akan diberi penilaian oleh guru-guru.



Tuesday, April 14, 2020

HARI KE-23 MALAYSIA PKP (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN)

Beberapa hari lepas kan kami ada buat Cinnamon Roll. Memandangkan masa tu amet ada kat rumah, maka dia telah menyaksikan betapa berpeluh dan bertungkus-lumusnya saya dan anak-anak menguli tepung untuk nak hasilkan roti yg gebu.

Maka beliau telah mengeluarkan arahan rasmi untuk membeli BREAD MAKER! Yeayyyyyy!!!

Bukan sahaja arahan, malah siap dipaksa-paksa lagi uuntuk place order time-time yg kita tengah dok kalut masak tu jugak. Haihhhh.

Maka saya lantas membuka Lazada dan memilih sebuah bread maker. Macam biasa pilihan saya pastilah bermula dengan yang paling murah, berserta dengan good reviewlah of course.

Dalam sekelip mata, saya telah memilih Khind BM750 ni sebab murah + banyak good review + kaler dia PINK! Bolehlah matching-matching dengan FOOD PROCESSOR (klik) saya ni. Hahahaha.


Cara nak guna dia pun senang dan simple. Lagipun diorang ada siap bekalkan buku resipi sekali dalam tu. Masuk sekaligus semua bahan, insya Allah mudah.

Untuk first time guna ni saya pilih untuk buat Chocolate Swirl Bread. Saya pakai setting 'soft bread' dalam preset menu dia tu.

Khind BM750 ni akan ada bunyi beep sebanyak 2 kali.

Beep pertama = kalau nak tambah apa-apa bahan lain. Contoh mcm kismis ke, kekacang ke, coklat dan sebagainya.

Beep kedua = masa untuk kita keluarkan doh dan buat bentuk. Contoh kalau nak buat sosej roll ke, nak buat roti bentuk bunga ke, nak buat bun kecik-kecik ke gitu.


Masa ni beep kedua, so saya keluarkan untuk sapu chocolate filling dalam doh tu. Lepas tu gulung-gulung pusing-pusing putar belit campaklah balik dalam BM tu. Ni sebab saya nak buat loaf ya.

Kalau adik kakak nak buat roti pelbagai bentuk tu, boleh lah off terus BM lepas second beep tu. Nanti roti yang dh dibentukkan susun kat tray dan bakar dalam oven biasa.



Alhamdulillah... Kejadiannya yang amat memberansangkan untuk kali pertama guna BM hehehe.
Saya prefer roti yang liat-liat sikit macam kat tempat omputih tu. Kalau yang terlampau gebu gebas tu saya cepat muak. So saya tak ada letak bread softener or improver or emulsifier ke apa dalam adunan ni.

So its up to you lah nak makan jenis roti yg macamana. Kalau nak lembut mcm gardenia tu boleh letak softener & improver sikit.


Semua ahli dalam rumah cakap sedap roti ni. Maybe sebab ada choc swirl tu kot. Kalau ibu buat roti benggali nanti sure tak ada yang makan hahaha.


Alhamdulillah... Terima kasih Amet for the lovely pink gift 😘😘💝💝

Wednesday, April 8, 2020

HARI KE-22 MALAYSIA PKP (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN)


Bangun pagi tadi, betul- betul, inilah perasaan saya yang pertama sekali saya rasakan pagi ni.

Rasa betul-betul dah give-up. Saya dah tak ada nak letak harapan yang Covid19 ni akan habis dalam masa beberapa bulan ni.

Kalau tengok report kes setiap hari kat Malaysia ni, bertambah 100+ kes baru. Setiap hari.
Dan pertambahan kes baru ni pun ada hari yang mencatatkan lebih 200 kes.

So kalau macam ni, rasa macam jauhlah harapan yang PKP ni akan ditamatkan pada 14 April ni. Mustahil sebab kes tak pernah menurun atau kurang dari 100 pun.

Graf : Kredit to FB Dr. Fuad Latip

Saya dah mula tension berada dalam rumah. Ya, sebab 24 jam stay at home dengan suami & anak-anak ni bukan benda mudah ya. Semua nak kena jaga, nak kena uruskan. Fizikal & mental. Nak jaga makan minum, urusan mengemas rumah, pakaian dan nak kena uruskan emosi masing-masing yang setiap sorang dengan ragam masing-masing. 

Plus now, anak-anak kena belajar dari rumah, which means saya kena jadi guru utk pelbagai level darjah 1, 2, 6 dan tingkatan 1. Oh My!

And the truth is, my very own emotion is already drained! Saya rasa sangat penat mentally & emotionally. Sungguh, bila saya tengok langit dari tingkap petang ni, saya betul-betul rasa nak menangis!

Ya Allah... Tiada tempat lain untuk kami memohon selain hanya Engkau yang memiliki segala Kuasa & Kekuatan, dan sesungguhnya kami tak berdaya melainkan dengan KekuatanMu.

Semoga mereka yang masih bersembunyi dengan virus dalam badan tu cepat-cepat tampil buat pengakuan. Kesian kat orang lain terpaksa berkurung sebab kamu!

Tuesday, April 7, 2020

HARI KE-20 MALAYSIA PKP (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN)

Perghhhhh dah sampai hari ke-20 ya kita semua kena kurung. Aduhai, speechless dah nak cakap macamna perasaan hati ni.

Sedih ada, letih ada, geram, marah, tak larat dan macam-macam perasaan bercampur baur dah sekarang ni. Tapi apa pun, kami tetaplah bersabar. Ya lah kalau keluar pun membahayakan diri. Kalau tak kena penyakit, kena tangkap polis!

Ya Allah...Kami mohon dan merayu atas KebesaranMu, hapuskanlah bala tentera ini... Kami memang tak terdaya dan tak mampu menandingi kehebatanMu Ya Allah.... 😢

Untuk aktiviti anak-anak di rumah hari ni, depa sibuk nak buat Cinnamon Roll. OKlah jom kita buat.

Dah masuk dapur nak sediakan ingredients "Alamak! Yis dah habis!"

Mintak ayah keluar pi cari kat kedai. Tapi kebanyakan kedai semua dah habis yis... Almaklumlah, roti pun tak banyak kat pasaran skrg ni. So mesti ramai yg buat roti sendiri kat rumah kannnn...

So ayah try pi cari kat baking shop. Ada, tapi yang besar gedabak ni ja yang tinggai. Haaaa ambik kau! Boleh bukak kilang roti kalau macam ni! Hahaahahahahaha!



Yeayyyy! So ada cukup ingredients semua, kita mulalah mix mix mix.

Kami tak ada breadmaker ya. So kita uli pakai mixer biasa jurrrr.


 Pembantu ramai... Tapi time nak berkemas tinggai ibu sorang ja la...


 Alhamdulillah, doh menjadi elok. Lembut, gebu dan kenyal-kenyal chewy gooey gitu. Just like the Cinnabon! Hehehe.


Buat mini size ja, senang nak makan.



Masa cuti PKP ni veryday kena cari idea tak bagi anak-anak bosan & bergaduh. Aduhai, tang bab bergaduh berkelai tu ibu taktau nak cakap apa dah. Kadang2 jerkah, kadang2 biar ja lah.... Tak larat dah huhuhu.