Sunday, October 31, 2010

BACK TO SCHOOL!

Hehehe...finally, ibu dah ada satu activity tetap yg akan memenuhi masa lapang (ada ke masa lapang???) Well, walaupun x berapa nak lapang sgt, at least boleh lah menambahkan kesibukan diri so that i xdek masa nak homesick heheh.

After all, activity ini ialah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, di samping memberikan peringatan kepada diri I yg dh semakin meningkat umur nih. Malah Rasulullah S.A.W sendiri bersabda "Carilah ilmu walaupun sampai ke negeri China". Apatah lagi I yg berada di Bumi Anbiya ni, malu jugak pada diri sendiri kalau takde apa-apa pengisian.

Sebagai reminder to myself : Hati jadi mati jika 40 hari tidak mendapat ilmu agama/tazkirah. So, sendiri mau ingat lah!

Okeh kelas ni dibimbing oleh Ustazah ...(alamak! camno bleh lupa nama ustazah plak!)
Kelas ni ada hari Isnin & Rabu (pagi), hari Jumaat (petang) and hari Sabtu (malam). So bleh pilih yg mana sesuai dgn jadual waktu ibu-ibu sekalian. Ada sedikit yuran dikenakan, tapi mmg berbaloi-baloi dgn ilmu yg dapat.

Untuk kelas yg waktu pagi, ada geng bas sekolah hehhehe. Bas akan ambik kt depan umah. And utk kelas malam, silalah mintak personal driver anda hantar :) Oh bagi yg ada anak-anak bleh hangkut sekali, jgn risau.

Masa first class yg I attend semalam, ustazah mulakan dgn Tafsir Al-Quran, yg lengkap dan detail. Then, sambung dgn hafazan ayat-ayat lazim bermula dari Surah An-Nas sampai Surah Al-Zalzalah (banyaknyee....). And for me pelajar baru nih, bleh la curi-curi jenguk sikit-sikit kat al-Quran. Isk isk isk...teruk giler kan, ayat-ayat lazim pun bleh ingat-ingat lupa. Hmmmm...Kena repair baik kepala hotak nih!

Ustazah ni muka mmg lembut, berwajah tenang, senyum manis....sejuk jek mata memandang. Tapi suara dia...phuhhh mmg kellasss!!! Sapa xleh hafal, kena rotan! Hehhehe no lah!

Then sambung dgn Tajwid plak. Haaa...I nih tang suruh mengaji, membaca Al-Quran Insya Allah, muka ustazah senyummm jek. Tapi bab nama-nama mad jaiz, mad segala mad, mmg I konpius sokmo. Setakat Idzhar, Idgham and Ikhfak tu Insya Allah masih lekat lagi dalam kepala. Pheww..berpeluh ooo nak recall balik..

And last sekali, part yg paling fun ialah belajar bahasa arab. Haaa...tang ni segala macam lawak lah keluar. Riuh rendah dgn yg tak paham makna, tak reti pronounce. Macam-macam.
Siap ada kena buat latihan on the spot, isi tempat kosong lagi! Hehehe... I nih plak walaupun dh pernah belajar bahasa Arab (well...it was 14 years ago anyway...), tapi vocab yg masih ingat maybe tak sampai 10 kot!

So dalam kereta masa nk hantar I gi kelas tadi....

Amet : Ibu, satgi klu ustazah tanya dah pernah belajaq bahasa arab ka dak, habaq kata x pernah belajaq tau.

Me : Awat? Tak baik tipu ustazah.

Amet : Buat malu ja. Broken Arabic memanjang. Tapi habaq kt dia, laki saya dapat "A" bahasa Arab PMR dan SPM.

Me : Cehhh...

Well, now I dah pun refresh my arabic. And tambah new vocabs some more...tunggu la..pasnih I speaking arabic jek dalam umah hahahha...

Oh by the way frens, still remember about fe'el amar, fe'el madhi, and fe'el mudhari'??? And how about muzakkar and muannas??? Hahahha....I totally lost and need a very new start.

Saturday, October 30, 2010

SHOES HUNTING

I never thought buying shoes in Saudi (to be accurate : Jubail / Khobar) can be so tough like this.
Yeah, we spent 7 hours yesterday just for shoes. Memang itu niat utama outing semalam.

And the problem is, I just brought one flat, one sport shoes, and one selipar jepun from Malaysia. Since berada kat sini, nak ke mana-mana pun, I akan sarungkan the only one flat tu, sampai now, dah nak hancur pun. Kesian.

So, getting a new pair of shoes is crucial for me (hehehe...good reason heh!).

Jalan sana, jalan sini. Habis satu mall yg besar giler tu round, and make another round, still tak dapat kasut yg sesuai. Sebab sini, most of the design and size are too big. And ugly.Even yg imported shoes pun, they just take the arabian-favourite punya stocks.

The Clarks "Silver Ash" that always menjelma dalam mimpiku...tapi takde pulak kt sini...adehh..

Clarks pulak are too much expensive compared to Malaysia. And they just have very minimum choices of women shoes. And I was looking for wedges, so lagi lah x banyak choice. Yg banyak ialah design ala-ala Lord of the Ring dgn tali terbelit-belit sana sini tuh. Ouchhh!

Ada jugak Nose (Made in Malaysia!). Nose shoes are always gorgeous, but comfy wise : No-No.
I need comfort wedges sbb we almost spend like the whole day jalan-jalan during weekends. And I dont want blisters on my everyday-lotion-treated heels :))

Dah penat sgt meronda, we stop for a quick dinner at Romano's. I read somewhere that the waiter will write his name on the table (lining with A3 paper), so you just call his name when you need something.

So bila I nampak the paper-lining on the table, it's the showing-off time to Amet!!! Yeehaaaa!!!

Me : Abg, satgi kan, org tu akan tulis nama dia atas meja nih.

Amet : Ceh, tipulah. Pandai-pandai ja.Mana ada.

Me : Ok, just wait and see...*excited face*

The waiter came, and bring together colourful crayons, and gave them to Zuzu & Yaya. The girls terus jek conteng atas meja tuh. How nice! Oh ok, how about his name?

Yeahhhh!!! He write his name too!!!
Yahoooo...satu-kosong!!! (Me and Amet always suka lawan nak tunjuk pandai, if one of us get to know sumthing special, that we know the other half dont know bout it heh!)

So we keep on calling him "Thom, one plain water please!" and "Thom, my kids spilt the juice, please wipe" and "Thom, please take our picture!" Hehehehe...

The Pizza- Bolehlaa...it's so Italian, tak pedas. Tak berapa masuk dgn taste bud makcik ni...

Zuzu's all time favorite - sepegetie

Lepas makan, sambung jalan-jalan cari kasut lagi. Dan lagi. Next shop. Another one.

So, finally what did I buy?

NOTHING!!!

Yeah not even one shoes after 7 hours. Instead, dapat sakit kaki + sakit lutut + sakit pinggang sbb jalan banyak sangat.

And the kids....Kena dera berjalan banyak dgn ibu hehhehe...

Talking bout shoes, I am NOT a VERY HUGE fan of shoes. Well...i just have...urmm you know...maybe hundred (plus plus) pairs of shoes back in my house in KL (sebab yg dh rosak pun I tetap simpan jugak, that's why banyak hehehe). *Oh, may my shoessss rest in peace in the boxes dalam store now* Sob sob sob. I really miss to change shoes everyday like I used to do...

Wednesday, October 27, 2010

HARAM LAH SANGATTTT...!!!

Seriously, i'm writing this entry with full of anger!!!

Actually this thing happened to be last week. and I ingat xnak tulis, sbb memula I thought "Alaahh..small matter jek tuh.." (walaupun dalam hati mmg dah geram sgt masa tuh).

But, since ia berlanjutan sampai last night, and ruined my shopping mood, so I have to keep it as one of my worst experience in this Bumi Anbiya.

Cukup mensaspenkan intro itu kan? Jeng jeng jeng....

Okeh mari I ceritakan dari mula. Last week (ke last 2 weeks?), on the day we get the new car, Amet bawak kami ke playground kat Fanateer tu. mcm biasalah anak-anak I main happily. And as semua org tahu, both of my girl memang love to socialize. Tak kira dgn sesiapa sama ada dewasa or budak2. And of course kalau dgn rakan2 sebaya, teramat sangat lah depa suka rite?

So happen masa kami main kat situ, adalah anak arab nih 3 beradik, and they are all boys.
And so happen lagi, Zuzu & Yaya were wearing baju yg sama, and the 2 boys tu pun pakai baju sama. So konon2 kami nih nak main2 la pasang-pasangkan my girls with the boys.

And we took their pictures...


See...tak lah hensem mana pun....

Then budak2 ni main lagi dan lagi...and they seems so happy, especially anak2 I yg sangat bijak tu. while the boys muka macam takut2 and cuak and "peghak". tapi me n Amet buat x tau je lah sbb ingatkan maybe depa takut sbb kami nih not speaking arabic.

Then datanglah bapak arab (bapak kepada the boys tuh). memula dia mcm sembang2 skit dgn Amet, with the tunggang terbalik english, of course. Tetiba...dia jerit kat budak2 tuh
" Laa'...laa'...Harraammmm!!!!" (No, No Haram!)

Sebab apa????

Sebab.............................. anak-anak I yg PEREMPUAN nih main pasir dgn anak-anak dia yg LELAKI and tangan BUDAK-BUDAK nih mcm terkena / bersentuhan sikit2...JUST BECAUSE OF THAT STUPID REASON!!!!!

HALLLOOOOWWWWWWW!!!!!! They are just little KIDS okeh!!!!!!!!!!!!!!!! Belum mumaiyiz lah pak arab b*d*hhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!

Okeh fine. Amet terus panggil Zuzu & Yaya and kami main kat tempat lain. And Amet told me, pak arab bodoh tu cakap anak-anak dia yg umur 7 dan 5 tahun tu belum pi sekolah. Ahhhaaa..no wonder just stupid like you!!!! Nak berkawan dgn org pun takut semacam!

And Amet told me lagi, masa pak arab tu tgh sembang ngan dia, mata pak arab tu asyik jek dok kona tgok I. Oh kalau I tau, dah lama I terkam pi tumbuk dia!!!

Seriously, depa (pak arab) nih, disebabkan pergaulan yg terlalu tersekat, terlalu terhad, terlalu terkawal sejak kecik, maka bila nampak orang asing (terutama perempuan) mulalah jadik pelik. Gitulah jadinya. Konon nak ajar anak benda haram-halal, yg mata hang terbeliak sampai terjojol tengok haku tu hape hal????

And tak lama lepas tu, on the way kami nak pi naik kereta, I nampak anak dia yg paling kecik tu jatuh buai. And I lalu tepi dia cakap "Padan muka hang!!!" sambil cekak pinggang, and memang xdek rasa nak angkat or tolong dia langsung! (masa ni mak pak dia dok jauh sikit dari buai tu) Hahhahahaha puas hati aku! (Dgn budak kecik pun nak gaduh...)

***************************************************************

Okeh, cerita tu ada sambungan pulak. I betul2 tak sangka. Memang I ambik masa agak lama nak lupakan peristiwa tu. Tetiba boleh pulak semalam, masa kami sekeluarga sangat gembira riang-ria bershopping kat Ladies Market, tetiba dgn takdir Allah, terjumpa pulak dgn family arab bodoh tu!!!!

And Amet mcm konon sgt friendly said "Hai...oh you...we met at Fanateer that day.." (Ouchhhh!!! Amet, you are too-o-o much friendly lah!)

Okeh what do you think was his respond? Tau dia cakap apa?

"Give back my picture!"

Dammmn!!! Dia mintak balik gambar anak2 dia yg kami snap tu!!! Sangat menjengkelkannnnn!!!! And rasanya mcm dia taktau itu digital camera, and sekarang org dah tak cuci gambar from kodak, and mcm dia taktau lagi that we publish pictures in FB and bukan send via post lagi dah.

ARrgghhhhhhhHH!!!! I rasa mcm nak jerit kat situ jugak "KAU BOODOOOOHHHH!!!!"

Then Amet cakap "Oh its still in my camera". And kami terus belah keluar dari kedai tu.

Isk I mmg taktaulah nak cakap apa lagi. Jumud gila. Tak bertamadun. Tak moden. dan segala TAK lah kau nih! And who do yo think your kids are? Superstar? HAhhahahhaha nak berkawan dgn org pun tak reti! Hang jgn risau laaa....aku pun x hingin, xde hati nak biar anak2 aku yg lawa jelita bijak cerdik pandai nih berkawan dgn anak2 hang yg jumud gila tuh.

I nih dgn budak2 selalunya bukanlah nak berkira sangat. setakat anak org nak tolak anak I sikit2 ke, nak cuit2 ke, I selalunya tak kisah. and I selalunya biar jek depa nak mix dgn budak2 mana pun, hitam ke putih ke, comot ke comel ke, I tak kisah sgt. Tapi this pak arab betul2 buat I disappointed. And I hate him the whole family!!!! (Sbb bini dia pun jeling bukan main lagi dgn mata yg cuma nampak kat celah2 hijab tuh, ada hati nak jeling org pulak!!)

Ohhhh sudahlah. I better pen off now before keyboard nih meletop!

Friday, October 22, 2010

MALAYSIAN FEST 2010


This is where the event is...tepi laut, but cannot mandi laut pun. Oh by the way, the temperature is slightly better now compared to the first day I step on Jubail land. It was 48 deg C, but now is only 36 deg C. So-o-o much better lah kan. OK laa....at least tak lah rasa benci sgt nak berjalan-jalan (eleh..masa hari panas terik dulu pun berjalan tak hengat jugak!)


Ini gerai Char Kue Teow. Tapi bila kami sampai dah habis. Yg tengah goreng tu last order, dh ada org booking. Huwaa....!!!

Could u just go to Dubai once, and come back, stay in your room, and draw this whole Dubai view,without looking at any pictures taken in ur camera or meniru from any mags? ABSOLUTELY NO!

But this so-gifted-Ahmad Aizuddin is doing that! Very amazing! He is an OKU, but his ability to draw anything in very detail, with just look at the thing once. Subhanallah.....He's such a precious gift from Allah.

Nasik Dagang...kalaulah bleh breakfast nih hari-hari alangkah best nya....

Cik Leha and Cik Bedah round-round cari makanan themself. Ibu entah sibuk bergosip kat mana..

Biskut, tart, kek dan macam-macam.

Ada non-Malaysian jugak datang. Tapi makanan mostly awal sangat habis...I pun tak sempat nak tapau banyak sangat. Paling sedih, bila kueteow dan laksam dah habis sebaik sahaja I sampai. Huwaaa...!!!!

Tuesday, October 19, 2010

LULU HYPERMARKET

I've been craving for anything sweet since last few days. I made bubur kacang (which Amet complaint "sgt manis"), I ate Ritz Cheese biscuits spreaded with Nutella (a lot), I put sugars in most of my cookings....I eat a lot, and a lot....And I knew it. Sumthing's gonna happen to me...


Hahahahahahha.....NO! I'M NOT PREGNANT!!! Instead, I'm having my period! Hehehhehe....

I woke up this morning and feel my stomach streched, and the whole body cramped, and headache, and all the "sesungut" symptoms. Ouchhhh!!! I gave birth 2 times (normal delivery) and still got period-pain like anak dara, ouhhh!!! So-o bad...:( Actually it's already 3 weeks late but I dont mind at all as I believe that my Implanon is still working properly (praying hard).

So no Nescafe for today, I wish i can bertahan until tomorrow morning, or maybe tonite at least.
I have to take lots of juices n fruits n vege ONLY today. of course on my first red-flag day i dont have appetite to eat nasik or any heavy meals (teruk gila makcik nih, mcm dia sorang jek yg kena benda nih).

Oklah, forget about the sakit perut (bolehkah?), and start writing about my backdated story. Hehehhe...lagi lagi backdated daa...

This Lulu punya cerita mmg panjang. Sebab dah berminggu-minggu planning nak pi tapi tak sampai-sampai jugak, until la last weekend. Mcm biasa, I'm the one yg diberi mandat utk mencari the address n co-ordinates. but for this very Lulu Hypermarket in Al-Khobar, i just managed to find the alamat and nama jalan sahaja. FYI, Lulu Hypermarket ni also ada kt Riyadh, Bahrain, Abu Dhabi dan lain2. So konon-konon ada la org lagi pandai, he said he found the co-ordinates and dah masukkan ke GPS. Orait. Thanx anyway.

Dgn mengikut arahan encik garmin, we just drive...and drive...until we realize the road is not sumwhere familiar to us.Tapi ada org tu punya confident "Takpa, dia just tunjuk jalan lain je nih, tapi mesti sampai situ jugak."

Sehinggalah the signboard show "Tollgate in front" (or sumthing like that,lupa nk ambik gambar). Maksudnya???? Maksudnyaaa.......... we are already at the boarder!!! And the road is heading to Bahrain!!! Haaaaaaa...pandai!!!!!

So I cepat2 tengok balik the gps, and it show Lulu Hypermarket Bahrain. Goooddddddd!!!!!!!!!!!!

We stop at the roadside,thinking of going somewhere else. So I key-in the new word - Rasheed Mall (again!!!). Tetiba after driivng like 5 minutes, there's a building in front, dgn lampu berkelip-kelap "LULU". Hahahhahaha

So apa lah sangat yg ada kat Lulu nih yg kemaruk sgt nak ke sana? Okeh, kata org, kat sini banyak barang2 ala-ala Malaysian-taste. So dalam kepala kami dah set nak beli sos cili, kicap, laksa, mee kuning etc etc. Tapi semua yg dalam senarai kami tu xdek pun. yang ada ialah mcm daun pandan, daun pisang, lengkuas, tomyam set, buah durian, buah langsat, buah asam jawa yg putik,betik bla bla lah. And I bought cili padi burung, terung pipit, pegaga n pisang kelat. Tu je yg berminat.

What I can say is, yg paling banyak kat sini actually is barang2 India, or for Indian cooking. And yg kedua terbanyak ialah barang2 Filipina (oh I found an anchovies sauce = budu, but made in Philipines so I rasa geli geleman n x jadi beli). Sebabnya, among foreigners, mmg bilangan rakyat India ialah yg paling teramai sekali kat Saudi nih, then of course diikuti oleh Philipinos (I hate this fact). So shopping kt sini, lebih terasa mcm shopping kat Mumbai. Kiri kanan mmg muka hitam je...uhuk uhuk (yg kt sebelah I pun hitam jugak hehehe).

Klu mengidam nak makan buah-buahan tu ada banyak la jugak yg boleh dapat kat sini. Tapi, I tak suka kedai yg takdek juai kueteow!!!

*Gambar2 nanti I upload, I'm so-0 sakit perut okeh*

Monday, October 18, 2010

EXCITED???

I'm not sure if I am still in excited mood, or not. Actually, the excitement has fade away after being a penunggu bukit hijau waiting for the car since last month.

Biasalah style pak Arab nih cakap, tak habis-habis dgn "Insya Allah" kat mulut. Tapi...never ever believe in what they say.NEVER. The salesman promised us we can get the car paling lewat pun dalam seminggu after submitting all the documents.

After seminggu - Oh the banker ada masalah and bla bla. Cannot be contacted bla bla. Changed banker in charge bla bla.

After 2 minggu - Oh its the bank-approval problem (says the salesman). Oh it's the Mitsubishi stock problem (says the banker). F*** you! (Sorry)

After 3 minggu - O the car is ready, but the plate number is still in process. The banker (again!?!) is very busy, cannot go to *JPJ* (ntah dept apa diorang panggl kt sini,lantak kau lah), he got no time.

After 4 minggu (Day 1) - OK the car is ready. Amet go to pick-up.Oh the banker is on the way with the plate number.Waiting for few HOURS. Where is the banker? Oh he got accident on the way from Dammam. What the H**l!

(Day 2) - Amet BBM me : Abg balik terus hari nih, malas dh nak pikiaq pasal kereta tu.
Then another BBM : Abg balik lewat sikit. ada keja opis. maybe AFTER Isyak. (As far as I know, tak pernah dia kena OT sampai lepas Isyak :))

Then.....I started smelling sumthing fishy...*BIG GRIN*

I replied BBM : Hmmmm...ok lah...I cook gulai ikan, balik makan nanti ok...(Mcm frust la. Konon) Hehhehee

17 OCTOBER 2010, 8.30 p.m. Amet come back home

Amet : Assalamualaikum....Jom!!!! Siap semua!!! Naik kereta baru!!!! (Showing off his keyless car key)

Me : *Gasp*(Konon) Betoi ka? Ni mesti kunci saja ni....kereta mesti kat kedai lagi ni....

So lepas makan dinner, we SERIOUSLY riding the white, Mitsubishi Lancer GT. Alhamdulillah. Finally, I AM seating inside it.

Pesanan penaja to those yg nak beli kereta kat Saudi nih : Harap bersabar. Tu je lah....

Sunday, October 17, 2010

REASONS

Why i didnt write for quite some time? what do i do?

Do i wake up late every morning? Nope. after kissing Amet gudbye to work, i will pergi sambung tido dgn anak-anak stay awake.

Then? what do i do? why dont i blogging while the kids are still snoozing soundly?

well well well. I am a FULL TIME housewife. full time means, my time is full. i have to basuh baju, sapu sampah, mop lantai, ketuk carpet, cuci pinggan, kemas dapur, prepare breakfast bla bla bla...

okay...but I have like...ermmm...10 hours everyday. Amet go to work at 7 a.m and come back at 5p.m. so anything else i do sampai takdek masa updet blog?

Yess...i do have many other things to do. facebooking, blog-hopping (it's more fun reading others' than updating mine heh!), Oh, and Amet also give me homeworks to do - search for interesting places to go and the co-cordinates. which always end up of me googling on how to wear Arab shawls, make-ups in Saudi, and other girls-ladies-thingy hehheehe... so that makes my time FULL.

and dont forget that i have TWO active, handful girls that i have to take care of.

Scene 1

Ibu is cooking. Heating oil in the pan.

Zuzu : Ibu, kakak nak kencing.

Ibu : Haa..cepat cepat! Lari pi toilet. satgi tercicir kat sini pulak!
Bring her to toilet. have to wait n wash for her.

Yaya : Bu..nak cing (suka meniru)
Terus dia bukak pampers sendiri. Rupa-rupanya ada pulak "isi".Dah...siap bertaburan atas lantai.

Ibu : ADIKKKK!!!! Wait wait adik. Dont move!!!! Berdiri kat situ!!! Jgn pijak!!!

Oh oh oh!!! Minyak ibu hangit atas dapur!!!!!!!!! Run. Tutup api dapur dulu.

Come back. Adik is already happily memijak-mijak isi pampers. Orait, fine. Have a good day!!!

Isnt that enuff to show how a FULL TIME house wife, and a mother of two fill up her time?

Friday, October 15, 2010

CONTRIBUTE TO KUEWTEOW

Uhhh... i dont want to talk about food anymore, yet it still coming out tru my fingers typing this. sorry.

oh by the way, i am so-o happy to have one and half packet of kue teow stocks in my kitchen now. hehhehee thanx a bunch to Kak Leza yg penyayang...Kak Leza is org Malaysia yg tinggal kat our neigbourhood jugak, Al-Mahdood. i get to know her virtually since before i came here. so i always kind of mengadu about makanan-yg-tak-menyelerakan to her. until she called me and say "meh ambik barang2 nih".

Ouwwhhhh...i'm so excited! Terus merap Amet ajak pi umah Kak Leza malam tu jugak! tak jauh pun umah, seberang jalan jek, tapi still xleh pi sesorang (klu tidak mau melekat 4 5 jam kat sana). Well, apakah barang yg dibelikan utk adik junor yg kelaparan sgt nih? Hehehhe...it was 2 bungkus kuewteow, sayur sawi and taugeh!!!! Yahooo!!!!

so tadaaa..... inilah dia rupanya sang kue teow yg aaamaaaaaaattt ku suka bangat tuh..cara nak makan dia ialah : rendam - celur - masak lah apa jenis kueteow yg anda suka.

so hari pertama dapat kueteow tu menu i ialah : pagi-kueteow goreng, tghari-kueteow kantonis, petang-kueteow goreng hitam (Amet punya style). Hehehhee...

i always love kueteow n will always do.compared to other mee kuning,or bihun, klu ada org juai kueteow i will choose her. Hahahhaha...i'm just so kueteow-crazy. dont worry frens, i'm fine heh!

Now, stok kuewteow dah semakin berkurangan (why lah benda yg susah nak cari ni jgk yg jadik favourite i? or why lah benda yg favourite i nih susah sgt nak ada kt sini?). Hmmm... I harus belajar dgn Kak Leza how to find that Kedai Siam kat Al-Khobar tuh. maybe one fine day, I harus mengekori Kak Leza ke sana. Till then, bubbye..nak gi masak (but not kuewteow today okeh!)

Sunday, October 10, 2010

SHOPPING SPREE FREE!!!

Yabedabedooo!!! Thank you to Saudi Kayan yg telah memberikan shopping voucher at Rasheed Mall bernilai SR500. Alhamdulillah, rezeki.

So, dah dapat voucher, apa tunggu lagi. Mari kita habiskan!

Memula kan, kekononnya, alkisah sebuah keluarga yg takmau keluar gi jalan mana2 hari Jumaat tuh sbb hari kHamis kan dah pi jamuan beraya sakan for one whole day, so kekonon mcm penat, mcm nak rehat lepak2 jek lah kt umah....

So after lunch mcm semua tido, kecuali sang ibu yg rajin itu membuat keja2 rumah, and memasak cucuq goreng ubi utk minum petang. bila terbau cucuq ubi ibu yg wangi itu, sang ayah bangun dan order secawan kopi.pastu dia pun cakap "mcm boring la dok umah. nak pi mana no?"

Hahahaha...Tingggg!!!! Terus lampu atas kepala sang ibu menyala "mana lagi, rashed mall la..".

So semua celapak bangun, solat Asar,siap2 and terus la pecut ke Rasheed Mall. Macam tu pun boleh...asal sebut nak berjalan jek, semua jadik cergas!

Ada carnival Breast Cancer - ibu punya lah nak posing sorang2, tetiba ada la pulak budak 2 ketoi nih mai dok jadik pelakon tambahan pulak....

Masing-masing men'try' baju musim sejuk. ramalam mengatakan tahun ni suhu lebih sejuk dari tahun lepas, mungkin mencecah 0 deg C. Wallahu 'alam....


Maka voucher telah dihabiskan, plus kena tambah duit ayah lagi. Isk isk...terlampau betoi aktiviti hari nih. And semua voucher adalah dilaburkan utk pakaian sang puteri 2 beradik semata-mata.

It's end summer sales everywhere ~ semua baju2 summer mmg murah giler, tapi baju sejuk mahai la pulak sbb new season...

Ibu n ayah hanya mampu tengok sambil telan air liur Caramel Machiato sahaja... huhuuhuhu...@Starbucks ~ Ibu n Ayah nak tenangkan fikiran setelah berhempas pulas mengawal adik n kakak.

Friday, October 8, 2010

END SYAWAL OPEN HOUSE (KRMJ)

Dah lama dok taram nak buat butter prawn ni since bulan puasa lagi. tapi selalu nya tak kena dengan "gu" (combination) menu lain. so today buat Sambal Sotong, makan dgn butter prawn nih masa nasik pun baru siap tanak, phewww...this is definitely a lipsmacking!!! (perasaan :P
(Oh, nasik I mmg kena tanak sbb rice cooker meletop!)

Well, semalam adalah Open House Camp KRMJ sempena berakhirnya bulan Syawal.As usual buat kat Ibn Zahr Beach Camp jugak lah. Nak sambut raya pun makan, nak tutup raya pun makan, hari-hari pun makan. isk-isk....patutlah Allah dah tetapkan sebulan WAJIB berpuasa. teruk sungguh perut manusia nih.

Anyway, I tak mau letak gambaq jamuan kat sini. semak pulak rasanya gambaq byk2 (ke malas nak upload?).bleh tengok kat fb jek. Sangat best lah bila ada gathering mcm nih. since I dah start kumpui few gangster, bleh la gossip sikit2 hehhehe. Sampaikan laki I talipon ajak balik, punya tak sedar makcik menyembang you! Hahahaha...

Best sbb dapat dgr macam2 pengalaman kawan-kawan sama ada masa depa kat Malaysia, or bila dh sampai sini. Ada yg dh setahun lebih sampai sini, tapi baru first time jumpa org2 kat sini (well well well :)). Ada yg dah setahun kat sini, baru ke Al-Khobar sekali! Mcm tak percaya! (Isk isk, insaf, I nih tiap2 minggu pi no...) Kisah kereta rosak di tengah2 padang pasir yg panas menyengat, phuhhh...dan mcm2 lagilah cerita menarik. Kalau tak ingat pintu gate nak tutup, mau duduk sampai malam pun takpa. Makanan pun banyak apa nak susah hahahaha...

Begitulah jadiknya, bila org yg dipenjara (penjara ada dapur, best sikit la) dilepas keluar> Jumpa pulak dgn kawan-kawan yg senasib, memang semua nak bukak mulut!

Wednesday, October 6, 2010

PIKNIK @NAKHEEL BEACH

Entri ni adalah utk letak resepi seperti yg diminta oleh Cik Ngah (my SIL), supaya dia tak kempunan. Kalau tak bagi resepi ni kang takut pulak baby dia lahir ni dok hambat makngah mintak roti hahhahaa...(oh, will she/he call me makngah?first time nak dapat anak menakan original, I pulak terlebih eksaited :) So cikngah silalah ambik resepi n buat sendiri no...

Disebabkan dah tulis resepi panjang lebar, maka x payah lah cerita tentang piknik kat Nakheel Beach. Gambar bleh tengok kat FB. Anyway, menu ni I buat as bekal piknik semalam...


SANDWICH GULUNG

Roti keping (suka hati berapa keping)
Sardin*
Bawang Besar*
Cili Merah*
Lada hitam*
Limau nipis / Lemon*
Telur

"GAM ROTI"
1 sudu tepung gandum
1 sudu air
*Bancuhkan dua bahan ni. itu saja.

Caranya:
1. Yang tanda * tu gaulkan semua, buat inti sandwichlah.
2. Ambik kayu gelek (rolling pin), yg guna utk canai biskut raya tu. gelekkan roti sampai terpenyek sikit. Tujuannya : tak bagi roti tu menyerap minyak bila goreng nanti (pandaikan :)
3. Letak inti atas roti yg dh digelek tu. pastu gulungkan dgn kemas. Letak "gam roti" kat hujung roti supaya gulungan melekat.
4. pukul telur dgn garpu (mcm nk buat telur dadar).
5. celupkan roti yg dah digulung dalam telur (pastikan hujung gulungan melekat supaya tak terburai masa goreng nanti). Pastu goreng api perlahan.
6. Makanlah sepuas-puas hati.

CHEESY WEDGES

Kentang - potonglah bentuk apa pun
Tepung goreng ayam

Cara : salut kentang dgn tepung dan goreng.siap.

SOS CHEESY (yg kuning)
Keju chedar (pilih yg kaler oren)
1 sudu butter
1 sudu tepung gandum
1/2 cawan susu segar/susu cair
yogurt (x ltk pun xpa)

Cara : panas butter, masuk tepung.kacau2 sambil tuang susu.pastu masuk cheese n yogurt.masuk dalam piping beg (beg plastik pun boleh) .
Susun wedges dlm pinggan. picit sos cheesy conteng2 atas wedges. pastu picit pulak mayonis (putih). telan.

Okeh sekian na....

Tuesday, October 5, 2010

ADDICTION

Few days back, I sms to Amet : Belikan 2 ekor ayam, 1 peket daging. Macam biasa, cik abg I nih bawak balik : 1 ekor ayam, 2 peket daging :D

Maka menu hari ini haruslah daging dan daging...Tengah dok sapu-sapu sampah sambil berangan, tetiba teringat pulak hidangan istimewa bila makan nasik ramai-ramai kat umah Tok Limah (tok sebelah mak I) - ikan bakar dan daging bakar. Kebetulan dapur I tu ada functon grill. So dgn bahan-bahan yg serba kekurangan, I pun cuba lah sedaya upaya masak resepi turun temurun nih...taadaa... Sepatutnya letak daun ketumbar, chili flakes and daun pudina (semua ada jual sini tapi malas nak beli sbb sikit jek pakai). So i hentam pakai apa yg ada dlm umah jek. nasib baik bawak bekal nam pla dari malaysia.

Hmmm...ni dh masuk 2 minggu kami x beli / makan seafood sbb nak tunggu hilang muak. Insya Allah weekend ni harus lah ajak mr.drebar pi market, nak kumpul stok seafood pulak. Hmmm...kalau ada Sambal Tumis Udang sedap nih...

And for me, my addiction to caffein, especially Nescafe mmg tak pernah berkurangan. dulu ingatkan sbb dok opis jek nak minum nescafe. rupa-rupanya dok umah pun sama jek. at least setiap hari 3 cawan. macamana la nak buat nak kurangkan ketagihan nih. even doctor pun pernah advise I to kurangkan sikit caffein intake, and take more milk. Hehehehe...sorry morry, just not my taste doc! (Pastu nanti tulang reput ko jgn mengada ye makcik).

Walaupun harga nescafe kat sini lebih mahai, I tetap tak berputus asa (Cik Nora, kalau Nestle ada buat sales nescafe tlong beli stok byk2 simpankan utk aku ek). Alaa...mcm org hisap rokok la, barpun harga rokok naik 50 hinggit sekotak pun mesti tak berenti jugak kan kan???

Stok Nescafe I kat umah. Nescafe 3in1 kat sini harganya SR25 you!!!

And taktau lah sebab apa, we found that roti-roti kat sini semuanya lebih sedap dan menyelerakan. Asal nampak roti, mesti nak beli, padahal roti biasa jek. Tapi mmg kat umah ni takleh putus dgn bekalan roti. Isk apa benda le gamaknya yg pak arab ni letak, sampai roti boleh boleh ketagihan..makan je laa....

Stok roti. Bleh buat roti telur,roti sardin, roti john, roti bakar. order je, chef anda sedia memasak :)

Monday, October 4, 2010

MAKAN MAKANAN

Biasanya kat sini I mmg kena selalu prepare makanan utk minum petang sbb encik Amet biasanya tak makan tengah hari kat opis. Katanya buang masa nak pi lunch, baik buat keja. Isk isk isk...dahsyat hero I ni bekerja.

Dah biasa sgt buat Roti John, so kita twist sikit resepi tu, dgn bahan yg lebih kurang sama, menjadikan ia Sloppy Joes. Nama pun lebih kurang sama, John - Joe. Hmmm...awat org tak letak nama Ali ke, Ahmad ke?

Oh nampaknya I ni asyik letak gambar makanan kat sini kan? Adakah I cuba menjadi seorang kitchen goddess? Atau blogger resepi yg glemer seperti Cik Mat Gebu tu?
Atau adakah I terlalu tak ada keja, sampaikan asyik memasak n mengambik gambar makanan jek? Oh tidak...of course I ada baaanyak keja nak buat. tapi takkanlah nak ambik gambar I berposing basuh baju or mop lantai pulak? Haruslah ada syarikat sabun yg nak ambik I jadik model pulak nanti hehehehhe....

Bukannya apa, bila I letak gambar makanan ni :
1. Maybe bleh bagi idea pada kawan2 yg dah kekeringan idea nak masak.
2. I sendiri bleh refresh balik idea (serius kdg2 jadik blur giler bila pikir bab menu nih)
3. Saja nak bagi blog nampak meriah
4. Bukti yg I ni mmg rajin dan pandai masak, boleh gitu?? Hahhahaa...

Oklah sekian, no heartfeeling stories today...ceriakan diri anda dengan delicious yummy tummy food!!!

Sunday, October 3, 2010

PASAR MALAM

Ntah kena ke tajuk tu? I bukan nak cerita bout pasal malam kat sini pun sebab kat sini tak ade pasar malam! kedai yg dibukak malam-malam ada le. Hmmm..sebenarnya tetiba I rindu nak makan makanan2 yg selalunya hanya glemer n available kat pasar malam jek. Contoh : Apam Balik. Mana nak cari kat sini nak oiii.... Maka apa lagi, masuk dapur, masak la sendiri...

Maka inilah hasilnya...apam balik yg direka khas oleh I. nak bancuh pun pakai blender jek sbb I xde mixer lagi kat sini. Hantam jek lah labu...nasib baik ada plak jagung tin tu (beli bulan puasa dulu konon nak buat puding jagung,konon..) Rupa luaran x bleh tunjuk sbb hangit! Hehehe...*hint* kena ada non-stick pan. I ni ada stick-pan jek, dibawa khas dr Padang Besaq gitu...

And for dinner, disebabkan dah dapat kacang panjang semalam (yabedabedooo), terus la nak masak sumthing yg bleh muatkan kacang tu. Buat nasik goreng ala cina-kampung (suka hati letak nama), makan dgn ayam penyet (eh ini serius i buat ayam penyet okeh, bukan ayam goreng biasa tau. nak resipi sila google keh3). Puas hati bila dapat enjoy makanan yg diidam-idamkan.

Oklah xleh nk sambung cerita dah. Cik Yaya dok jerit "buu...yakkk." Dia sudah poo-poo daa, kena gi wash dulu.....

Friday, October 1, 2010

PICKY EATERS


Breakfast apa hari ni? Burger je..dah muak makan nasik goreng (Amet punya breakfast hari-hari wajib nasik goreng :) Hari ni Jumaat sepatutnya weekend, sepatutnya cuti, tapi encik Amet tetap kena keja. Sampai cik Zuzu pun cakap "Ayah ni asyik keje,keje, keje.." Tapi takpelah, katanya sekejap jek pegi opis, before solat Jumaat dia akan balik.

Oh sebenarnye nak cerita tentang food kat sini, dan jugak tentang budak-budak serta mak budak yg dalam kategori "picky eaters" nih.

Anak-anak punya style ialah : Zuzu suka makan nasik, tak suka makan lauk. Yaya pulak suka makan lauk, tak suka makan nasik.

Si Zuzu ni walaupun dibagi ayam goreng KFC ke hapa yg sewaktu dgnnya, tetap jugak x mau makan. Tapi kalau nasik sambal, nasik kicap, mmg dia sapu bersih sia tambah2 lagi.

Yaya pulak mmg feveret dia "uwah" = buah. Wajib ada buah dalam umah ni sbb tiap-tiap hari dia akan mintak buah. tak kisah apa-apa buah pun, tai so far dia punya feveret ialah anggur n pear.

Huhuhu...and me actually is not very picky.selalunya, kebanyakan makanan i hentam je. and I suka jugak mencuba makanan2 baru yg tak pernah dimakan. cuma ada few type of food yg I tak makan, contoh ikan-ikan air tawar. and dulu I tak makan durian, tapi lepas pregnantkan si Yaya, I'm the one yg mintak belikan durian pulak.

Cuma nak ceritanya, since datang sini I pun xtau apa yg different sgt, tapi sememangnya tekak I ni sentiasa rasa tak kena jek dgn makanan kat sini. walaupun I masak sendiri, tetap rasa lain macam sikit. especially the seafood. beli ikan rasa hanyir, beli udang rasa busuk. serba tak kena. dah la ikannya pulak kebanyakan saiz XXL. I nih mmg dari dulu lagi klu ikan besar2 nih rasa geli geleman nak makan.

And daging (lembu) kat sini pun, walaupun isi elok,sgt lembut, tapi still ada bau yg lain macam sikit. Cuma ayam jek yg so far betul2 I bleh bagi markah A. Telur ayam pun for me, berbau hanyir. Bila nak masak, memang berempah ratus ribu la I masukkan utk cover bau2 nih.

Yang paling membuka selera I buat masa ni hanyalah ikan kering n ikan bilis yg I bawak dari Malaysia. itupun stok dh nak habis. taktaulah ada tak jual ikan kering kecik2 mcm tu kat sini (Kak N, tolong bgtau klu ada ye). yg ikan kering besar mmg ada.

And lagi satu, I ni ialah gadis(?) kampung yg amat suka bangat makan ulam-ulaman. bila dh sebulan tak dapat makan petai, pegaga n sebagainya, mmg rasa x bermaya le nak makan nasik. katanya kat Lulu Hypermarket ada banyak jual benda2 nih. Insya Allah kalau xdek halangan I nak pecut kereta baru ke sana weekend nih.

And for dinner, I always prefer to have something yang bukan nasik, mcm mee, kueteow, bihun etc. tapi so far, cuma bihun jek yg betul2 "bihun" yg I jumpa. semalam, dah pun ke Cash n Carry. I pun try lah beli mee yg mcm wantan mee tu. tapi bila balik masak, mak aiii..... bau hapak n ntahapahapa. maybe I shuld try another brand plak kot. Oh anyway credit to Kak N sbb I dah dapat kacang panjang, taufu, and jantung pisang. cuma taugeh jek dah habis plak hari tu...takpe akan tetap ku buru taugeh itu.

Last sekali, goreng jek lah macaroni nih. Yang banyak dan senang nak masak kat sini ialah pasta. Macam2 rupa ada, yg saiz giant, yg kecik molek, bentuk ABC, bintang bulan semua ada. tapi i nih bukan cucu cicit mat saleh, mana buleh telan benda nih hari-hari.

And few weeks ago, I ada beli mcm laksa. bila dh siap masak, siap buat kuah semua, tengok2 laksanya hancur..bila baca ingredient kat plastik tu tulis "corn flour". Adoiyaiii....patutlah jadik bubur...kilang mana ni tak belajar ke nak buat laksa pakai tepung apa? Ni mesti tak pernah pi makan Laksa Kuala Peghelih nih...

Hmmmm...bilalah I dapat gi ronda lama-lama sikit kat pekan, kena survey, baca, telek, teliti baru lah dapat yg sedap. Tapi sbb kat sini kena pakai drebar, terpaksa la beli rushing2. Tak puas hati!!! (Actually hari tu kelam kabut sikit, dgn encik Amet puasa, and I ada masa 45 minit jek utk masak kan menu Nasik Ayam atas permintaan org yg nak bukak puasa tu. Nasib baik ini tukang masak profesional hehhehe...)