Biasanya kita ni bila tiba bulan Ramadhan, mesti sibuk nak cari buah kurma kan. Pada hal bulan2 lain pun banyak je orang jual kurma, tapi saja kot buat-buat tak nampak.
Daripada Sayidatina Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Rumah yang tidak memiliki kurma adalah rumah yang penghuninya sentiasa berasa lapar.”
(Hadis riwayat Bukhari).
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya tamar itu menghilangkan penyakit dan tidak ada penyakit di dalamnya kerana ia adalah tanaman dari syurga yang boleh dijadikan sebagai ubat.”
Hmmm.... lepas baca hadis-hadis ni rasa macam nak penuhkan rumah ni dengan kurma sepanjang masa. Sedangkan di Malaysia pun kurma available sepanjang masa, apatah lagi I yang dok kt negara pokok kurma ni! Masya Allah.... berderet-deret kedai kurma kt market tu, langsung tak pernah beli pun! Beli utk bawak balik kampung je hari tu, untuk rumah sendiri kosong.... Apa daa...
Sesungguhnya kurma ni buah yang amat berkat, dan disukai Rasulullah. Selain kerana ia dipenuhi zat-zat yang tidak ternilai, kurma juga ialah tanaman dari syurga. Dikatakan asal pokok kurma ni dijadikan dari lebihan tanah dari penciptaan Nabi Adam A.S. Wallahualam...
Selain membekalkan tenaga segera semasa berbuka puasa (lebih baik daripada dok minum Red Bull), kurma ni jugak sangat baik utk ibu-ibu mengandung dan jugak yg telah melahirkan. Dikatakan kalau kita makan masa preggy, anak yg dilahirkan insya Allah bukan saja cerdas dan bijak, malah akan memiliki sifat-sifat yg menyenangkan dan lembut hatinya. Bagi ibu-ibu yg mengamalkan kurma masa dalam pantang pulak boleh menambahkan susu badan dan memberikan tenaga secukupnya.
Untuk Ramadhan tahun ni Alhamdulillah, kami berpeluang setiap hari berbuka dengan kurma segar. Kebetulan pokok-pokok kurma ni akan masak buahnya pada bulan Ramadhan.

Biasanya masa berbuka tu, I akan makan dalam sebijik dua je. Tapi nanti dah tengah2 malam lepas terawikh tu, haaaaa...... mau berbelas-belas bijik! Style arab makan kurma ni dengan fresh cream. Tapi I anak beranak makan cicah garam belacan! Melayu style okay....

** Nota : Kuih-muih kt sini biasanya memang dijual dalam timbangan dan harga per kg. Ini termasuklah utk kuih-kuih berbuka puasa seperti samosa, dan lain2 yg I konpius betul dgn namanya.... *
Sekian, selamat berbuka. Dengan kurma ye!