Thursday, June 30, 2011

THANK YOU

I tak tau nak cakap apa. Actually I sgt2 terharu bila ada beberapa org readers yg PM I mintak masukkan semula chatbox tuh. Tapi I always reply as "mintak maaf" and "not now".

Until today, bila I godek-godek account cbox tu, rupa-rupanya ada function where you can block the users by IPs or emails or even names! And you can also put the expiry date, means sampai bila you want to block that user - 1 week, 1 month, 1 year or even never n forever!!! Great job Cbox!!

So, I dah block/ban that user yg I tak suka mencemar kt sini. And I jugak dah delete those messages yg menggelikan itu...



Just click-click here n there and you're done!


So kawan-kawan semua, my cbox is back! Silalah conteng-conteng ye... And thank you for your supports n visits. Love u ollls!!! (Bajet top blogger glamer)


*But not sure lah if this will be really working or not. But I'm sure he's not so terrer to buat kerja2 menggodam nih. Otherwise, I might have to use talian hayat of my IT superhero in the house lah...*

Tuesday, June 28, 2011

MY PRECIOUS ZULAIKHA IS 4 TODAY!!!!

I still remember, and I will remember for the rest of my life, when you pop-out from my tummy (sounds too easy,huh) the very first thing I saw was -------- your NOSE!!!!

Not like other mommies yg first thing first akan tengok the jantina, but all I can see that time was only your ayah's-copyrighted-nose! Hahahaha..... Sorry dear... :)

Forget whose hidung you have, whose eyes you follow. You are my girl. My precious darling girl. My forever girl. The cord may have been cut, but you are every single seconds wrapped in my heart.

To Sayang Ibu .....

HAPPY 4th BIRTHDAY SAYANG....

I LOVE YOU, AND I ALWAYS WILL....


May Allah & His blessings always be with you.


Still in confinement - baru lepas cukur rambut.


Bolat.Tembam.


At 6 months. Always a cheerful one.


Style tido mmg kena letak kaki atas orang/sesuatu benda.


At 2 years. Check out the mulut muncung - thanks to the pacifier.


3 years' besday - before ayah came to Saudi.

As usual, rasanya this year pun I will not throw any party. Just not our style. Maybe just buy a cake n present (already bought hahaha) and have a marvellous dinner in our simple little kitchen.

Sunday, June 26, 2011

KEDAI SIAM vs ZARA

Weekend semalam kami outing agak lewat. Dalam pukul 5 baru keluar rumah. Sebab cuaca sekarang dah 40C, so macam agak kemalasan sikit nak keluar rumah. Tapi kalau tak keluar langsung, muak pulak.

Bila dh pertengahan jalan, baru encik Amet tanya "Kita ni nak pi mana?"

Aik? Bleh pulak bawak jek kereta taktau nk pi mana? Hehehe.... memang selalu camtu pun.

So sepantas kilat I jawab "My faveret place, Kedai Siam."

Sesudah menyoping segala jenis barang masakan, tibalah masa utk cari tempat makan. Since Malaysian Kitchen dah tutup ni kan, mcm2 tempat kami menagih kasih mencuba makanan. Last week try makan kt Restoran Nusantara (Indonesia). Nak kata sedap sgt tu tak la jugak, tapi boleh la asalkan ada la sikit rasa asian taste.

So minggu ni nak try Thai House pulak. Tengah dok terpusing2 cari parking tu tetiba terlalu la depan deretan kedai dgn signboard besar "Zara, Aldo, bla bla...".

Apalagi, masuk restoran terus order n makan dgn lahapnya. Dalam kepala ingat nk serbu kedai belakang tu jek.

Masuk jek Zara, mak aiii.......... SALES di sana-sini. Mmg kat saudi nih, satu benda yg best (satu je la..) ialah apabila time sale. Mmg barang2 branded sale gila-gila smpai yg membeli semua jadik gila. Mcm last year, I dapat baju Zara dgn harga yg sama beli baju kat padang besar. (Oppsss...kantoi sudah...hahahaha...) Ya lah, klu masa dia tak sale, nak masuk kedai pun tak sudi.
LinkHarga dh lebih murah dari baju Anakku.... rembat jek laa....

So kali ni, yg mendapat hasilnya ialah Cik Zuzu, Cik Yaya n Encik Amet sahaja. Ibu tak dapat apa2..... tapi tak kesah, asalkan dapur n peti ais ibu penuh, ibu dapat makan petai, somtam, ibu dah cukup happy... (Dalam hati : Ahhh...tak kira minggu depan turn ibu pulak beli abaya mahai huahuahua...) Ermmm... beli yg INI sehelai boleh tak cik abg? Huahuahua...verangan!


Takpa lah...ibu dapat main masak-masak pun dah cukup enjoy....

Ikan bakar atas kuali. Petua utk dapatkan hitam2 menawan tu, sila sapukan sikit susu pekat pada badan ikan (sekali dgn garam kunyit tu).


Konon artistik habis la ambik gambar senget macam tu...


Very the loikee this one....


P/S : Eh kawan-kawan, cepat ke butik Zara yg kat corniche al-Khobar. Ada sale 50%-70% cepat...cepat!!! Beli baju raya!!!

Saturday, June 25, 2011

EGGS-PERIENCE

I think ramai yg take telur or eggs as a must-have in the kitchen kan? Sebab telur ni yg paling mudah dimasak, cepat disediakan, dan sedap pulak dimakan. Dan yg penting tak perlu disiang atau disembelih! Hehehe...

Just like me, bila telur dh tinggal baki 5 bijik or less, mesti kena tambah stok. Beli stok pulak style satu papan punya. Eh, ke org lain x mkn byk smpai mcm ni?

Selain masak, mcm2 lagi kegunaan teur ni. Kalau org Melayu biasanya telur ni dianggap sebagai lambang kesuburan, sbb tu org bg Bunga Telur masa kenduri kawen :) Ada jugak yg gunakan telur utk buang makhluk halus dan sebagainya. Bg org kristian pula, telur yg diwarnakan diguna semasa perayan Easter.

Eh, sebenarnya I nk cerita my eggs-perience kt saudi ni. Melalut pula cerita adat resam sana sini hehehe.... Kalau nk cerita bout the fantastic-ness and magic-ness of eggs ni mmg rasanya bagi 3 page pun tak habis cerita lagi. Definitely, egg is one of the most wonderful creation of Allah...

Telur ayam kt sini, yg biasa dijual ialah kulitnya berwarna putih. New experience jgk lah bg I sbb kt Malaysia biasanya telur ayam kulitnya coklat. Sini mmg amat sgt jarang sekali jumpa telur ayam kaler coklat tu.

Rasa n taste nya sama je dgn telur ayam lain. Tapi bagi I yg agak terlebih biasa dgn alam poultry ni (cehhh perasan sokmo), dpt merasakan telur yg ni sedikit hanyir. Tapi sikit je la...bila dh hari2 melantak, dah ok dah....

Kat sini jugak ada jual telur masin/telur asin. Biasanya klu kt kampung dulu, telur masin ni dijual dgn balutan tanah liat dan arang tu kan. Pastu bila dh moden sikit dh ada org jual tanpa tanah tu.

Tapi kt sini, telur masinnya kaler purple la pulak....

(Gambar blur sbb ambik gambar telur ni dlm almari, punye malas nk angkat keluar!)

Tapi I tak sure lah telur masin sini depa guna telur apa. Biasa kita buat guna telur itik, tak tau klu sini guna telur ostrich ke :P harganya pula ialah SR6 utk 6 bijik...


Dan tetiba teringat pulak masa I keja kt satu company ni dulu, dimana sekeliling I colleague semuanya chinese, they always bring what they call "century eggs" (I dh lupa nama cina dia). Mula-mula tgok rasa geli nk makan sbb nmpak sgt buruk. Tapi once dh makan, asyik order je heheheh.... Sedap sbb the white part tu dh bertukar menjadi mcm jelly! Kat sini xtau lah ada ke tak.
(Pic google) Nyumm nyumm!!!

Oh, cuma satu je....walaupun masak telur ni nmpak mcm senang. Tapi for me, masak telur ni lah masakan yg paling susah!!! Hahhaha....dah beratus kali kena kutuk dgn Amet, tp still tak menjadi jugak. Bagilah petua mcmana pun, my telur mata kerbau, telur dadar n even telur rebus pun mesti tak jadi punya. Yg I agak terer buat ialah scramble egg sbb it supposed to be berkecamuk/scrambled like that la kan...hehehhee..... Konon je cerita mcm2 pasal telur, tp sendiri masa telur pun tak pandai! Adoiii....

Friday, June 24, 2011

ANOTHER GIRL OF MY LIFE

My darling sister, Kak Ngah a.k.a Angah has officially tied the knot to her prince charming, Najib, on last 11.06.2011

From the pictures in FB, everybody was there. Except me! Ooohhhhh....

Sob sob sob...my dear kak ngah, I'm so regret I cant be by your side on your special big day.

But I know, you still love me so-o much because I painted your room nicely right? (You dont't mind those little comot here n there right? And your nieces hand prints right? :)

I always wish I was there on your day...tapi jarak telah memisahkan kita.... Sobsss....

I can't cerita too many bout the wedding (because I wasn't there!). But to my girl, my kak ngah, and to my new bro-in-law, Najib, I would like to wish both of you :

TAHNIAH!!!
SELAMAT MENEMPUH ASAM GARAM BELACAN KUNYIT RUMAHTANGGA...




The pengantin in suweettt pink :)


Jubah from Mekah.... Bersamanya kukirimkan doa, may Allah bless your marriage life..


Pengantin with Ayah, Mak, Eid n Amar. No me :'(


Deretan of cousins yg menjadi orang2 kuat majlis, menggantikan diri I yg tiada....


This girl (yes, the pengantin) call me very early in the morning, just a day before her big day, asking me recipe for buttercream. I almost dropped my bijik mata to see her SMS "aku nk buat kek pengantin sendiri". I pray for the bestest lucks from the whole world as I SMS her the recipe. And finally.............

Voilaaa!!!! It's awesome!!! You really inherited it from me!!! Hahahahha....

Thursday, June 23, 2011

LET WE TAKE CARE, IBU

Seriously I am so distracted by the gangguan makhluk tak halus tu. Rasa sangat benci!!! Sangat tak suka. Sangat geli lebih geli daripada makan ikan keli!!!!

Serius eh, I rasa mcm muka I dah keras sikit 2-3 hari nih sbb tak berapa nak ikhlas bersenyum.

Ya Allah kembalikan semangat n kekuatanku. Lindungilah hambaMu ini dari sebarang gangguan....Amin....

Nak masak pun tak berapa nak menjadi. Tak percaya? Tengok ni .................


Nak buat apam polka dot konon... dah la dot nya hilang lesap entah ke mana, apam pulak kuncup kecut... adehhh....geram + sedih + hampa...sob sob sob


Si Zuzu pun terbeliak bijik mata tengok apam ibu
"Ibu!!!!! Ape yg ibu masak ni???"
Huhuhu... sampai hati kutuk kuih ibu na....



Pastu Zuzu & Yaya cakap "Takpe...hari ni ibu rehat je...biar kakak & adik yg masak..."


The little miss chefs are ready to overtake ibu's kitchen. Be carefull, no fire involve okay.....




Nak tengok hasilnya??? Ni haaa.....


Tak bleh guna api, tapi jadi Ayam Percik pulak. Magic touch of Zuzu & Yaya....


And some more.... Kuih Kemboja pulak.... Ibu pun tak pandai buat kuih ni. seumur hidup tak pernah buat. nasib baik ada adik & kakak tolong buatkan.. :P



And last but not least, they bake a cake to cheer me up!!!! Yeaayyyyy!!!!

Notes from Zuzu & Yaya : Resepi asal dari NIGELLA. Tapi ada la kami adjust lebih kurang. Lagipun kami tak ada mixer, beat dgn tangan and blender je...kesian kan....

P/S : Ayah........ kami tak ada mixer!!! *wink wink*

Wednesday, June 22, 2011

ANNOYING

Dah nampak kan I dah remove chat box tu?

Dah nampak kan I dah remove fesbuk badge tu?

Dah nmpak kan ada sebab I buat mcm tu?

Sebab dah mula ada org yg sangat sangat sangat annoying datang sini.

I letak chatbox dgn tujuan kawan2/sedara mara boleh bertnya khabar berita.

I letak fb badge utk sesiapa yg nak datang ikut suami dia ke Saudi ni, so that I boleh berkawan dgn dia n dia boleh bertnya soalan2 berkaitan pada I.

I langsung tak minat bila yg tak berapa kena mengena menganggu gugat di sini.

Chat box tu bukan tempat nk cerita ada org nmpak aku kt mana. (Kalau nk jadi spy sila keja dgn James Bond)

Chat box tu bukan tempat nk tnya pasal pokok2 n tumbuhan. Aku hidup kt padang pasir rumput pun x kenal (Kalau nk tahu pasal pokok, pi library pinjam buku pastu pi dok bertapa dalam hutan tropika).

Aku tak suka kau "menyemak" kt chatbox smpai org lain takleh tumpang.

I know, you know who you are.

Kau sedar diri kan?????

Jadi, sebelum aku cakap "berambus" baik kau blah secara elok.

I tak suka main kasar. Tapi kalau terpaksa I CAN DO IT.

Serius eh, aku tak suka.

Terima kasih...................

Tuesday, June 21, 2011

TAK NAK CERITA

Hari ini saya ialah tak nak bercerita sebab suka hati saya lah saya tak larat tulis.

Saya cuma hendak menayang gambar2 berkaitan sahaja...






Oh, mengapa pula gambar kasut yg menjadi kaitan? Oh, sebab saya sangat2 rindu nak pakai high heels tp di sini saya tiada walau sepasang pun. Dan saya tidak pasti sama ada ia sesuai utk dipakai di sini memandangkan jika saya ada aktiviti, saya akan pergi dgn memanjat bas ala-ala berebut seperti bangla budak sekolah.

Tapi saya masih teringin utk memiliki satu pasang highheels (atau dua) seperti gambar di atas. Sangat sesuai utk dipadankan dgn fesyen saya di sini bukan? (Lihat gambar dibawah).

Fesyen saya di sini... Ada yg berani nk cuba pakai jalan-jalan kt One Utama? Cubalah. Best tau!



Dah, sekian saja angan-angan mek jenun saya..... Mari masuk dapur dan ambik gambar masakan saya yg sememangnya menjilat jari pula..... *Sambil berangan memakai high heels ketika memasak ala-ala mek saleh*


Tabiat saya jika makan bihun sup ialah : tidak suka kuah yg banyak.
Masa sekolah rendah dulu, saya makan bihun sup langsung tak letak kuah. Maknanya bihun TAK sup. Sekarang saya sudah sedikit memperbaiki diri.


Sebab yg order nak makan pizza ni ialah cik Zuzu, maka letak saja lah nama dia bagi glemer.

Sekian, terima kasih sudi buang masa kt sini :P

Monday, June 20, 2011

IBU & AYAH'S SICK DAY

Before I start cerita, apa kata kita jamu mata dulu. Since last 2 entries I tak letak apa2 gambar, mesti u all kebosanan tahap melampau kan. So, jom lah tengok apa yg ada kt dapur I selama I tak menulis tu...


Ini dibuat utk minum petang. Tp alhamdulillah, walaupun disimpan sampai keesokan paginya, masih lembut. So sambung la mkn as breakfast pulak (giler malas!).

Resepi yg sgt mudah utk diingat : 3 cwn tepung, 3 sudu susu tepung, 3 sudu majerin, 3 sudu gula, 1 sudu yis, 1 cwn air. Easy pitzy!!!

Permintaan encik Amet : Nasi goreng yg kaler HITAM.
(Memang org yg kulit hitam suka mkn mkanan kaler hitam ke???)

OK, sekarang baru mula bercerita.

That morning (after 3 days back from Mekah), Amet said that he's not feeling well. Pening2 n loya. Still, he wants to go to work.

As usual, lepas dia pi keja, I continue my routines with the house chores. Tapi entah mcmana I mmg terfikir first of all nak masak dulu, instead of mengemas n membasuh. So, by 9 a.m. our lunch is ready! And my menu for the day is mmg purposely utk buang angin punya menu - Ayam masak halia, Sup telur halia n Ikan bilis goreng dgn halia jugak!

Tiba2 at about 10.30 a.m ada org ketuk pintu rumah. Bila I bukak, I saw Amet dgn mulut ternganga with stains of vomitus on his janggut n shirt! Oh No!!!! Terkejut gila! I never seen him like that before. Not since bercinta for almost 15 years!

Dia masuk n terus tukar baju n terus terlepek n tertidur. Frankly, I was quite panic bila Amet yg sakit. Kalau budak2, I mmg dh agak cekap jugak nk handle. Tapi bila org dewasa..... errr...just let him rest je kot?

After few hours, I kejutkan dia to solat Zohor n mkn sikit, plus telan panadol since badan dia mcm demam. But he keep on saying that perut dia rasa kembung, n he feel dizzy, drowsy n nausea. So I bg dia mkn Dompy (for bloating and flatulence) and put some ointment (nasib baik jugak rumah I ni dh mcm mini pharmacy hehehe...)

Dalam kepala I pulak dh mcm2 plan ada - nk call ambulan ke, nk call kawan2 ke, klu dia pitam ke apa mcmana pulak...Adeh, kali ni mmg I lebih pening dari jaga 2 sick babies.

Bila dah malam, Alhamdulillah he looks better. At least dah boleh bangun walaupun kepala still pening n loya. Demam still ada tp taklah nampak seteruk pagi tadi.

Malangnya, yang menjadi problem sekarang ialah I pulak yg kena gastrik! Aduihh... dgn heartburn yg sgt pedih, dgn muntah lagi. Dgn anak-anak yg baru sihat so they asked to eat and eat and eat. Dgn badan yg tak berapa nk larat ni I tepksa la jugak gagahkan sedia makan minum anak-anak.....

Next day, I paksa Amet drive us to clinic. Sebab bila I yg jatuh sakit, mmg sgt2 susah. Sebab bila I sakit, takdek org masak, takde org suap ubat, takde org basuh kain baju, takde org buat susu, coco crunch n ambik order anak-anak... I tak boleh sakit! I tak boleh just lying down...
See, siapakah yg paling berpengaruh dalam rumah ini? Hehehe....

The doctor diagnosed us as having heat exhaustion - due to very hot weather nowadays, and maybe because we were overexposed to the heat during travel that day. And I have to take all the ubat gastric for 2 weeks, plus no spicy/chilly/oily food in my menus for also 2 weeks. Boleh ke?



Sunday, June 19, 2011

THE STOMACH BUG

We arrived home safely at about 11 pm. I mean without anybody puke or poops in the plane.

I started my laundry job right-away we stepped into the house. Not so happy that I've to overcome the rotten smell of the kids' clothes. Errkkk...

Until the next day, Zuzu & Yaya dah fully stop vomiting. And their fever also down. The only thing still worrying me is that their diarhea are getting worse. It was the day of countless diapers-changing, and I was totally exhausted with the toilet runs all day.

Both of them still playful as I tried my best to keep them hydrated with various types of liquids - water, soup, teh-o-kosong and mild juices except milk. Nasib baik lah they just drink whatever I put in their mouth. Yet, they refused to eat. Maybe tak ada appetite due to fever yesterday.

Bila Amet balik keja, he took us to Lulu Hospital since dia pun mmg nak ke Mobily centre kat sana to renew the internet subscription. The paed took their stool sample and asked us to collect result in 5 days. However, dia still bagi ubat to relieve their stomach pain.

*********************************************************************************

Kisah internet pulak, from hospital we straight away headed to Mobily. Unfortunately there was a note on the door "Sorry, we are close today for maintenance." Adehhh.........

Disebabkan we're really in need of internet (you wont believe the reason, i will tell later hahahha...), so encik Amet yg sangat rajin telah mensurvey for new package. Oh, i forgot to tell, besides the expiry issue, our modem also tak boleh power ON. So he thought that the modem might be already rosak, so better terus buy a new one.

Maka, pulanglah kami dgn hati yg girang utk berinternet ria di rumah, tanpa menyedari that "sky is not always blue..." hahahha....

Saturday, June 18, 2011

KISAH DI AIRPORT

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan naik teksi dari Kota Mekah sampailah ke airport Jeddah, both Zuzu & Yaya tidur saja, so tak lah I risau sgt depa termuntah dalam teksi org tu.

Just bila sampai airport, Yaya tercirit sampai kena tukar baju. Huhuhu....dgn pasrahnya, terpaksa lah ibu mendobi pulak baju dia kt toilet sbb takut bau masam kalau tak basuh.

Then, tibalah masa utk check-in.... Masa ni lah berlakunya peristiwa hitam yg rasanya susah jugak nak dilupakan.

Biasalah kan, those stupid immigrations people (yg dah tak terbilang berapa ratus kali I maki dlm blog ni), kali ni buat hal lagi.

Okeh, kalau kt KSA ni, even kat airport pun dia pisahkan section lelaki - perempuan. So, hari tu Amet bawak Zuzu ikut kawasan checking lelaki, and I bawak Yaya (dlm stroller) ikut bahagian pompuan.

Di laluan wanita - dekat kaunter yg scan beg tu, 2 org imigresen lelaki yg jaga. Manakala dalam bilik utk scan badan pulak ada 2 org imigresen pompuan yg jaga.

Masalah bermula apabila seorang imigresen lelaki tu suruh I tutup (fold-close) the stroler, dan suruh I angkat stroler tu letak atas belt-scanner. Memula I mm cakap baik2, elok2, lemah lembut, that my kid is sick and she has to stay on the stroller. Lagipun I cakap, I tak larat utk angkat stroller tu sbb berat...scanner tu kan agak tinggi. Gila apa nk suruh aku angkat???

Tapi, bila dia asyik cakap "No, you close. Close.Put Here. Close. Put here." Dah la sambil dia duduk atas kerusi, kaki bersilang, tangan berpeluk tubuh. Cakap english pun tak reti, ada hati nk keja kt airport! Serius, I dah mmg start nampak keccciiiiiiikkkkkkkkkk dah natang nih!!!!

Bukannya dia nak tolog kaum wanita nih. Dah la duduk dgn gaya malas nk mampus. Nak keja mcm tak nak keja. Tapi nak buat keras kepala nk suruh haku tutup jugak. I dah mula geram.

I cakap " You help me close. I cannot." Sambil buat muka tak larat + malas layan I keep on pressure him " So how now? How? I go inside? They can scan me n this stroller inside.."

(Eh, mmg all this while, sama ada kt airport Dammam or KL, stroller tu just scan kt door-scanner or scan jek dalam bilik scan wanita tu. Tak pernah kena angkat letak atas belt tu pun stupid!!!!)

Then, org semakin ramai beratur kt belakang I. I yg tersangut kt situ telah menyebabkan jam teruk. Dah la laluan tu sempit nak mampos mmg muat2 utk sorang lalu jek. Mmg bodoh gila lah arab sekor nih.

Dengan org belakang I tu pulak dok push I suruh jalan. I cakap kt org belakang tu "I cannot go. This people problem!!!!"

Si imigresen gila tu boleh pulak senyum2, sambil terus buat dek taktau dan keras kepala. Memang time ni rasa nak baling selipar kat batang hidung dia!

Sebab kesian kt org ramai kt belakang, dan semakin geram lama gile dah dok tunggu kt situ, I angkat Yaya dan tolak stroller tu dgn kasar kt natang bodoh tu sambil cakap "You want this??? You take!!!"

Pastu I terus jalan nk masuk bilik pemeriksaan. Tetiba masa nk masuk tu, org yg kt belakang I yg kelam kabut sgt nk jalan dari tadi tu telah melanggar si Yaya. Masalahnya, bukan sikit dia punya langgar, sampai PECAH BIBIR anak aku!!!!

Geng2 imigresen pompuan yg kt dalam tu terkejut sgt tengok mulut Yaya dgn darah terburai-burai. So diorang pun scan gitu-gitu jek. I yg sgt geram asyik cakap "Your friend outside make problem!!! Musykillah!!!"

Bila I keluar dari bilik tu, imigresen lelaki yg sorang lagi (bukan yg kerek tadi), datang hantar stroller. Then I show Yaya's mouth to him " You see???? My daughter's bleeding because of you!!!! Musykillah!!! Musykillah!!! Problemmm!!!! If you dont bother about the stroller, this wont happen!!! You problemm!!!"

Puas dapat lepas geram (tp dlm hati takut jugak hahaha). Tapi lepas tu mmg nangis la... badan I pun menggigil habis. Bukan apa, kerana engkau yg st malas + bodoh + bangang, anak aku yg kecik tu yg jadik mangsa. Kesian gila tau bila tgok Yaya agak lama jugak takleh minum sbb pedih kat mulut dia....

Bukankah mereka ada pelbagai options. Kalau bodoh sgt meh sini I nk bagitau cara-caranya :

1. Tolak stroller tu kt scanner berbentuk pintu tu (yg mmg dah tersedia kt sebelah kaunter dia, and I can see the power is ON, tp dia tak pakai).

2. Boleh scan dalam bilik pemeriksaan wanita tu.

3. Boleh tak kau yg lelaki gagah perkasa tu tolong kaum wanita mcm aku nih? Ni malas gila asyik duduk goyang b*nt*t sampai keras buat hapa????


Nasib baik Amet dok ingatkan I yg kita ni baru balik dari Umrah....tak elok marah-marah....kena sabar... just leave it to Allah to pay on him....and so on.


*Klu ikut otak jahat I ni cakap : Eleh diorang (arabs) tu dah berapa ratus kali pi umrah, tp langsung hati tak bersih, keja tak ikhlas, takdek niat nak mempermudahkan urusan sesama manusia. Macamana??? *

UJIAN DI TANAH SUCI

Dipendekkan cerita, we manage to catch the flight. Maka sampailah kami ke Tanah Haram pada hampir waktu Zohor.

This time, beside to perform our humble Umrah, kami jugak akan berjumpa dgn Mak tok (my MIL), Umie (my SIL) Ayah long (biras), and Unyang (my grandmother in-law) yg datang beberapa hari yg lalu bersama rombongan Umrah dari Malaysia.

Disebabkan planning kali ini agak last minute, our favourite hotel Al- Massa telah pun fully-booked. Since we’re looking for near-to-masjid-hotel, we have not so many choices. And dalam banyak2 tu yg paling murah pun adalah Hilton which is actually not very murah to be exact, sebab it’s peak season (cuti sekolah). Tapi, memikirkan anak-anak kecik yg kdg2 nak kena tukar pampers n bancuh susu, close one eye and the Hilton we chose.

Actually, mmg kami tak berniat utk memilih hotel yg terover selesa dan mewah. Bukan apa, takut best sgt dok dlm hotel sampai malas nk bangun berjalan ke masjid. Takut nanti niat nak pi beribadah jadi lain pulak.

So, bila dah katanya Hilton tu…mcm ni lah rupanya…..


Ada 3 beds, 3 sofas. So if u have big family mmg berbaloi-baloi lah.

The toiletteries... Crabtree & Evelyn (Paris Hilton's choice, maybe?)


View dari bilik - boleh nampak Masjidil Haram. Actually masa booking tu dapat yg view Kaabah. Tapi masa kami check-in, bilik tu tak siap lagi. Since anak2 dah mengamuk, so malas nk tunggu, just ambik je mana2 bilik.


Alhamdulillah, kami selamat menyempurnakan umrah jam 5 petang, dgn bantuan Umie menjaga anak-anak kat masjid. Then baru lah ke D’Saji utk mkn tengahari.

Orang mmg agak ramai time ni. Jemaah dari Malaysia pun sgt-sgt ramai sbb tgh cuti sekolah kt Malaysia...

Malamnya, selepas Isyak kami melepakkan diri bersama Umie n Mak tok di Safwa tower. Masa ni lah kakak mula menunjukkan symptom-symptom that she’s not feeling well. Dia tak mau makan or minum, but just lying on me. But I thought it’s just because dia baru bangun (she fall asleep masa Maghrib sampai kami nk keluar masjid tadi).

************************************************************************************


Keesokan harinya, kakak n adik start muntah2 dari Subuh dan seterusnya. Bermula time tu jugak, ibu mmg dah tak solat di masjid n jadik nurse je kat bilik.

And I pun dah tak sure berapa kali asyik call housekeeping mintak tukar bedsheet yg kena muntah and spray bilik yg bau masam giler tu.

Badan depa pulak sekejap panas, sekejap turun. All I can do was sponge-bath them, sekejap lap adik, sekejap lap kakak. While I let Amet go to masjid and do all the ibadahs (at least he can pray for the kids to get better).

Malamnya, badan makin panas. Plus they start to have diarrhea + vomitting + fever, which is not a very good sign. So I ajak Amet take them to the Ajyad Emergency Hospital (kt bawah Safwa Tower tu).

Rupa2nya hospital tu just layan pesakit dewasa sahaja. Kalau kanak2 kena pi hospital lain, and kena naik teksi from there. Ooohhhhh....

So, kami decide to keluar dan lepak jek kt perkarangan masjid tu. Well, at least we get some fresh air, and fresh view seeing the Masjidil Haram. If lest say they are getting worse by midnight, then baru lah we'll take them to hospital.

And Alhamdulillah, mmg the kids show some improvement bila kena angin luar instead of just staying in the room yg dah penuh bau muntah tu.

They have their breakfast in room, sebab masa bawak pi breakfast kat cafe tadi, kakak telah memuntahkan segala isi perutnya kat cafe... Huhuhuhu...

Alhamdulillah, they still wants to take some food. Walaupun lepas makan, keluar balik. But at least, better than nothing.

Adik hanya mahu berbaring n main game...

Kakak always be the lorat one....sangat kesian....

The last day tu, both of them nmpak mcm ada energy sikit. So after Subuh, ayah take care of them dalam bilik while ibu go to masjid and spend time sampai almost Zohor. Oh, I still dont want to miss the peace and serenity that you cant find in any other places in the world!

Then, I balik bilik to check if everything's fine. Bila Amet cakap the kids look ok, tak muntah, so we decided to take them for Zohor prayer kat masjid. Besides, that will be the last time to see maktok, ummie, ayahlong n unyang before we back home. Alhamdulillah, sepanjang ibu solat they really did well! Alhamdulillah....

And the kids spend their sweet time dgn umie n maktok while ibu n ayah buat Tawaf Wida'. Terima kasih tak terhingga kepada semua yg telah membantu menjaga adik & kakak semasa di Mekah ... Mau tak mau, we have to say farewell to maktok, umie and ayahlong...Sob sob sob.... Till we meet again... :'(

Friday, June 17, 2011

SUMMER COFFEE

The day before kami berangkat to Mekah, there’s a Summer Morning Coffee by Jumanisaa’. Since back from Malaysia, I tak berkesempatan pun nak join any event. So this time I grab the time sebab seems like this will be the last party before we celebrate Ramadhan Kareem soon. And since now the weather is very very hot (like nak meletop kepala when we go out), so mmg everybody suggest not to have too many event/party. Well, at least until sambutan Hari Raya for those yg sgt bersemangat nak raya kat sini like me! Ohhh….. :’(

Oh, by the way, party ni jugak was a farewell for few friends yg dah nak back for good. Most of them are kakitangan kerajaan (teachers, etc.) yg dah habis CTG (cuti tanpa gaji). And ada yg nak balik because anak nk ambik big exams (PMR, SPM etc.) and so. Hmmmm………. So I yg telah sepenuhnya resign and takdek anak nk ambik exam ni agak2 bila laa dapat balik for good ek???? Next 5 years??? Oh NO!!!

Pictures of the day….

Aktiviti menyukat kolesterol setelah menyapu bersih segala juadah di atas meja...


Me with K. Shikin (tudung pink) yg akan back for good. Lepas ni takde dah "heroin korea" kt sini sob sob sob.... yg pakai spek tu K. Zahidah (betoi ka?)

With K. Aida yg akan back for good jugak...

With Kak Nik yg tak balik. Hehehehe....

My colourful Puding Pelangi for the party. Ni lebih sesuai bg nama Puding Bidan Terjun.



*Balik dari party tu mmg tgh bersemangat nk terus update blog. tetiba bila on firefox, hmmmm... internet dah expired pulak!!! Adoiiiii................... terus SMS Amet, tp however pun kena tunggu da balik keja jugak la, baru boleh pi renew. Gggrrrr!!!!

Malamnya, me, Zuzu & Yaya asyik tengok jam. Ayah tak balik2 lagi. Even though petang td dia ada call from office telling us that he will be a bit late. But he still promised to take us out for dinner at Maharaja. So I assume, paling lewat pun maybe dlm lepas Isyak. Tapi makin lama makin lewat and still we cant see his bayang. Dah la henfon takleh on dlm plant dia, nak call ofis mcm x brpa penting la pulak. So akhirnya I masak jgk nasik walaupun at first periuk belanga semua dah berkilat simpan dlm almari (sbb esok nak bercuti 3 hari).

Actually I tak berapa kisah sgt part takleh gi makan luar. What makes me worry is, tomorrow at very very early in the morning, nak kena catch flight to Jeddah. Kalau Amet lambat sgt balik, takut dia tak sempat rehat and penat pulak. Apa2 pun I keep on praying agar semua urusan dia kat opis dipermudahkan dan dia dpt balik awal utk berehat secukupnya.

Finally, he reached home at 12 midnight.

Tuesday, June 7, 2011

UP & DOWN

Just a short entry to say Hi to kawan-kawan....

Actually we just came back from Umrah, but Zuzu & Yaya is kurang sihat, they're down with fever since the first day we reached Mekah. And they got diarhea n vomiting.... So kesian to see my princesses lembik n kecut like that.... :'(

So ibu kena jadik nurse, oncall 72 hours.... And now ibu pulak start not feeling so well sbb dah mabuk bau masam muntah n ber*k adik kakak.... adehhhhhh...........

OKlah, sekian dulu update terkini dari kami di Jubail....nanti bila anak2 dah sihat sikit, I will update more. Please doa kan kami ya kawan-kawan & kaum keuarga....