Sunday, December 2, 2012

GREEN LOVER :)


Musim cuti sekolah dah bermula. So banyak kenduri-kendara di sini sana kan. Tapi kalau skrg ni dok ada kt kampong lagi syiok, lagi banyak kenduri. Entah la bila boleh balik kampong… rindunya pada semua… At least kena tunggu sampai habis probation (estimate Jan 2013), baru bleh dapat annual leave. Hopefully time CNY nanti I boleh bercuti lebih drpd kaum yg meraikannya hahahahha….

Eh nak cerita sebenarnya, last week ada kenduri kawan Amet kt Sekinchan nu. So dapatlah kami merasa nasik kenduri. Walaupun hujan lebat gila, tetap jua bersemangat waja sbb dari sebelum start cuti sekolah lagi I dh pesan kt Amet kalau ada kwn2 jemput kenduri please la bawak I pi. Mengidam sangat nk mkn nasik kenduri. Mengidam perut kosong je namanya ni…. Takdak isi no… Hahahaha…

So dah pi Sekinchan tu, kan kawasan kampong ada sawah padi bendang belaka.. Syokla Zuzu & Yaya bila I cerita yg ni pokok padi, pastu nanti masuk mesin dia tukar jadi beras, pastu ibu masak nasik…. Zuzu cakap “Beras cap Rambutan kan bu?” Hahahahaha pandai lah kau nak…
Yang kesiannya tu, tak sempat depa nak bergambar dgn pokok2 padi yg mmg lalu kat tepi-tepi kaki jek. Sebab hujan…. Yang lagi lagi teramat-amat kesian – anak-anak ibu ni baru nak kenai pokok padi. Padahal kampong kita sebenarnya dalam pokok padi je nak oiii…. Tapi tu lah, masa dok balik kampong dulu2, depa kan kecik2 lagi. Jadi I nak ngajar pasal pokok padi pun bukannye tahu apa… so bila explain time dh besar skt skrg ni, hah pandailah pulak depa relate dgn iklan beras tu Hahahahaha… barulah faham subjek yg ibu ajar..
Hopefully nanti time balik kampong boleh bawak depa jalan-jalan dlm sawah bendang. Biar rasa selut, biar kena gigit pacat (bukannya boleh membawa maut pun kot…). Biar mereka kenal tanah asal usul, biar mereka kenang jasa tok nenek moyang kita. Orang kata walaupun speaking omputih laju mcm ayaq, bahasa ibunda tetap diamalkan (Ceewahhhh… ada ka org kata gitu?) Hahahahaa

Meanwhile tunggu masa untuk kita bercuti-cuti (lambat gila……), dengan ini ibu telah melancarkan Kempen Interaksi Dengan Alam sempena cuti sekolah 2012!!!

Tujuan kempen ini ialah untuk mengelakkan Zuzu & Yaya terlalu leka asyik membelek youtube dan menekan iPod sahaja. Selain itu ia boleh menambah semngat cintakan alam sekitar dan menjadi eco-friendly…(do I sounds like Menteri Alam Sekitar already?) Hahaha…

Ok antara aktiviti-aktiviti nya ialah….

 Zuzu talking to the fish...



Menternak ikan sepat oleh Zuzu. Ikan-ikan ini diberi nama Dipi, Dupi, Dupu :) Walaubagaimanapun, ikan-ikan ini telah ditinggalkan di rumah Umie angkat mereka kerana encik Amet adalah bersifat geli kepada ikan.
Amet = geli ikan. Amet = bukan kucing. Soalannya : Apakah Amet? Hahahahaha….





Menternak pokok-pokok bagi menambahkan kehijauan di halaman rumah yg dah memang tersedia bercat hijau itu… Oh, I looooiiikeeeee sangat2!!! Dah lama menantikan saat-saat hijau nan indah ini.

Oppsss pesanan penaja : How do you show your LOVE to the Earth? To stay environmentally conscious, simply use Tupperware to tapau your food!

Powered by :


Sekian. Happy Go Green!!!