Monday, August 17, 2015

NASI DAGING UTARA & SAMBAL KERISIK

Assalamualaikum semua kawan-kawan :)

In ialah menu saya pada hari Isnin lepas. Baru hari ni sempat nak share resepinya. Hari Ahad tu Amet cakap tetiba dia rasa teringin nak makan Nasik Daging. Kebetulan pula Hari Isnin tu dia wor-from-home. Jadi pagi2 lagi saya dah bersiap sedia mencari daging utk cik abang yg mengidam tu hehehe.


Inilah gambaran rupa dapur saya ketika memasak. Semua bahan kena longgokkan depan mata. Takut nanti ada bahan yg saya terlupa nak masukkan hehehe. Maklumlah dah semakin berumur...

Okeh, tanpa membuang masa, meh lah saya share resepi Nasi Dagng Utagha versi saya. Versi saya ni biasanya ialah versi yang mudah, senang, simple & cepat. Atau kata lain versi express a.k.a malas hahahha.

Ok, lets check it out.

RESEPI NASI DAGING UTARA
~ Daging (batang pinang)
~ Beras (lebih elok jika pakai Basmathi)
~ Minyak sapi
~ Rempah Kurma
~ Bawang merah
~ Bawang putih
~ Halia
~ Serai
~ Daun pandan
~ Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
~ Cili hijau
~ Susu cair
~ Tomato puree (sikit je)
~ Kismis
~ Garam

CARA MEMASAK
1. Basuh beras dan toskan.
2. Rebus daging + halia + bawang putih + garam sehingga empuk.
3. Sediakan periuk untuk memasak nasi. Panaskan minyak sapi. Tumis bawang2 yg dimayang, serai, daun pandan, kayu manis, bunga lawang,  buah pelaga hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kurma dan tumis hingga naik minyak.
5. Masukkan tomato puree, kacau rata. Masukkan susu cair + garam. Biarkan mendidih sedikit.
6. Masukkan beras, kismis dan dagingyg telah direbus tadi  bersama air daging.(Agak-agak air daging secukupnya untuk memasak nasi.)
7. Kacau sehingga rata dengan beras. Masak nasi seperti biasa sama ada di dapur gas mahupun rice cooker.


Inilah hasil Nasi Daging saya... hari tu saya pakai beras biasa je sebab terlupa nak beli beras Basmathi. Tapi Alhamdulillah... elok jugak hasilnya kalau tak terlebih letak air :)


Untuk menjadi pelengkapnya, boleh dihidagkan bersama ulam-ulaman seperti timun & salad (versi kurang rajin hehehe). Atau paling best kalau buat Acar Timun Nenas. Barulah klear org Perlis kata!


Opppssss... dah hampir terlupa nak share resepi samabl kerisik. Atau orang utara biasanya panggil "Ayaq Asam Kerisik". Meh tengok resepi yg sangat mudah ni :)

RESEPI SAMBAL KERISIK
~ Cili padi
~ Cili merah
~ Belacan
~ Bawang putih
~ Garam
~ Gula
~ Sos cili (optional)
~Kerisik
~ Air asam jawa
~ Limau kasturi (jika suka)
~ Bawang besar (dihiris nipis)
~ Tomato (dihiris nipis)

CARA MEMASAK
1. Kisar bersama cili padi + cili merah + belacan + bawang putih + Garam + gula + Sos cili  + Air asam.
2. Tuang dalam bekas, masukkan kerisik dan kacau sehingga mendapat rata & mendapat kepekatan yg disukai.
3. Perahkan air limau kasturi. Masukkan Tomato + Bawang besar. Kacau sebati. Siap!

Taraaa... inilah set lengkap Nasi Daging saya! Selamat mencuba ya.