Wednesday, January 29, 2014

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KE-EMPAT (PART 2)

19 Nov 2013, Selasa
Lepas keluar dari klinik, I SMS mak, kakngah, and of course Amet. Tapi I cakap kt Amet, please proceed with his outstation plan (His flight will be  on 20th Nov, which is tomorrow!)   I will be fine to go alone. Lgpun anak2 dh ada org jaga.

12.30 tgh hari - Amet called and inform me that he has cancelled his flights n hotel n he will be by my side. And in fact, masa ni he's already on da way home! While I keep on cakap tak payah balik lagi lah, I'm not so-o seriously in labour yet! Adoi, dia mmg selalu mcm ni setiap kali I nak bersalin! Hahaha.

3.00 petang - Ajak Amet jalan2 beli barang kat The Store. Gila! Hahaha. Yes we did. I siap sempat pi Pejabat pos utk pos barang2 customer before deliver. Hahaha...

Petang tu balik rumah, mcm dah takde rasa sakit la pulak. Alamak! Biar betul. kalau tak jadi beranak kesian la kt Amet sbb dh cancel his trip. Time ni dh rasa agak kecewa. But I keep on berdoa n baca surah Yaasin. Then spend time layan Nana golek2 manja2.... sampailah malam tak ada rasa mcm nak beranak pun!!! Alamak!!! Mcmana nih??? Orang2 yg diberitahu dh dok brtanya progress. Hahahaha...

Amet ajak pi dinner nasik kandaq kt Restoran Pelita nun kt tengah2 KL. Haaa...tak main yg dekat2 nih nk makan. Hahaha. Masa makan sini, jumpa Aqmar (a fren from Saudi).

20 Nov 2013. Rabu
6.00 pagi - I dah bangun mandi bersiap-sedia utk menyerah diri kt hospital. Sepanjang malam tu mmg tak nyenyak tidur. tak sure sbb rasa sakit (sikit-sikit) tu ke, atau sbb stress. Berdoa panjang lepas solat Subuh. Semoga Allah permudahkan laluan utk I bersalin seperti sebelum2 ni...Amin...

7.30 pagi - Hantar nana rumah bbsiter. Zuzu Yaya tinggal dgn Hanis. Then breakfast dulu kt kedai.

Wajib minum teh ais sebelum kita berpisah selama 44 hari...Muka toya bkn sbb sakit tp sbb tension dgn Amet yg sibuk nk announce kt satu dunia. Geram!

8.30 pagi - dengan rasminya admitted to wad 7, Putra Medical Centre.
Nurse buat VE, 4cm jugak. tak bertambah, tak berkurang. So, as per I expected, I was given drip with Pitocin - to bring on more "flavor" of the birth. Huhuhu... Actually I nk cakap tak nak. Tapi fikir2 balik, dah tak larat sangat nk menanggung penat, so ambik je lah... Insya Allah bila masuk Pitocin ni, contraction akan lebih strong n the birth process akan lebih cepat.

10.30 pagi - OS 5cm, doc pecahkan air ketuban. Lepas tu baru mula rasa kesakitan yg amat sangat. And for the first time I cakap kat Amet "Takut..." sambil menangis... Huhuhu taktau kali ni mmg rasa takut berbanding dgn kelahiran yg sebelum2 ni. Masa ni cuma mampu baca Surah Maryam from phone.

11.15 pagi - Dah terlalu sakit, I mintak Pethidine. Nurse bawak I masuk ke labour room, inject pethidine.   And I apply the hypnobirth teknik - tarik nafas dalam-dalam, rileks dan lepas slow-slow. Sambil tarik nafas tu bacalah "Laa ilahailla anta" and masa lepaskan nafas pulak baca "subhanaka inni kuntu minazzalimin". Tak rasa sakit dah... Then after a while, mcm biasa I akan tertidur....Tidur nyenyak gila! Mmg tak sedar langsung. Sampai nurse masuk kejutkan I utk buang air kencing.

12.50 tghari - OS 7cm. Nurse tu cakap kedudukan baby still tak berapa nak ke bawah, agak tinggi. Dia agak hairan, kenapa mcm tu. So dia tengok balik the CTG's reading. Tapi... from the CTG, graf mcm kurang cantik sikit..... Hmmm...
CTG Graf I hari tu - pics credit to Amet, dia ambik gambar ni setelah nurse tu berlari panggil doctor selepas tengok graf ni - means something is not so good.

Graf bahagian atas tu ialah bacaan hearbeat baby. Normal range supposed to be between 120-150. Tapi sila lihat bhgian yg I dh bulatkan merah tu, terdapat sedikit deterioration, means heartbeat dh slow down sikit. Tapi masa ni I tak sedar apa2 pun. And doc pun mmg tak bgtau utk elakkan semua org panik. If not, sure Amet dh bertukar jadi bidan hari tu. Hahaha.
Graf bahagian bawah ialah contraction strength - mmg dh terlebih kuat dah tu smpai tak muat graf dah... :)

Dr. Ratna masuk and ask me to pusingkan badan terlentang. Baru dia bersiap2 pakai apron n glove, I dah menjerit "Sakitttt!"

Baru je dia nk tgok, I was already fully dilated. Yeaayyyy!!! Its time to push!!!

Masa nak push, I tried my best to recall segala teknik hipnobirth - Tarik nafas dalam2, rilex, only push when the contraction comes. Tapi..... still baby mcm tersangkut jgk tak nak keluar walaupun dah berkali2 I push and I knew that I've done the best push ever. Until I rasa sgt penat n letih and I said.."I tak boleh doc.."

But Dr. Ratna said " No! Awak boleh Yuzaini!"

So I tried again and there comes our little bundle of joy, my beautiful princess.

Date of birth : 20/11/2013
Time of birth : 1.59 pm
Weight : 3.3kg



So, actually why is that about the deterioration in the CTG reading?

Sebabnya..... Rupa-rupanya leher si Amani ni dah terbelit dgn tali pusat!!! Oh my!!!

Amet je yg nampak peristiwa itu, di mana doc telah membuka lilitan tali pusat pada leher Amani sebaik sahaja leher dia keluar... Huhuhu...patutla mcm tersangkut tak nak keluar budak montel nih..

Alhamdulillah, semuanya selamat dan Amani tidak mengalami sebarang komplikasi. We were allowed to discharge the next day :)