Friday, March 27, 2020

HARI KE-10 MALAYSIA PKP (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN)


Hari ni kadar pertambahan kes harian menurun sikit berbanding semalam. Alhamdulillah.

Tapi masih ada kes kematian huhu. Dan masih ramai jugak pesakit yg dalam keadaan kritikal / dalam ICU.

KL & Selangor tetap di kedudukan teratas memandangkan  kepadatan penduduk di sini. Johor di tempat ke3 tertinggi sebab terdapat 2 tempat yang "panas" dgn jangkitan sehingga mereka terpaksa buat total lockdown huhuhu.

Apa pun, saya & anak-anak masih kekal berada di rumah. Last sekali keluar ke kedai masa baru balik dari kampung hari tu, hari Ahad. Lepas tu genaplah 5 hari berkurung. Beli siap-siap dah lauk pauk sayur semua selagi boleh muat peti ais.

Hari ni jugak PM Malaysia, Tok Ayah Muhyiddin Yasin buat pengumuman PERIHATIN atau PAKEJ RANSANGAN EKONOMI untuk bagi bantuan pada semua rakyat yg terjejas terutama dari segi ekonomi.

Kesian...Ramai betul rakyat yg sedang menderita sekarang. Ramai peniaga kecil yg dah tak ada pendapatan langsung.

Saya juga teringat sangat dekat mak, sebab mak adalah pekerja harian di kantin sekolah. Bila sekolah tutup, kantin tak buka, maksudnya terputuslah income mak. Mujurlah PM faham situasi rakyat, insya Allah mak pun akan dapat terima bantuan nanti.


Saya dan anak-anak juga buat solat hajat hari ni. Memang Mufti minta seluruh rakyat Malaysia buat solat hajat serentak selepas Solat Zohor hari ni (Solat Jumaat telah ditangguhkan berikutan Covid19 ni).

Semoga keadaan semuanya semakin baik. Semoga ada ubat dan vaksin yang dapat ditemukan. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua dan mengangkat musibah ini amin....

Wednesday, March 25, 2020

HARI KE-8 MALAYSIA PKP COVID-19

Hari ini, sudah masuk hari ke-8 MCO atau PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi seluruh rakyat Malaysia.

Entah kenapa, pagi ni hati saya terasa sayu sangat.

Bangun pagi, terus rasa nak menulis di sini.

MCO ini dimulakan dengan perintah dari Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin minggu lepas, berikutan peningkatan kes positif Covid-19 dan juga kemattian.

Dengan adanya MCO ni, hampir semua rakyat Malaysia terasa kesannya. Life upside down. Macam saya yg berniaga, dah tak boleh terus berniaga. Apatah lagi bisnes saya berkaitan dengan perjumpaan client face to face. Memang takdak harapanlah.

peniaga-peniaga kecil lain pun sangat terkesan. contoh yg berniaga nasi lemak, kuih muih atau kedai-kedai elektrik, kedai basikal, dan sebagainya...langsung tak boleh buka. kalau yg berniaga makanan tu, ada orang tolong buat delivery rumah ke rumah, ok juga. kalau yg kakak-kakak yg jenis tak boleh drive, ibu tunggal dan sebagainya....macamana? sedih kan...

Bagi yang masih dapat gaji, alhamdulillah. NAmun diharapkan agar anda jgnlah membazir. Sebab kita tak tahu apa yg akan datang lagi. Kalau ada duit lebih, boleh tanya jiran-jiran atau saudara-mara yg mungkin dalam keadaan memerlukan.

Di sana-sini orang mula menghadapi kekurangan barang-barang runcit. Sebab ramai yg buat "panick buying" beli semua barang-barang keperluan dengan kadar yg terlalu melampau. Sampai orang lain tak sempat nak beli. Aduhai.....

Saya harap keadaan ini semakin pulih. Semua pesakit Covid19 pulih. Ekonomi Malaysia dan seluruh dunia pulih.