Saturday, October 29, 2011

OTHER SYMPTOM

Ok, satu lagi penyakit/ symptom yg akan I lalui semasa pregy ialah : Menjadi Pelupa.

Since I was in 4-5th week lagi, Amet dah mula perasan dan selalu cakap "Haa.. penyakit ibu mengandung dah mai dah..."

Yeah, bila I letak 2 bungkus Nescafe 3in1 dalam satu mug.

Then, gulai masin tak hengat sebab xtau berapa kali tuang garam.

Dah beberapa kali minyak hangit sebab panaskan dan kononnya nak goreng ikan pastu tak goreng.

And the latest one, semalam I tumis tangan sendiri instead of tumis the rempah kari. Ok boleh gelak. Hahhahahahahahahahahhahahaha.....

Gila sakittttttttt!!!! Berdenyut2 you!!! Dengan pedih, dengan rasa panas sampai ke dalam isi tangan tu. Phewww tobat lepas ni I tak akan bagi sesiapa sedara mara I sentuh mercun.

Oh, tapi I'm fine. As soon as tersedar I masak tangan sendiri, I terus tuang kicap yg kebetulan ada kat sebelah tu jek (rugi Kicap Cap Kipas Udang aku!!!). Then sapukan minyak angin kambing gurun+batu apantahlupanama (yg ayah bagi n dia cakap mmg sesuai utk luka terbakar). Alhamdulillah mmg berkesan dan bengkak dan sakit tu mula berkurangan just tinggal merah sikit2 jek.

Oh, by the way, just this morning 2 keping french toast hangit lagi sbb lepas letak roti tu atas dapur, pi basuh pinggan dgn girangnya.... :D

Tuesday, October 25, 2011

WORDLESS WEDNESDAY (2.0)

It's nothing you cannot do in abaya :)


They are JOGGING.


They are SWIMMING.


They are BARBIE (but the ones in abaya called Fulla)

Have a nice day!

Monday, October 24, 2011

YOU ASK, YUE ANSWER (V 2.0)

Ok lah, I ingat nak buat sambungan sikit lagi sbb maybe the previous entry tu mcm cerita benda2 yg tak best je kan (but it's the fact!). Nanti terbantut pulak niat org yg dah siap2 pack barang nak datang sini. Kesian pulak husben dia :)

OK, let me talk about sumthing yg akan membuatkan mata anda akan terbukak luas utk datang sini hehhehe....

MONEY MONEY MONEY!!!


Hehehehehe.... haaa mcmana??? Nak duduk sini tak????

Oklah, money wise, kalau kt sini mmg ok la. Kalau anda berminat nak beli Burberry every month, or even 2 times per month pun boleh........... Nak penuhkan shoe rack dgn LV semua pun boleh........ setakat Coach tu buat bawak gi pasar beli ikan je........

Ok, yakin tak nk datang sini???

Ok, kalau tak yakin sangat pun, ingat je lah pada suami anda yg tersayang....


** Hehehe, jgn tanya I berapa bijik Burberry yg I dh beli dah la... I mmg bionic woman, bila lalu je depan designers shop semua, tiba2 je mata I akan keluar laser, tak nampak dah handbag2 tu. Sebab tu smpai skrg I takde sebijik pun hehehe....



Eh, ada satu lagi benda best. Jgn la ingat pasal duit je...

lagi satu benda yg sgt2 best yg kadang2 buat anda nak terus berada di sini ialah...


THE HOLY LAND MEKAH & MADINAH!!!!


Ye lah, klu dok kt Malaysia, jenuh jugak nk kumpul duit bertahun2 (bg rakyat bertaraf biasa mcm I ni la...yg kaya-raya lain cerita) baru boleh sampai kan. So bila dh duduk sini, suka hati lah nk pergi anytime. Weekend ke, weekdays ke takde sapa halang. Sila...sila....

Dan di sana adalah tempat yg paling tenteram, dan aman, dan tenang tiada tandingan.


**Hmmmm.... klu diingat2kan rindunyaaa pada 2 tanah suci ni....


So, ok kan? Lepas ni takmau buat entry ni dah tau. Susah gile la soklan u olls ni hahaha...

Saturday, October 22, 2011

YOU ASK, YUE ANSWER :)

Seriously, I mmg betul2 tak larat nak updet blog ni, and that's why it's on hiatus for days. Kali ni tak tipu punya. I cek emails n fb pun kt phone saja. Tak kuase sgt nk pasang laptop 5kg ni *sambil verangan ada org hadiah MacBook Air sempena hari ahad ....

Okay, tp memandangkan I selalu tak sampai hati mengingatkan wajah2 hampa readers kesayanganku everytime menjengah blog yg tidak ada cerita terkini ni, I gagahkan tangan ini menitip coretan buatmu readers ku.... (Maafkan dia, dia tengah mabuk la...)

Hmm... ok, cerita hari ini lebih kurang untuk menjawap emails beberapa orang rakan. Sekaligus menjadi jawapan kepada yang akan bertanya. Ok, since kebelakangan ni I telah menerima email/PM daripada beberapa kenalan (virtual fren, tp mcm dh teman tp mesra gitu) yg bunyinya secara umum lebih kurang macam ni :

"Husben saya dapat keja kt Saudi. Mcmana life kt sana? Best tak? Saya masih berfikir utk ikut dia ke sana? Sesuai tak tinggal kat sana?"


Okay. LEBIH KURANG mcm tu lah persoalan yang diajukan. *Mode : Perasan tgh jadi pakar motivasi tengah on-air kt tv ehem ehem*

Hmmmmmmm...... sebenarnya susah jugak nk jawap nih. Tapi walau apa pun jawapan yg I bagi, INGAT, ini semua 100% my own opinion okay. Maybe org lain, ada pendapat mereka sendiri, yg berlainan n opposite dgn pendapat I. Clear, students?

First thing first, I takmau jadi pendusta. I dont want to sugar-coat my words just to make things look nice for you, while the real steel fact is not.

Bagi I yg suatu masa dulu bekerja, mmg masa tu teringin sangat nak jadi stay-at-home-mom. Ya lah, anganan I masa tu ialah boleh hantar anak2 pi tadika, and pick them, and send them to sekolah agama pulak. And petang2 bawak main kt taman. Sounds great kan? Yeah, now I mmg full time housewife, tapi takdek satu benda di atas pun yg I boleh buat, due to the rules n restrictions here. And klu anda berani sgt nk ke mana sorang2 pun mesti anda akan merasa sedikit segan sbb jarang2 sgt atas jalan tu ada org perempuan yg berjalan. Semuanya lelaki, dan mereka akan memandang anda dgn pelik seolah2 anda seorang alien dari angkasa lepas.

Then bila tiba masa barang nk masak tak cukup. Nun di hujung petang baru boleh dapat. Itupun kalau your husband balik awal. Kalau lambat, malam baru dapat barang pastu baru terkedek nk masak. Ok part ni Amet mmg selalu buli I "Awat yg tak beli siap2 masa keluar hari tu?" Encik suami sekalian, barang kt dapur ni kadang2 dia magically disappear you know..... (takpe boleh tipu, diorang ni bukan tau kt mana dapur pun hahahaha)

Then bila you order dgn encik husben mcm2 kebarangkalian boleh berlaku. Suruh beli nenas, dia bawak balik buah peach. Order tulang lembu, mmg "tulang" yg bersih putih dia bawak balik. Takpe, asal tak bawak balik bini baru sudah. Alhamdulillah.

Ok bab lain pulak. Kalau anda seorang yg biasa on-the-go, kt sini anda akan menjadi seorang yg in-the-house je. Boleh nak jalan2 dgn kawan2 pompuan. Tapi tak lah sebebas yg boleh anda lakukan di M'sia. Nak kena booking driver dulu. Dan tertakluk jugak jika anda ada 2 org anak kecik mcm I ni, mmg sukar sikit la nk heret diorang gi naik van and bershopping dgn kawan2 anda.

Dan lagi2 yg paling I tengah sedih sekarang, dalam keadaan I yg kejap pening, kejap kembung, kejap loya dan macam2 rasa skrg ni, masalah utama ialah : MAKANAN. Ok, klu anda bernasib baik anda dapat berjiran dgn kawan2 dari Malaysia (nak2 kena yg rajin n pandai masak pulak hehehe). Tapi klu mcm I ni, hai... terpaksa la masak walaupun teruwek-uwek (sory if i make u geli). I bukan tak larat sgt nak buat. Tapi bila dalam dapur tu kan mcm2 bau ada, yg boleh trigger kemabukan ni. Skrg ni bau yg paling annoying ialah bau peti ais. Hah, mcmana nk masak kalau takleh bukak peti ais. Kalau kt M'sia, start kereta 3-4 kali sehari gi tapau makanan pun xpe, asalkan x payah masak....

Satu lagi yg anda perlu bersedia ialah, apabila mata anda tak akan dapat melihat keindahan n kehijauan. Mula2 dalam 6-8 bulan tinggal sini, ok la.... then after that rasa muak sikit. Tapi bila dah masuk setahun rasanya nak meraung you...!!!!! Okay, ini pun terpulang. Jika anda bernasib baik dapat rumah di kawasan yg cantik, lawa ada taman dan halaman, ada swimming pool semua it's fine. Tapi kebanyakan kami yg bertaraf rakyat biasa ni mmg duduk kt perumahan biasa yg rumputnya bertompok2 dan hanya ditemui setiap jarak 1km setompok.

Ok, lagi satu kalau anda dapat tinggal di bandar yg lebih moden sikit seperti Riyadh, Jeddah etc. things might be a little bit different. Maybe sana lebih bebas sikit urk pompuan keluar. Tapi bear in mind, kat sana encik Muttawa (polis agama) nya pulak lebih superactive drpd biasa!

Akhir kalam, I nak cakap, datang lah dulu..... Hehehe.... feel the experience urselves. Mana tau ada yg sangat2 suka n jatuh cinta tinggal kat sini. Okay? Kalau ada persoalan lanjut, mcm biasa boleh Email (KLIK)

Bye!

Wednesday, October 19, 2011

IT'S GOOD TO BE BACK. BUT.......

Yeah, once again ku dalam dilema.

Setiap kali nak balik kampung mesti camni. Mixed feeling.

Excited of course sbb sgt2 rindu Malaysia yg indah dan cantik berwarna warni, dgn makanan pelbagai rasa boleh dibeli dimana-mana. Of course jugaklah sbb rindukan family (asyik ingat makanan je)

Tapi dalam masa yg sama, ada perasaan lain.

Takut, sebab tak berani nak tengok dan menghadapi sesuatu yg mungkin tak sanggup ditanggung oleh hati & perasaan.

Sedih, sebab bila dah berjumpa dalam masa beberapa hari saja akan berpisah semula.

Sebak, syahdu, bercampur baur.

Dan mungkin akan ada adunan marah, sayang, benci, kasih, dendam, dan kasihan. Part ni yang paling susah.

Hmmmm.... tiket dah beli. Balik je la. Life story will never ends selagi kau masih bernyawa Yue. Terimalah hakikatnya.


*Maybe sampai kampung nanti perlu pakai rayban tebal dgn ear plug*

TAKE REST

Ada budak mana yg main henfon ibu ni. Pandai pulak tu bukak blogger droid. Adoi....

I think it's the computer n internet that makes me sick.

I better get rid of it for a while.


Rest & Relax.

Tuesday, October 18, 2011

Monday, October 17, 2011

THE HEALING POWER OF AL-QURAN

Alhamdulillah... today rasa very very much better dari 2 hari yg lalu.

Semalam masa hantar Amet nak pi keja, badan I mmg menggeletar, menggigil mcm org eskimo padahal aircond mmg tak pasang langsung.Kepala pulak mmg nampak bintang mcm nak tumbang. Then I said to him "Abg, I feel so bad la...Dah la gemuk, badan pulak lemah tak larat. I'm so bad..."

He replied " Yes, you are. You really bad."


Okay. Tenkiu. I love u so much Amet. No kisses today.


Then I terus baring dgn badan yg tak berhenti2 shaking. Kepala terus memberat mcm ada batu Caves kt atas ni.Kalau ikut mulut hari2 biasa I mmg nak curse je lah. Tapi ingat ingat, sekarang kena jaga mulut dgn perkataan yg elok2 bak ibu mithali ya.

Tapi still, dalam terketar2 mcm pesakit Parkinson tu kugagahkan jua diri ini merebus ayam utk buat sup. *sila tepuk tangan utk I yg gagah ini*

Sampai time Zohor, lepas solat I nekad utk baca surah Yaasin (setelah insaf mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias tentang the healing power of Al-Quran). Letak segelas air kt sebelah, dan I baca sambil berbaring. Mmg betul2 tak boleh bangun dah time tu.

Dah selesai baca, I minum air tu dan sapu2 sikit kat muka.

Pastu SMS mak, telling her how bad my condition is. Sob sob... I miss your urut2 mak... but I miss the bihun sup kat pantai Kuala Perlih much more... ok, no.

Sambil baring2, I tengok youtube kt henfon. Dalam lembik2 tu ada hati lagi nak cari video "excercise for prenancy". Bila dah dok belek video tu beberapa kali, terasa nak bangun buat workout.

Magically, bila I berdiri tu, tetiba rasa mcm terus hilang segala yg pening mcm nk pecah kepala tadi, yg loya mcm nak muntah sebakul, yg menggigil semua tiba2 je hilang in a blink! Subhanallah... Allahu Akbar... Begitulah hebatnya ayat suci Al-Quran al-kareem....

Terus je I bangun dengan cergas dan cerdasnya dan buat exercise sikit2. And Alhamdulillah, walaupun ada jugak pening sikit2 sebelah petang tu, tapi dapat rasakan ia berkurangan sebnyak 70%. dan mmg I maintain jek sampai ke malam . biasanya time orang tengok tv, I mmg merengkok melepek la sorang2 dalam bilik.... tapi semalam mmg makan berulang2 kali, dan diriku terasa ceria bagaikan mentari!!! Hahahaha....


Sarapan di hari yg gembira :D


Alhamdulillah... Ya Allah, semoga Kau terus kurniakan daku kesihatan yg baik, dan kekuatan supaya aku dapat menjaga keluargaku dan ibadahku. Amin......



*Oh, sesiapa yg berminat nak buat some stretching (for preggy mom), I think this video from Dr.Cathy (KLIK) is awesome. Oh and this one jugak (KLIK). Jom senaman :)

Saturday, October 15, 2011

ALL DAY SICKNESS

Nampaknya 2 hari ni my sickness is getting worse. bangun x boleh lama2. masak pun asal boleh makan ja. kesian sgt sbb kt sini xde kedai nasik campur.nak beli nasik arab mmg dh kembang tekak dh.

smlm paling worst muntah smpai lembik.nasib baik Amet cuti so he took us makan kt Maharaja.tu pun lauk yg biasa jd feveret,I mkn gitu2 ja. rasa mcm dh ketat trakea I ni takleh masuk makanan dh. kdg2 rasa lapar yg teramaaat sgt. tp bila nk suap x lalu.yg penting, fobia sbb tak suka kena muntah :'(

nasib baik la this time pregnan masa jd housewife.kalau tidak harusla I dh berhenti keja lagi.. huhuhu ingatkan dh kali ke-3 ni akan kurang sikit mabuk kepayang.rupa2nya sama jugak....terima ja lah asalkan dpt baby yg comel nanti mesti habis lupa semua kesakitan ni kan. Amiiinnn....

Dan di kesempatan ni I nak mengucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga to my love Amet yg telah byk menjaga I especially bab2 bila I mengada x lalu masak n nk makan macam2. Lagipun i request yg senang didapati kt sini ja... bak kata sahabatku Arina, kalau mintak buah keryang dot mmg x dapat la kan :) Tenkiu...


Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, October 14, 2011

A CLOSED WEEKEND

Semalam we just spend our weekend pusing2 kat sini jek. It's the time to enjoy the 'beauty' of Jubail, heh.. Well, actually sebab the night before we received an SMS from Civil Defense according the news below. Since I'am still in early pregnancy, so better avoid lah demi kesihatan diri sendiri serta baby yg disayangi walaupun dalam hati meronta-ronta nak gi round kedai abaya .

Ok baca je lah berita ni. I tak berapa larat nak menulis hari ni.Sekian.

Dammam gas leak raises safety concerns

DAMMAM: Worried and alarmed citizens and expatriates have suggested Dammam’s First Industrial City be located in an area far removed from densely populated centers, a day after a gas leak from one of its plants threatened local residents.

A number of people were hospitalized after toxic gases leaked from the Middle East Engineering Co. Ltd. facility on Wednesday. The air had cleared on Thursday and it was business as usual. But Thursday being a weekend, people stayed at home as advised by the Civil Defense authorities through a number of text messages.

Some of those who suffered enormously because of the gas leak spoke of their ordeal. They, however, did not realize it was a toxic gas leak. Some thought it was an electrical failure, while others felt their neighborhood boys were burning some toxic materials.

Mohammad Rahat Sultan is a projects coordinator at Abdullah A. Al-Khodari Sons Co. whose family resides in one of the many wings of a cluster of high-rises called Al-Askan, close to the First Industrial City and among the first homes to be affected by the toxic air. The problem was worse for those staying in the top floors of the buildings.

The Askan complex in Dammam comprises 32 towers. Each tower has 17 floors and 52 apartments.

Sultan says it was past midnight on Tuesday when he and his family woke up because of breathlessness in their sixth-floor flat. “Our home was full of a deeply offensive smell. My first reaction was that it was an electrical short circuit and that this was the smell of the burning electrical wires. And so we switched off all our electrical gadgets in the rooms. We then waited for the smell to subside.”

Sultan realized that not only did the smell not subside, his wife began to throw up. “She felt heavy in the head and was extremely uncomfortable. Because the air-conditioning had been switched off, she began to perspire profusely. We then opened all the windows in our flat,” Sultan told Arab News. “That worsened the situation.”

Sultan went out to look for the source of the offensive smell. Everything seemed normal to him. He came back and switched on the pedestal fan to blow out the offensive air. “That resulted in some relief. We could at least breathe. It was only in the morning when our son Adeeb called in saying the school was closed following a gas leak that we realized what had happened,” said Sultan.

He said it was good that people did not know that it was a gas leak. “Otherwise, there would have been greater panic and greater commotion. People were calm in the morning and by that time the authorities had sent in enough messages to alert us of what was happening,” he said.

Turki Al-Rehaily, who works at a chemical company in the First Industrial City, was in Riyadh on Tuesday for some personal work. “I returned the same night by flight. It was past midnight when the flight landed at Dammam’s King Fahd International Airport. When I switched on my cell phone I received the messages from Civil Defense alerting us about the leak and to stay indoors. I immediately called up my family in the Al-Safa district. They were panicky. They thought the drainage lines in our area had burst open. I told them what had happened and asked them to leave immediately.”

Al-Rehaily immediately took his family and moved to his parents’ place in the Hail Shatea district. “As we got further and further away from the First Industrial City we felt better and better.”

Sultan and Al-Rehaily among others have suggested that the chemical companies in the First Industrial City be shifted to far-off places. “These companies pose a safety hazard in such densely populated residential areas,” said Al-Rehaily.

Tuesday, October 11, 2011

ZUZU & YAYA

Cuaca is semakin sejuk minggu ni. Suhu paling tinggi pun sampai 30 sumthing jek. Kalau time pagi2 dok kt dapur/hall tak pasang aircond mmg best. Cuaca ala sedang2 jek, tak panas n tak sejuk sangat. Sambil bukak tingkap dapur, minum kopi n cekodok....I looovee that. Rasanya mcm cepat pulak sejuk tahun ni. To Nurina & Kak Noni yg akan datang sini very very soon, this weather memang just nice for u, so nanti tak lah terus terbakar! Hehehe.....

Ok lah, nak update sikit on Zuzu & Yaya.....


KAKAK ZUZU



Kakak now is almost totally diaper-free. Cuma masa pergi jalan jauh2 I will still put her diaper on. Almaklum saja lah public toilets kat sini bukan boleh harap sangat. Unless ke tempat yg dekat2 n very sure ada toilet yg OK.

Her favourite questions everyday "Ibu bile kakak nak besar? Bile kakak boleh pakai kasut tinggi macam tu? Ibu, kenape kakak tak besar2 lagi?"

And her most obsession currently is skating. Actually dia bukan pandai skating pun. Even tak pernah try sekali pun lagi hahahhaha. It's just that she got a Barbie's CD that she must watch EVERYDAY (adoi...) and Barbie tu memang hobinya skating. So tiap2 hari pun mesti tanya "Ibu kenape dia ada kasut skating? Ibu ada kasut skating tak? Bla kakak boleh pakai kasut skating? Ibu bila kakak nak besar?"

And benda feveret lagi yg sangat interested dan suka bertanya ialah all about MAKE-UPs.. Adoiii... kalau sampai sekolah menengah suka sangat melawa, sah ibu kena bagi kakak pakai purdah! Hahaha...

Ok, one more thing, biasanya orang akan tanya if kakak is already going to school? Jawapannya : NO. TIDAK.

Kenapa? Sebab kakak akan balik bersekolah kt Malaysia jek tahun depan hehehe....

Anyway, she's currently homeschooling dgn ibu. Walaupun mmg liat sikit dia nak belajar bila dgn ibu, but at least boleh la sikit2.... Setakat baca ABC berterabur tu ok la.... and counting 123 in malay, english and arabic pun dah lulus :) Baca Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas and beberapa jenis doa pun dh lepas.... boleh la kan...


ADIK YAYA



Adik pulak still maintain kemanjaan dan kemengadaan nya. Ibu pun kadang2 tak dapat nak rasa yg adik ni dah besar. Rasa macam sama ja perangai dgn masa dia umur 1 tahun, dan 2 tahun dulu. Adik, you are 3 years old dah tau!!!

Macam biasa, kalau dia minum susu (she call it "tesh" hehehe), mest demand that ibu kena tidur baring sebelah dia, and hug her. She always wanted me all for herself, tamak betoi! Hahaha...

Her favourite game is bercakap2 dgn mainan. Hehehe, be it mainan masak-masak, or doll, or even chair n pillow semua pun dia nak bercakap.

One day I tgh solat, then adik lalu depan I sambil heret sebijik bantal busuk. Bantal tu mmg dh betul2 buruk dan terkoyak rabak, so dia tarik pada benang2 yg terkeluar tu. Sambil tarik tu dia cakap "Bantal, meh la ikut adik. Kita pergi depan tengok tv nak? Bantal nk minum tesh tak? Bantal... meh la... kenape tak nak ikut adik?" Hahahaha dah la ibu tgh solat, mmg confirm tak khusyuk! Nak terburai perut ibu tahan gelak.

Tapi kadang2 I wonder jugak, does she has an imaginative friend??? Jeng jeng jeng.... ;)


And sejak ada cerita Kasih Alia tu, kemain la 2 beradik ni hari-hari berangan jadik Kasih Alia. Terbelit-belit pakai tudung! Hmmm... buat lah apa saja anak2... kebahagiaanmu, kebahagian ibu juga.... (asalkan tak kacau ibu berinternet-ria sudah hahhahaa)

In baju raya yg tak jadi pakai sbb oversize. Nk kena balik bg mak tok alter dulu :)

Monday, October 10, 2011

DREAM & PRAYER

Dah janji kena la cerita jugak kan...

Actually, I was so eager to conceive since after I cabut my Implanon masa balik kampung dulu (dlm bulan April kot). Memang kata orang, tergedik2 sangat lah nak try. Tapi mengenangkan I berhajat nak mengerjakan ibadah haji tahun ni, so terpaksa lah menahan diri dgn sepenuh kesabaran agar tidak pregnant sehingga selepas selesai haji...

Ditakdirkan Allah, kami tidak dapat mengerjakan haji tahun ini kerana beberapa halangan. Siapa yg belum baca boleh baca di SINI (KLIK)

Maka, nak dijadikan cerita, masa pergi ke Madinah pada Hari Raya lalu, Allah telah mentakdirkan I mendapat laluan utk masuk ke Raudhah..... Dan di situ tiba2 terlintas di fikiran utk berdoa lebih kurang mcm ni lah maksudnya.... "Ya Allah, andai benar lah Kau mentakdirkan aku tidak dapat mengerjakan haji tahun ni, Kau berikanlah aku rezeki yg lain, yg dapat menggembirakan hatiku yg kecewa ini..."

Immediately, I stop taking the pill. And on the same time I nyatakan hasrat suci murni I tu kepada encik Amet as well as memohon restu dari beliau. Eewahhh....


Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar, Maha Penyayang, Maha Pengasih....

Few weeks after, I mula rasa some difference. Yang paling awal terasa ialah rasa nak demam setiap petang n malam. Badan jadi menggigil tak tentu pasal. Siap sampai pecah pinggan masa mencuci.

Tapi boleh buat tak berapa layan jek time tu. Masa pagi2 ok cergas kemain, brekfast utk Amet pun mmg hebat2 la time tu. (sekarang ni dh turun level sikit tiggal roti telur, roti jem, roti kosong, takde roti.... hahahha)


contoh breakfast masa mabuk a.k.a malas


Setelah bersabar menunggu redflag (pada hal dlm hati asyik berdoa "jangan la kau datang..." hahaha), akhirnya ia tak berkunjung tiba. Bagus! Apa lagi..... baru miss 1 hari dah celapak nak mengetest. Mmg over eh... Oh dan resultnya mcm yg I dh buat tayangan umum kt bawah lah..

Hmmm.... mcm tu lah kisahnya....

I pun sebenarnya tak sangka jugak rezeki secepat ini. Walaupun I keep praying hard, tapi dalam hati I selalu ingatkan "sabar la... tak mungkin nak dapat sekarang kot...". Sebab I was on Implanon for over 2 years, than continue pulak dgn Yasmin (KLIK for info) for few months. Tapi still gigih jugak berdoa klu boleh mmg nak conceive immediately sbb by pertengahan tahun depan I mmg ada another planning Insya Allah...


So, untuk sahabat2 yg amat I kasihi sekelian, terutama yg sangat2 sedang berusaha untuk mendapat zuriat, I jugak doakan semoga Allah menganugerahkan kegembiraan untuk kamu semua... Dan kalau Dia belum memberikan rezeki untuk kamu, jgn pulak kamu ingat Dia tak sayang kamu... Dia sangat2 sayangkan kamu, sbb tu Dia nak dengar rayuan n rintihan kamu setiap masa.... Jangan sedih2 okay... :)

Dan sekali lagi, I memohon bantuan dari kawan2 semua utk mendoakan I dan "dia" agar benar2 kuat dan sihat sehingga sampai masanya ya....

Thanks in advance for your prayers. May Allah bless u all.... :)



**(I would like to recommend Yasmin to anybody yg nak contraceptive without weight-gain effects. Plus your skin will get smoother and gebu-gebas gitu! But do contact your doc for advice first ok!)**

Saturday, October 8, 2011

BERITA GEMBIRA!!! (V 2.0)

Eewaaaaahhhhhhh kemain title ada version2 pulak....

Hehehehe maaf ye jika ada kawan2 dan readers yg tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak masuk mulut kerana terlalu berdebar-debar menantikan berita gembira yg kedua ni. (serius nak kena baling botoi, tengah perasan ala-ala blogger diva gitu...)

Bagi kawan-kawan yg telah terlalu banyak meneka, mmg I nak ucapkan tahniah pada anda semua. Anda mmg betul2 ibu mithali!!! Terutama kepada Kak Noni yg paling terawal sekali meneka sejak berminggu2 yg lalu yeayyy!!! Hadiah utk anda semua ialah makan malam di restoran pilihan masing2 menggunakan duit masing2 yeayyy!!!!

*Mode serius* Syukur Alhamdulillah......... syukur tak terhingga, tak cukup terucap kepada Allah... Yaa Razzaq (Yg Maha Pemberi Rezeki), Yaa Musawwir (Yg Maha Pembentuk)....

Beberapa hari yg lalu, I telah membuat sedikit pemeriksaan di Lulu Hospital. Setelah siap diperiksa, doctor memberikan prescription seperti berikut.........





Ye.... Folic Acid :)


Kalau dah bagi folic acid, sudah tentulah sebab keputusan ujiannya menunjukkan resut seperti berikut..............



Double Line = Positive :)


(Eh sebenarnya gambar UPT kit kt atas tu ialah yg I buat sendiri kt rumah hahaha. Yang kt hospital punya diorang buat blood test terus, tak main urine2 ni you..... tapi I sempat pulak nk snap gambar result hospital tu sbb terlalu berdebar hahaha. Pocoyo betul mcm la ni first time...)


Alhamdulillah.. Alhamdulillah..... :D Gembira tak terkata :D

Tapi dalam happy2 ni I still ada rasa takut2 jugak. Maklum lah suatu masa dulu, before dapat si Yaya I pernah miscariage :'( Sampai ke hari ni masih terasa kesedihan dan kehilangan tu....

Dan tujuan I announce this good news pun bukanlah nak menunjuk2 dan berbangga2, tapi dengan adanya pengumuman ni I harap lebih ramai kawan-kawan yg dapat mendoakan I dan baby agar selamat dan sihat ya. Dan tolong jgk doakan I agar tak mabuk2 sangat!

OK... next entri nanti nak cerita sedikit kronologi pregnancy ni. Eeewaaahhhh! (Serius excited mcm pregnant anak sulung pulak! Hehehe...)

Thursday, October 6, 2011

BERITA GEMBIRA!!!

Dah la I tak nak simpan rahsia banyak2 dah dalam kepala. Sakit kepala I tau nak buat suprise2 ni kena simpan byk rahsia. Meh la I hamburkan kt sini. Siapa yg terbaca nasib dia sangat baik lah. Siapa yg tak terbaca blog ni, kesian lah dia tak tahu...........Hahahhaa....

Hahahahhahahaa (nama pun berita gembira, haruslah ketawa riang ria dulu) Hahahaha...

Sebenarnya ada 2 berita gembira yg I nak umumkan.


Hahahahahahaha (gelak lagi. mmg gembira sesangat la tu)


Nak dengar yang mana dulu? Yang pertama ke yg kedua?


Hahahhahaa (dah ada yg kena sekeh ni......)


okay, okay...... sebelum blog I ni kena banned, baik I bagi tahu beritanya sekarang kan.



Okay.







Beitanya ialah ........... Kami AKAN BALIK KAMPUNG!!!!!!!!!!!!!!

Yabedabedooooooooo!!!!!!!!

Semalam masa Amet nak pi keja, I pesan dia suruh buat muka paling sedih, paling simpati. Tapi jgn cakap banyak2 kt boss. Just cakap "Sir, for the last time, I just want to know my leave status...". Cukuplah utk membuatkan hati seorang boss cair. Hahahaha....

Dalam tgh hari I dpt email from Amet : Cuti dah approved.

Alhamdulilllahhhhhhhhh............... syukur tak terkata!!!

Walaupun dia letak syarat 'approved with condition - no more leave until next year' but I am very very sure by next year mesti encik boss akan lupa dah syarat2 tu..... Hahahaha. Yang penting sekarang dapat cuti!

Oh, tapi alkisahnya tiket la pulak..... disebabkan dh the very the last minit pnya approval kan, terpaksa la dapat tiket yang kureng menarik kan. Tengok MAS dh habis sold out, tengok lain2 semua dah mahal2 melambung. Last2 sekali (setelah berusaha sedaya upaya serius panjang ceritanya I pun takmau tulis dah) dapatlah tiket Sri Lankan you!!! Oh my! I wonder how's their meal will taste like? Hahahhaaha.... lantak... asal dpt sampai Malaysia!

So I dah letak ticker kt tepi tu.... see, tak sampai sebulan dah nak balik kampung!!! Girang nya rasa hati.....

Laalalalalalalalalalalalalalaaa ~~~~~~~~



Eh mana berita gembira yang kedua????




Aduh, sakit perut! Nanti ek kita cerita! Bye!

Tuesday, October 4, 2011

AMUK

Adoi tolong... tolong... pening...pening....

Aiikk awat yg pening sangat? Meroyan tak boleh balik kampung?

Hahahahaha....

Camni alkisahnya I pening atas 2 sebab utama :-

1. Peti ais terlalu membeku

2. Jug kettle tak memanas

Untuk kes (1) tu mmg dah lama berlaku. Tapi I tetap bertabahkan hati. Tapi makin hari mmg makin geram sebab asal I letak apa2 vegie or fruits dlm tu, dlm semalam je esok tengok mesti "ketingggg" semua dah jadik ais. Ais sayur. Ais buah. Kellassss.....
So mcm kadang2 I rasa malas gile nk beli vegie n fruits. Tapi bila tak makan tumbuh2an ni, mesti rasa tak selera mahupun tak sihat kan. Nak beli tiap2 hari mcm I selalu ckp lah... susah la skt, bukan I bleh lenggang mak limah ke kedai seorang diri. Lagipun kt sini jual sayur style selambak stok sebulan punya.
Benda2 tu pulak kalau dah jadik ais, pastu kita nk thaw dia balik jgn harap ah boleh sedap. Sebab dia dh masuk air, so after thaw dia jadik masam pulak... senang cakap mmg habuan cik pah je la...
Kekadang tu I letak air mineral kt pintu fridge tu pun boleh jadik ais. Gile hebat.

Yang kes (2) tu pulak baru je happen 2 hari lepas. Dh habis cara I kodek2, tp tetap dia tak nak panas jugak. So now kena buat cara nenek kebayan masak air dalam periuk.

Untuk kedua2 kes di atas, mmg tak akan ada ganti. Sebab I dah nak chow forever n ever dari sini. * Ek elehhh... bila kau nak chow? Esok???* Hehehehehe..... over tak bila I mengamuk?

Monday, October 3, 2011

KEJAM

I wanna cry!!!

I wanna cryyyyyy!!!!!!!

Huwwwaaaaaaa arrrgghhhhhhhhh!!!!!!!!!

Okay, buruk okay.....

But seriously I am so deeply sad n disappointed n heartbroken n benci. Ohh....

I've prepared a looonnggg list of things-to-do bila balik kampung nanti :

*nak gunting rambut yg dh mcm pontianak* nak makan pelbagai buah2an yg mengiurkan* nak makan kerang sebanyak2nya* nak pegi pasar malam tiap2 minggu* nak memborong kat padang besar* nak lepak bersembang sampai lebam dgn all my beloved girlfriends* nak mkn kueteow sup siam n somtam berpuluh2 kali* nak jalan2 keliling kampung menikmati kehijauan n kesejukan angin* nak itu, nak ini......................

Tetapi............

Boss Amet yg kejam itu cakap " you cannot take leave during Eidul Adha."

Sebab?????

Cuma satu sebab bodoh yg tak boleh diterima akal manusia tahap professional mcm I ni. Iaitu : "because we have not enough resources."

Yeaaaaaaaaahhhhhhhhhhh!!!! Such a downer! (cuba cari the most polite word nak curse)

So big company, still say not enuff resource eh? Baguslah mcm tu. Dah bertahun laki aku keja sini, and everyday pun mmg dia akan balik membebel keja dia sgt byk n penat n tensen sbb dia sorang2 terkontang kanting kena buat semua benda sbb boss dia still x ambik additional staffs. Gile! Kononnya nak ambik org saudi sahaja. Tapi bila beratus2 kali interview still tak qualified. Of course!!! Mana ada org2 kau yg bijak sangat!

Hey encik boss suamiku! Kau ingat suamiku itu mesin? Kau ingat kami boleh duduk terperuk kt negara kau yg so bad buruk takde kehijauan ni lama-lama? You are so sick! You annoying! You unfair!

Oh I just got more headache n more pressure.

Just because Amet's another colleague is going to perform Haj, so Amet cannot take his annual leave (nak sambung annual leave after cuti raya haji). This isn't acceptable! Hey, you shoould prepare more than one backup staffs la st*p*d. Adoi, simple thing like that also tak tahu ke? How come you can be a manager ha? What if Amet is really need to go for EMERGENCY leave at that time? Haaaa????? What will u do b*ng*k? (dah tak boleh polite dah...)

Aiyaaa.... this entry is so bad for health la. Dah la.

As luck would have it, I still keep on praying moga dilembutkan n dibukak pintu hati boss yg kejam dan tak bertamadun tu utk bagi cuti. Wish us the best of lucks in the world peeps!

Sunday, October 2, 2011

THE VERY LAST OPEN HOUSE

We finally had KRMJ's Open house on 29.09. 2011 at the very end of Syawal (or is it ends already?). A bit late this year as many families went back to Malaysia during Ramadhan & Hari Raya. So after dah hampir semua come back here, barulah meriah sikit nak buat gathering.

As usual, baanyak sangat food and all look very very delicious n scrumptious sampai tak terasa semuanya. I keep on berulang2 kali ambik laksa, my most feveret. And stuffing my tummy with bermacam2 jenis cake yg sangat2 lazat belaka.

Oh, I was dreaming about delicious moist choc cake last night. Sampaikan masa bangun pagi tu terasa mcm nak baking je!!! Hahahha so chronic laa.... Nasib baik bila sampai sana, ada choc cake yg saaangat besar! Alhamdulillah.... tercapai jugak hajat I ni .. hehehe...

Zuzu & Yaya had their great time especially masa terima duit raya. But most of the time, budak kecik berdua ni asyik berkepit dgn abg Hafiz, Hazmi n Haikal je. Tak layan main dgn budak2!



Haa... rambang mata you... mcm2 ada. Tapi dalam byk2 lauk tu, I langsung tak rasa pun. Kononnya masa tu tak lalu nk makan nasik. Tapi lepas balik rumah dok terbayang2 pulak lauk pauk yg lazat2 itu. Especially the pajeri n air asam Kak Ina. Sob sob :(

Hahaha ini biskut takde acuan I buat utk bawak to the event. Biskut bodo2 je...

Ni pun biskut Honey cornflake yg main sumbat je. Simple n senang. Tapi bila tengok kt atas meja biskut tu, biskut ni le yg paling cepat lesap. Hehehe..... bukan sbb I pandai buat, tp sbb cornflake tu kan mmg crunchy dan sedap!

Ok, till then. Habis dah raya no..............

Saturday, October 1, 2011

MUTIARA RESTAURANT

Hi all,

I know, I know... this update is so late n stale!!! Hehehe.... dah more than a week, now baru nak cerita kan. I've been so busy after got back from Riyadh. With laundry yg tak habis2, adik yg semakin manja menjadi2 nowadays (aiyoo~), cooking n cooking for peruts yg tak reti2 kenyang.... (can see my pail of job eh?) Tapi basi2 pun nak tulis jugak, at least as my experience collection :)

Ok, back to the story.
As usual, bila ke mana2, our first thing first yg nak cari mestilah "ada tak restoran malaysia kat sini?" Even though mmg banyak restoran Asian (a.k.a chinese food) bersepah2 kt sini, tapi still, kalau ada Malaysian punya mesti lah lagi best kan.

So mmg biasa dengar/baca kalau kt Riyadh mmg ada Malaysian restaurant namanya Mutiara Restaurant (MR). And selalu baca komen orang cakap food kat sini semuanya hebat2 dan best2 belaka. Ada kawan2 yg cerita food dia is so much much better than MK (Malaysian Kitchen kt Khobar).

So berkobar2 lah bersemangat waja kami nak pergi makan kt situ. Masa first day sampai, MR was the very first place yg kami tuju. But a bit unlucky that day, ada orang booking pulak the whole place for a party.

Oklah, the next day kami terpacak again kt depan pintunya. Belum pun kedai tu bukak lagi (sbb semalam waiter tu ckp bukak pukul 12.45 so kami mmg smpai betul2 on time, tp rupa2nya dia bukak pukul 1 pulak...).



Ok, now the drama start.....
Mula2 tengok menu. Macam2 ada. Berselera gila meleleh2 air liur mcm nak order semua dalam menu tu.
Pastu Amet nk order Mee Bnadung - waiter tu cakap "Not available."
Pastu I nak order Nasi Lemak - waiter tu cakap "Not Available"
Nak order ABC - "Not available"

Last2 waiter tu tunjuk kt menu tu.... "Only available from here to here", which is ada la kot dalam 5-6 menu sahaja. Gile tak best!!!

Oklah...takpe sabar lagi... so kami just order kueteow goreng + tomyam seafood + teh ais.

Kueteow sampai - pucat lesi takde kicap. pastu pulak pakai kueteow kering kedai siam punya (kau hingat haku tak kenal ke?)

Tomyam sampai - ok laa......... sedap la jugak, walaupun cuma byk kuah n cendawan tin.

Teh ais sampai - mak oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.................. nih yg paling haku geram tak hengat!!!! Cerooiiiiii...... dgn tasteless nya, dgn ais ciput tak sejuk langsung. Isk2....sadis dan kecewa yg teramat sangat! Dah la segelas SR5!!! Baik la minum Chai Latte kt Starbuck. Adoi...

Yang paling mengelirukan ialah - mula2 nampak pekerja yg dok susun kerusi meja tu all Filipinos. Pastu the one yg datang ambik oredr tu is Indian. Then nampak pulak sorang lagi keluar dari dapur pakai baju Pakistan tu sah2 lah dia Pakistan. Pastu sorang lagi keluar angkat sampah (okay.... bawak smpah lalu pintu depan I tgh makan ye..........) ialah Bangla.

Ehem ehem.... encik boss MR, boleh ambik org Malaysia tak keja sini? No wonder la makanan lagsung takde taste Malaysian.......... Very very the disappointed laa.....

Konon je motto "Malaysian n Oriental cuisine"..... Nampak tak muka kecewa kami? Nampak tak? Kecewa tak? Hehehe.... (adik dah tersalah buat emoticon la adik....dia buat muka happy plak...)


p/s : or maybe sbb masa tu public holiday so takde org keje, so dia masak tak sedap??? hmmm...