Monday, June 11, 2012

BERPANTANG SENDIRI

Baby dh tido. Mari ibu berblogging!

Ok, kali ni nak cerita sikitlah pengalaman berpantang sendiri. Ni first time I pantang sendirian berhad. Walaupun dh balik Malaysia, dan ada mak n mak mertua kt kampung, tapi I mmg awal2 lagi dh decide nak try cuba buat sendiri. Bukan nk berlagak memandai-mandai, tapi niat di hati taknak susahkan mereka.... Lagipun mak sekarang kena bekerja untuk meneruskan kehidupan... manakala mak mertua pulak sedang sibuk dgn persiapan utk majlis kawen adik ipar yg akan berlangsung dalam bulan 6 ni. Jadi, tak salah kalau I nak memudahkan semua pihak kan?

At first few days tu mmg rasa mcm 50-50 jgk keyakinan pada diri sendiri. Tapi Alhamdulillah, ditakdirkan Amet masih lagi "bercuti" dan hanya akan mula bekerja setelah usia kami (Aryana n ibu berpantang) lebih kurang 2 minggu. So I rasa lebih confident bila Amet ada di sisi. Yang paling utama, urusan Zuzu & Yaya lah sbb ada bnda2 yg nak kena org buatkan utk depa mcm nk makan, nk ambik air, nak susu etc. Kalau bab2 mandi n ke toilet insya Allah depa dh boleh setel (kecuali Yaya yg masih nk kena cebok bila poopoo).

Alhamdulillah dgn adanya Amet di rumah hampir 90% keja rumah mmg dia yg buat masa tu. Dari basuh baju, sidai baju, lipat baju, makan minum (dia masak air n nasik je, lauk pauk beli yg dh siap or I masak sendiri simple2), sapu rumah, vakum, kemas susun atur, basuh pinggan periuk belanga, even sampai mencangkul rumput pun tetiba rajin nk buat time ni jugak! Hehehe... anyway thank you so much pak bidanku sayang! Oh ya, bab2 menjaga ibu berpantang mcm sapukan lulur, ikat barut, bakar tungku etc pun encik Amet lah jugak yg buat. Sapa nak bini cantik jelita lepas ni, kena lah bekerja keras kan? Hehehehe.....

Cuma bab2 pengurusan baby je yg I buat sendiri. Tapi masa hari first keluar hospital kebetulan ada Kak Ngah datang umah so dia tolong mandikan baby. Hari2 selepas tu pulak kebetulan I dah start mengurut so kak bidan tu mandikan baby sekali. Jadi bila dh habis mengurut, badan dh segar bugar sikit I lah yg mandikan baby sampai ke hari ni.

Bila dh melalui sepanjang tempoh berpantang sendiri ni (hari ni hari ke-20), rasanya tak lah terlalu susah nk buat. Tapi kadang2 ada la jugak waktu2 sukar dan saat2 getir, tapi still masih boleh buat. Alhamdulillah... cuma satu masalah jek bila dok sendiri kt umah ni ---> Masalah DISIPLIN. Haaa... mcm I ni masa berpantang kt kampung pun mmg dh selalu ngelat pakai stokin, melengahkan bertungku etc. So skrg ni pun lebih kurang mcm tu jgk lah! Hahaha.... bukan nya tak pernah rasa sakit lutut masa lepas pantang Yaya dulu sbb selalu x pakai stokin. Tapi kali ni buat jugak! Memula lepas mandi pakai lah kan... pastu bila dh panas sikit mula la nk londeh! Bertungku pulak, kalau 15 minit tu rasa dh cukup lama dh. Kalau kt kampung, mau tak cukup sejam, hang jgn berangan nak letak tungku tu kt tepi!

Lagi satu bab makan. Kalau org tua2 selalu pesan, awal2 berpantang tu mkn yg tawar2 jek, jgn byk garam/perisa. Tapi I takdek kisah sgt semua tu, yg penting tak mkn benda2 yg gatal atau boleh mengembungkan perut baby. Bila nak makan, yg paling utama I fikirkan ialah untuk baby sbb dia breasfeed. So kurangkan mkn yg pedas suaya dia tak sakit perut, tak mkn benda2 yg sejuk n berangin supaya dia tak kembung, dan semua2nya kena fikirkan baby dulu lah! Dan jugak kena beringat2 supaya badan ibu pun tak kembung n masuk angin. So benda2 makan ni pandai2 lu fikir sendiri lah kan... takdek lah sampai nk makan sayur sehelai pun tak boleh... biarlah seimbang, cukup khasiat tapi tidak membawa kemudaratan...

Tapi so far, bab pengambilan ubat-ubatan, minum herba akar-kayu, setakat ni I masih berdisiplin lagi. Lagi satu bab tempek2 minyak dan sebagainya, masih lagi berterusan... Dan seperti zaman Zuzu & Yaya, I masih setia dgn produk Nona Roguy ni kerana hasil dan kesannya tidak pernah mengecewakan... dan yg paling best ia amat convenient utk digunakan sbb walaupun ramuannya masih dikekalkan dari ramuan herba tradisional, tapi ia disediakan dalam bentuk uncang yg moden dan mudah (ceewaahhhh... tetiba jadi promoter NR pulak).

Okeh sekian dulu, nanti2 sambung lagi....

*Kalau kt kampung, tok selalu pesan "Jgn byk membaca masa pantang, nanti mata rabun". Zaman la ni, anak cucu dalam pantang semua pakat dok belek facebook dan blog..... ;p