Thursday, March 31, 2016

SYIOKNYA BALIK KAMPUNG!

Cuti sekolah baru-baru ni kami balik kampung yeayyy!!! Bukan 2-3 hari tapi seminggu! Yeayeayyy!!! Hahaha ni mak yg lebih dari anak2. 

Alkisahnya, bermula saja cuti sekolah sabtu tu kami bertolak ke Taiping. Ada majlis perkahwinan 2 pupu encik Amet. Tapi depa ni mmg rapat dan keluarganya pun teramat sangat friendly dan teramah mesra. Mmg havoc dan best family makteh ni. For me yg first time berjumpa depa pun dah rasa mcm dah lama dok sekampung. Hhaahahaha...syiok!
Tahniah buat Arip & isteri. Semoga bahagia ke Jannah...
 
Kami bermalam selama 2 malam di homestay yg disediakan di Taiping. Selesai majlis, malam tu kami (dgn family sebelah Amet) sempat ke Night Safari Zoo Taiping. Waahhhh my first time pi night safari nih. Excited! And the best thing is, one of my FIL's friend is somebody kt Taiping ni. So dia bg kami VVIP service - dpt personal zookeeper & special trem yg just bawak kami 1 family je. Yeayyyyy!!!!
Makan Yong Tau Foo dan Rojak Sotong yang glamer kat Taiping. Kalau nak cuba, silalah waze Balai Bomba Taiping. Kat belakang tu ada foodcourt ni. Penuh dgn YTF, pilih saja yg mana berkenan di hati :)


Semua khusyuk dengar rules & regulation dan info2 menarik yg disampaikan oleh personal zookeeper kami malam tu, yg lebih mesra dipanggil Ustaz shja... dan beliau ni mmg betul2 seorang ustaz yg mengajar di IKM Kulim. Siang mengajar, malam jaga Night safari. Mmg betul2 pencinta haiwan ni...

Peta Zoo Taiping. Luas jugak.

After Taiping, kami pun terus balik ke kampung halaman, Perlis Indera Kayangan.

Kat kg pulak, kami dh lama berpalnning dm wasap grup nk buat BBQ sepupu sepapat sebelah family saya. Sepupu2 saya mmg teramat ramai kalau dikumpulkan semuanya. Boleh tak muat rumah heheheh. Tapi kali ni ramai jugak yg tak ada sbb urusan masing2 di perantauan. So yg mana ada sajalah...tu pun dh cukup meriah.

Team bakaq. Dari kiri : Najib (adik ipaq), Abg. Sham (sepupu), Jen (sepupu)


Geng pompuan tgh susun makanan atas meja dpn rumah arwah Tok Limah.


Geng dapuq terdiri dari Cik Ton, Kak Ngah (berlakon ja tu), Mak (dok melawa) dan NIni.

Tukang "pelekat" api - Mr. Amet.

Geng kanak2 bermain sepuas-puas hati tanpa mengenal erti malam atau siang. Kalau ada nyang mesti hangpa dh kena letiaq.

sesekali dapat berkumpul semua mcm ni mmg best. meriah. lupa sat segala urusan yg memeningkan kepala.

yang bestnya, time balik kampung mcm ni lah saya & Amet akan ambik kesempatan pi dating berdua-duaan sbb ramai org boleh tolong jaga anak2 hehehe... tapi memandangkan masa balik hari tu cuaca terlampau panas, maka kami hanya berdating sekali saja ke Padang Besaq. Lepas tu duduk memerap saja dlm rumah. Mmg teramat sangat panasnya masya Allah...

Lepas balik dr kampung, mmg kami semua demam berturut-turut huhuuhu...

Gambar hiasan penumpang dalam kereta semasa perjalanan balik kampung hehehehe....

Tuesday, March 29, 2016

RUMAH UNTUK DISEWA SEKSYEN 13 SHAH ALAM

FOR RENT
=========
APARTMENT PERDANA, SEKSYEN 13 SHAH ALAM
Very nice place to stay!

~ Fully furnished
~ Katil, sofa, peti ais, dapur, mesin basuh, almari pakaian.
Amenities
~ Stadium Shah Alam
~ AEON Shah Alam
~ Giant Sect 13
~ Rozali tower
~ Kolej PTPL
3 bed + 2 bath
RM1500/monthly 
Whatsapp 012-944 0960



Last 2 weeks, kami spend our valuable weekend dgn memasang banner kat apartment ni. Rumah ni mmg saangat cantik! Owner telah pun mengecat semula rumah ini dengan cantik sekali. Semua bilik pulak disediakan lengkap dgn almari pakaian dan katil. Memang best!!!!

Ada sofa yg selesa, peti ais, washing machine & dapur untuk memasak. Its a ready to move-in unit! Tak perlu bawak apa2 dah.

View pun best. Terang mata memandang kehijauan di ruang balkoni tu.... di seberang jalan pulak view Acapella condo yg mmg cantik.


Almari pakaian yg disediakan. SAngat memuaskan.

Sofa yg masih elok & selesa untuk penghuni.

Set meja makan & peti ais.

Salah satu bilik dengan katil double decker.

Bagi anda yg berminat boleh contact saya seperti nombor di atas ya.


Monday, March 28, 2016

HOME MADE CHICKEN CHOP


Entah zaman bila saya buat chicken chop ni. Rasanya dah sebulan kot. Tapi asyik tak ada masa nak post kt sini.

Kalau nak ikut style saya ni mmg kaki sempoi saja... Saya tak pilih bahagian ayam yg betul2 chicken chop pun (peha yg deboned). Tapi sebaliknya saya pakai hentam semua part ayam tu. Hehehe...kan bagus, tak membazir....

Okeh ni resepi chicken chop Yue's style ya...

Ayam (mana2 bahagian)
Garam & Lada putih
Tepung Jagung
Telur
Breadcrumb

Caranya :
1. Cuci ayam, lumur garam & lada putih.
2. Salut dgn tepung jagung
3. Celup dalam telur
4. Golekkan dan salut penuh dgn breadcrumb
5. Goreng dgn api sederhana supaya dalamnya masak dan luarnya tak hangus.
Siap dah....

Kuahnya pulak saya pakai serbuk brown sauce Knorr, campur air ikut sukatan yg diberikan. Tambah blackpeper & mushroom dalam tin. Siap.



Boleh lah serve dgn bahan2 sampingan yg disukai mengikut selera masing2 ye....

Saya pilih brokoli celur + cherry tomatoes + cheesy mac + fries + coselaw :)

Selamat memasak!

Sunday, March 27, 2016

AIS KRIM MALAYSIA SUMI JELLY


Kawan2 dah buat aiskrim Malaysia Sumi Jelly ni? Heheehe mmg tgh viral la skrg kan. Senang sgt nak buat. Bila sepupu sepapat saya semua pakat dok share dlm whatsapp family group, saya pun tergedik2 la jgk nak buat. Heheheh..

Ni susu pekat + susu cair + secubit garam yg telah didihkan.

Ni pulak jelly yg dipotong dua. masukkan jelly2 ni dalam plastik aiskrim tu, then tuang saja susu yg telah disejukkan di atas. bekukan. Siap utk dimakan.

Rasanya? Hmmmm....mmg la best sbb lemak2 manis gitu.... anak2 smua tak henti ulang alik bukak peti ais la jawapnya....


Wednesday, March 9, 2016

CLOSE SALE HARTANAH - ITS EXCITING!

SOLD! DATARAN OTOMOBIL SHAH ALAM

Alhamdulillah.... berkat doa, usaha dan bantuan rakan2 saya telah berjaya menjual sebuah unit di Dataran Otomobil, Sesyen 15 Shah Alam.

Kawasan ni mmg HOT AREA sebab sekarang ni dah semakin banyak building shoplots dan office naik kat situ. Kebetulan pula IDCC Mall pun mmg sebelah tu je, so berebut-rebut lah investor nak cari rumah situ.

Sebenarnya kalau ada duit, saya pun berhajat nak ada satu unit kat situ. Sayang sgt kalau tak rebut peluang ni. Unit yg saya jual tu, dah siap ada penyewa. Malah, ia disewakan oleh company buat tinggal staf2. So buyer baru ni tak perlu pening cari penyewa dah. bab payment sewa tiap2 bulan pun mmg tak perlu risau lah. Best kan!

Tak apa... saya akan kerja brsunguh-sungguh...bayar semua hutang piutang yg masih berbaki. Kumpul duit dan lepas ni saya akan buat bisnes rumah sewa pulak. Saya hanya akan sewakan kepada geng2 expatriate (sbb dulu dh pernah rasa mcmna kena sembelih harga masa kami jd expat kt Saudi hehehe)

Suatu hari, saya pun nak jadi Pakar Hartanah mcm Faizul Ridzuan tu. Kebetulan kami sama umur & sama universiti. Tak lama lagi insya Allah sama level pulak hehehhe...aaaminnnnnn...


Tuesday, March 8, 2016

I AM A REGISTERED PROPERTY AGENT :)

Assalamualaikum semua...

Dah lama tak update tentang tuan pemilik blog ni kan. Hehehhe. Sekali sekala kena enterprem la jugak...

Alkisahnya, selepas rumah kami direnovate, baaaanyak sangat benda yg kami rasa tak puas hati. Malah kadangkala saya rasa, rumah lama ie.sebelum direnovate was far better than now.... walaupun kabinet lama tu tak up-to-date tapi it was langsung tak ada masalah. In fact saya rindu sgt2 pada dia...sob3...

Now, kami ada kabinet baru, tapi dah bengkok! Ya...dan beberapa masalah lain lagi yg timbul. Suis tak boleh pakai, suis menyebabkan barang elektrik rosak, lampu asyik terbakar, kipas tak boleh tukar speed, plaster siling terkopak. Aduh...kalau fikir benda2 ni mmg boleh buat sawan!

So, suatu hari tu saya terniat lah nak tengok2 rumah lain. Mmg dah hampir takdak hati nak duduk sini. Mana dgn jiran2 saya mula membela anjing. Yg dulu tak bela skrg dh ada. Yg duu ada sekor, skrg dh bertmbah dua. Aduiiiii.... salakan anjing2 ni kadang2 buat kita stressssssss!!!! Apatah lgi saya yg ada anak kecik ni. Tgh sedap2 tido, tetiba dah nanges. Geramnyaaaa!!!

Jiran sebelah saya ni pulak jenis taktau jaga kebersihan. Anjing nak bela, tp bulunya dia biarkan saja terbang sampai masuk ke kawasan rumah kami. Mana dgn bau hamis kencing anjing tu lagi. Ya Allah...kdg2 time nak jemur kain mmg saya dah terbuwek2 nak termuntah!

So balik pada kisah saya godek2 nak cari rumah baru, saya pun terjumpa iklan utk menjadi seorang Real Estate Agent. Tinggg!!!! Saya pun mula research ttg kerjaya REN ni... drpd nak research rumah, dh ter research psala kerjaya pulak hehehe...

Saya baca punya baca sana sini sinun, akhirnya saya pilih utk join company yg dinamakan Transasia Property Consultancy ni... antara sebabnya ialah ia company Bumiputera, dan  konsepnya tidak hanya mementingkan money money money sahaja...tetapi byk menekankan amalan spiritual & agama Islam juga...
Itulah yg saya sgt suka! Bosses selalu shja ingatkan kami, kerja kita utk tolong mudahkan urusan orang (menjual/membeli/menyewa property mereka). Dan yakinlah Allah akan memudahkan urusan kita pula...

So, here I am...a Real Estate Negotiator (REN)

So, kalau ada kawan2 yg berhajat utk menjual/ membeli/ menyewa rumah dan sebagainya...boleh lah contact saya seperti di atas ya :)


Rashid pun client saya tau...hihihi...

OK bye!

Wednesday, March 2, 2016

KEDAI KASUT BUNDLE YANG CANTIK & MURAH GILA


Ada sesiapa yang nak cari kasut sukan, or kasut boots, or kasut hiking yang cantek lawa tapi murah gila???


Haaaa sini lah tempatnya...

Harga kasut sukan terpakai ni bermula dari serendah RM10! Ya! Jgn tak percaya! Kasut pulak kebanyakan sangat elok lagi. Ada yg kualiti almost hampir baru. Dan paling maksimum pun harganya ialah RM35 utk kasut sukan berjenama original yg masih cantik!

Bagi kasut boots dan hiking pulak, harga bermula dari RM40-50. Yaa... mmg terlalu murah sangat kan. Kalau yang baru nak berjinak2 dengan suka hiking, bleh lah cuba cari kasut kat sini. Kalau kena saiz, mmg anda confirm dapat kasut yg sangat2 selesa dan pada harga yg betul2 menguntungkan.

Safety boots pun ada..sesuai yg bekerja di tempat2 yg memerlukan pemakaian safety boots.

LOKASI
Bandar Baru Sg. Buloh Fasa 1A
*Cari Surau Al-Ikhwan Bdr Baru Sg. Buloh - jalan terus lagi - tengok sebelah kiri ada shoplots.
Kedai ni takde signboard. Tapi ia berdektan dgn Pasar Mini Aziz, Alaudin Works Sdn Bhd. (kedai besi).

Selamat bershoping!

Frozen Fever cookies




WARUNG MASAK LEMAK CILI API SALAI @KAJANG

Last few weeks, kami melawat colleague Amet yg terkena jangkitan buah pinggang & batu karang di Hospital Salam Senawang. Zaman sekarang ni, young adults that apparently healthy, yang tu lah yg kita tak sangka-sangka jatuh sakit. Contoh sebelum ni, Pak Yus pelawak terkenal tanah air yang kuat bersukan dan tiba2 sesak nafas.... Banyak dah kes kan. Takut tu ada, tapi bagi saya sendiri mmg belum cukup kuat nak kawal nafsu makan dan menjalani aktiviti hidup sihat :(

Oleh itu, on the way balik, kami pun singgah la jalan-jalan cari makan kat Warung Masak Lemak Wak Masdar ni hehhehe...

LOKASI
Selepas exit tol Kajang, ambik jalan terus straight, jgn belok walau sedikit pun (naik fly over ke arah Bangi).

Selepas traffic light, terus lagi. Nampak kilang Sate Hj. Samuri sebelah kiri anda, terus lagi, nampak Petronas sebelah kiri. Terus sikiiitttt je lagi, dah nmpak gerai2 warung2 banyak2 tepi jalan sebelah kiri jalanraya tu.

Haaa okeh, dah boleh parking lah :)


 Cari banner nih okeh. 

Ok, menu yang ada kat sini : Sila rujuk banner di atas hahahhaha...

Tuudiaaa...yg ayah senyum kernyis dapat makan keli salai. Yang kakak pulak sampai sinsing lengan baju punya pulun daging salai. Yang penting kuah masak lomak cili api tu mmg betui2 berapi!

Haaa nampak cili dia...banyak gila etak dalam satu mangkuk tu..
Oh lagi satu, konsep dia- prepared by order. Means freshly masak tau. Tu yg lagi best sbb santan tu rasa fresh lagi.

Tempat yg selesa, bawah pokok. Kat belakang tu kebun tuan kedai tanam pokok2 cili padi, pokok kunyit, serai dan mcm2 lagi. Syiok habis makan kat sebelah kebun.

Nini si domey2 berjalan ja sana sini. Siap pi petik dah sehelai daun kat kebun wak tu.. opssss!

Saya pilih Itik Salai. Sedap! Kuah masak lemak dia mmg betul2 pekat, power, secukup rasa. Nih kalau dekat mau hari-hari dah pi tapau nih hahahhaa....

Sekian. Selamat berJJCM :)