
Dah biasa sgt buat Roti John, so kita twist sikit resepi tu, dgn bahan yg lebih kurang sama, menjadikan ia Sloppy Joes. Nama pun lebih kurang sama, John - Joe. Hmmm...awat org tak letak nama Ali ke, Ahmad ke?
Oh nampaknya I ni asyik letak gambar makanan kat sini kan? Adakah I cuba menjadi seorang kitchen goddess? Atau blogger resepi yg glemer seperti Cik Mat Gebu tu?
Atau adakah I terlalu tak ada keja, sampaikan asyik memasak n mengambik gambar makanan jek? Oh tidak...of course I ada baaanyak keja nak buat. tapi takkanlah nak ambik gambar I berposing basuh baju or mop lantai pulak? Haruslah ada syarikat sabun yg nak ambik I jadik model pulak nanti hehehehhe....
Bukannya apa, bila I letak gambar makanan ni :
1. Maybe bleh bagi idea pada kawan2 yg dah kekeringan idea nak masak.
2. I sendiri bleh refresh balik idea (serius kdg2 jadik blur giler bila pikir bab menu nih)
3. Saja nak bagi blog nampak meriah
4. Bukti yg I ni mmg rajin dan pandai masak, boleh gitu?? Hahhahaa...
Oklah sekian, no heartfeeling stories today...ceriakan diri anda dengan delicious yummy tummy food!!!