Saturday, June 18, 2011

KISAH DI AIRPORT

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan naik teksi dari Kota Mekah sampailah ke airport Jeddah, both Zuzu & Yaya tidur saja, so tak lah I risau sgt depa termuntah dalam teksi org tu.

Just bila sampai airport, Yaya tercirit sampai kena tukar baju. Huhuhu....dgn pasrahnya, terpaksa lah ibu mendobi pulak baju dia kt toilet sbb takut bau masam kalau tak basuh.

Then, tibalah masa utk check-in.... Masa ni lah berlakunya peristiwa hitam yg rasanya susah jugak nak dilupakan.

Biasalah kan, those stupid immigrations people (yg dah tak terbilang berapa ratus kali I maki dlm blog ni), kali ni buat hal lagi.

Okeh, kalau kt KSA ni, even kat airport pun dia pisahkan section lelaki - perempuan. So, hari tu Amet bawak Zuzu ikut kawasan checking lelaki, and I bawak Yaya (dlm stroller) ikut bahagian pompuan.

Di laluan wanita - dekat kaunter yg scan beg tu, 2 org imigresen lelaki yg jaga. Manakala dalam bilik utk scan badan pulak ada 2 org imigresen pompuan yg jaga.

Masalah bermula apabila seorang imigresen lelaki tu suruh I tutup (fold-close) the stroler, dan suruh I angkat stroler tu letak atas belt-scanner. Memula I mm cakap baik2, elok2, lemah lembut, that my kid is sick and she has to stay on the stroller. Lagipun I cakap, I tak larat utk angkat stroller tu sbb berat...scanner tu kan agak tinggi. Gila apa nk suruh aku angkat???

Tapi, bila dia asyik cakap "No, you close. Close.Put Here. Close. Put here." Dah la sambil dia duduk atas kerusi, kaki bersilang, tangan berpeluk tubuh. Cakap english pun tak reti, ada hati nk keja kt airport! Serius, I dah mmg start nampak keccciiiiiiikkkkkkkkkk dah natang nih!!!!

Bukannya dia nak tolog kaum wanita nih. Dah la duduk dgn gaya malas nk mampus. Nak keja mcm tak nak keja. Tapi nak buat keras kepala nk suruh haku tutup jugak. I dah mula geram.

I cakap " You help me close. I cannot." Sambil buat muka tak larat + malas layan I keep on pressure him " So how now? How? I go inside? They can scan me n this stroller inside.."

(Eh, mmg all this while, sama ada kt airport Dammam or KL, stroller tu just scan kt door-scanner or scan jek dalam bilik scan wanita tu. Tak pernah kena angkat letak atas belt tu pun stupid!!!!)

Then, org semakin ramai beratur kt belakang I. I yg tersangut kt situ telah menyebabkan jam teruk. Dah la laluan tu sempit nak mampos mmg muat2 utk sorang lalu jek. Mmg bodoh gila lah arab sekor nih.

Dengan org belakang I tu pulak dok push I suruh jalan. I cakap kt org belakang tu "I cannot go. This people problem!!!!"

Si imigresen gila tu boleh pulak senyum2, sambil terus buat dek taktau dan keras kepala. Memang time ni rasa nak baling selipar kat batang hidung dia!

Sebab kesian kt org ramai kt belakang, dan semakin geram lama gile dah dok tunggu kt situ, I angkat Yaya dan tolak stroller tu dgn kasar kt natang bodoh tu sambil cakap "You want this??? You take!!!"

Pastu I terus jalan nk masuk bilik pemeriksaan. Tetiba masa nk masuk tu, org yg kt belakang I yg kelam kabut sgt nk jalan dari tadi tu telah melanggar si Yaya. Masalahnya, bukan sikit dia punya langgar, sampai PECAH BIBIR anak aku!!!!

Geng2 imigresen pompuan yg kt dalam tu terkejut sgt tengok mulut Yaya dgn darah terburai-burai. So diorang pun scan gitu-gitu jek. I yg sgt geram asyik cakap "Your friend outside make problem!!! Musykillah!!!"

Bila I keluar dari bilik tu, imigresen lelaki yg sorang lagi (bukan yg kerek tadi), datang hantar stroller. Then I show Yaya's mouth to him " You see???? My daughter's bleeding because of you!!!! Musykillah!!! Musykillah!!! Problemmm!!!! If you dont bother about the stroller, this wont happen!!! You problemm!!!"

Puas dapat lepas geram (tp dlm hati takut jugak hahaha). Tapi lepas tu mmg nangis la... badan I pun menggigil habis. Bukan apa, kerana engkau yg st malas + bodoh + bangang, anak aku yg kecik tu yg jadik mangsa. Kesian gila tau bila tgok Yaya agak lama jugak takleh minum sbb pedih kat mulut dia....

Bukankah mereka ada pelbagai options. Kalau bodoh sgt meh sini I nk bagitau cara-caranya :

1. Tolak stroller tu kt scanner berbentuk pintu tu (yg mmg dah tersedia kt sebelah kaunter dia, and I can see the power is ON, tp dia tak pakai).

2. Boleh scan dalam bilik pemeriksaan wanita tu.

3. Boleh tak kau yg lelaki gagah perkasa tu tolong kaum wanita mcm aku nih? Ni malas gila asyik duduk goyang b*nt*t sampai keras buat hapa????


Nasib baik Amet dok ingatkan I yg kita ni baru balik dari Umrah....tak elok marah-marah....kena sabar... just leave it to Allah to pay on him....and so on.


*Klu ikut otak jahat I ni cakap : Eleh diorang (arabs) tu dah berapa ratus kali pi umrah, tp langsung hati tak bersih, keja tak ikhlas, takdek niat nak mempermudahkan urusan sesama manusia. Macamana??? *