Monday, August 23, 2010

KEJUTAN DEMI KEJUTAN

KEJUTAN PERTAMA

First time turun dari kereta, pijak pasir depan rumah. Hehehehe…biasa kat Malysia pijak tar, atau sekurang2nya batu. So rumah kami terletak kat second floor, means floor yg paling atas sekali lah tu. Kebanyakan rumah area sini memang yg jenis 3 tingkat mcm nih.

Melangkah masuk ke rumah, Alhamdulillah…cantik rumah ni. Sangat luas sampai kami tutup satu hall, dan satu bilik, sbb tak tersapu rasanya kalau pakai semua ruang huhuhuhu…

Kejutan pertama for me ialah, bila nak mandi, air tu rasa panas gila!!! I terus jerit panggil Amet sbb mmg I confident sgt heater tu mmg x pasang. Come Amet and gelak “air kat sini mmg panas..sbb tangki dia kat atas sekali, dan cuaca kat luar tu 48 deg C….” Ohhhh….macam tu ke?? Hahhahaha….mau melecur kulit kalau mcm ni. So I pun terus dapat satu idea – bath tub tu I jadikan kolah air. So lepas tahan air kt situ, and biar few minutes then bolehlah mandi….

KEJUTAN KEDUA

Petang tu Amet ajak I pi beli barang2 dapur sikit kat Pasaraya Panda. Oh untuk pengetahuan semua, umah kami ni terletak amat dekat sangat dgn pasaraya nih. Boleh jalan kaki jek, tp baiklah naik keta sbb cuacanya mmg panas sgt. And lagipun kat sini pompuan x digalakkan jalan sorg2. Kalau tidak harus zuzu n yaya I heret 5 kali sehari ke situ. Hehehehe….

Kejutannya ialah bila Amet hulurkan hijab untuk I pakai. I mcm x percaya and asyik jek tanya dia few times “Abg tipu ayg nih, abg mesti nak pekena ayg nih…mmg betul2 kena pakai benda ni ka?”

Amet cakap “ terpulanglah..tapi kat sini semua pompuan dia pakai hijab. Klu yg tak pakai tu cuma al-kaafirun saja…”

Hohohoho…scary gila statement tu. So, no more words, I just grab the hijab and tie it on my head.and bila sampai kat pasaraya tu mmg most of the women bertutup rapat, except yg lain kebanyakan ialah Philipines/christians or Indian/hindus.And bila berada kat luar tu, I understand why Amet asked me to wear hijab. Phuhhh…mmg mata pak arab ni rupa-rupanya,scary gila. Setara I dh cuma nmpak bijik mata je tu pun depa dh tenung tajam, lain mcm jek. Kalau tak pakai, rasanya mau I masuk sembunyi dlm poket seluaq Amet! Mmg rasa sungguh malu n segan kalau tak tutup muka. But, ini strictly on my own, personal feeling lah. Kalau kawan2 yg lain rasa ok n selesa x pakai, pun boleh jugak…

KEJUTAN KETIGA

Hehhehee..banyak sangat ye kejutan kat sini. Oklah, satu jek lagi, tentang electrical supply ia plak.

Kat sini, depa bagi 2 jenis plug iaitu for 110V and 220V.tapi yg agak I tak suka ialah, kebanyakan barang2 elektrik eg: rice cooker, heater, jug kettle, iron, charger henfon and laptop semuanya takbeh direct plug-in kat plug-plug dia tu, and mesti pakai “kepala” sambungan mcm nih…

And paling I tak suka lagi, plug kat sini takdek switch on-off! Oh…mmg sukar dan payah la utk I yg ada anak-anak technical ni kan. Huhuhuhu..hari-hari nak menepis tangan depa jek sbb asyik jek nak cucuk apa-apa benda kat lubang plug tuh.

hmmm...banyak lah jugak benda-benda yg i nak kena get used dan biasa-biasakan diri kat sini. memandangkan ini negara orang, terpaksalah ikut cara depa noo....