Wednesday, April 13, 2011

FLY~FLY TO THE SKY~

* This is an auto-published entry*

Dear Readers,

Ketika anda semua sedang membaca entry ini, kemungkinan besar kami sekeluarga telah pun meninggalkan tanah pasir bumi Jubail dan berterbangan menuju ke tanah air tercinta, Malaysia.

Percutian kami akan mengambil masa 1 bulan dari tarikh ini.

Dengan itu, saya sebagai penulis dan pemilik blog ingin memohon kemaafan kepada semua dan mengharapkan doa kalian agar penerbangan kami selamat tiba ke destinasi (eh, ni bukan mcm ayat peramugari ka?)

Jika anda semua berminat utk menghubungi saya di Malaysia (maksud menghubungi di sini = menjamu saya makan makanan yg lazat-lazat), silalah call nombor telefon lama saya dulu (Maxis tu le...)


Zuzu sudah tidak tertahan utk bermandi-manda di air terjun, pantai, waterpark dan sungai

Yaya melakonkan muka eksaited setelah ibu cakap "adik buat muka happpyyyy..."



Sekian. Saya dah nak tido utk bangun awal pagi utk menggalas beg 5 bijik. Gudnite....

Monday, April 11, 2011

PATTAYA..... 2 DAYS TO GO...

Haaaaa... jangan kata budak2 yg eksaited! Mak budak lelagi lah eksaited. Lagi-lagi bab nak tutup dapuq gantung periuk belanga. Bukan main eksaited!

Disebabkan dah malas nak beli bahan mentah (takut terlebih tak sempat habis), maka decided to ajak encik Amet mkn kat restoren Pattaya. Hmmmmmmm........ restoren ni nama jek Pattaya, tp semua nya filipino yg keja sini :(

So bayangkanlah tom yam nya....... mcm air rebusan sotong + udang jek la.... Tapi takpa lah, asalkan still boleh telan (paksa) dan kenyang perut, Alhamdulillah...........

Lagi satu, restoren sini klu makan ala-ala kedai tomyam tu, tak sah la kalau tak kena puluh-puluhan riyal... Semangkuk kecik tomyam SR20, ayam masak pedas (langsung tak pedas!) SR20, nasik SR10..... sabar jek laaa..... Klu makan kt Aiman Tom Yam Sg. Buloh, baru RM12!!!
Adehhh... part makan best nih yg paling tak sabaq nak jejak kaki kat tanah airku terchenta nih!

Yaya suka giler dgn tom yam palsu tuh... Hahahaha adik belum mengenali tom yam sebenar...

Seee........ habis udang sotong semua dia bedal. Licin!

Asyik hirup tom yam, nasik dia tak peduli pun.

Kakak pulak nak tom yam "takde sayur". Susah betoi nak bg dia mkn mesti kena pilih buang sayur dulu.

Barang2 semua dah siap packing. Tinggal nak pi beli korma saja malam ni.... :D

Sunday, April 10, 2011

FAREWELL PICNIC

Cehhhhhhhhh.... mcm laa nak balik back for good nak farewell farewell segala kan.... hahhaha...

Over la pulak..maklumlah makcik tengah eksaited, dok bilang hari 1, 2, 3..... 3 days to go yuuuhuuuuuuu!!!! (giler over mcm la org lain x pernah balik kampung)

Oh, picnic ni sebenarnya ialah sebab ada orang kaya mau sponsor itu laham mandy punya lah. So mmg I ialah orang yg paling amat sangat eksaited dan tergedik2 lah nak pergi makan! Laham tuuu...... (kambing daa..).

Terima kasih tidak terhingga kepada encik sponsor iaitu encik Abg. Khairi & Kak Tipah sekeluarga.... Mandy itu teramatlah sedap hingga termimpi-mimpi :))


See...hari tu kutuk2 geng arab bawak "pendinding" tu kan...haa now, kami pun pakai "pendinding" hehehe... sebenarnya pendinding tu elakkan angin yg bertiup kuat habis terbalik dulang n pinggan mangkuk segala...

Indahnyaaa suasana rimba di padang rumput menghijau, di bawah rimbunan pokok yg teduh, di tepi pantai, ditemani angin sepoi-sepoi tak reti bahasa..... :))

Yeaaahhhhhhhhh!!! Laham Mandy!!! Cukup sedulang??? Nyum-nyumm...!!!

Yue : Yas, cepat lah cedok. Jgn la bersembang jek. Ayaq liuq aku dah meleleh ni..
Yas : Alaaaa... kejap le..teman nak ceghite gossip ni....


Cik Yue yg rajin, buat Puding Roti Marble setalam.... suka suki boh kaler pink + coklat = chomel mcm tuan dia hehehehe....


Cik Yue yg rajin jugak buat karipap setalam.... (ambik gambar tak goreng pulak kali nih, byk sgt dah gambar karipap goreng dlm blog nih)

Oh karipap yg ada dottie merah ni inti kentang (ada org ngengada request, tp last2 dia telan semua kentang keledek grrrrrrrrr...).

Rajin gila cik yue jelita nih buat kuih-muih pelbagai jenis. Dah mengalahkan gerai cucuq makcik Kg. Melayu Sg. Buloh pulak kan..... Hahahhahaha suka hati up sendiri. Suka hati sebab mau balik kampong!!!!

Thursday, April 7, 2011

HAPPY CHILD

Sometimes it crosses my mind.... "Am I the meanest mom ever?"

Frankly speaking, I'm getting more confuse in raising kids all by myself. Suddenly I realize that parenting is the most complex task. Even dulu I manage berbelas-belas org staff dgn perangai gila-gila remaja dan macam-macam hal, tapi tak lah sepening dan sekonpius ini.


(Elehhh... anak baru 2 dah macam2... :p)


Actually, I bukan nak marah kat Zuzu or Yaya, but all on myself. I dont know if I am raising them in a good way, or not. Kadang2 I rasa macam I banyak sangat marah-marah depa. Kadang-kadang pulak I rasa I terlalu manjakan depa.

Usually kalau I marah pun, mmg with intend to make them more discipline. Contoh : kemas mainan, makan kt dapur, this thing tak boleh keluarkan dari bilik and so on. Mula-mula cakap mmg I boleh cakap elok-elok, lembut2. Tapi kalau dah banyak kali cakap, tak dengar memang lah kena jerkah sikit bg rasa takut, betul tak? Bukan I hentam terus jerkah. Betul kan cara I buat tu? Ke mmg tak boleh jerit2 langsung?

Allah knows I always try so hard to be the best n the most patient mother that I can be, but sometimes I also crack when I'm so lost n tired.


I read PARENTING ALA RASULULLAH SAW :- that for kids of 0-7 years old, kena ajar dgn cara lemah lembut dan tidak berkasar. Sedikit petikan :
When his son climbing his back while he is doing his sujud, he stays sujud until his son satisfied playing on his back, then he get up from his sujud. That’s how Rasulullah teach you to raise your kids.
Kalau I nih, budak-budak dok mai selak telekung, dalam hati mendidih dah (Ibu siap solat satgi, siap hangpa!) Teruk kan? Very very very too far away from Rasulullah's way :'(

One thing that I recently discussed with Amet ialah we should divide tasks. Meaning if Amet "marah" than I will be the one who explain why ayah marah, the reasons and consequences if they still do wrongs. Then they will know that they were not getting scolded for no reasons, or because ibu n ayah tak sayang or so.

I also read (somewhere, lupa plak nak copy link) that to raise a happy child (for 0-4 years old) is by "melayan" them playing. And "playing" here doesnt mean bermain dgn mainan, sebaliknya melayan mereka dgn minat yang mereka suka.

Contoh : Kalau dia suka conteng, layan jek dia conteng. And parents have to JOIN them, and bukannya "Okeh... kakak pi tulis2 kat sana, ibu nak FB" (OMG!!! I always did that!!! ) Dengan itu they will get the "inner happiness" which is the best tool to help their brains berkembang pesat a.k.a jadi bijak!

Zuzu's muka notty....

Adik...



So, pendek kata nak dapat anak happy & bijak :
(PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI)
  1. Jangan terlalu banyak sangat jerkah/marah (kerana ini membantutkan perkembangan otak mereka) *sikit2 xpa la...*
  2. Join their activties a.k.a layan mereka sepenuh hati
  3. Ingat, the happiest thing for them is you (the parents!) *terharunyaa..:( *
Hmmmm... this surely needs me to learn more n more about patience, responsibilities and sacrifices..... Bolehkah I go through semua ini? Ya Allah... I really really beg your guidance...

After all... I always think that "This is the family under construction" isn't it? Heheheh....

Monday, April 4, 2011

KETAGIHAN

Percaya atau tidak, I memang sudah mengalami tahap ketagihan yg kritikal.

Bila datang rasa ketagihan tuh... susah giler nak tepis...

Air liur meleleh-leleh.... kadang2 sampai menitik-nitik...tap..tap..tap...

Kadang2 malu nak cakap kt Amet yg I sedang ketagihan...

Tambahan pula semalam I sambung posa ganti, amatlah seksa kena tahan sabar...

Last-last Amet balik keja, terpaksa cakap jugak.....


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


"Abg, balik keja esok tolong singgah beli Beryani KAMBING na...."


Hape korang pikir????? Otak senget lah! Hahahahahahaa.....

I nih ketagihan nasik KAMBING!!!! Serius asyik terbayang2 la rupe lauk kambing tuh.... Adehhhh... I pun mcm x percaya I boleh jadik tahap sukakan kambing sampai camnih.

Padahal dulu, walaupun hanya kuah gulai kambing (kuah sahaja) pun I mmg tak lalu... memang kenal sgt bau kambing walaupun hanya kat sudu. Tapi apa dah jadik dgn I sekarang???? Adakah pak arab itu telah mengguna-gunakan I dgn minyak attar??? Hahahaha....



Bukak posa dgn tamar dulu....sunnah ni...


Tunggu nasik kambing punya le lama... sampai habis tok imam siap selesai solat Maghrib. Maka gantilah dengan burger benjo nih dulu....


Akhirnya............ jeng jeng jeng...

(Selak sikit jek, suprise laa konon...)
Tibalah sudah nasik kambing yang dibeli dgn penuh chenta kaseh oleh encik Amet (kena bodek lebih sebab dia kena bersabar tunggu org habis solat baru kedai dibukak :D)

Alhamdulillah.... terima kasih kerna menunaikan hajat di hati adinda....meh I hadiah pantun utk kekanda :

Berus kain berus gigi,
Esok lusa abg beli la lagi.

Hehehehe..... sekian. Oh, ada sesiapa lagi yg tak suka makan kambing?

ADA APA DENGAN LOKASI? KAU ADA?

Ahhhaaiiii......... dah kena tag pulak dgn budak SIGMA nih. Maka dengan paksa rela harus lah menjawab tag beliau. Terpaksa : sebab nak hadiah. Rela : sebab mcm best jgk buat entri nih, mengimbau kenangan lalu....

Okeh before that, I kasi pengenalan sikit of cik puan Sigma nih. She was my roomate yg very the best kat rumah sewa masa kami bujang2 dulu. Sgt cantik, comel, slim, bergaya, bijak dan lain2 yg baik. (Sedarkah kamu I sedang membuat ayat bodek supaya I menang hadiah? Hahahaha)

Okeh mari mulakan menjawab tag.

I ialah dalam Kategori : A ~ Lokasi tempat kerja dan kediaman harus berdekatan, korang tak suka membuang masa dalam kereta mengadap jam setiap hari sampai kebas bon**t, tak suka bayar tol yang asyik jumpa eskalator naik je tak jumpa yg turun, balik rumah lewat.

1. Lokasi : Shah Alam SS 13.
Jarak : 2.7km, 7 mins

Apa laa gugelmaps nih, ade ke utk jarak 2.7 km dia bg masa 7 minit jek utk drive? I masuk keja pukul 9 am, pukul 8.45 baru nk mandi, 8.50 baru nk mekap, 8.55 baru nk turun tangga (dr tingkat 5 takdek lif no...), 8.58 start keta..... Hahahhaa....


2. Lokasi : SS2 PJ
Jarak : 5.1 km, 10 mins

Ini ialah tempat paling the best ever in my working life. Walaupun jarak jauh sikit dr tempat keja first, tp still hanya 5km! Hahaha... see, hobi I mmg akan cari tempat yg sgt dekat punye...

Nak story sket pasal rumah sewa nih. Mula2 I masuk rumah tu, I dapat roomate lain. Amatlah sgt tak best. Serius blur giler dok ngan budak tuh, cakap pun tak, pandang pun tak. Seriyes sgt rasa nak pindah sgt2! Nasib sgt baik tetiba ada si Sigma & Rose masuk, so I pindah bilik dok ngan depa. Oh dunia menjadi sgt indah! (Hahahha... ayat bodek lagi ye...)


3. Lokasi : PJ - Puchong
Jarak : 23.5km, 27 mins

Haaa..... nih mmg jarak paling giler I pernah keje. Amat sgt tak suke setiap hari pergi & balik menempuh jem yg tidak pernah susut. Dah la kena bayar tol. Membazir betoi! And dah la mula start keja nih masa bulan posa. Mmg asyik termiss bukak posa kt umah. Oh and dah la baru kawen! Lepas raya, cukup sebulan dapat gaji (dan dapat duit raya dari boss), I cabut. Tak kuase okeh.... Oh dah la drive keta manual! Oh my....!!!!


4. Lokasi : Mont Kiara
Jarak : 8.6 km, 13 mins

Cari tempat keja yg dekat dgn umah balik. Hahahaha... yg ni mmg le dekat. Tapi tol pi-balik ialah RM4 setiap hari. And orang2 sini seriyes suke sgt stay sampai 8-9 malam. Oh tidaaaakkkkkk!!! Stress... stresss... Tapi 50-50 gak nak resign sbb sangat dekat and jalan ni u all tau jek lah...berapa kerat jek kereta yg ada kt atas jalan. Tak pernah nmpak rupa jem langsung! Al-maklumlah... ini jalan org2 kaya... hahahha...


5. Lokasi : Batu Caves
Jarak : 17.3 km, 26 mins

Lagi sekali encik gugelmaps mencabar jiwa formula1 I. Ada ke bg estimation 26 minit utk 17.3km? Mana boleh..... bagi 8 minit cukup! Hahaha.... Oh masa ni I stay kt Mutiara Damansara, so guna jalan yg ada tol RM1.60 tu. Tapi best jek jalan nih jarang sangat la nak jem sebab I lawan arus.
So walaupun nampak mcm agak jauh tapi kejap jek, tak sempat habis teh ais sebungkus pun. Agak suka jugak. Lagipun geng2 kt opis ni style punch-out on time. Pukul 5 dah habis klear gelap gelita dah opis. Best gila. And pukoi 5.10 I dah bleh ada kt home sweet home~~ Plus dah ada baby Zuzu time ni sgtlah best dapat sampai umah awai kan....

6. Lokasi : Batu Caves
Jarak : 19.8km 20 mins

Then kami beli rumah sendiri kt Bukit Rahman Putera, Sg. Buloh... and I still setia dgn company balik awai tuh hehehe.... walaupun jarak nampak mcm agak jauh tapi sebenarnye dekat jek sbb tak jem. Eh, tapi kadang2 jem jugak. Tapi tak kesah sgt lah yg penting still dapat sampai umah awai, iaitu before 6 pm. Jangan sampai malam dah la, I tak suke.

Sekian sahaja lah lokasi2 dan jarak tempat I mencari rezeki suatu masa dulu. Hobi I mmg cari lokasi yg boleh sampai umah cepat. Tak kisah klu jarak jauh sikit tapi tak jem. Eh, tapi jgn lah jauh sangat. Dalam 20km tu ok lah. Yang penting boleh pecut :))

Sekarang now I tinggal kat padang pasir berdengung, keja pun dalam umah sendiri, so takdek dah lokasi2 bagai. Huhuhu..... Berjuta batu jauhnyaaa~~~~ *Alleycats*