Tuesday, August 23, 2011

KASIH RAMADHAN

Kelakar pulak bila tengok komen kawan2 bila I letak status "Ramadhan ini terasa sungguh syahdu..", Ada yg kesian, ada yg simpati. Hampir semuanya ingat I sedang bersedih sebab tak balik beraya di kampung halaman. Hehehe... tak apa, I bukan nk salahkan depa... Alhamdulillah dapat kawan2 yg sangat2 caring dan ambil berat. Terima kasih....

Tapi sebenarnya, maksud status I tu, I mmg betul2 nak luahkan betapa Ramadhan kali ini terasa sungguh syahdu, sungguh bermakna, sungguh berlainan berbanding Ramadhan tahun2 lepas yg pernah I lalui. Walaupun tahun lepas pun I menjalani Ramadhan di sini, tapi kali ni mmg rasanya sungguh lain sekali.

Since malam ke-21 hari tu, masjid kami dah start buat Qiamullail dan sambung terawikh. Masa lepas Isyak tu buat terawikh 4 rakaat, lepas tu balik tido jap, then pukul 1 pagi pi semula ke masjid utk qiam n sambung terawikh n witir. Masa qiam ni mmg kena betul2 sabar (dan khusyuk lah lebih afdhal) sbb time rukuk, dan sujud tu mmg terrrrrrrrrrr-amat panjaaaaaaaanggg sangat. Malam pertama qiam tu mmg meletop-letop lah tulang temulang I nih! Heehehe... malu betoi.. Dan bacaan doa qunut nya pun mmg lebih panjang berbanding malam2 sebelumnya.

Tapi, mungkin semua ni aturan Allah yg menghantar I ke sini, sehingga I boleh merasa dan mengecapi betapa nikmatnya ibadah mcm ni. Walaupun rukuk n sujud tu panjang, kadang2 I rasa mcm pendek sgt, mcm tak cukup lagi utk I bangun. Allah juga yg menganugerahkan Imam yg sgt merdu suaranya, yg mengalun indah bacaan ayat-ayat suciNya. Sampaikan setiap rakaat pipi I nih basah memanjang. Rasa gerun dan gentar. Rasa hiba dan sebak. Terbayang-bayang kelemahan diri sendiri...

Sesungguhnya semua ini adalah anugerah Allah, dan I rasa mmg tak tercukup nak mengucapkan syukur padaNya. Dialah yg menempatkan I di sini, dalam suasana yg begini, dgn keadaan yg tak ada makanan sedap, I dapat merasa "hidangan" lain yg lebih lazat! Sehingga fikiran terasa sungguh jernih dan tenang sekali.... Subhanallah.... tak mampu nak ungkapkan nikmatNya Yang Maha Kaya...

Sebenarnya sungguh I merasa malu nak ceritakan semua ni. Malu dgn kasih sayang Allah yang masih mahu menyedarkan I yg jarang sekali bersungguh-sungguh mengingatiNya.

Dalam segan, pernah jugak I cakap kt Amet "Puasa kali ni rasa mcm diri ni kena 'renew' n 'refresh' pulak." Dan Alhamdulillah dia pun mengaku benda yg sama. Maybe jugak sbb kali kami mmg betul2 pulun berlumba nk khatam al-Quran kot!

Entahlah tahun depan I masih berpeluang utk merasai semua ni lagi. Indah sungguh Kasih-Mu sempena Ramadhan ni....


"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." (Surah Qaaf :16)



Jom tonton bacaan Doa Qunut di sini, dgn terjemahan bahasa melayu :)



* Suara imam kt masjid kami ni pun lebih kurang mcm ni, syahdu kan...*