Wednesday, October 28, 2015

EXAM SELEPAS JEREBU

Minggu ni anak-anak (Kakak & Adik) exam. Asalnya jadual exam sekolah kebangsaan supposed to be last week. Tapi keadaaan jerebu was sangat teruk. Hampir seminggu sekolah ditutup. Kat rumah, saya sediakan soalan2 exam yg saya dapat dari pelbagai sumber (google je). Dapatlah isi sikit masa lapang daripada asyik melangut depan tv saja.

Bila tiba minggu ni, jadi agak kelam kabut sikit sbb sekolah agama pun exam jugak. Terpaksalah anak-anak menjawab exam dari pagi sampai petang...kesiannyaaa....

Saya nak push sgt pun rasa kesian pulak. Redha & tawakkal sajalah. Doa,doa dan doa. Saya doa siang malam, dan saya pesan pd adik kakak baca doa sendiri jugak. Bila anak2 exam, ibu yg kalut lebih hahaha.

Antara amalan lain yg elok diamalkan semasa anak-anak exam ni ialah menzikirkan Asmaul Husna berikut :

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...

Ya 'Alim (Yang Maha Mengetahui)
Ya Hakim (Yang Maha Bijaksana)
Ya Rasyid (Yang Maha Pandai)
Ya Nur (Yang Maha Pemberi Cahaya)

Sambil di dalam hati kita berdoa : Ya Allah, Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid, alirkan ilmu, kebijaksanaan, kecergasan kepada anak-anakku ini. Ya Nur pancarkan cahayaMu ke dalam jiwa & fikiran mereka agar mereka mampu memahami & mengamalkan pelajaran mereka.

Hmm...kerana jerebu, mcm2 jadi kan. Exam tangguh, kerja tanguh. Ada yg jatuh sakit, macam-macam.... Bila lah agaknya ak betul-betul klear jerebu ni....


Tuesday, October 27, 2015

SUARA HATI SEORANG SURI UTK PM YG MENZALIMI

"Sayang, abang terpaksa kurangkan bajet untuk belanja rumah bulan ni. Tol dah naik."

Dia tunduk. Sedih tapi tak terkata. Kalau kata pun tiada apa yg dia boleh ubah. Dalam kepala automatik ligat membuat kira-kira. Brang apa yg boleh dicantas dari list barang keperluan. Susu anak, pampers, beras, makanan utk anak2. Itu yg perlu diutamakan. Lain-lain sabun, clorox apa benda semua mungkin boleh guna jimat2 sikit kot. Untuk penjagaan diri & barangan wanita jauh sekali. Kalau dh betul2 habis ke titisan terakhir nanti baru cari.


Bisnes online yg dia buat pun semakin hari semakin menurun. Ada pembelian kadang2 & jarang2. Semua org sekarang nak berniaga. Maklum saja semua orang memerlukan wang tambahan dalam keadaan ekonomi negara yg sedang menghimpit begini. Tol naik, harga ayam naik, semua hrga naik kecuali pendapatan yg tak banyak naik.

Yakin, rezeki itu dari Allah. Dia sentiasa meminta dari Allah. Tapi usaha tetap kena usaha. Mcm2 dia nk buat. Semua benda kalau boleh dia nak jual.

Tapi masa bukan seharian milik dia. Kena luangkan utk hantar jemput anak sekolah. Kena masak untuk keluarga makan. Rumah kena berkemas. Kain baju kena basuh dan dilipat. Pinggan mangkuk periuk belanga perlu dicuci dan disusun. Tugasan rumah sahaja kalau dikira-kira tak pernah habis. Itu belum campur nak mengajar anak2 mengaji al-Quran, buat homework, layan anak kecil.... Kalau ikut hati penat, badan tak cukup rehat, lemah semangat, mmg dia akan terkulai lembik dgn buat semua tu. Tapi dia sentiasa minta Allah bagi dia kekuatan. Kuat jiwa & raga. Kuat utk semua.

Kalau diperhatikan betul-betul susuk tubuhnya, akan ternampak berat sekali tanggungan deritanya. Kurus, kering, melidi. Kurang belaian barangkali. Hatinya merana tapi senyuman tetap sentiasa dimuka. Disembunyi semua rahsia. Hanya Allah tempat dia berbicara, meminta.

Dalam kepala ligat lagi. "Apa lagi cara aku nak buat ni Ya Allah. Tunjukkan aku jalan yg boleh aku bantu suamiku menyara hidup kami sekeluarga Ya Allah...."

Jobstreet.com dibuka... dah lama dia fikirkan. Mungkin tiba masanya dia terpaksa korbankan cinta kasihnya. Bukan tiada lagi keinginan menjaga anak2 dgn tangan sendiri. Masa bekerja dulu, itulah yg hari2 dia doakan - nak jaga anak2 sendiri, nak masak utk mereka agar dpt makan keberkatan air tangan ibu, nak didik mereka pandai agama dan budi bahasa. Bukan kepalang gembira bila anak2 bawak balik keputusan cemerlang & berjaya. Tapi.... hasilnya kezaliman seorang pemimpin, dia terpaksa lepaskan semuanya.

Tekanan dari semua arah. Kiri kanan depan belakang. Terima kasih.

Bukan senang nak jadi pemimpin. Tapi hakikatnya kita semua adalah pemimpin....

Ketua negara memimpin dan MENJAGA KESEJAHTERAAN RAKYATNYA.
Suami, bapa, ayah memimpin keluarga SEMAKIN DEKAT & RAPAT DENGAN AGAMA & ALLAH.
Isteri, ibu, emak menjaga rumahtangga suaminya MENJADI BAITI JANNATI & ANAK-ANAK MIFTAHUL JANNAH.

Hari-hari nak tulis kira-kira, telur ikan bilis, sardin kobis. Dia dah tak larat nk mengikis.

"Duhai PM, apa yg kau dah rentap dari hidupku dan keluargaku, aku tak halalkan walau setitis pun! Aku mahu bersama anak-anakku tapi kau yg hilangkan semuanya. Kau yg tarik keupayaan kami utk hidup sederhana. Kerana kau aku terpaksa bekerja. Kerana kau rumahtanggaku akan berlontaran segala. Kerana kau makan minum kami semua tak terjaga. Menjawablah kau di akhirat sana!"



Monday, October 26, 2015

RESEPI CREAM PUFF TERBAIK!

Resepi ni saya jumpa kat facebook. Saya terus cepat2 screenshot dan tempek kat sini supaya tak hilang. Selalunya kalau saya share kt FB, lepas dh lama hilang & susah nak cari balik. Cubalah resepi ni, memang mudah dan sedap.

Oh, penulis resepi ni minta kita semua doakan beliau kaya & berjaya dalam perniagaan Cream Puff nya. Jom, kita sama2 doakan beliau yg sgt bermurah hati berkongsi resepi ni ya... Tapi saya lupa nk snapshot sekali nama beliau... nanti saya cari balik FB beliau dan letak link kt sini.













Terima kasih :)

Friday, October 16, 2015

MAIN BADMINTON NUN JAUH DI TASIK TITIWANGSA



Suatu petang yg damai, kami tiada arah tujuan lalu menuju ke Taman Tasik Titiwangsa. Hahhaha.

Alkisahnya si Zuzu ni asyik ajak pi main badminton. Selalunya kami main depan rumah ni saja. Tapi sejak dua menjak ni, persekitaran ruah kami telah dicemari oleh najis2 Mughallazah menyebabkan kami merasa tidak selesa bermain di situ lagi.

Pikir punya pikir tempat nk main, kepala encik Amet telah menyala mentolnya dan memberi idea utk ke sini. Maka selepas Asar bergeraklah kami ke TTT ni yg nun jauhnya dari Sg. Buloh ni ha...
Dah sampai, mak budak ni buat hal kelaparan la pulak dah. Lepak dulu makan mee kari semangkuk hehehe. Ibu sorang ja yg makan hahahha.

Ok lepas tu (dh dkt nk maghrib) baru la bleh start main badminton.

Okey.... Yaya ni mmg tak pandai main badminton lagi, so kerja dia mengacau ibu, main camera, kacau budak2 kecik...

 
Nana & Nini pun ada reket sendiri... hehhee kalau tak, nak berebut yg kakak punya...

Nini & Ibu... :) 
Eh, banyak pulak ibu posing kan hahaha

Ok, semua sibuk bermain..

Gambar ayah adalah secoet. Kang kata tak entrframe pulak...gituuu....

Dulu-dulu, TTT ni lah saksi percintaan kami. Uwekkkkkkkkkkk!!!!

Hahaha, muntah tu muntah jugak... tapi mmg betul,banyak sangat kisah suka duka kami yg tasik ni dah dengar...tapi takleh cerita la...hanya kami yg melaluinya & mngharunginya...
Alhamdulillah perit getir hidup bersama

Semoga kau terus tabah ye tasik...

Thursday, October 15, 2015

RESIDENCE INN, CHERATING

Haaaa... ni baru nak mengabadikan kenangan tentang Residence Inn Cherating ni... dah berkurun lama dik non oi... sebelum puasa lagi pi bercuti kat sana...

Belek punya belek gambar2 dalem henfon, alamak terperasan gambar ni. Nak tempek dalam blog ni pun bukan apa, utk reference sendiri akan datang jugak... dan boleh lah kalau kawan2 nak tengok mcmana gambaran tempat ni.

First thing first nak cakap -->>> SANGAT PUAS HATI!

Haaa...gitewwww...mmg best sebab  tak sangka tau bilik dia luas gila, dengan 2 katil Queen mmg sesuwaiii sangat utk akak yg anak ramai ni...

Mula2 masa booking tu just pilih katil Queen je lah, tak tau la pulak ada2 bijik. Harga? Teramat sangat berbaloi2 la dik non dgn bilik seluas alam mcm ni... hanya RM270++. Masa tu saya booking dari Booking.com mcm selalu...

Ada ruang kerja & ruang tv yg sangat luas jugak. Kiranya kalau ada satu lagi family seramai kami ni pun mmg boleh muat. Tinggal bawak Toto ja buat tido...
 
 Haaa.. kali ni takdak la nak bergaduh berebut katil dgn Zuzu & Yaya. Hahahha kalau tidak, bila pi hotel ja 2 org tu mesti gaduh dgn ibu & ayah nk tido atas katil :P

 Meja solek seluas-luasnya. Susun lah segala mekap, losyen maknenek semua boleh.

 Ni pemandangan dari balkoni bilik. Memang semua bilik dia akan mengadap pool. So, nasib lah kan nak kena melayan soalan2 berkaitan mandi manda siang & malam. *nanges*


 Pool pun sangat2 luas, bersih. Ada pool kanak2 & baby yg belakang sebelah kanan tu. Ada jacuzzi yg belakang sebelah kiri tu. Yg pool dewasa ni sedalam 1.6 m so i am tenggelam kalau tak boleh berenang hahahaha. But i am a good swimmer...so no problem. Yang sorang lg tu nasib baik dia tinggi, tp tak pandai berenang hahahhaa

Ok, tak ada gambar kami mandi manda sebab terlalu syiok sgt mandi sampai tak sempat bergambar hahahah.

Ok, gambar mandi manda telah dijumpai oleh superhero kami encik Amet. Saya tempek kt sini ya...


 Pool kanak-kanak pun cukup luas...memang tak perlu berebut dgn orang ramai... 

Nini yg sangat syiok mandi manda.... sampai lebam biru mulut pun takmau naik lagi...aduhai...another addition of Hnatu Ayaq gang hehhehe

 Zuzu & Yaya so happy sebab dapat hadiah swimmning suit baru dari AyahChik. Mmg sesuai sgt hadiah ni dgn depa berdua ni... thank you ayahChik :)

Dinner malam kedua kami cuba kedai ni sebab agak glamer kat internet hihihi... Dh namanya kedai ikan bakar, so kami pun order ikan bakar lah dan jugak lauk2 lain.. rasa quite ok ... and harga pun boleh lah. tak mahal tak murah.

Kami stay for 3 day 2 night, and aktiviti adalah sepenuhnya berendam dlm kolam sampai kolam tutup!
Oh breakfast included and makanan pun quite good, and ada banyak choice.

So mmg RECOMENDED for those yg nak jalan2 kat Cherating, try lah hotel ni ok.

Sekian, bubbye~


Saturday, October 3, 2015

JJCM : MAKAN2 DI RIZQY FOODCOURT, KUANG


Assalamuaaikum semua...lama tak bersiaran... busy mengalahkan menteri. Menteri Hal Ehwal Rumahtangga namanya hahahha.

Haa nih entri backdated, makannya bulan lepas nun.... dah lama dah... sebelum raya haji gitu... Tapi nak share jugakla kat sini, kot2 ada yg tersesat kat Sg. Buloh ni taktau nak makan kat mana kan...

Meh lah cuba menjamu selera di Rizqy Foodcourt ni.  Letaknya di Kg. Cempedak, Kuang. Tepi jalan besar, tak susah pun dari jauh nampak dah lampu liplap liplap, hah ya la dah tu.

Macam2 jenis makanan ada kat sini. Dia buat konsep gerai2 yg jual macam2. Ada gerai pelbagai jenis kueteow, segala sup, western food, murtabak cheese, jajan2 mcm kepok lekor otak2 tauhu bakar, nasi kukus, dan macam2 lagi lah.

Tanah lapang, meja banyak, jadi memang selesa utk yg berkeluarga besar mahupun yg dtg geng ramai2.

Hari tu, Zuzu & Yaya choose Maryland Chicken Chop ni. Sedap. Ibu pun turut sama menikmati hehehe...

Okeh, yang ni ibu punya. Special char kueteow ketam. Cuma bagi ibu yg pure tekak utara ni rasanya kueteow tu belum memenuhi piawaian char kueteow yg sebenar.... MAybe tukang masak gerai ni perlu JJCM ke Penang dan bertapa lebih lama sikit utk merasai resepi sebenar char kueteow.


Apa-apa pun semua enjoy ja makan... Nini paling byk makan sbb merata pinggan orag dia pi merasa :)

Ayah dgn muka pulun, memotong chicken chop utk anak2. Potong siap2 kecik jadi tak berlemoih bila depa nak makan. OK, ibu menjamu selera dulu la no...hehehe

Alhamdulillah. Rezeki hari ni (hari tu).

JJCM : MAN BURGER KUKUS LAVA

2 tahun lepas, saya mengidam sangat nak makan Burger Kukus Lava encik Man ni. Masa tu hanya ada cawangan Damansara Damai sahaja. Dan bila kami pergi ke sana, mmg org beratur paaaanjang yg amat sangat!

So masa tu kami cancel dan org mengidam tu pun dah lupakan idamannya sehinggalah dia bersalin....

Lepas tu selalu nampak cawangan yg dibuka di Saujana Utama. Tapi entah lalu, tengok, terus jalan. Tak teringin pulak rasa nak singgah.

Sampailah sekarang ni dibuka di Bdr. Baru Sg. Buloh ni, which is teramat sgt dekat dgn rumah, maka kami pun trylah...Lagipun kebetulan budak2 ni teropong facebook ibu dan nampak org iklan Burger Spongebob ni, so apa lagi...

Ok, ini ialah menu utk kanak2 yg saya dah tak ingat namanya...but off course sumthing related to Spongebob Squarepant! Hehehe

Ok, ini ialah ibu punya...ada pineapple dalam tu..

  
Ayah punya mmg senang ingat - Mr. Crab sebab bentuk dia jelas & nyata :)

Posing ye dengan burger masing2...

Yaya & burgernya. Oh kanak2 dpt Free Gift Keychain Spongebob tau!

Kakak, your turn!

Nana posing dgn fries saja... mana dak nya, keja dia asyik melompat sana sini. Mmg best la sbb tempat ni lapang dan luas. Sesuai sgt utk Nana. Nini tidak sempat digambarkan sbb jenis suka berjalan jugak hahahah

So far oklah the taste, cuma for me rasanya too many sauces makes me dizzy... Hehehe.