Ahhhaaiiii......... dah kena tag pulak dgn budak SIGMA nih. Maka dengan paksa rela harus lah menjawab tag beliau. Terpaksa : sebab nak hadiah. Rela : sebab mcm best jgk buat entri nih, mengimbau kenangan lalu....
Okeh before that, I kasi pengenalan sikit of cik puan Sigma nih. She was my roomate yg very the best kat rumah sewa masa kami bujang2 dulu. Sgt cantik, comel, slim, bergaya, bijak dan lain2 yg baik. (Sedarkah kamu I sedang membuat ayat bodek supaya I menang hadiah? Hahahaha)
Okeh mari mulakan menjawab tag.
I ialah dalam Kategori : A ~ Lokasi tempat kerja dan kediaman harus berdekatan, korang tak suka membuang masa dalam kereta mengadap jam setiap hari sampai kebas bon**t, tak suka bayar tol yang asyik jumpa eskalator naik je tak jumpa yg turun, balik rumah lewat.
1. Lokasi : Shah Alam SS 13.
Jarak : 2.7km, 7 mins
2. Lokasi : SS2 PJ
Jarak : 5.1 km, 10 mins
Nak story sket pasal rumah sewa nih. Mula2 I masuk rumah tu, I dapat roomate lain. Amatlah sgt tak best. Serius blur giler dok ngan budak tuh, cakap pun tak, pandang pun tak. Seriyes sgt rasa nak pindah sgt2! Nasib sgt baik tetiba ada si Sigma & Rose masuk, so I pindah bilik dok ngan depa. Oh dunia menjadi sgt indah! (Hahahha... ayat bodek lagi ye...)
3. Lokasi : PJ - Puchong
Jarak : 23.5km, 27 mins
4. Lokasi : Mont Kiara
Jarak : 8.6 km, 13 mins
5. Lokasi : Batu Caves
Jarak : 17.3 km, 26 mins
So walaupun nampak mcm agak jauh tapi kejap jek, tak sempat habis teh ais sebungkus pun. Agak suka jugak. Lagipun geng2 kt opis ni style punch-out on time. Pukul 5 dah habis klear gelap gelita dah opis. Best gila. And pukoi 5.10 I dah bleh ada kt home sweet home~~ Plus dah ada baby Zuzu time ni sgtlah best dapat sampai umah awai kan....
6. Lokasi : Batu Caves
Jarak : 19.8km 20 mins
Sekian sahaja lah lokasi2 dan jarak tempat I mencari rezeki suatu masa dulu. Hobi I mmg cari lokasi yg boleh sampai umah cepat. Tak kisah klu jarak jauh sikit tapi tak jem. Eh, tapi jgn lah jauh sangat. Dalam 20km tu ok lah. Yang penting boleh pecut :))
Sekarang now I tinggal kat padang pasir berdengung, keja pun dalam umah sendiri, so takdek dah lokasi2 bagai. Huhuhu..... Berjuta batu jauhnyaaa~~~~ *Alleycats*