Monday, February 27, 2012

THE CHRONICLE

Oklah, finally seperti yg telah dijanjikan, I nak tulis about the 'proses pengeluaran' kami dari negara Saudi ni. And seriously, it takes seribu pengorbanan and kesabaran....

At first, planning asal kami ialah : Me n anak2 balik M'sia in March, and Amet will continue until end of his contract in May. Tapi everything's changed when......


Few days before 18/1/2012 - Amet hangin (tepuk meja) di ofis apabila seorang colleague dia balik kampung, bercuti dan meninggalkan keja yg bermasalah a.k.a keja-sendiri-buat2-pandai-and not documented.

16/1/2012 - Boss Amet mula buat hal. Takmau bercakap, berbincang, bertegur sapa and even tak peduli dia buat keja apa.

18/1/2012 - Amet nekad, resignation notice sent.
- Malangnya, tersalah letak "last working date". Supposed to be 18/2/2012 (1 month notice), tapi dia letak 18/3/2012.

21/1/2012 - Amet served a warning notice of working attitude (due to the tepuk meja case).

Few days after that Amet mula tawar hati untuk bekerja. Kadang2 pegi opis tapi x buat keja. Kadang2 tak pegi langsung a.k.a ponteng. Kadang2 bila anak2 pun dh boring tgok dia asyik balik awal/ada kt umah, kitorang halau dia gi keja. And things goes on and on..... And pada masa ni, tiada sebarang perbincangan dibuat dgn boss dia (since dia merajuk takmau bercakap dgn Amet).

Days after days kami menunggu dan menanti approval on his resignation.

Or his dismissal (since dia dok buat hal ponteng, masuk lewat etc.)

But nothing. They said NOTHING. Macam tak ada apa2. Macam kami tak wujud.

** Ok, why nak sangat tunggu resignation approved? Jawapan di bawah :

1. Kalau approved, pekerja akan mendapat gaji sepenuhnya, berserta "benefit2 lain" dan final exit visa (free of charge).
2. Jika dismissed, pekerja hanya akan diberi final exit visa. (But it's ok. Masa ni dah tak kisah. Tak dpt gaji pun takpe asal boleh balik)
3. Jika keadaan mendesak (read : boss meroyan), pekerja akan diberhentikan keja tanpa gaji dan tanpa visa yg membolehkan pekerja keluar dari negara ini dan menjadikannya hidup merempat di sini. (OK, yg ini ngeri).

5/2/2012 - Akhirnya setelah lebih 2 minggu, bossnya memanggil Amet untuk berbincang. Mula2 dia still nk mintak Amet habiskan contract in May (sbb masalah besar dia ialah dia tak ada resources yg mencukupi sejak berzaman... kalau ada pun yg taktau buat keja, tau buat masalah je....).

Setelah ditambah tokok cerita konon2 ada pelbagai masalah di Malaysia, akhirnya Amet berjaya mencairkan hati bossnya itu. Verbally dia setuju untuk approve resignation. Tapi still kena tunggu aproval boss2 besar (Manager - GM- President).

6/2/2012 - Amet mintak untuk menukar tarikh "last working day" to 18/2/2012 (as per company's policy - 1 month notice from submission).

7/2/2012 - Manager approved Amet's resignation on 18/3/2012. Tak boleh tukar tarikh.
Kami cuba buat rayuan utk dia approve awal sikit, dgn alasan that my pregnancy will hit 32 weeks if balik 18/3/2012 and they should know how their airport people punya banyak songeh bia tengok perut I yg besar ni nanti. We even got a doctor's reference letter. But still, the manager nak dia stay until 18/3/2012. If not, they will tarik balik the approval and he has to stay smpai end of contract in May. It's not easy to resign here......

Ok, Amet cuba mintak cuti dlm 2-3 hari untuk hantar family balik. Juga dgn alasan nak temankan his beloved pregnant wife and small kids. Tapi hati Arab memang keras... "ade haku kesah bini kau ngandung?" Ditambah pulak dgn colleague (senior) si *bawang yg dengki khianat busuk hati, mmg takde harapan nk dapat cuti......

Masa ni kami dah mula keluar plan "Taktik Mengelirukan Musuh". Antaranya ialah :

1. Apply visa keluar untuk ke negara2 jiran on weekend sahaja (Bahrain, Qatar etc.) Konon2 nak gi jalan2 la.... Sebab kalau x dapat cuti, x dapat apply visa balik Malaysia.

2. Dari Bahrain/Qatar kami akan terus fly ke Malaysia.

3. Amet juga masa ni dh bertekad untuk lari begitu sahaja (balik terus) tanpa menunggu gaji terakhir beliau (masa ni baru tau maksud sebenar "duit bukan segalanya").

Setelah meminta pendapat beberapa orang teman... ramai yg menceritakan peristiwa2 ngeri kena tangkap oleh imigresen & polis dan di"jail" dan mcm2 lagi, kami pun membatalkan niat suci murni itu. Tau takut.... hahhahahaha...

8/2/2012 - After pungpang pungpang berdiskusi laki bini, we decided that I will just go back dgn anak2 je dulu (by early March). Biarlah Amet meneruskan sisa-sisa kehidupannya di sini....

* I ni pun yg terkedek2 sangat nk balik awal ada beberapa alasan :

1. Perut makin besaq. Dengar cerita airport officer kt sini kekadang ngengada nk surat itu ini, doctor la, pakar bedah pakar tulang pakar gigi semua ntahapahapa kalau nmpak kita ni pregnant. Yang kaum dia besar gedabak perut buncit tu xde plak dia kesah. Tu yg malas nk layan. Tau je lah I ni dh banyak kali sgt naik hangin kt airpot sini..... Tengah2 pregnant ni x kuase aku nk layan cekadak hangpa!

2. Makin hari makin kesian tengok anak2 yg keboringan takde aktiviti bersesuaian dgn umur mereka. Sepatutnya dh sekolah, dh pndai membaca menulis mengira. Dah pndai mix dan ada conversation dgn kawan2. Dah belajar mengenali dunia dan alam sekitar. Ini dok terperosok dalam dinding. Nauzubillah.... kesian anak2 ku.....

Oklah... dah nekad sekuat hati nak balik 3 beranak nih!

12/2/2012 - Tetiba Amet email : Manager dia approve cuti 2 hari untuk balik hantar family!!!!
Gila best!!! Kali ni senior the mangkuk hayun tu takleh buat apa dh sbb manager directly approve. Hambik kau!!!

15/2/2012 - Terus beli tiket. Kali ni betul2 BELI & BAYAR.

Oh, me & anak2 jugak berjaya mendapatkan Final Exit visa!!!

(Pada mulanya, admin memberitahu bahawa family hanya akan diberi final exit visa jika kami menunggu sehingga Amet's working days coompleted. Maksudnya dalam kes ini, di mana kami tidak menunggu Amet hingga ke hari terakhir dia bekerja, kami hanya layak untuk apply single exit visa - iaitu visa biasa untuk bercuti)


Beza Final Exit Visa & Single/Multi Exit Visa :

a) Final Visa = free of charge (FOC)
b) Single Visa = SR200 per person
c) Multi Visa = SR500 per person (ni utk keluar masuk beberapa kali dari Saudi, valid for 3-6 months)


So flight to Malaysia ialah :
Wednesday, 29 FEBRUARY 2012
10.45 pm.



And Amet will come back to Jubail on 4/3/2012 demi sedikit rezeki untuk kami sekeluarga .... His final exit maintained to be on 18/3/2012 insya Allah....