Thursday, February 10, 2011

ME & FOOD (AGAIN!)

Hehehe... mari kita tinggalkan kisah2 jiwang itu, dan kita ceria-ceriakan diri dgn makanan yg sedap! (ceewahh, sedap ke..?)


Okeh hari ni I godek2 hard disk n jumpa pulak gambar yg I snap sebulan yg lalu. Tapi mcm biasa lah, lupa nak tepek kt sini. Hmm..biasanya kt Malaysia mmg byk sgt org jual samosa kan. And selalunya samosa kita berintikan ayam/daging atau kentang. And kat Saudi ni ada sikit kelainan, iaitu berintikan cheese.

So kalau nak tgok rupa samosa cheese ni, inilah rupanya....

Bentuk sama jugak dgn kita punya samosa, cuma dalam tu dia letak cheese. Mula2 I try makan ni masa bulan posa dulu, Amet beli yg dh siap digoreng dari restoran. Pastu I try beli yg frozen pulak. Pastu sebab I ada byk kulit popia, I pun try lah buat sendiri....

Ok, bahan2nya mmg simple sgt2....

Kulit popia (sukahati berpa byk anda nk buat). Kulit popia selalunya ada 2 jenis, yg dibuat dgn telur atau yg tanpa telur. Kalau anda tak allergi, ambiklah yg bertelur sbb ia lebih rangup.

Bahan kedua ialah Feta Cheese. Feta cheese ni dipilih sbb ia x mencair ketika digoreng atau pun dibakar. Dan rasanya lebih lemak dan masin.

Caranya : Ambik feta cheese tu lenyek2. Campur sikit daun sup/daun bawang. Balutlah dgn kulit popia tu. Nak buat bentuk apa pun suka hati lah. Klu pandai buat bentuk dinasor pun boleh... Pastu goreng. Siap. Senang n cepat n sedap.

Okeh lagi satu nk tepek jugak gambar buah cherry nih. Buah ni byk di musim sejuk kt sini. Tapi harganya tak lah murah sgt. Dalam bekas polystyrene mcm dlm gambar tu (penuh), harganya SR17.


Yang makan buah ni mcm biasalah, just ibu n Yaya jek. Amet n Zuzu, kalau nampak buah, mcm nampak bom. Langsung takmau dekat.