Monday, March 28, 2011

MARI MEMBACA

Salah satu aktiviti yang sering kami lakukan di sini ialah membaca. Membaca di sini membawa maksud membaca "BUKU" dan bukan blog-hopping atau membaca fesbuk :))

Kedai buku favourite ialah Jarir Bookstore, iaitu berupa seperti MPH dan slogannya ialah "....not just a bokstore..." (yeah, they also sell LOTS of toys n games too...aiyaakkk).

Walaupun di sesetengah channel tv di sini terdapat kartun2 yg berunsur islamic, tetapi disebabkan ia berbahasa arab, I tidak dapat memahaminya dgn penuh. (Anehnya, utk drama arab Asyiq Mamnu' tu bleh paham pulak :p)

Kelihatan 3 beranak sdg pulun menelek buku di Jarir Bookstore.


Maka I membelikan beberapa buah buku kisah2 Nabi dan kisah2 dari Al-Quran in english utk dibacakan kepada Zuzu n Yaya...

Gamabar di atas menunjukkan tangan 2 org budak sedang berebut utk "choop" buku utk suruh ibu baca. Mereka tidak suka ayah yg baca kerana ayah akan membaca secara sebijik mcmana seperti ditulis dan tidak pandai membuat cerita mudah utk mereka memahaminya.


Hehehe... anak2 jek buku ilmiah... ibu buku lagha laa..... Nasib baik Cik Sophie's pun ada juai sini...campur dgn yg ada kt Malaysia, dah habis cukup collection of Cik Sophie. Oh, cuma sdg tunggu Mini Shophahollic jek x dpt lagi. Orang kt Jarir tu cakap hari tu dh sampai, tp dah sold out. Pandai jugak mek-mek arab ni baca buku Cik Sophie no...

(Tetiba teringat, one of my Cik Sophie's collection : Can You Keep A Secret is hilang masa I tgh kemas2 brg kt Mesia dulu. Ada sapa2 pinjam tak?Tolong angkat tangan ye...)


OK. Kalau nak baca buku, kena ada makan2. Ceh... tak baca pun makan, nak baca pun makan.
Tetiba teringin nk buat muffin sbb dok sembang2 dgn BFFs (Aida, Arina, Fir, Pah) pasal muffin nih. Rasa berselera pulak tengok depa dok tulis perkataan "muffin" byk2 kali hehehhee...
Oh muffin2 ni mmg terpeleot sikit sbb I takdek muffin pan. Main taruk dalam paper cup gitu jek. And paper cup tu pulak saiz giant, so isi separuh jek sbb tak suka muffin besar2 tak comel...

Till then. Selamat membaca semua.... :))

Sunday, March 27, 2011

TOO MUCH CONCERNS WILL JUST KILL ME

Looking at the vacation's ticker has triggered some anxiety in me. Yes, instead of having the joy of excitement, I have these feelings of fear and worry. There are things that are preoccupying my mind. Somethings that I dont know what to expect to see. Some things that I dont want to see. Things that I silently mention in my prayer everyday.

It's not that I really dont want to go back. But being here has been quite an escapism for me from seeing the heart-breaking realities. Hmmm.... susah jugak nak cakap about this. Nanti org ingat I nak melarikan diri dari masalah pulak.

Whatever the things are, I've tried my best to make the things at their best place.

I am blessed to have full of loving family members and frens, and I really cant wait to see them.

Allah, please give me your guidance in everything and anything I do.... Amiinnn...



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Dah la... sudah2 la layan perasaan emo tu.... nanti jadik emoticon plak...! Jom! Kita layan gambar dari Yue's Kitchen :))


Ini ialah pandan kecut yg dah berminggu2 beli kat Lulu heheheh... so balutan pun mcm tongkang pecah, siap cucuk2 lagi....asal boleh makan je laa kan...

Kali ni karipap tak terpusing2 dah. Actually I jarang sgt buat karipap kulit biasa nih. Tak layan la konon.... tapi hari tu mcm kelam kabut nk gi picnic, so hentam je buat kulit biasa nih. Tetiba eh rangup and sedap la pulak (ceh, puji sendiri lagi :p). Buat 20 bijik, satu hari je habis. I pun x sure Amet, Zuzu & Yaya ni mkn sorang berapa bijik, yg penting I dapat mkn separuh jek!

Phewwww..... ada la dekat 15 tahun dah kot tak buat benda nih. Hahaha... dulu2 masa sekolah rajin jugak buat, sebab senang sgt2 nak buat. Pastu entah mcm dah dilupakan plak menu nih. Bila datang sini, rupa2nya arab suka sgt puding nih. Siap ada jual yg ready-to-eat (packing mcm Calciyum). Klu kt restoren2 depa panggil Om Ali (Ibu Ali)....agak2nya zaman dulu2 hanya ibu si Ali tu je kot yg jual benda nih hehehhe....

Sekian.

Saturday, March 26, 2011

DEDEBU SANDSTORM

Tajuk puitis tak hengat...

Hadoi laaa.... habis sakit pinggang belakang nak kena ngemop satu rumah hari nih. (Pada hal belum start pegang mop pun lagi hahahahha...)

Semalam, sebaik sahaja kami pulang dari Khobar, tetiba datang sandstorm yg maha amat dahsyat yang pernah dilihat sejak kami berada di sini. Malah mengikut komen rakan-rakan di Jubail dalam FB juga mengatakan ini lah the worst ever (walaupun ada yg dah duduk sini bertahun-tahun).

For us, mmg betoi2 a narrow escape lah semalam. Juuuusssstttt right after parking kereta dan jejak kaki kt tangga, masa tu lah tetiba.... Zzzzzaaaaaaassssssssssssss...!!!
Kuat giler angin tu rasa mcm nak tunggang terbalik semua benda. I pulak tetiba time tu lah teringat ada kain kat ampaian dgn tingkap terbuka kt bilik jemuran tuh, haa apa lagi terkam pi ambik kain, habis kepala I penuh dgn pasir.

Bila masuk dalam rumah tengok kelabu asap, and blur yg teramat-amat sangat. Debu-debu berterbangan penuh dalam rumah. No exception ruang yg tak dimasuki debu. Masa ni dalam pukul 9.30 pm++ so kami pun decide nak berkurung dalam bilik jek since nak tgok tv pun rasa mcm sangat tak selesa.

Tapi dalam bilik pun mmg dusty yg teramat sangat. Memang pening kepala n blur tak tau nak buat apa. Nafas pun dah mula tak selesa, hidung penuh dgn debu. Yang paling kesian of course lah kat anak-anak. Walaupun depa tak cakap rimas, tapi I paling risau about their health. Me n Amet yg dewasa pun dah pedih hidug n tekak, apa lagi budak2 kecik nih.

Kulit pun mula rasa gatal-gatal. Budak2 tergaru-garu. Ibu budak pun tergaru-garu. Serius jadik takut + blur taktau nak buat apa + risaukan kesihatan + takleh tido. Dalam dok pujuk anak-anak suruh tido, I tak habis2 doa agar ribut ni segera berhenti.

Dalam takut2 tu last2 I pun tak sedar I tertido, and bila bangun tengok ribut dah habis tapi rumah............ Sabar lah banyak2 ye.......


Ini baking tray I yg letak kt atas oven....

So perkakas masak semua nak kena basuh balik lah hari nih. Aiyyaaakkkkkkkkkk.........pengsan!

Ya Allah, dengan kekuasaanMu datangnya ribut ini... Dengan kekuasaanMu juga kami pohon perlindungan ke atas kesihatan kami.. Aminnn....

Sunday, March 20, 2011

ARAB DESSERT : KUNAFA

One of the most famous amous Arabs dessert ialah Kunafa (كنافة). First time I nampak orang jual kunafa nih, I ingatkan bihun. Mmg pastry dia tu betul2 rupa mcm bihun. Then try beli, ooo.... its a bihun-like pastry... Biasanya inti kunafa ni ialah cream or cheese or custard. Yang paling sedap of course lah cream n cheese :))

Yang ni I try yg inti custard. Ok jugak, tp tak sebest yg inti cream cheese

Tapi ada jugak kunafa yg tak pakai pastry yg bihun-like nih, tapi pakai semolina (suji). Yang tu I belum pernah beli, tp dapat dirasakan mcm sedap jgk, sebab kalau talam suji n biskut suji mmg I very loiikeee! And intinya jugak ada yg letak nuts or cinnamon-ed sugar.

Kunafa ni sgt mudah didapati kt mana2 kedai bakery kt sini. Bukan saja di Saudi, malah di negara2 arab yg lain.

Kalau kat Dakhal Mahdood ni, boleh try ke kedai Roti Sanabil (kt belakang Panda kecik kt umah I nih). Selain kunafa, kedai Sanabil ni jugak ada dessert2 lain, kek, dan choices of so-o-o tempting breads n buns. Huhuhu... kami klu ke kedai tu mmg takleh tahan tengok roti-roti dia, mmg borong habis....


Roti yg paling disukai ramai dalam umah ni, yg bulat2 sebelah kiri atas sekali tu. Nampak mcm simple je. Tp dlm dia ada cheese n butter n mmg superb!


Last but not least... meh la I tempek gambar2 masakan I pulak... takdek lah makan roti sampai tak masak kan... Hahaha... berapa banyak makan daa... Layan je lah...


Utk lunch tuan-tuan puteri...

Ini ialah dinner semalam. Nasik kerabu takdok budu. I ni makan budu mengalahkan ore Kelate, tp ntah mcmana masa nak mai sini hari tu boleh bawak sebotol jek?

Punyalah terliuq sangat2 dah nak makan nasik kerabu. Tak dan nk tunggu balik mesia dah.
Takpe lah takdok budu pun...hentam sajalah apa yg ada labu.... Kepok ikan yg tinggal serdak pun goreng jugak... kesian... Tapi yg paling mengancam tu haa... jeruk bawang! Boleh dapat kt kedai Oriental ye puan-puan...

Sekian :)

ENTRI SERIUS

Okeh, sila baca dgn penuh tekun & serius.

I mulakan dgn laporan cuaca. Yes, baru 1-2 minggu lepas I said that the temperature dah warm sikit kan. Tapi sebenarnya, lepas je I tulis entri tu, tetiba cuaca jadik sejuk balik. And it continue sampai today, with unpredictable weathers. Kadang2 it is so-o cold sampai nak kena keluar balik sweater yg dah siap basuh-masuk-almari tuh. But some other times pulak, panas/warm sampai kena bukak aircond (tp bukak slow2 je). And kadang2 hujan, kadang2 angin kuat sangat-sangat-sangat kuat. Its pretty scary, huh.

Yesterday, my sister (Kak Ngah) sms asking me to update on our family situation and status due to not-so-good-arabs-news currently. She is acting as the middle-man (girl) between us here with my parents n tok+wan n pakciks makciks :))

Okeh, sesungguhnya mmg few arab countries like Egypt, Syria, Yemen, Libya, and Bahrain now are having sort-of "war". And most of it started with protest against the government and so on, then continue with violences, tear gases, and then guns n fire n bombs. And everyday we read n watch (via tv) those people got killed.



Most of arab countries ni selalunya ada 2 jenis kelompok, iaitu (explained in layman term) :

1. Geng sunni (yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasullullah p.b.u.h)
2. Geng syiah (ni yg ikut imam 12, imam 7 dan apa benda tu lah. nak tulis lebih2 pun I x pandai, takut salah maklumat. so u all cari sendiri ek )

So pergaduhan2 kat sini kebanyakan bermula dgn pengikut2 kedua-dua kumpulan ni lah.

Since my sister (and families) dah tanya keadaan kami kat sini, I would like to say that we are fine, but still worry. Especially about what's happening in Bahrain lah, sebab Bahrain tu just about 2-3 hours jek from Jubail nih.

Sekarang nih, Saudi's police and army semua mmg berjaga dgn ketat, especially dekat boarder to Bahrain. Even Amet's contractors yg from Bahrain pun dah few weeks tak datang sini (they used to ulang-alik everyday Bahrain-Jubail). And kami semua kat Saudi ni sentiasa diingatkan agar cuba menjauhi boarder. So you can imagine the situation lah.

And yesterday, I just watch in Al-Jazeera that the iconic Pearl Roundbout (which is the city landmark) had been demolished. Well, I think that scarying n worrying us enuff....

Pearl Roundbout - Bahrain's most memorable statue.


19 March 2011 - Bahrain demolishes Pearl Roundbout.


Standing statue - all leveled to the ground....



So, families n friends....please please please pray for solace and peace around us. And we really really hope that the Kingdom of Saudi Arabia will always be an exceptional as it always be.

And to those people and countries affected either by bencana alam or pergaduhan, I also pray to Allah the Most Merciful to save you....May all of you be granted with patience and comfort...

(To Kak Ngah : Hang habaqlah kt tok & wan and orang2 kampong sekalian bahawa kami dalam keadaan yg selamat sejahtera dan sihat walafiat dan jangan lah mereka bermuram durjana, sebaiknya terus mendoakan sahaja kesejahteraan kita semua.)

Oh by the way, if any of u interested to read about other Arab countries situation, boleh baca di SINI ye...

Sekian.

Saturday, March 19, 2011

KRMJ FAMILY DAY 2011

Date : 18 March 2011, Friday

Venue : S-Schem @Chevron Beach Camp


Cik Zuzu & Cik Yaya boleh tengok jek org masuk pertandingan mewarna sebab bawah umur...


Adik main playground dgn happy sambil ditiup angin laut

Kakak pun main jugak, tp sekejap jek. Lepas tu dia ada aktiviti lain.

Adik dah mau naik ndoi. Biasanya takut gile dgn ndoi.


Haaa... n aktiviti kakak - flirting dgn abg hensem yg baru datang dari Malaysia. Bahaya betoi anak dara sorang nih. Adik tu pi pangil kakak ajak main playground, tp kakak asyik layan abg je... Aiyaaa....

Last2 adik join venture dgn kakak Amirah (yg sebaya dgn Zuzu)

Anak-anak Malaysia dgn skill waveboard...

Setelah berpenat lelah, lepak lah pulak...Sambil berkenal-kenalan.
Ini dgn Nur Altaf. Special kan nama dia :))

Kakak dan adik dah habis battery...


Masa utk ambik hadiah... bagi yg menang je...

Thursday, March 17, 2011

HELLO GIRLLLSSSS...

OK entri ni ada 2 perasaan. Satu perasaan gembira tak terhingga, satu lagi perasaan geram tak terkira.

Yang perasaan gembira ialah TAHNIAH kepada Cik Ngah a.k.a Ayu a.k.a adik ipar I yg telah melahirkan seorang bayi yang amat kuat tido hehehehe.... Oh baby girl ye puan-puan...Dilahirkan pada 9/3/11 yg lalu (sory aunty awak ni amatlah slow mengupdate awak kt sini. Jgn marah, nanti x dapat hadiah hehehe)

Taa Daaa..... presenting.... jeng jeng jeng.....




EISYAH MYSARAH ZULKIFLI


Ni masa umur 3 hari...

Ni masa umur 1 week..

So, apa nak kata, mmg best giler lah kan dapat anak sedara, And this is our first anak sedara. Lagi lah eksaited.

Cuma..............

Yang tak berapa best.............. Yang buat I tersentap-sentap sikit mcm kereta nak habis petrol...

Ialah bila ada mulut2 puaka, yang tahap puaka telaga buruk dok buat soalan2 yg sentap...

"Alamak, pompuan lagi?"

"Laaa... cikgu Rokiah semua cucu pompuan la dia..."

"Isk isk isk heroin lagi no...."

"Kena mintak petua bagi dapat baby boy plak ni. Asyik girl je dlm family ni..."

"Hmmm... pompuan semua no. Dah 3 org pompuan kan?"

Nasib baik komen2 tu adalah dalam FB, dan yg menulis tu smua jauh2. Kalau lah ada kat Jubail ni............

Serius berbulu tahap king kong okeh...

Okeh. sekarang apa masalah korang kalau kami dapat baby girlsss??? Dengki ke mcmana tuh? And I mmg tau sgt salah sorang yg byk sgt komen tu, anak dia mmg semua boys. So adakah dia mmg dengki tahap gaban sbb kami dapat baby girls yg comei2 giler plak tu.

Eh, kau tak pernah belajar ek tentang kehidupan orang2 zaman JAHILIAH dulu yg membunuh bayi perempuan. Ko nak jadik mcm tu ke? Anti bayi perempuan?

Seriuslaa.... I nih kalau org tak mulut puaka, I pun tak kesah sgt pasal depa. Lantaklah ko dapat anak laki ke pompuan ke asalkan sihat walafiat sudah la...

Memanglah kami semua pun sentiasa berdoa, agar dapat waris-waris yg berbeza-beza jantina. Ada org cakap cuba petua itu, teknik ini, tapi bukankah kita semua sedia maklum, ALLAH yang maha berkuasa menentukan segala kejadian makhluknya. So, kalau ko tanya "Kenapa tak dapat baby boy pulak?" senang je I nak jawap " Kau tanya Allah."

And sebenarnya orang yg paling kuat, tabah dan sabar sudah semestinya lah my MIL n my kakak ipar n adik ipar. Sebab depa lah yg paling banyak kena tadah telinga dan mata mendengar semua tu. Depa mmg sabar, tak mcm I yg tinggal di kejauhan ni tapi rasa berdengung lebih pulak kan....

Tapi begitulah hakikatnya kan, hidup di dunia ni mulut orang macam2. Kadang2 maybe dia pun tak sedar, mulut dia terpuaka kot time tu. Tapi ada jugak yg mmg jenis puaka 24 jam... (puaka gunung raya - tak reti tido hahaha...) So, takpelah bila hati I nih dah sejuk I cubalah maafkan dia. Harap2 kalau I senang maafkan orang, orang pun senang maafkan I jugak =))

Ya Allah... peliharalah kami semua dari sifat2 yang buruk... Amiinnn....


The best part of having girls in da house ~~~ dressing up!!!!

Monday, March 14, 2011

THE MOST BEAUTIFUL



I nih sebenarnya nak mengamuk. Ada laa rasa sentap sikit dgn beberapa makhluk nih. Tapi sebelum I menyentap, baik kita layan Asma Al-Husna yang sangat indah nih kan. Moga-moga beroleh ketenangan, kedamaian.....

Serius... u all mesti wajib bukak dan dengar dan tengok berkali-kali video nih. Sekian. Nanti malam I tulis entri sentap tuh (Aik, tadi kata nk cari ketenangan. Still nk menyentap jugak ke??)

Sunday, March 13, 2011

DRIVING IN SAUDI

I just nak bagi beberapa fakta bukan auta pemanduan di Saudi.

DISCLAIMER : Apa yg I bagi ni atas apa yg I nampak (SERING KALI / KERAP KALI nampak) dengan mata sendiri. Maybe ada banyak lagi fakta-fakta lain yg I belum nampak, sbb banyak lagi tempat kt Saudi ni yg kami belum lawati. Harap Maklum.

Okeh mari mulakan....

1. Kelajuan minimum yg biasa ditemui di sini ialah 140kmh. MINIMUM ye. Kalau maksimum, tooksah cakaplah. Bawak jek selaju mana anda suka, setakat mana kereta anda mampu pergi. Dan biasanya klu anda bawak pada kelajuan 170kmh pun, jgn terkejut jika banyak giler kereta yg masih overtake anda. Walaupun kereta mereka ialah tahap nak tertanggal pintu (buruk gile yet laju gile).

Ini contoh meter pemanduan encik Amet dgn kelajuan 180kmh. Ini ialah menggunakan kereta sewa Toyota Yaris 1.6cc sebelum kami memiliki kereta sendiri.


Ini ialah pemanduan encik Amet dgn kereta sendiri, Mr. Mitsubishi LancerGT 2.0cc dgn kelajuan 205kmh.

Encik Amet at 210kmh. Co-pilot sedang lena seolah-olah menaiki kapal layar.



2. Selain laju, kegemaran orang2 di sini ialah HON. Ya hon sentiasa berbunyi-bunyi mcm lori jual aiskrim or bai jual roti. Kat traffic light mmg tempat yg sgt paling amat meriah dgn bunyi hon. Maka biasa-biasakn dan mesra-mesrakan diri anda dgn hon.

3. Kalau terlajak jalan atau lorong yg sepatutnya anda belok, anda boleh me'reverse' kereta anda bila-bila masa sambil menyalakan lampu hazard. Tidak pelik sbb byk gile org buat. Cuma perlu bersabar sikit dgn hon. Tapi jika mereka hon pun bukan bermaksud mereka marah, itu hanyalah sapaan mesra kpd anda.

4.Signal????? Apakah itu??? Kalau anda dari lorong kiri sekali dan berkeinginan hendak ke kanan sekali (and vice versa), masuk je. Tak perlu bagi signal. Semua mereka di sini tidak menggunakan signal. Atau mungkin pakej kereta mereka dijual tanpa signal. Atau kelas memandu mereka tidak memperkenalkan fungsi signal.

5. Kalau kt traffic light, jika anda berniat utk berjalan terus ke hadapan (go straight), jgn berhenti di lorong paling kanan. Anda pasti akan dengar hon yg aaaaaaaammmmaaaaaaatttt panjang. Sebab biasanya lorong kanan tu utk belok kanan tanpa mempedulikan warna trafic light, maka kereta tak boleh stop di situ.

6. Lori-lori yg membawa muatan seperti perabot, kayu-kayan, tong-tong dan lain-lain barangan besar tidak wajib mempunyai "body" (yg bertutup).


7. Anda kena terima hakikat yg pemandu-pemandu di sini banyak jugak dari kaum India yg langsung tidak berpeluang memandu di negara mereka, malah tidak pernah melihat kereta langsung. Jadi bayangkanlah apabila monyet mendapat bunga......

8. Bagi org Arab pulak, mereka dibenarkan memandu seawal usia 10 tahun. Jgn terkejut tngok budak2 kecik dgn kepala terdongak-dongak (sbb lindung stereng) memandu 4WD dan menghantar mak nye kt mall-mall. Sangat banyak.

9. Klu nak isi minyak, parking betul-betul kena lubang tangki dgn pam. Kalau anda parking dgn tangki kereta sebelah kanan, pam sebelah kiri, jgn harap dia nk isi minyak. Nak kata hos tu pendek, mmg dh panjang berjela. Tapi hakikatnya dia mmg tak akan isi.

10. Nak cakap telefon sambil memandu? Silakan. Malah anda mmg kena sangat bersabar dgn pak arab/i*d*a yg cakap telefon masa memandu. Depa ni klu dh bergayut, selagi tak hanguih henfon tu, selagi tu lah tak berenti. Pastu mulalah kereta gelong ke kiri ke kanan. Yang paling benci terhegeh slow kt lane kiri sekali.

11. Bersabar lah ketika hendak parking. Kaum yg tak bertamadun ni mmg tak reti parking masuk kotak. Serius, depa letak sebijik kereta dlm dua kotak, senget (yg teramat sgt), dan mcm2 style lagi lah. Dan bila tengok cara depa sedang parking, amat terasa sgt anda hendak pergi membantu (lama gillaaa nak boleh parking. dah la senget!)

12. Motto memandu mereka " Aku nak pergi sini n situ. Utamakan tujuanku. Peduli kan orang lain." Means, klu dia nk belok dia belok jek. Persyaitankan ada kereta lain kt tepi ke, belakang ke, depan ke, yg penting aku nk belok, dan aku mesti belok.

Tapi ada jugak la part2 yg best kat sini. Antaranya ialah :

1. Tol? Apakah ia? Tak kenal pun?

2. Bayar parking? Ohhh... ada....ada. Satu je tempat - airport. Lain-lain, anda boleh parking atas tanah, bawah tanah, atas bumbung, bawah bumbung smua FREE.

Last but not least, memperkenalkan driver I with Mr. Lancer..........


Sssyyyhhhh..... tahukah anda, dia SURUH I publish gambar dia kt sini sbb dia jeles I letak gambar muka I yg gebu (hasil photo editing hahaha) di entry yg lepas? Terpaksalah I letak.... takut dia resign jadik drebar I, camno nk pi beli ikan? Hehehehe....

Friday, March 11, 2011

MARI-MARI MAKAN SAMPAI GUMOK!!!

Okeh, atas permintaan ramai, mari promosi gambar sendiri yg terkini terlebih dahulu........ Eeewwaahhhhh...!!!!






Yeaahhhh... sapa cakap I gumok??? Sila angkat 2 tangan 1 kaki!!!

**P/S : Sebenarnya ini ialah permintaan seseorang, bukan permintaan ramai pun.... Hahahaha... (So, cik adik yg silent reader, sila tgok puas2 gambar "comei" akak skrg ye...)

Waaahhhh... and tengok tu, I dh ada banner Nuffnang gitu... So, jgn lupa klik-klik ye kawan2... itu je lah duit gaji buat masa ni... kesian kt I tau.... huhuhuu...

Haaa alkisahnya gini, I ni selalu jugak dapat komen2 terhadap blog ini secara hidden iaitu melalui inbox fb, email, or ym. Some of my readers ni mmg amat sgt pemalu ala-ala gadis Melayu gitu... So it's ok, nk komen kt mana2 pun I tak kisah... You're always welcome... :))

I just told Amet bout the hidden commenters nih semalam. And taadaaa.... he came out with the brilliant idea (sometime he is...) "Why dont you put adsense or nuffnang? You actually got your own readers/followers..."

Eeeewaaahhh... tetiba kan terasa diri mcm top blogger ye puan-puan... Hahhaha... ada la reader, dalam 3-4 org... boleh ke dapat reward???? Hahaaha... verangan!!!

Aihh... dah la tu, jomlah kita layan menu dari breakfast sampai dinner. Haaa... sesapa yg dalam percubaan menggumokkan diri mcm I nih, silalah follow menu2 ni, insya Allah berjaya....



Breakfast : Pulut Ikan kering. Lemak berkrim disukai Zuzu...

Lunch : Nasik Bryani Ayam from Qila Al-Ruz lagi....
Malas masak + semalam termimpi-mimpi nasik nih

** Okeh kalau beli nasik kt sini biasanya dia akan bagi platik besar (mcm dlm gambar) tu. Plastik tu biasa digunakan sebagai dulang/pinggan. Ambik nasik, longgok jek atas plastik tu and makan... (Tapi biasanya I akan still siapkan pinggan, plastik tu buat alas jek.)


Minum petang : Roti canai. Dah semakin lawa jelita kan roti canai I... serius sedap n rangup mcm kedai mamak punya ye (apakah puji diri sendiri??). Balik nih boleh pi tunjuk skill kt mamak Taqwa.


Dinner : Siput lagi.

Dinner : Sayur kobis hijau + kobis purple + karot oren.

Seriously, i harus pergi Sport Centre minggu nih!!!

Thursday, March 10, 2011

ADA TAPI PAYAH

Okeh entri ni I terover rajin tangan nak snap gambar barang2 dapur. Just terlintas di fikiran nak snap gambar barang2 masak (selera org Melayu) yg agak sukar nak dapat kt Jubail ni. "Agak sukar" maksudnya "ada" ye puan-puan. Tapi tak semudah kita biasa dapat kt M'sia. Kalau kt M'sia barang2 camni hentam jek gi kedai runcit kampung tu pun insya Allah mesti ada...

Okeh x payah berleter panjang, mari kita lihat calon-calonnya ialah....


Ikan bilis ni I rasa yg paling susah payah sekali kot nk dapat kt sini. Kadang2 ada kt Cash & Carry (Jubail Town) tp warna dh kekuningan giler serius tak lalu nak beli. Kadang2 ada jugak kt kedai KingStar (opposite bahagian jual ikan kt market). Tapi yg paling comei sikit ialah kt kedai siam or Oriental (Khobar). Harga SR15.00 utk 300g.


Cili kering merupakan bahan makanan yg sememangnya tidak dapat dipisahkan dari tekak Melayu kan. Kalau dalam seminggu takdek sambal tumis mmg tak sah (Eh, ke I jek yg dok buat sambal nih sbb paling simple a.k.a. malas). Cili kering yg super duper senang mcm ni pun tak semua kedai yg jual kat sini. Kalau kedai runcit kecik2 sgt tu tak payah tanya lah, mmg dia tak kenal pun cili kering. Oh sedih kan?

And cili kering sini yg jenis pedas dan pedih tekak. Dulu mak I pesan klu nk beli cili kering tgok yg byk kedut-kedut tu insya Allah kurag sikit pedih dia. Tapi kt sini hentam jek lah asalkan ada namanya cili kering. So nk kena ada byk step skt nak bagi kurang pedas tuh. Mmg sgt tak sesuai dgn jiwa kurang rajin mcm I nih ye...

Biasanya I beli di Hawazen, Sameway, Khairat Farm. Hari tu ada terbeli kt Al-Bilad Mall yg paling the best (takdek rasa pedih2). Harga dalam SR2.00 utk bungkusan mcm dlm gambar.

Okeh minyak masak pulak ialah minyak matahari atau minyak jagung. Minyak kelapa sawit I pernah jumpa sekali tp tak ingat dah kt mana. Insya Allah sihat walafiat lah hendaknya... Oh harganya lebih kurang SR12++ sebotol. Mcm biasa ikut brand lah ada yg mahal sikit, ada yg murah sikit.

Beras pulut ni selalu menjadi persoalan dan sering ditanya sama ada ia boleh didapati di sini atau tidak. Jawapannya : Ya. Boleh beli di Sameway, Khairat Farm (kadang2 ada) atau di kedai siam or Oriental. Yang mcm I beli tu ialah 5kg, harganya ialah SR22.50, lebih kurang mcm kt M'sia jek. So tak payah bawak, buat berat beg jek.

Oh lagi satu selalunya yg cari tak jumpa sbb tak tahu namanya kan. Selalu jugak ada kawan2 tanya " Nak tanya nama apa utk beras pulut tu?" Waaahhhh.. kalau nama arabic I mmg tak tau lah hehehe.... klu english : Glutinous Rice.



Okeh tepung beras ni masa I mula2 sampai, jenuh jugak nak cari. Almaklumlah blur2 lg kan. Rupa2nya elok jek ada dia dok tersadai kat rak tu. First time jumpa nih kt Sameway. Pastu beberapa minggu lepas I ada nampak kt Panda jugak. Of course di Lulu Hypermarket boleh dapat jgk. Okeh harga ialah agak mahal iaitu SR4.25 (di Sameway) utk 500g sahaja.



Haaa... cream crackers ni pun bukan barangan yg biasa dijumpai di sini ye. Maksudnya setakat jalan kedai2 biasa, mahupun Panda ia tidak dapat ditemui. Yg ni ialah dibel di Khairat Farm. Boleh didapati di Lulu, Oriental, kedai siam dsb. Dan tgoklah harganya : SR4.00 utk bungkusan yg sekali hadap tu jek. Sangat sedih ya kehidupan di sini....


Okeh nugget ni mmg banyak sgt ada kat sini. Eh! Ni nugget dari ex-supplier I dulu la... Al-Kabeer (Kak Milah : klu encik Yusop Al-Kabeer pi opis cakap saya kirim salam, dan cakap nugget dia mahai giler n x sedap mcm nuget R****y okeh....heheheh)

Oh berbalik pada kisah nugget nih, nak cerita harganya amat super duper mahal. Serius giler mahal. Mahal pun tak serius giler mcm nih. Utk sekotak ciput-mkn-pun-tak-kenyang nih harganya ialah SR19.00 ye... phewww... kdg2 boleh la dapat yg murah sikit tp paling murah pun mmg almost SR10.00 dgn berat yg sememangya hanya setengah kg! Mmg tersentap sesangat lah bg I yg biasa dapat staff price dulu kan.... hahahha...

Okeh, barang2 lain yg amat sukar didapati ialah seperti kicap n sos cili. Kicap mmg ada tapi dah rasa apa2... and semua ialah product of indon, filipine, n thai. Mmg takdok kicap mesia huwaaaa.... Sos cili pun payah yg teramat sgt nk cari. Kdg2 carrefour ada jual, tapi tu pun cili + tomato jenama Heinz. Yang penuh kt rak ialah too-maa-too jek... :(

Oh taugeh pulak dah semakin banyak sekarang. Nampak mcm setiap kali I gi Panda jek, mesti ada taugeh. Tak payah susah payah cari dah. Bagus... bagus....

Okeh tu jek lah brg2 yg terlintas dlm kepala buat masa nih. Nanti ada yg melintas lagi, I tulis lagi ye. Lagipun buleh buat kenangan utk cucu-cucu I nanti tentang betapa susah payahnya nenek ni hidup kt peratauan... ceewwaaahhhh... Bye!

Wednesday, March 9, 2011

I REALLY NEED MY ME-TIME

Today, tuan-tuan puteri 2 beradik nih betul2 make ibu mad. And ibu sangat pening n sangat penat n sangat tension n sangat sedih n sangat-sangat-sangat needs a holiday.

Kakak since dah pandai guna toilet nih, aaaaassyik lah nak ke toilet. Tak sampai 10 minit kencing, nak pi toilet lagi. And lagi, and lagi. The problem is, bila time nk basuh dia takmau ambik the pipe hose sendiri. She wants ibu to take it for her. And that makes ibu really exhausted n restless sbb baru jek nak tenggek duduk, dah kena bangun. Duduk-bangun-duduk-bangun-duduk-bangun...

And kakak sangat susah nk pakai seluar semula selepas pi toilet. Setakat 5-6 kali ibu still boleh cakap "Sayangggg... pakai la seluar tu. Nanti lalat gigit ...." Tapi kalau sampai dah masuk 10 kali asyik cakap benda yg sama n no positive response, ingat ibu tak reti jerkah orang ke???

Adik pulak, being so clingy as usual. Ibu betul2 rasa fed-up dgn ke"clingy"an adik nih. Okeh masa baby2 dulu ibu boleh la terima. Ini dh dekat masuk 3 tahun still jugak mcm tu. Melekat 24 jam dgn ibu. Tak boleh la ibu nak bangun dgn bebas sorang2. Asal ibu gerak sikit jek, dia dh pegang kain/seluar ibu. Better sikit sekarang nih dia tak sampai ikut masuk dlm toilet. Tapi still dia akan tnggu kt depan pintu toilet sampai lah ibu keluar, n she will be jumping happily with hand clapping and "yeayys" just like she's been waiting ibu for years!

Tadi ibu tried to have a slow talk session with them, telling them that ibu will need to go to some kind of work tomorrow (planning to go to sports centre). So they need to stay in the nursery for a while. Kakak was quite ok with it, but adik, terus throw a tantrum sambil menghentak2 kaki dan membaling mainan. Great. So plan ibu utk menslimkan badan cancel lagi.

Then they asked for Oreo. Ok, I put it on the dining table and cakap "Makan kt sini je, jgn bawak mana-mana." Seriously, kat hall tu asal sapu mesti serbuk biskut, serbuk roti, kulit coklat and so.

While I was kemas-kemas kat hall, I rasa mcm dapur tu sunyi jek. Go n check, yesss... both are not in the kitchen. Hmmm.... cari punya cari, rupa2nya dua ketoi budak ni sedang bergembira menaburkan Oreo di atas tilam!!!!

Teramat sangat lah geramnyaaa!!!! Ibu terus tarik tangan depa, and kurung dalam bilik. Unfortunately, itu ialah bilik mainan, and disebabkan ia adalah waktu siang maka ia tidak gelap maka juga ia adalah tidak menakutkan. It's just adik yg nanges, tapi sekejap jek. Pastu I heard they just continue palying sbb tu mmg bilik yg amat penuh dgn mainan! Oh.. damn me!

Lama jugak ibu kurung depa dlm tu. Well, at least they will feel tak best sbb ibu tak ada kan (I wish). Then bila ibu bukak pintu, mcm biasa lah dua2 nanges buat muka kesian and salam "Kakak mintak maaf bu..." and " Adik 'af bu..."

Sesungguhnya ibu mmg kesian nak denda mcm tu. But adik n kakak sangat2 tak dengar cakap ibu, and selalu create idea yg just turn ibu tu godzilla!!!

Setakat nk mintak ibu buat makan itu ini, ibu tak kisah. Tapi bila main-main dgn makanan, bawak sana sini, tumpah sana sini, while yg masuk mulut cuma 2-3 bijik, that will definitely not makes me happy.

It's true that people say - you never really know what you are capacle of, until the babies come along. Yes, exactly. Dulu ibu tak masak sambil sebelah tangan dukung anak. Ibu tak pernah sambil buat susu, kaki boleh mengelap lantai. Ibu tak pernah in middle of enjoying my passion of cooking, kena stop to wash the poops and pees. Ohhhhhh.....

Being an ibu, I can't give my resignation notice like I always did in companies bila I start tak suka the bosses.

I really miss those old days where I send them to babysitter, and I took a day off and just go pampering myself with massage and facial and window shopping. It was really a pleasure n leisure to just spend time all alone sometimes. Yes, I said SOMETIMES.

It's not that I really crazy that I hate them or dont want them anymore or what. But I just got tired n exhausted. I know, I know..... orang akan cakap "Jaga budak2 kena lah sabar...budak2 mcmtu lah..." Yes, I know and I realize it. And I always berdoa to Allah to guide me to be the best mother that could ever do the best for my kids.


I am so sorry. But really, I need some time off - to be alone, just me and nobody else.

Monday, March 7, 2011

DOUBLE TAKE

Hmmmm.... I pun dah tak tau nak kata apa. Nak cakap tension pun mcm sampai dah tak larat nak tension (boleh?).

Kan baru jek sesangat Cik Berry pergi meninggalkan I kan... Kubur pun masih merah lagi... And now, cik lappy pulak mcm nak buat hal. Sejak 2-3 hari ni, cik lappy asyik terpadam-padam. Baru jek I bukak tak sampai 30 minit, tetiba "luuppp" terpadam. Bila I rasa badan dia, mmg selalunya panas jek. Demam kura agaknya.

Just before I datang saudi nih, I baru jek repair cik lappy. Masa tu dia demam panas dan terpengsan-pengsan camni la jugak. Sampai satu hari tu dia pengsan dan koma sampai beberapa bulan. Then sbb nak bawak dia datang sini, I terpaksa la hantar dia buat operation.

Now, cik lappy sakit lagi. Memang sangat tak best.

Walaupun encik Amet ada sebijik jugak, tapi dia punya laptop terover hi-tech sangat and ia mmg amat menyampahkan utk digunakan. Ia adalah terlalu sensitif. Sentuh sikit jek dan terover scroll sampai end page. Kekadang kita tengah baik punya taip kt tempat lain, tetiba cursor tu bergerak sendiri entah ke mana-mana. Apa punya spesies ntah.

Huhuhuhuhuhuhu.... Cik lappy.... please laaa.... jangan la sakit-sakit... jangan la buat hal.... u cuma joking2 jek dgn I kan? kan? kan??? Esok u bleh jadik okeh balik kan? kan? kan? Peellllleeeeasseeeeeeeeeee.....

I kan mcm baru jek berangan siap ada list lah jugak dalam kepala... bila balik Mesia nanti nak le beli benda2, barang2 yg org pompuan selalu beli tu kan.... selalunya pompuan dah kawen semua pakai tu, I jek yg takde.... kalau org tengok I nih, mmg nampak "kosong" je... sbb tu org selalu ingat I nih anak dara sunti lagi hua hua hua.... Tapi klu dah cik lappy buat hal, and I nak kena beli Mac Book Air sebagai ganti (apakahhh???) *Toiinggg!!! Kena ketuk kepala dengan Amet utk menyedarkan diri*, nampaknya takleh la beli "barang" tu..... Sob sob sob....

Ya Allah... permudahkan laluan dan semua urusan utk hambaMu ini. Semoga ujian-ujian kecil dan kesedihan yg sedikit ini menjadi pengampunan buat saya ya... Amiinnnn...

Sunday, March 6, 2011

CHEWY GOOEY

Selamat pagi semua....!!! Haa kat sini mmg masih pagi lagi, tp kat Mesia mesti dah tengah hari rembang nih. Okeh hari ni I bersemangat nak share satu resepi yang teramat sangat mudah dan seneeenggg banget! Dan yg penting sedap!

I teringat nak buat brownies ni masa dok pikir2 menu kuih utk bukak posa semalam. Sampai jam dah tunjuk pukul 5 ptg, kuih tak buat lagi. And kat sini waktu Maghrib (buat masa sekarang) ialah pukul 5.45 pm! Haa tetiba kaatinggg!!! Timbul idea buat brownies ni. Terus celapak keluar periuk belanga semua...

Resepi brownies ni sentiasa ada dalam kepala I sbb ia senang dibuat bila-bila masa. Sangat cepat dan simple. Yang penting tak perlu keluarkan elektrik mixer, dan tak perlu ada tangan gagah perkasa macam I. Guna senduk biasa je... Okeh mari semak resepi ye kawan-kawan....

Bahan-bahan :
100g butter
100g coklat masakan
3 biji telur
1 sudu kecil vanilla essence
1.5 cwn gula
1.5 cwn tepung gandum
1/3 cwn serbuk koko
1 cwn your choice of nuts (peanut/almond/pecan/walnut/pistachio/gajus/apa2 je)

Cara-cara :
1. Sediakan double boiler. Cairkan butter + coklat masakan guna double boiler.
2. Masukkan gula dan kacau sampai gula larut.
3. Angkat bekas dari boiler. Masukkan telur 1 demi 1, kacau sebati setiap kali telur dimasukkan.
4. Masuk vanilla. Masuk tepung + koko.
5. Masuk kacang. Tuang dalam bekas pembakar.
6. Bakar dalam oven 180 degC, 30 minit.
7. Siap, potong 4 segi.

Notes :
* Guna bekas yg agak2 bila tuang tu adunan jadi tak tebal sgt.
* I takde coklat masakan semalam, so I hentam boh coklat anak2 hahhhaha
* I guna brown sugar - less sweet, less calories. Dah masuk 30-an kena be more health-conscious ceewaaahh.
* I tak timbang pun butter n coklat tu, main hentam campak agak2 je sbb dah lewat kan hahahaha
* I guna pistachio, cantek sbb dia mcm kaler hijau skt, pastu sedap sbb ada masin2 skt, and sbb tu jek kacang yg I ada dalam umah.
*I tambah coklat chips sikit.


And hasilnya.... super duper purrrfeccttt. betul2 rasa brownies. brownies tdak sepatutnye rasa gebu mcm cake ye puan-puan.... (teringat2 pesanan Nigella between brownies n choclate cake).

It's so chewwy.. so gooey... so browniesss.... nyummyyy!!!!

Mmg tak sampai Isyak, dah tinggal separuh talam dah...

Oh one more thing, just nk tayang Nasik Beryani Kambing. Haa.. now I can differentiate between bryani, bukhari n mandy hehehhe.. nasik bryani nih ialah yg jenis ada kuah ala-ala kari tu skt. Oooo....

From Mat'am Qila Al-Aruz... (Restoran Nasik Qila)

Serius cik kak n cik adik nih dua-dua menggemari segala jenis nasik arab....