Thursday, May 17, 2012

SAKIT SITU SANA SINI

Dah banyak hari I menghilangkan diri ek. Actually mmg berhajat sangat nak cerita kat sini. Tapi disebabkan halangan oleh tahap kesihatan yg amat low, maka dok tengok je lah laptop nih dari jauh.

Sumpahlah dugaan kesakitan kali nih memang hazzabbbbbbb yang amat!!!!! Haaiii lah sssaaakiitttttttt sampai tak terucap dgn tulisan nih haa!!!

Ehhhhh... NO NO NO bukan sakit nak bersalin pun!!!

Tapi SAKIT TELINGA!!!!

Haaaa... boleh ke tengah dekat2 due nih, tengah elok2 dok kira hari dok try2 rasa sakit contraction, tetiba yg menyerang ialah sakit telinga lah pulakkkk!!!!!

Memula masa weekend lepas tu dah rasa ada mcm jerawat nak tumbuh kt tepi telinga tu. Ada la rasa sakit sikit2, biasa2 je lah. Pastu hari Isnin mula rasa berdenyut2. Dok tekan2 dh rasa mcm bengkak sikit. Tapi ingatkan lepas dia keluar "mata" jerawat tu biasanya akan hilanglah sakit dia kan.

Pastu hari selasa tu tengok telinga makin bengkak. Makin sakit makin berdenyut. Dok cerita kat Amet tapi dia bawak lawak jek sebab dia selalu jek jadi jerawat kt telinga. Cehhhh....

Selasa tengah hari dh start makan panadol sbb tak tahan sangat. Pastu gi farmasi mintak beli painkiller. Farmasist tu cakap takleh sbb I pregnant (and 3rd trimester somemore). So dia pun ckp klu sakit sgt just continue dgn panadol je lah sbb itu jek yg safe for pregnant woman. Huhuhu.....

So petang lepas ambik kakak sekolah, gi PMC. Memula jumpa GP jek sbb cakap sakit telinga. Tapi bila dia tengok rekod I dah 38 weeks++. So dia pun tak berani nak bagi ubat takut if affect baby or placenta. So nurse tukar I gi bilik O&G specialist. Memula doc ni pun ingat I datang sbb sakit nak bersalin ke hapa... "."

Then tunjuk dia telinga I yg merah bengkak tu. Bila doc pegang fuuhhhhhh seriusly lah rasa nak tikam jek doc tu!! Hahhaha.... sakiittttt!!!!!! Then doc ni pun cakap same thing, painkiller takleh bagi sbb dh dekat sgt nak bersalin... huhuhuhu.... sedih noo time ni. Rasa nak nangis rayu2 kat doc.

Tapi kendian rasa lega sikit bila dia cakap "Takpe... saya bagi antibiotik ni... awak bboleh makan... insya Allah antibiotik ni akan buat bengkak tu surut sikit dan sakit awak tu akan semakin berkurang. Buat masa ni kalau awak rasa terlalu sakit, boleh makan panadol utk tahan sikit..." (Maybe lepas dia tegok muka I mcm nak pecah tahan sakit)

Malam tu, tahap kesakitan menyerang pada tahap paling maksimum. Sakit jek, makan panadol. Yang geramnya, elok jek cukup 4 jam, kesan panadol pun hilang. So sakit menyerang lagi. Tak kira tengah tido ke tgh hapa, mmg sakit yg terhamat sangat!!! Mmg takleh buat apa asyik mengadoi n menanges jek! Hazzzabb nya haaiiiii........... rasa mcm nak meraung bagi satu taman dengar! (takde pekdahnye pun klu buat).

Asyik la mengadu kt Amet "Sakit abg... sakitttt...". Hahaha rasanya time kt labour room dulu2 pun takdeklah I mengerang sampai cenggini. Dah si Amet pun melayan la bini dia yg lorat sgt nih. Siap garu2 belakang I nak bg I tido hahhaha (bukan senang nk suruh dia menggaru!)

Entahlah malam tu tido ke tak tido I pun dh tak hingat. Yang tau asyik ulang alik turun bawah gi dapur cari ubat. Kejap gi bilik sana, kejap gi bilik sini. Last2 terjaga time alarm Subuh bunyi, tengok2 I terlena sambil tersandar jek kt katil. Huhuhu..... sadisssss.....

So setakat n still continue dgn antibiotik tu jek lah. Tapi bengkak tu takdeklah surut mana sangat lagi (baru makan ubat 4 bijik dh sibuk nak baik).


**** Semlam berlaku satu lagi insiden. Boleh pulak tengah elok2 jalan nak gi ambik henfon atas meja, tetiba kakiku yg gemoks ni tersepak kerusi sampai pecah berdarah jari kaki tu. Aaaaaddddoooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...................... lagi!!!!!!!

Semoga Allah berikan I kekuatan untuk menghadapi semua kesakitan ini. Tak lama lagi insya Allah nak mula rasa sakit bersalin pulak.... (seramnya....)