Monday, September 12, 2011

KECEWA TAPI KENA REDHA

Sebenarnya, me n Amet telah merancang untuk menunaikan rukun Islam ke-5 pada tahun ni.

Bagi memenuhi hasrat kami tu, kami bercadang nak bawak mak I dan Kak Ngah utk datang sini to babysit Zuzu n Yaya. Sekaligus bercadang jugak nak bawak both of them menunaikan Umrah.

Maka I mengarahkan mak buat pasport, and scan and send ke sini. Disebabkan kerisauan harga tiket akan melonjak lebih mahal, dan takut kehabisan tiket, maka kami pun beli lah 2 tiket flight KL-DMM-KL awal-awal lagi (sebelum posa lagi), tanpa merisaukan tentang visit visa mereka. Mcm confident gilerlah visit visa tu kita yg punya!

Suatu hari, (hari kedua puasa) kami telah ke pejabat MOFA di Dammam utk submit application white slip mak n kak ngah. Mula2 pegawai2 tu langsung takmau terima borang kami. Even tak tengok langsung pun. Dan depa asyik cakap "Ba'da hajj... ba'da hajj.. (datang lepas haji je...)" Sedangkan dah tertulis kat situ tujuan membawa ibu n adik saya ialah : utk menjaga anak2 ketika kami mengerjakan haji. Tapi setelah 5,6,7,8 kali Amet ulang alik masuk keluar dalam ofis tu, sorang pegawai tu pun ambik la borang tu.

Masa solat Zohor di surau kt MOFA tu, Amet terjumpa seorang India yg telah meluahkan rasa hampa da kecewanya sbb permohonan dia pun ditolak. Dia punya kes ialah nk bawak mak mertua dia ke sini utk jaga isteri dia yg sedang sakit. Malah application dia siap berserta dgn surat reference dari doktor lagi. Tapi tetap jugak kena rejek.

Setelah beberapa hari memeriksa status di website MOFA, kami mengetahui bahawa permohonan kami jugak direjek. Tapi ada sorang kawan Arab Amet cakap, boleh guna cara "berbayar" tapi kena pilih org yg tertentu saja lah sbb tak semua yg buat kerja menerima "bayaran" ni.

Amet pun cuba jumpa orang tu. Tapi memandangkan masa tu bulan puasa, bangsa Arab ni mmg seolah-olah "mati" atau pun "posa mampoih", iaitu mereka adalah di tahap amat sangat malas ut buat keja klu dah posa. So, mmg dia tak buat apa-apa.

Setelah mencuba beberapa kali, dan hati pun rasa x sedap bila nk guna cara "bayar" ni, sedangkan kami nak pi buat ibadah. Maka kami membuat keputusan utk menangguhkan dulu niat kami tu.

Mmg ada kawan2 yg tinggalkan anak2 pada jiran ketika membuat haji. Tapi kes mereka lain di mana mereka memang tinggal secompound dgn kawan2 Malaysia, maka anak2 mereka sudah pun mesra dgn jiran2 mereka itu. Berbeza dgn I yg tinggal lone ranger dikelilingi jiran2 arab yg x pernah bertegur sepatah kata pun. Dan kalau I nak pi cari kawan2 Malaysia yg lain utk menjaga anak2 I adalah agak sukar kerana anak2 I tak begitu biasa dan hanya berjumpa sekali sekala sahaja dgn mereka.

Dan kalau boleh, kami nak tinggalkan anak-anak dalam keadaan yg betul2 yakin dan tak sentiasa merisaukan mereka ketika beribadah nanti. Maklum saja lah cik Yaya tu kalau dgn orang luar bukan boleh bertahan lama. Risau pulak kalau dia dok buat filem amuk kt rumah orang nanti.

Kecewa memang lah teramat kecewa dan hampa sekali bila niat & hajat besar di hati tak dapat dicapai. Tapi apa pun, kami redha atas segala aturan dari-Nya. Dan kami yakin pasti ada kebaikan dan hikmah atas apa yg telah ditentukan untuk kami. Insya Allah, kalau ada rezeki pasti kami akan tunaikan juga rukun ini suatu hari nanti.

Dan sekarang, kami sedang menunggu hasil budi bicara dari MAS, if the tickets boleh ditukar kepada DMM-KL-DMM, dan jugak ditukar nama kepada Amet, Yue, Zuzu & Yaya :D
Kalau boleh, maknanya adalah muka kami kt kampung raya haji ni........... Hehehehehe..... Amin...



TAKE NOTE
: hasil pemerhatian dan perbincangan dgn kawan2, kalau nk bawak family masa musim haji, apply lah white slip >sebulan before puasa. Bila dah start ramadhan/syawal, Saudi dah kira sbg musim haji dan agak sukar utk mengeluarkan white slip. Walaubagaimanapun, setelah mendapat white slip di sini (KSA), visit visa di kedutaan saudi (di Malaysia) boleh dibuat dekat2 nak fly.