Oh, jangan tanya "makan kat mana nasi ayam penyet sedap tu?"
Sebab nasik ni saya masak sendiri! Hahahhahaa.... Memang masuk bakul naik belon udara panas sendiri no..Over sangat!
Ni rupa dia....kurang lawa sbb ambik gmbar tangan terketaq-ketaq sbb dah tak sabar nak makan! Hahaha...
Saya & keluarga mmg penggemar Nasi Ayam Penyet. Dari Waroeng Penyet kt The Curve, sampai Ayam Penyet Wong Solo, dan restoren yg semakin naik di sana sini mcm Restoren Ayam Penyet Leko kat TSB ni, atau Ayam Penyet AP, semuanya kami dah serbu. Hehehehe....
Bila anak-anak & Amet makannasik ni, mmg depa pun cakap sedap! Yeayyyyyy!!!! Bila dah dapat agreement dari semua, maksudnya mmg terbukti betul2lah sedap menu ni :)
So, bila tengok resepi Kak Ita tu dgn gambar2 dia yg sgt lawa, mmg saya terus terliur dan terus start kereta pergi cari tauhu & tempe! Okeh, mehlah saya kongsi jugak resepi tu... sebab lain kali mmg saya akan buat lagi Insya Allah... Resepinya pun mmg mudah sgt. Saya mula masak dh petang dah pun...by dinner time siap ready dah :)
Okeh jom tengok.
RESEPI AYAM PENYET
1 ekor ayam (saya buat setengah ekor saja sbb family tak berapa ramai)
Ayam ni potong ikut kesesuaian, biasanya ayam di potong 4 atau di potong 8, cuci ayam bersih-bersih.
Ayam kemudian di rebus hingga empuk. Tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.
Bila dah empuk angkat ayam dan toskan
* Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk menanak nasi dan juga untuk supnya.
BAHAN PERAPAN AYAM
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
* Kesemua bahan ini di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum
Haa...kenal tak yg mana ketumbar, jintan manis & jintan putih? Hihihihi...saya mmg selalu konpius.
1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit air untuk mengisar
1 sudu teh garam
Minyak untuk mengoreng
1/2 cawan tepung beras ~ tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur ~ tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup
Cara-cara :
Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus.
Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi.
Perap ayam ini semalaman sebelum di goreng. Bagi anda yang nak cepat 2 atau 3 jam perap pun boleh... saya perap dalam 3 jam lebih pun mmg dah rasa sedap hihihi...
Ayam siap untuk diperap..baunya dah wangi menusuk qalbu sgt dah...
Baki ramuan perapan ayam tu jangan di buang. Anda boleh ambil sedikit,
dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali tapi dalam bekas
berasingan dengan ayam ya.
Bila dah perap bolehlah di goreng. Anda boleh goreng ayam ni bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah di sediakan. Maknanya goreng ayam ni akhir sekali lah ya supaya ia masih panas bila di hidangkan dan keriuknya tu rangup..!
Baki perapan ayam atau tahu atau tempe tu.. anda campurkan dengan tepung beras dan telur. Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
Celupkan ayam tadi dalam campuran tepung dan telur tadi dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
Baki adunan tepung mengoreng ayam tu anda renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
RESEPI NASI
3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan airnya
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji pelaga
sedikit butter
secubit garam
6 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ni bergantung pada beras yang anda gunakan.
1 helai daun pandan di simpul
Cara-cara :
Cairkan butter, Tumiskan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga , bunga lawang dan daun pandan hingga harum.
Masukkan beras dan masak sebentar 3 hingga 5 minit
Kemudian masukkan air rebusan ayam. Perasakan dengan garam.
Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna
RESEPI SAMBAL PENYET
10 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
10 biji bawang merah ~ belah 4 (saya guna bawang besar 1 biji je)
3 biji bawang putih ~ hiris
2 biji tomato ~ belah 4
5 cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu besar gula merah ~ gula ni ikut secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau kasturi
Sebelum digoreng....
Selepas digoreng... Lepas tu kisar saja semua ni... Siap!
Cara-cara :
Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur
Tunggu bahan ni sejuk sikit kemudian masukan dalam mesin kisar yang kering dan kisar kan ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi. Kisarkan sekali belacan bakar.
Panaskan semula baki minyak kita mengoreng tadi dan tumiskan bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum
Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam
Angkat dan hidangkan. Bila nak makan nanti perahkan jus limau.
Okeh, rasanya dah lengkap. So boleh lah cuba buat ye kawan2... Kalau dah siap nanti jgn lupa pos mai kat saya sepinggan! Bye~~