Monday, November 2, 2015

JJCM : MENYERBU CHEESE NAAN LELEH TERBAIK DI RSMY

Tuudiiaaaa..... buat dah versi tajuk takleh blah hahhaha. 

Ok, hari ini saya demam. Maybe sebab makan byk sangat Cheese Naan semalam? Hanya saya yg tahu hahaha. Ok, demam tak boleh gelak byk sangat. Tulis je diam2.

Baik, Jumaat malam encik Amet biasanya melepak dgn kekawan dia selepas kerja sampai pagi. No problem. Jangan kacau tidurku sudah hahaha.

So celik je mata pagi2 tu dia bercerita sakan perihal dia melepak dgn geng kat Restoran RSMY ni yg ada cheese naan leleh tahap takleh lupa. Siap bersembur2 air liur dia menceritakan kelaztan cheese naan tersebut padaku. Bagus kan suami ku? Dah la lepak makan best2 dgn kekawan tinggal daku mn nasik goreng kt rumah, balik mai dok cerita baikkk punya.

So, saya mintak dia bawak saya & anak2 dgn kadar segera ke restoran tersebut. Maka petang semalam, Ahad lepas Asar kami pun meluncur ke tengah2 bandaraya KL demi berjumpa dgn RSMY. Hmmm...mula2 saya ingat restoran India ke apa sbb nama tu mcm singkata RamaSamy jew? Hahahaha...

Bukan... RSMY ialah singkatan kepada Restoren Selera MY (Malaysia). Ooooooooooo....
Konsep makanan dia katanya lebih kpd makanan Pakistan. Saya tak pasti tapi ada mcm2 jenis roti, beryani & kuah.

Rupa2nya pemilik RSMY ni pun orang Melayu Malaysia. Ooooooo.... Mereka ialah Dato' Mohd. usof & Datin Nur Hidayah yg berasal dari Terengganu. Hebatlah!

Opss..dok cerita sejarah restoran la plak kan. Saya tau u alls mesti nk tanya kat mana ni? Cepatla kami pun nak pi! Hehehe... 

RESTORAN RSMY
Lokasi : Jalan Medan Tuanku, KL
(Berdepan/seberang dgn Maju Junction, Ada Restoran Lotus tu, haa masuk lorong tu sampai tgh2 ok)

Masa kami sampai tu mmg orang raaaaaaaaaaaamai gila!!! Siap berdiri sebelah2 meja nk berebut. Huhuhu...
Nasib baik encik Amet buat skill teknik mengelirukan musuh, maka agak cepat jugak kami dapat meja.

 
Mula-mula ayaq lah yg sampai dulu. Lama jugak tunggu makanan sampai. Logiklah kalau ditengok dgn ramainya customer masa tu. Saya order Teh Halia, Amet - Teh Tarik, Kakak - Limau ais, Yaya - Laici, Nana - Ribena. Nini - tak habis2 dgn youtube.

Nak try kambing dia. Memang sedap. Anak2 semua pun pakat pulun makan sampai licin kuah tu. Hapa ke nama kuah ni saya dh lupa hehehe.
Tapi ada banyak jenis cicahan lagi. Ada Keema (org Johor suka la kan), Chicken apabendanamantah, dhal dan Tandoori.

Tengok! Cheesy ooey goey!

Kakak pun nak tarik jugak. Memang terpaksa tarik sbb seriusly berlambak2 gila cheese dia.

Nana mintak ibu ambik gamar dia. Rupa2nya dia nak posig muka mcm ni. Aduiiii.... Naan tu mmg gebu, lembut, nampka je kecik tapi teramatlah kenyang.

Haaa... sampai ke cebisan terakhir pun cheese dia tak habis2 meleleh. Mmg seriusly super duper the most bestest cheese naan lah! Tak kedekut langsung cheese. And style dia mmg letak segenggam cheese. Bukan pakai cheese yg cheddar keping2 mcm kedai mamak2 lain biasa tu tau.

Semoga owner restoran ni dimurahkan rezeki sbb ikhlas sgt2 buat menu ni. Harga pun standard ja dgn tempat lain, iaitu RM6 tapi isinya mmg sangat berbaloi2.

Now, terjawablah sudah kelazatan Cheese Naan Leleh terbaik di abad ini. Hahaha.

Plan next time nk pi rasa beryani dia pulak insya Allah...