Wednesday, January 30, 2013

TOO MUCH HOMEWORK FOR KINDY?

All this while, I thought that kindy is just a... kindy! More to playschool. Where kids play with educational toys. Learn about they should do things like this, not to do things like that, learning moral and communication. And all I can remember masa I tadika dulu-dulu, I enjoy going to the kindy very much sebab ada baaannnyaaakkk toys yang best best! And the food yg teacher masak sangat sedap! So every morning sangat eksaited nk gi tadika sbb nak main and nk makan! And as I an remember belajar tu mmg ada, but just kenal-kenal ABC, kenal nombor gitu-gitu je. Eventho my mother n makciks keep on telling me that I already start reading newspaper at the age of 4, tapi maybe semua tu an extra bonus from Allah to me. Not because my kindy teacher pushed me too much to learn reading.


Now, I nak cerita about Zuzu & Yaya’s kindy. Especially on Zuzu’s part. Masa dia umur 5 tahun dulu, she was with teacher Fiza, which is now is Yaya’s class teacher. So now Zuzu is in 6 years class, with teacher Maggi.

Yang I rasa sangat menjadi masalahnya sekarang ialah, she is having toooooo much homework. And the teacher give her hw everyday! Yes, e.v.e.r.y.d.a.y.!!!! And the hw is like 2 pages of writing sentences, or 2-3 pages of maths (minus or plus calculation). So dia mcm langsung tak ada masa rehat. Or a day off. So sometime I mmg nampak dia mcm a lil bit stress. And I am also stress!!! Ya lah, sbb like everyday kena tngu dia buat homework. And tau je lah kan budak2 punya writing, punyalah lama nk siap. Bukannya dia pandai tulis laju-laju. Sebijik2 huruf dia nak tulis. Kadang2 yg herot petot nk kena erase dan tulis balik bg cantik. Kalau maths ok, cepat sikit dia buat. Sometime kalau yg writing tu bleh ambik masa smpai 2 jam woooo.... Alamat melepas la ibu nk tengok Sehangat Asmara huahuahua..

I tak nafikan that kindy mmg bagus klu nak ukur dari segi pencapaian akademiknya. Contoh paling jelas dapat dilihat pada Zuzu yang joined masa dah almost mid-year tahun lepas. And by the end of the year, dia mmg dh boleh menulis, mengira dan spelling yg simple2. At least boleh main eja n baca label2 makanan dan sebagainya.

Tapi yang I kurang berpuas hati, since sekolah bukak 2 January hari tu, tak pernah satu hari pun dia tak ada hw. Hari first mula2 sekolah start dh bg buku baca. And the next day sampai hari ni mmg full of hw! Even last Friday kan Zuzu MC sbb demam, still nk bagi replacement hw dia tu. Huhuhuhu....

I was thinking nak gi discuss sikit dgn principal dia. Is it mmg the silibus for 6 years mmg mcm tu punya banyak, or is it that particular teacher tu yang giat sgt nak kejar KPI dia or what. But I just don’t think that level of hw they giving is suitable for a 6-years-old. I need to reveal for my sweetheart happiness. I would like to suggest for more playful activity mcm main gunting2 kertas, buat collage, or origami or so. Takkan la asyik menuuuliiiiissssss memanjang teacher oiii.... Aku pun bleh tensen lagu ni!!!

Mmg ibu nak anak-anak ibu jadi pandai, but I want them to stay mentally and emotionally healthy too. Jangan buat main dgn stress kanak-kanak ni oooo..... This Saturday, I’ll be in the principal’s office.
If u all ada masa, bacalah kisah menarik dari seorang sahabat kita ni, juga mengenai TADIKA YG TERLAMPAU.

Tuesday, January 29, 2013

THE UNHAPPY FACE

Zuzu looks so unhappy since last few days. It worry me enough.


She started fever last Thursday, masa cuti Maulidur Rasul. Being me, always in connection of people involve in pharma, I don’t always be fond of giving antibiotics to my kids. So,I just gave her PCM, asked her to not to go to school and get rest on Friday. I prepared barley drinks and orange juice and pray that she will recover soon.

But unfortunately, sampai Saturday, Sunday, badan dia still panas lagi. Means after few hours of PCM, demam balik and repeats. Tambah dgn selsema n batuk pulak. So on Sunday evening, we took her to clinic. And of course since she’s already on 4th day of fever, doc wants to start antibiotic. And also some of the medicine (for cold n cough) tu, doc dh cakap might make her sleepy.

Kadang2 I rasa takut kalau kakak not happy because ibu tak bagi sepenuh perhatian pada dia. But during the days dia demam mmg ibu rasa kesian sangat2 pada kakak. Anything she requested semua ibu buatkan. Nak makan apa – nasik ayam kicap, roti telur, oat gula, pancake. Nak minum apa – barli, milo, fresh milk. Semua siap! I tried my best to fulfill her request. Layan dia mcm baby. Nak mintak selimutkan, nak minum sambil baring, nak suap makan. Ibu nak kakak happy dan ceria mcm selalu.

Tapi terlintas jugak di fikiran, di zaman serba moden serba canggih ni, kadang2 kita tak perasan, tanpa disedari kita maybe membuatkan anak-anak rasa terpinggir dan tidak dipedulikan. Dalam masa yang sama membuatkan mereka rasa tidak dihargai. Or buat mereka rasa disappointed? Kecewa? Sedih dalam diam? Bagaimana?

Selalu tak nampak sekarang ni kalau pergi ke kedai makan, atau di restoran (ni tempat yg senang dibuat pemerhatian lah), selalu kan sekarang ni mak bapak sibuk sangat dengan smartphone nya masing2. Bukannya sibuk apa, tapi sibuk ber’chatting’ dgn lawan2 kt watsapp lah, reply komen FB lah, dan sebagainya. Sedangkan anak-anak dibiar terpinga-pinga, termanggu-manggu tanpa ada sesiapa nak bercakap atau melayan cerita mereka. Kadang2 yg lebih menyedihkan lagi, anak-anak pula diberi bermain game dalam iPad atau tabsahaja. Maka sudah tiada komunikasi kekeluargaan. Tiada lagi nak bergurau senda dengan anak-anak. Apatah lagi nak merenung ke dalam mata mereka, menilai sama ada mereka bahagia atau sedang bermasalah. Tiada lagi masa untuk merenung wajah anak dgn pandangan kasih sayang. Dan tahukah anda, bahawa merenung wajah anak lama-lama, sedalam-dalamnya boleh memberi pahala percuma kepada ibu bapa?

Memang kita sebagai org dewasa, memandang isu ini sebagai sesuatu yg amat sangat remeh temeh. Kalau diajak berbincang pasal ini, pasti ramai yg anggap ia membuang masa, kan? Tapi bagi kanak-kanak terutama yang masih dalam tempoh tumbesaran, MEMBERI TUMPUAN KETIKA MEREKA BERCAKAP/BERCERITA boleh meningkatkan prestasi cemerlang mereka. Kanak-kanak ini akan merasa diri mereka bernilai dan dihargai dalam keluarga/ibu bapa.

Salah satu perkara lagi yg patut dielakkan ialah : MEMOTONG CAKAP/ CERITA KANAK-KANAK ketika mereka sedang eksaited berbicara. Ini boleh membuatkan mereka merasa cerita mereka itu tidak penting – sekaligus mereka menganggap DIRI mereka jugak tidak penting. Anak-anak dalam situasi begini boleh menyebabkan mereka MENJAUHI DIRI dan menjadi MURUNG.

Oh by the way, info ni u all bleh baca lebih lanjut di PAGE PROF.DR. BUSTAM KAMRI (KLIK) (A childhood specialist)

I mmg suka read about childhood development, dos and don’ts, but maybe sometime I ada tersilap dan tidak melakukan yg sepatutnya a parent do. Maybe masa dia tengah cerita ceriti, I also need to listen to Yaya’s calling or so. Hmmm…

But, watsapp-ing, FB-ing, or online-ing (for unimportant things) semasa bersama anak-anak is a totally NO-NO for me. Dah la I tinggalkan depa for almost 12hours a day. And I just have about 3-4 hours to spend with them before they go to sleep. So takkanlah masa yg cuma suku hari tu I sanggup lepaskan dari memandang mereka, dan beralih menghadap smartphone yg hanya hiburan semata-mata? Seriusly, once you’re hooked to that “fun”, you’ll forget everything around you, including your kids. Selalu sangat tengok situasi anak-anak punyalah dok panggil mak/ayah dia berkali-kali, tapi mak/ayah tu dh terlalu lalai dan leka (yg chating sampai tersengih-sengih pun ada…) sampai tak dengar dah suara anak! Sedihnyaaa…. That how lah dunia sekarang… *sigh sigh sigh*

Hmmm dah jadi luahan perasaan pulak entri ni. Tapi I memang hope sangat, apa yg I tulis tu dapat membuka minda kita semua sebagai ibu bapa. Kalau ada yg tengah buat layan-tak-layan dengan anak-anak tu, bolehlah mula buat perubahan mulai sekarang… Mereka ada, kerana kita ada. Bukan nk mengata sesiapa, but as a reminder for myself jugak.. manalah tau kan…

However now, I try to convince myself that kakak’s unhappy-faced might be because of the medicines. I try to stop her from taking them today and will see how’s her progress by this evening. Hopefully there’s no more sadness in her eyes. Ibu sayang kakak very very very much, darling.

Satu lagi menarik dan MESTI BACA (KLIK) oleh semua parents. Bacalah… pendek n simple je… :D

Wednesday, January 23, 2013

DOA BUAT SAHABATKU, YASNIDA

Semakin hari, hati semakin gelisah dan runsing memikirkan keadaan sahabat saya, Yasnida yg telah disahkan leukimia. It’s acute lymphocytes leukaemia (ALL). Boleh baca di SINI untuk maklumat lanjut tentang leukimia ini.


Selagi tidak dapat berjumpa dgn Yas, hati saya rasa semakin resah. Teringat kami pernah berjanji untuk sama-sama sekolahkan anak-anak kami yg sama sebaya. Zuzu dgn Amirah, Yaya dgn Amril. Kalau saya masih di Saudi, mungkin skrg mereka berempat sedang naik van sekolah bersama-sama.

Saya dan dia pun sebaya. Mungkin sebab itu kami cepat jadi rapat dan mesra. Kalau pergi morning coffee atau apa-apa event di Jubail, mmg org akan nampak kami berdua sentiasa berkepit bersama. Mesti nak cari dia dulu kalau masuk majlis. Mengadu pasal laki kami yg sibuk, mengadu pasal penat letih dgn kerenah anak2, gossip artis, drama Malaysia episode terkini, isu-isu agama, isu-isu kewanitaan.... dan mcm-mcm.

Kalau pergi family picnic pun mmg kebiasaanya kami 3 family yg selalu melekat bersama. Family saya, family Yas, dan family Kak Tipah. Buat makan-makan kecil-kecilan pun mmg kami bertiga family jugak. Bukanlah bermaksud kami tak kawan dgn org lain, tapi kebetulan kami lebih rapat mungkin sbb suami-suami kami yang bertugas sekali kot.

Baru saja saya melawak dgn Yas dalam FB beberapa minggu lalu. Bila dapat tahu dia ada di Malaysia, saya mahu jemput dia datang ke rumah. Yas cakap “Nak tunggu Nizam balik January ni, nanti nak ajak Nizam datang Sg. Buloh.”
Rupa-rupanya Nizam balik, untuk menguruskan isteri kesayangannya yang sakit.

Paling parah hati saya bila mengenangkan Yas yg sedang mengandung hampir 5 bulan ketika ini. Saya dapat tahu, bayinya itu perlu digugurkan, tetapi doctor masih mencari jalan terbaik untuk mengurangkan risiko. Apatah lagi bila saya terfikir tentang 4 orang lagi anak-anaknya yg masih kecil. Terbayang-bayang wajah Amirah, Amril, Rais dan Fasihah. Setiap kali terkenangkan mereka, airmata keibuan saya jatuh berderai.

Di saat ini, saya pasti Nizam sedang berusaha mencari perubatan yang terbaik untuk Yas. Di saat ini, pastinya dia sedang memberikan sepenuh kasih sayang dan cintanya sebagai sokongan dan kekuatan untuk Yas. Dari jauh, saya hanya mampu berdoa agar Allah kuatkan Nizam untuk terus berusaha, dan semoga Allah sembuhkan sahabat saya, Yas dengan kesembuhan yang segera.

Saya & Amet merancang untuk melawat Yas di Hospital Ipoh weekend ni. Semoga Allah izinkan saya bertemu dgn dia.


Rasulullah s.a.w bersabda : “Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: “Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan;” kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya”. (Anas r.a)


Intisari Hadith :
Setiap manusia hendaklah menerima segala ujian Allah dengan hati yang tabah, sabar dan redha kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan pada dirinya. Jika ia membiasakan dirinya dengan amalan yang baik semasa ia sihat atau senang kemudian tidak dapat melakukannya disebabkan kesakitan atau kemalangan yang menimpanya, maka Allah memerintahkan malaikat amal mencatat amalan yang baik yang tidak dapat dikerjakannya itu.

Sekiranya Allah menyembuhkan sakitnya atau menghilangkan bencana yang menimpanya itu maka Allah jadikan ujian-Nya itu sebagai “kaffarah” (yang menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu) serta dijadikan hidupnya berkeadaan baru, suci dan bersih daripada dosa.

Namun sekiranya Allah S.W.T sempurnakan ajalnya dengan kemalangan itu, maka ia akan dikurniakan keampunan dan dilimpahkan rahmat kepadanya.

Monday, January 21, 2013

ANNUAL GATEAWAY 2013 @LOST WORLD TAMBUN

Saturday 12.1.2013

Catch our bus @factory, 7.00 am

Ada 3 biji bas, termasuk abg2 Bangla n Nepal pun semua join yo! It’s FREE, gila tak ikut!


10.30 am – Sampai. Letak beg kt hotel. Chow to theme park! Tak sabar-sabar dh nk terjun yo!


Masuk je dlm tu, dah ada abg instructor ready nak main game. Yahooo!!! Ini yg I tunggu2 sgt! Nak berjoli guli-guli. Hahaha...(mengalahkan Zuzu Yaya Nana..)

Yeayyy!!! Menang!!! Semua team dapat hadiah actually.. ;) Tenkiu abg instructor layan mak-mak budak ni...


Lepas tu makan... Lunch is perfectly served at the “beach” side.


Then aktiviti bebas. I choose utk naik train dulu pusing2 bagi habis. Ok train ni FOC. So bila dh keliling seluruh theme park tu mcm2 nampak.

1. Ada satu “camp-site” , boleh digunakan utk camping – kena inform/booking dulu sebelum datang.

2. Ada rock climbing (kena charge, dh x ingt berapa tp x mahal sgt). Ada kayak (FOC), Swan Boat (RM5).

3. Boleh cuba melombong bijih timah. Ada tempat dan dulang disediakan.

4. Ada Mini Zoo (FOC). Haiwan2 dia jinak & manja sangat2!

5. Ada spa (charge on service/package)

6. Ada hot water pool. Tapi klu nk yg betul2 real punya Hot Water Spring (kt sebelah Lost World Theme Park ni), kena beli tiket lain (dh x ingat harga dia – boleh google ye). Oh yg ni bukak jam 6.00 ptg – 10.00 mlm je sbb siang2 panas terik u alls bleh jadi bihun sup kot klu masuk dlm tu...

Hmm.. tu je lah. Nak tau lebih, jom kita pi sekali lagi hehehe... Oh tiket dia RM45 (Adult), RM38 (Child). Tapi kalau group harga lain, bleh tanya sendiri :)

Eh? Tak mandi ke? Mandi jgk la sikit2. Tapi xleh la buat kuak lentang, terjun tiruk bagai... Kang x pasal2 dapat medal pulak di situ...


Malam – masa yang ditunggu-tunggu... It’s The Annual Dinner time!!!

OK, theme for this year is “Wild Wild West”. So masing-masing jadik transformer koboi la malam tu...


(Me & my close-to-heart-boss. Hehehe)


Semua org dapat lucky draw. Ya semua org. Except me and few colleagues yg belum dpt surat confirmation lagi. Hahahaha... padahal just few days away je nk dapat surat. Hahaha.. But its ok. I already have fun n enjoy very much! I can wait until next year party. No problem! Heeee...









First prize – TV LED 42”. Grand prize Galaxy Note 2.0. Lain2 tu hadiah biasa mcm microwave 40liter (eleh keciknye!), Cordless vacuum n broom, dan lain2... Ellehhh...Tak best pun kan kan kan???? (Ayat org dengki hahahaha)



The next morning ialah breakfast @Garden Terrace, then sedikit Team Building activities (part yg tak berapa best tak payah cerita hahaha), then lunch, then at 3 pm bertolak balik KL bertemu buah2 hati pengarang jantung.... Tamat sudah ke’enjoy’an ibu.... Hahahaha...

BYE ALL... See u next year!

Sunday, January 20, 2013

WEEKEND RUNAWAY PROJECT

**Cerita sepatutnya dipublish 3 weeks ago... tp tak sempat masuk gmbar. Layannn...
 
Last weekend memulanya konon plan nak makan kt IKEA dgn my BIL and new biras J

Elok dh sampai Ikano, call depa tak sampai lagi. So kami makan dulu kt Kluang Station. Dah lama jugak x makan sini sejak pindah ke Sg. Buloh. Dulu2 masa stay kt Mutiara Damansara, mmg muka kami ja lah tiap2 minggu melekat kt kedai ni hahaha.

As usual, pi kopitiam mesti me and Amet order our all-time fav – Cham Ais. Hmmmm...mmg tiada tandingan. La nih kami dh boikot Cham kat Old Town White Coffee Kopitiam sbb depa dh tak buat original Cham. Main bancuh guna 3in1 packet white coffee tu ja. Mmg sekali rasa dh tau. 2-3 kali rasa confirm dh tak lalu!


 So this time I order Fish Asam Pedas (pagi2 buta I dah balun nasik lauk asam pedas!) Amet biasalah tak habis2 dgn nasik lemak dia (mmg dia banyak lemak pun...)


Pastu round2 situ (sbb AyahChik n CikYan lambat giler dik non...). Tetiba mata Cik Leha &; Cik Bedah sudah terlihat satu “Barbie Make-Over pulak kat situ.... Dah mmg toksah cerita kelentong apa lah kt depa kan...mesti confirm kena buat jugak huhuhu... maka menghabiskan masa tunggu the little ladies buat make-over pulak.... Nasib baik lah Cik Kiah ni belum kenal erti Barbie. Kalau tidak harus 3 jam ibu menunggu kat situ huhuhuhu....

Zuzu in action...

Yaya in action..tp mcm biasa la Yaya keras sikit hehehe

Photos hanya boleh dicollect in 3 weeks time sbb depa nk edit2 segala bagai... Takpalah. Bebudak ni asalkan dh dapat tenyeh mekap dh excited habis dah...

Then, dh setel semua, jejalan sikit. Balik...

Opppsss...sampai tengah jalan teringat nk jumpa Mak Yan (babysitter Zuzu) dan Mak Nah (babysitter Yaya) kt Desa Mutiara pulak. Dah alang2 sampai area ni, elok jugak singgah melawat depa sat. Orang berbudi kita berbahasa, silaturrahim hendaklah dijaga. Ceewahhh..

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak jumpa depa. Dah lama dok plan nk visit, since Hari raya hari tu lagi tapi x sampai2.

Thursday, January 17, 2013

REMINDER : THE FINAL MEETING

Innalillahiwainnailaihirajiun....

Terkejutnya hari ni bila dapat tau salah seorang sahabat yg I kenali di Saudi dulu was diagnosed with leukimia. Dia salah seorang sahabat yg ketawa n menangis bersama suatu masa dulu. She is at same age with me. And yg paling2 kesian, she is currently pregnant!

I pray & I hope it is just a pregnancy anemia, and not leukimia. Harap sgt2 orang tersalah tulis or tersalah dengar or tersalah cakap or something..


Lately dapat few berita org diberi ujian yg hebat2 belaka. Sedara mara, kawan2 dan rakan sepejabat... My SIL is pregnant too and sedang diuji with great gift from Allah. We pray everyday for a miracle happen to keep the baby grow healthier and stronger, insya Allah...

My officemate, next to my cube, is having dengue fever for almost 1 week and she's also in quite critical condition. She is also a mother of 1 year old.


Being surrounded by these great people make me have stronger believes and remind me more - that Allah the Most Almighty and the Most Greatest of All. Nothing can compare nor against Him.


Semua ni buat I sedar, selama ni ingat I sorang je lah yg paling banyak masalah, yg paling byk menghadapi kesusahan, yg paling berat ujian. Tetapi mereka lebih hebat.


And this has come as a reminder to self-muhasabah. Am I already very well-prepared to have a final meeting with my Lord?

REZEKI KENA MAKI

Semalam i took a day off. Saja nk spend time dgn anak2 sbb dh tinggalkan depa selama 2 hari on weekend tu. Aryana pun nampak mcm dh merajuk dgn ibu, so kenalah pujuk manja tembam tu balik.


Kebetulan pulak, malam sebelumnya kepala Aryana terhantuk ke dinding – dia duduk atas tilam dan terlentang ke belakang, terkena cable clips (mcm skru) kt dinding tu. Walaupun lukanya sikit, tapi risau jugak sbb terhantuk kepala. Lagipun masa tidur malam tu dia kdg2 menangis dan pegang2 kepala dia. Kesiannya.... :’(

Zuzu pulak was having diarrhea (mild je but still worried me). So I think better if I can cook for her. Insya Allah makan air tangan ibu lebih terjamin selamat & berkat. Well, I bukannya nk paranoid or tak percaya pada makanan at BS's or kindy, tapi kalau ibu masak sambil2 selawat maybe it could be better... It's not singly bout food hygiene, tapi more to keberkatan dari seorang ibu...

So happylah Zuzu & Yaya semalam. Ibu hantar & jemput from school. Kesian sangat bila Yaya tanya "Ibu, kenape ibu tak boleh hantar pergi sekolah tiap2 hari?" Huwaaaaaa!!!!! I really really really wish I could sayang.... Sabar ye, nanti ibu dah jadi towkey besar ibu will do that for you... :'(

After school saja bawak depa jalan2 The Store (kellasss gitu!!! Hahahaha). Memang ada niat nak tengok langsir yg murah2 utk bilik. So pergi la try usha kt kedai TCT Curtain. Samapi situ ada salesgirl yg taktau layan customer. Diam je sepatah pun tak tanya I nk beli apa ke, nk buat apa ke... So I lah yg byk bercakap, tnya dia kain tu kain ni tapi dia just jawab harga pun, xde nak explain lebih2. Then suruh la dia kira bajet dgn ukuran yg I bagi. Dia pun terkedek2 kira siap dgn jari, kalkulator smua bagai...

OKlah, I pun tanya la kalau buat gini berapa, buat gitu berapa, nk tambah manik, butang, renda, kumbang blablabla...  

Tetiba datang tokei dia "Hei, you jangan buang masa sini aaa!!! Jgn suka suruh kira sana sini mcm2. You kalau mau design mana tunjuk saja contoh mau itu ka, ini ka kasi satu kali kira. Jgn buang masa!!!"  

Huiiiyoooooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  


Ceeelaaaaaakkkkaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!  

I terus bangun, pegang anak2 semua "You tau ka, sana bawah ada kedai Beverly Curtains I biasa beli sana $ribu-ribu punya tau!!! Satu rumah sudah beli sama dia. Ini I mau order utk bilik maid mau cari kain murah sikit I datang sini tau!!! Sudah la I pergi sana lagi bagus laa. Sana dia punya staf layan I smapai satu jam lebih kira sana kira sini. Ini mcm I kasi tau semua kawan2 I jgn datang la kedai you. Banyak teruk laaa..!!!"  

Sambil cakap tu we all anak beranak berlari keluar. LARI sebab aku takut kena pukoi!!! Hahahahhahaha...

 Tapi seriusly, berderau betoi darah I. Sampai malam rasa terngiang2 ayat dia. Babi buta punya orang!!! (Jarang tengok I maki kan? Haa tengok lah sekarang! Hahaha)  

So I mmg betul2 turun gi Beverly Curtain. Serius tak tipu, dari luar lagi Kak Wati tu dah senyum sengih tengok I datang berderet2. Siap sambut budak2 ni suruh duduk atas kerusi sorang2. Sembang dung dang duang dang pasal anak2 dia, anak2 tokei dia (sbb at same school with Zuzu & Yaya hihihi). See.... mcm ni lah we call customer service. Taklah terus directly to "purchase order".

Dah borak setengah jam baru offer kain... pastu tanya ukuran... terus kira, tanya bajet kita berapa... then kalau nak scallop berapa, nak yg butang2 berapa, nak pencil setncil whatever-aku-tak-pandai-menjahit-berapa... Hahahaha... End up I bayar 5 kali ganda dari harga yg kira kt kedai bodoh tadi. Tapi puas hati!!!
And I sanggup bayar for the best service!!!  

Rezeki kena maki, malam nya Amet ajak makan kt Old Town. Yeaayyyyy!!! Sambil makan, cerita kt dia peristiwa tu.

Alang-alang dh nak ada langsir baru kt bilik, tetiba dia bagi idea nak "tengok-tengok" katil kt kedai perabot sebelah2 tu (kebetulan mmg byk kedai perabot situ...) Dengan tak sengaja, Amet dah bayar deposit! Hahahaha....

Tapi takpalah... since balik dari Saudi tu tak sempat nk berkatil pun.. mana dgn baby kecik, dgn nak repair bumbung. Macam2 perkara yg mempostponekan pembelian katil tu. Last2 tetiba sekelip mata pukul 10 malam boleh terbeli pulak! Hahahha

Oklah, tu ja cerita hari ini.    


Ingat!!!
 
JANGAN PERGI/BELI @TCT CURTAIN DI MANA2 CAWANGAN SEKALI PUN. PAHAM??!!!

Tuesday, January 15, 2013

HECTIC DAY WITH KEREKS PEOPLE

Seriusly, yesterday was a very hectic day. Rasa mcm nak tido kt ofis terus. Seriusly, kalau I tak ada Zuzu, Yaya and Nana yg menanti dijemput kt rumah nenek, mesti I tak balik rumah dah semalam. Huhuhuhu... bak kata-kata favourite Yaya "Iye lah sangat tuu.." Hahahaha

Kan ke weekend hari tu I dah pergi bertukar menjadi koboi nun kt Tambun nu... Ok yg part ni nanti cerita esok ya. Pastu balik KL dh dkt malam sampai. Pastu the next morning dgn cergas penuh bersemangat waja pagi2 buta dah bangun pi kerja! Hoh, jgn carilah pekerja yg sgt berdedikasi mcm ni, mmg I sorang je lah kt Malaysia ni! Hahahaha...

Sampai ofis, tengok planner (yg dh siap buat last week) okeh mmg byk jgk benda nk buat hari ni. Sekali tgh baik punya dok berangan, tetiba receptionist call "Yuz... ada JAIS dating nk buat audit Halal.." Hahahahaaha terima kasih ye...datang tanpa memberitahu saya. Saya sgt suka!!!

So gedebush gedebak siap sedia fail, senapang peluru meriam semua.

Jumpa auditor dgn muka penuh senyuman. Tapi depa langsung pun tak senyum! Cehhhh.. seriously, kali ni auditor (3 org) semua berlagak nk mampoih! Hek elllehhhh... kau nih auditor je kot.... Tanya soalan pun bodo2 jek.Tapi muka tetap maintain berlagak + kerek gila! Mcm nak tunjuk pandai tapi tak pandai2. Selamba dia bgi 2 NCR. Cehhh... Pastu dia berkenan kt calendar atas meja tu, dia bedal masuk beg dia. Boleh???? Oit, aku audit dgn auditor mat saleh pun takde berlagak mcm ni la... Adehh...bikin panas la lu..

Lepas tu takpalah, depa dh balik, I pun gi mkn dgn hati yg panas membara. Dah la suka datang time org nk lunch. Terpksa la I lunch time tea break.Grrrrr!!!!

Balik rumah, on da way dok nampak kedai cermin. Dok berangan nk beli cermin sebesar alam nk letak kt bilik utk cermin pinggang ramping. Tetiba kena hon dgn kereta belakang sbb lampu dh hijau I tak jalan. Hahahahahhaha

Pastu smpai area rumah BS, konon ambik shortcut jalan depan sbb nk ngelak pasar malam. Dh siap ambik anak2 semua, baru sedar I have to hantar uniform Zuzu Yaya utk jahit name tag. Whattt??? Jahit name tag pun hantar tailor??? Apakah..??? Pastu kena pulak dgn Indon tu charge RM2/pc just utk jahit nametag kt baju! And I sent 4 pcs.
Dah... sapa suruh tak pandai menjahit kan? Hahahahaha. Okay... maka disebabkan kena pergi kedai tailor itu, maka kena lalu pasar malam itu jugak....

Dh on da way blk rumah, rasa tak larat dah nk singgah tapau makanan. So balik rumah terus. Lipat kain separuh - out of 3 bakul. Dh pukul 8 mlm Zuzu lapar. Ajak depa pi tapau. Tapi Zuzu buat akai, takmau tapau nk mkn kedai pulak. Ok lah fine fine fine!!!
Ibu beranak 3 ni dgn muka tak malu seret la anak-anak dia yg berderet makan kt kedai... Atasinchiii!!! Kami Berjaya!!!! (Walaupun lepas tu jenuh la tokei kedai tu kena sapu nasik2 dan timun yg ditabur bak bunga rampai oleh Nana hahahahha)

Balik sambung lipat kain lagi dan lagi.Oooohhhhh... ada tak org jual mesin lipat kain? Inilah kerja yg paling I malas sekali nk buat kt dunia ni -__-

Basuh baju. Masak bubur Nana. Buat homework. Bla bla bla... tengok Adam & Hawa (Eh semalam tu last episode ka?). Pukul 11.30 mlm, Amet belum balik lagi....Sob sob sob..

Depa semua dah ngantuk. Bawak semua naik atas. Zzzzz....... (Konon nk bangun pukui 4.30 pagi nak sidai kain. Piiraahhhhh..Hahahaha)

But really, I feel that doing things like basuh baju, basuh pinggan, sapu sampah has helped to clear my blocked mind. Now, my latest ambition : Saya bercita-cita nak jadi surirumah :D

Happy Working semua!!!

Friday, January 11, 2013

LOOKING FOR THE TOUCH OF AN ANGEL

Banyak gila benda nak cerita. But time flies so fast. My bad that I cant coupe with too much tasks. Being a worker in office, kerja tak pernah habis (eventho i selalu curi2 tulang typing half of the entries, tapi bukan bermakna I tak ada kerja hohoho). Life is getting busy, busy, busy n busy!!!! Sobs sobsss.... :'(

Being a wife & a mother of 3 – i do housechores everyday. Tak ada masa balik dan lepak sahaja. Letak bag, tukar baju and breasfeed Aryana. Kalau ada masa rehat pun, inilah masanya. BF Aryana sambil tengok tv utk beberapa minit. Ataupun reply comment kt FB, ataupun reply msg2 yg terima sejak siang tadi.

Lepas tu mula masak. I cook at least 3-4 days in a week. If not, the little bubbly mouth akan start membebel "Ibu, dah lama kan ibu tak masak...(padahal baru selang 1 hari!). Hari ni kakak tak nak makan yg beli. Kakak tak suka! Kakak nk ibu masak jugak! Nasik sambal!" There she goes.... Really loves ibu's cooking walaupun just sambal tumis simple. How do I reject that request? Huhuhuhu......

And being a servant of Allah the Most Merciful, I have to have a space n time for my responsibilities. Selalu sangat kalau time Maghrib mmg kelam kabut nya Masya Allah.... sembahyang laju mcm nak tercabut lutut. Lepas Maghrib sambung masak, makan, jaga anak buat homework, kemas rumah sikit2 (at least to allow some space to sit!) Hmm.... bila ingat2 balik, dah semakin jarang2 bukak Quran skrg kan.. :'(
Solat Isya nun jauh dh dekat2 Subuh baru nk buat. Selalu ada mcm2 alasan. Nk buat awal2 time masuk waktu masa tu lah tgh sibuk dgn macam2. Nak buat sebelum tido, kononnya nak cari masa yg lebih tenang. Sudahnya, dh tenang sgt I pulak yg terlelap :P
Bila bangun dah dekat nak pagi, barulah kelam kabut teringat mcm2 benda tak buat lagi!

Hmmm... masa tengah sibuk-sibuk macam ni,I just thought, alangkah indahnya if I was touched by an angel, spreading his melodious soothing words, guides and guards me every seconds... (Opppsss.maybe not. everyDAY would be fine hehe) 

And that angel is preferably comes in the form of a loving husband!How I wish he is not as busy as he is now. But yeaahhh... he IS :'(

*Sigh*