Sunday, February 12, 2012

HOPE TO SEE THE RAINBOW...

Cerita by Yue at 2/12/2012 11:01:00 AM
As you can see, I'm not so motivated since past few weeks right? Update blog pun slow mcm snail...

But still, we hope and we pray that things will get better. I know and I believe, there'll be a way. And after all, maybe we have to choose sumthing that we think is not good for us, but sebenarnya Allah knows that is the best. Kita cuma manusia biasa, tak terfikir rahsia dan kebaikan Allah yg Maha Bijaksana kan?


So sebelum betul2 nampak rainbow, marilah membaking cake yg berwarna warni bagaikan rainbow untuk mnceriakan hati anda sendiri.... Niat asalnya konon2 lah nk buat Rainbow Cake. Tapi fikir punya fikir, cancel lah sebab rainbow cake tu mcm nk kena bakar banyak kali (7 lapisan), pastu nk sapu frosting, pastu besar sgt saiznya xde sapa nak telan. So aftermath punya hasil ialah Kek Alunan Kasih ni.... Kebetulan still ada balance pure butter cukup2 utk adunan ni, so memang gebu gebas moist lemak berkrim gitu.... For those yg nak try, ambiklah resepi ni. Senang, simple dan sedap (sebab butter cake tapi diselang seli dgn lapisan cocoa powder...nice!)

RESEPI KEK ALUNAN KASIH
1.5 cwn butter
2 cwn gula
5 biji telur
Esen vanila
0.5 cwn susu cair / segar
2.5 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3 jenis warna
Cocoa powder

CARA2NYA :
1. Pukul butter + gula sampai kembang. Masuk telur 1 demi 1. Masuk esen vanilla.
2. Masukkan susu.
4. Masukkan tepung sikit2, kaup balik (guna spatula sahaja).
5. Bahagi 3 bahagian, letak warna yg disukai.
6. Letak satu adunan (cth : lapisan kaler kuning), tabur serbuk koko atas memenuhi atas adunan itu.
7. Letak kaler kedua (cth : lapisan kaler merah), tabur koko lagi. Tutup dgn lapisan warna terakhir cth ; hijau)
8. Bakar 180 deg C, 40 minit. Siap!


Yang ni buat masa tengah2 malam bila entah. Tetiba masa tu terasa lidah ni nak makan kuih sgt2. Terus gi bancuh adunan, then kukus. Sebenarnya buat kuih ni bukanlah susah mana pun... malas je yg lebih... :D

Ini ialah chocolate cake yg ke berapa ratus biji dah dibaking dalam rumah ni. Tapi rasanya resepi yg paling I suka buat (due to the moistness dan senang bahan/caranya) ialah Eggless Supermoist Choc Cake ni, dan jugak Kek Coklat Kukus Zubaidah (walaupun nama "kukus" tapi I bakar). But actually kek coklat or anything related to too much chocolate is not my favor. Anak-anak dan ayahnya saja yg suka sangat order...


Lately, seafood dah start banyak melambak kt market. Nak makan ketam, udang, sotong, siput semua ada. Dan harga pun dah jatuh murah. Last 2 weeks harga udang ialah SR70 per kg! Huhuhu... nk telan pun rasa sayang hahahha... tapi last few days, dh turun harganya tinggal SR20 per kg je. Siput ni pun just SR10 per kg. Murah murah murah!!!! Mari makan seafood...!
Bila tensen, makan. Bila gemuk, tensen. :D

*The rainbow is nearer, and waiting to be seen....insya Allah....*

Wednesday, February 8, 2012

ANDAI KU TAHU

Cerita by Yue at 2/08/2012 10:55:00 AM
Andainya lah ku tahu kan... Tapi mmg tak tau... tak tau sampai bila nk terus menanti dan menanti....

Kepala pun sesak n senak fikir mcm2 plan.

Pening dgn mcm2 kerenah dan jawapan yg diterima. Bos besar dh ok, bos kecik pulak tak ok.

Sakit kepala tengok anak2 yg setiap jam mengamuk keboringan, ketensenan, tanpa aktiviti memberansangkan. Ya la balik2 tengok kartun, trngok kartun, tengok kartun.....

Kalau depa dh boring sgt pun main mainan2 yg tiap2 hari diulang main lagi n lagi n lagi...
Habis main, mula la bergaduh berebut bercakaran bertumbuk menangis meraung....

Entahlah anak2...ibu pun xtau dan x pasti bilakah kamu boleh ke sekolah. belajar n bergaul mesra dgn kawan2. dan bukan dlm dunia kamu dua beradik saja. ibu masih belum ada jawapan.

Walaupun aku belum tahu... kain baju dh kubungkus... barang rumah dh ku"klear"... tinggal masa nk mengangkatnya yg belum pasti.

Dan sampai hari ini, ku semakin buntu apakah doa yg patut kupohonkan daripadaNya lagi?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, February 1, 2012

A VISIT TO BEDOUIN TOWN ~ NAIRIYAH

Cerita by Yue at 2/01/2012 10:18:00 AM
Walaupun semangat untuk terus menetap di tanah gersang ini semakin gersang, tetapi haruslah juga menggagahkan kaki berjalan2 supaya tidak terus lemau....

Alkisahnya minggu lepas macam2 plan ada. Sekejap nk ke Riyadh, sekejap nak ke sana sini, last2 minute, mengambil keputusan untuk melawat bandar Nairiyah yg terkenal dgn Pasar Badwi nya itu...

Perjalanan dimulakan setelah sedikit research dibuat daripada kengkawan yg telah ke sana, dan ditambah pula sokongan dr Mr. Google.

Namun begitu, berlaku sedikit kekeliruan dalam perjalanan tersebut. Walaupun co-pilot telah menyatakan dari awal perjalanan bahawa jalan untuk ke Nairiyah ini adalah melalui jalan Royal Commision (R.C) dan menuju ke arah Kuwait (berdasarkan kajian awal dan pembacaan detail yg telah dibuat olehnya), tetapi si Pilot tetap dgn angkuhnya menyatakan bahawa jalan melalui R.C tu tidak boleh dilalui oleh sebarangan orang. Maka dia memilih untuk bergerak ke Dammam.

Jarak di dalam GPS menunjukkan kedudukan Nairiyah menjadi semakin jauh dan menjauh apabila kereta bergerak ke jalan yg dipilih oleh si pilot. Co- pilot haya mendiamkan diri sambil di dalam hatinya berkata "You arrogant, you'll soon get the taste of your own medicine!"

Semakin lama, jarak di dalam GPS yg tadinya menunjukkan 120km, sekarang sudah bertambah menjadi 135km. Bermakna jalan itu totally wrong dan semakin menjauhi destinasi.

Co-Pilot akhirnya menunjukkan GPS yg asyik mengarahkan membuat U-turn. Akhirnya si pilot bersetuju menuruti arahan GPS dan co-pilot memandangkan tiada langsung kelihatan signboard ke Kuwait di jalan tersebut. Yessssss!!!!!!

Dipendekkan cerita, sampailah kami ke destinasi, berbekalkan kecekalan ala-ala Lonely Planet disertai 2 kali panggilan telefon kepada Kak Nik. Tempat utama yg dicari ialah Centre Market a.k.a Pasar Badwi.

GPS : N 27 27 58.0 E48 28 51.8

Mesti kena jumpa keywords : Kuwait, Khafji, Nuayriyah / Nairiyah ni.


Zuzu & Yaya @ the Colourful market... full with Arab carpets & wall decos....


Kebanyakanya ialah barang2 utk unta. Ini ialah tongkat/rotan utk memukul/menjinakkan unta.

Kulit kambing untuk menyimpan susu (sampai masam / bertukar jadi cheese) atau menyimpan manisan.

Biskut dari susu masam kambing. Rasa sdikit masam tetapi lemak.


Contoh penggunaan kulit kambing yg berisi manisan "jem" kurma.



Kenangan di depan pintu masuk pasar.


Mercu tanda bandar Nairiyah - Kulit kambing.


Singgah makan bekal yg dibawa khas dari Jubail.... konon2 nak piknik kt desert hari tu, tapi tak sempat sebab dah lewat. Lunch at Maghrib time!

Kebetulan on the way tu, ada expo so drop by sekejap untuk bagi kakak n ayah naik unta (sepanjang jalan tu banyak gile nampak unta so dia asyik ask to ride unta).

Insya Allah, kalau ada masa dan kelapangan lepas ni nak visit ladang unta sebab hari tu tak sempat nak singgah.

Monday, January 30, 2012

EXHAUSTED

Cerita by Yue at 1/30/2012 09:42:00 AM
Rasa mcm lama tak update blog. Kesian dia, mcm terabai sikit akhir2 ni. Sebab tuannya is physically n mentally exhausted.

Nak kata tensen tu ada jugak la... walaupun berusaha sedaya upaya to stay calm, tapi mmg tetap rasa tekanan, stress etc. Salah satu sebabnya ialah apabila di saat genting ini, kami sedang menunggu kata putus, a.k.a approval on Amet's resignation. Dah masuk 2 minggu dia send resignation notice, but still to no response. Gila!!! Orang nak berenti pun susah! Nak keja lagi susah! Walaupun Amet cuba buat hal (e.g : ponteng, masuk lewat) tapi still tak buang keja jugak! Cehhhhh... memang kalau dia taknak approve resignation cara elok, kena dismiss pun kami dah tak kisah! Asalkan dia bagi pasport and kami boleh terbang balik ke negara tercinta. *Mode : SANGAT serius*

Dengan boss nya yg semakin hari semakin mengikut emosi, emotional tak tentu pasal mengalahkan pompuan PMS, takmau bercakap, malah langsung takmau bertentang mata mahupun menatap wajah..... phewwww.... I cuma mampu berdoa semoga Amet diberikan KEKUATAN & KESABARAN untuk menahan diri daripada menumbuk orang! (Well, at least sampai setel dapat visa n pasport. Lepas tu nak tumbuk, tumbuklah!!!!)

Hmmmm.... bab packing pula, semalam kami dah start isi barang2 yg dah tak digunakan. So far ada 3 kotak courier yg dah penuh diisi. Yang paling byk rasanya ialah : toys!!!
Barang2 rumah pula dah start dilelong. Alamdulillah, ramai jugak kawan2 yg menyokong jualan kami. Kebanyakannya dah di booking, dan dalam 2 minggu lagi mereka akan datang collect barang tersebut.

Kalau nak diikutkan tensen, lagi bertambah tensen bila fikirkan sewa rumah kami yg masih ada 6 bulan dan tuan rumah tidak bersedia untuk memulangkan duit sewa itu. (Memandangkan di sini perjanjian sewa nya ialah dgn membayar sewa setahun, kami mmg faham. Tapi takkanlah sampai langsung tak ada budi bicara....) Ini pun kerja gila jugak! Kami cuba iklankan kalau ada kawan2 yg mahu menyambung sewaan rumah ni. Tapi nampak gayanya macam tiada respond. So kami cuba letak sebelah perkara ini. Biarlah masa yg menentukannya....

Apa yg penting sekarang ni ialah Amet sedang berusaha untuk melepaskan diri dari ikatan company. Dan seterusnya mendapatkan pasport dan visa. Setelah itu, barulah boleh rasa lega sikit.

Andai kata boss nya yg meroyan itu tidak dapat meluluskan dgn cara elok, maka terpaksalah kami membuka Taktik Mengelirukan Musuh Jurus Ke-8. Hmmm... mungkin selama ini dia tidak tahu yg kami berdua ialah watak sebenar di sebalik movie Mr. & Mrs. Smith yg popular & licik itu.....

Wednesday, January 25, 2012

DOLPHIN VILLAGE

Cerita by Yue at 1/25/2012 08:03:00 AM
Okeh ni cerita last weekend punye. Dah agak basi so I malas tulis panjang. So nak bagi fakta-fakta penting jek.

DOLPHIN VILLAGE

Alamat : Murjan Island, Dammam, KSA.

GPS : 26°28'43.2"N, 50°05'51.1"E

Bayaran masuk : SR10 / person (tak kira adult/kid)

Masa dibuka : 4 pm - 11 pm

Attraction : Untuk tiket masuk ni, anda akan dimasukkan ke dalam satu kawasan theme park yg dipenuhi dgn pelbagai jenis permainan. Gunakan tiket tadi untuk menaiki mainan pilihan anda. Kalau tiket dah habis digunakan, anda boleh top-up di kaunter yg disediakan kt dalam tu. Satu mainan cost SR5/person.


Entrance & kaunter tiket.

Mini ferris wheel.

Mini train.

Flying ship.



DOLPHIN SHOW


Bayaran Dolphin show : SR20 / person

Masa show : 4.30 pm

Attraction : Ada seekor dolphin & seekor sea-lion yg akan buat show. Lepas habis show anda boleh ambik gambar dgn dolphin dgn bayaran SR50. Tempat dolphin show ni ada di dalam kawasan theme park itu. Maksudnya, untuk tengok show ni, kena beli tiket sekali lagi setelah anda masuk ke theme park itu.

*Gambar dolphin x sempat snap pun sebab dia sangat laju! Sea-lion ni pulak gemok, so dia slow sikit hehehe....


SEAVIEW CAFE

Okeh kalau dah lapar, boleh makan2 kat dalam theme park tu. Ada satu cafe kt tepi laut, open air. Tak perlu nak berbungkus dalam family corner. Best jugak sbb jarang2 dapat lepak makan luar open-air mcm ni. Makanan pun quite nice. Cuma masa menunggu agak lama.

Kat atas pondok yg tinggi tu pun boleh naik makan. Ada kerusi n meja disediakan.

Menunggu makanan yg agak lama...

Makanan yg kami pilih hari tu : Nasi Maqlubah (Up-side down rice or Nasik Terbalik!)

Tuesday, January 24, 2012

SUPER DUPER BUSY

Cerita by Yue at 1/24/2012 11:02:00 AM
Hallowwww!!!!

Mesti ramai yg dh rindu teramat sgt mendengar cerita mengarut dari I kan? Kan? Hahahha...

Waaahhh this week is super duper busy loh! Mau laya cina! Ehhh... hover la pulak kan. Hmmm actually kat sini, tak sedar pun CNY ke, Deepavali ke, smua "ade haku kesah?" -> Kata King.

Thanx to kekawan FB kt Malaysia yg dok sebok sgt letak status CNY n cerita diorg jalan sana sinun smpena cuti yg panjang tu, maka ketahuan jugaklah kami di sini...


Hah yg alkisahnya I ni pulak yg sebok sgt smpai tak berupdate blog ni disebabkan beberapa perkara (trmasuklah malas) iaitu : Acara makan2 a.k.a Morning Coffee Jumanisaa selama 2 hari berturut2, dan jugak acara mengemaskini rumah supaya cantik dan kemas untuk difotografikan bagi dimasukkan ke dalam iklan (nampak sgt rumah dlm keadaan biasa adalah tidak kemas hehehe...).


Oh lagi satu sbb malas nk update ialah disebabkan cuaca sejuk melampau smpaikan tangan pun beku nak menaip.... (boleh?) Eh tapi seriusla this week sejuk gila! Pakai stokin ke, baju bulu ke, apa pun tetap sama -> ketaq! Mandi jgn tanyalah. I pun dah tak ingat hari apa I last sekali mandi................ "__'


Okeh sekian celoteh mak karut hari ni. Jom tengok hasil tangan beku I minggu ni (sebab nak bawak potluck so kugagahi buat-buat rajin...)

Pulut Sekaya a.k.a Seri Muka. Tapi yg bentuk love-love ni buat utk Zuzu & Yaya makan. Yang aunty-aunty punya potong kotak2 sudah....


Kuih ni kalau masuk dlm acuan kecik bulat ni namanya Lompang. Kalau masak dalam loyang besar namanya Kaswi. Betoi ka? Tapi mmg feveret I especially kalau yg pandan.

Sekian. Harap2 I rajin nak update cerita Dolphin Village & Morning coffee tu.... :)

Eh, lupa pulak. Ada satu lagi. Nak bayar "hutang" resepi Laksa Siam tu (since dh ada yg bertanya, tak nak la dia kempunan pulak...hehehe....). Okeh puan2 sila salin resepinya ya...

LAKSA SIAM

Ikan (kembung/sardin etc.)
Bawang besar
Daun limau purut
Cili Padi
Lada hitam
Kunyit hidup (serbuk pun boleh)
Lengkuas
Halia
Serai
Santan
Garam, gula.

Hidangkan dengan :
Laksa halus (yg besar pun boleh)
Kobis (potong halus2, nipis)
Timun
Kacang panjang
Tauge
Serbuk cili kering
Limau nipis / cuka (kalau kt thai/sempadan biasanya served dgn cuka cili)

Cara masak :
1. Rebus ikan n ambik isi sahaja. Blend.
2. Blend semua sekali bahan2 lain.
3. Masuk dalam periuk. Tambah air ikut kepekatan yg disukai.
4. Didihkan sampai masak n pekat. Tambah garam n gula ikut citarasa.

Okeh, selamat mencuba!

Friday, January 20, 2012

SAPU BERSIH

Cerita by Yue at 1/20/2012 05:35:00 PM

*Mine*Done* :D


Hahaha alang2 dh nk balik, kita sapu bersih apa2 servis yg boleh dpt free dari company....

Contohnya, from the medical card boleh buat spek free!!! Yabedabedooo!!!!

Published with Blogger-droid v1.7.4
 

Life in the Forbidden Kingdom Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez