Saturday, October 29, 2011

OTHER SYMPTOM

Ok, satu lagi penyakit/ symptom yg akan I lalui semasa pregy ialah : Menjadi Pelupa.

Since I was in 4-5th week lagi, Amet dah mula perasan dan selalu cakap "Haa.. penyakit ibu mengandung dah mai dah..."

Yeah, bila I letak 2 bungkus Nescafe 3in1 dalam satu mug.

Then, gulai masin tak hengat sebab xtau berapa kali tuang garam.

Dah beberapa kali minyak hangit sebab panaskan dan kononnya nak goreng ikan pastu tak goreng.

And the latest one, semalam I tumis tangan sendiri instead of tumis the rempah kari. Ok boleh gelak. Hahhahahahahahahahahhahahaha.....

Gila sakittttttttt!!!! Berdenyut2 you!!! Dengan pedih, dengan rasa panas sampai ke dalam isi tangan tu. Phewww tobat lepas ni I tak akan bagi sesiapa sedara mara I sentuh mercun.

Oh, tapi I'm fine. As soon as tersedar I masak tangan sendiri, I terus tuang kicap yg kebetulan ada kat sebelah tu jek (rugi Kicap Cap Kipas Udang aku!!!). Then sapukan minyak angin kambing gurun+batu apantahlupanama (yg ayah bagi n dia cakap mmg sesuai utk luka terbakar). Alhamdulillah mmg berkesan dan bengkak dan sakit tu mula berkurangan just tinggal merah sikit2 jek.

Oh, by the way, just this morning 2 keping french toast hangit lagi sbb lepas letak roti tu atas dapur, pi basuh pinggan dgn girangnya.... :D